Wednesday, 23 January 2013

Nasi Pesto Chef Adu


Badan masih panas dengan peluh melekit tapi malas nak mandi semula. Berblog lah dulu. Baru lepas yoga dan bersenam dalam rumah je. Ingat nak jogging kat tasik tapi pagi tadi masa hantar anak-anak ke sekolah saya perasan jerebu tebal. Tak jadi jogging. Bau rentung semacam. Kalau dekat sekolah anak-anak lagilah teruk. Kawasan kampung kan, mereka masih lagi mengamalkan pembakaran terbuka ni. Kadang saya tak faham. Sekolah dikelilingi kawasan rumah-rumah kampung, kalau awak membakar petang semalam sampai ke pagi esoknya masih tercium bau rentung dan asap tebal merebak ke sekolah. Budak-budak ada pendidikan jasmani pula. Yang merasa kesannya anak-anak dan cucu-cucu awak juga. Tak kesian ke? 


Kadang saya rasa frust tak semena-mena. Barangkali kerana saya dibesarkan di bandar, masa kecil duduk rumah flat mana ada daun bersepah nak kubakar. Sampah pun dikutip orang perbandaran. Bila abah beli rumah pun kami tak amal bakar sampah. Dah terbiasa kumpul daun kering masuk plastik. Biar orang perbandaran juga uruskan.


Saya terfikir, apalah salahnya kita ubah minda dan pemikiran. Dah berzaman media dok gebang pasal penipisan ozon, pasal mejaga kualiti alam sekitar. Tak terkesan sedikit pun ke? Kalaupun kawasan awak tak diservis oleh orang perbandaran apa salahnya kita be creative. Think creative. Daripada dibakar daun-daun kering tu kumpul dan jadikan baja kompos. Esok-esok awak tabur kat pokok mangga, pokok cili, pokok sawi ke hatta pokok bunga sekalipun. Kitar semula kan ada hasil nya? Sudahlah cuaca tersangatlah panas sekarang ini kan? Panas dan kering. Janganlah kita pun sama kering dengan kasih sayang. Itu yang kitar semula, buat baja kompos, hentikan kebiasaan membakar sampah, hentikan menyumbang kepada jerebu tu semua berkasih-sayang lah tu. Time macam ni yang tak semena-mena rasa nak sign up jadi member sahabat alam sekitar ni. Ternyata lah masyarakat kita masih terlalu jauh dari menghayati isu-isu alam sekitar. Padahal yang saya nampak isu pokoknya adalah BERKASIH-SAYANG je sebenarnya. Kasih-sayang yang global.


Bila cuaca kering, panas dan berjerebu begini my daughter paling cepat bereaksi. Yaya dah mula sakit tekak dan dedar badannya. Sekejap panas, sekejap ok. Sekejap lembik, sekejap bersemangat semula. Saya suspect tonsil dia bengkak, biasalah bila cuaca panas begini, temperature badan akan naik, maka tak mustahil bila dia kurang minum air to flush body heat kemungkinan terkena infection pada tonsil boleh berlaku. Ternyata antibiotik yang dia ambil penghujung Disember lalu berjaya protect her dari terkena infection pada tonsil. She was given antibiotik untuk cure her dari infection kuman pada gigi yang berlubang serta bernanah teruk. According to her doctor antibiotik yang dia ambil tu cukup untuk lindungi tubuh dia dari sebarang infection selepas itu. 


Bangun pagi paling mencabar untuk cik Yaya in these few days. Yelah dengan tak sedap badan tu kan. Alangkan saya yang mula kena tempias dedar ni pun rasa payah je nak bangun. Dah 3 hari tidur tak berapa lena, asyik terjaga 3 kali setiap malam. Paling best terjaga jam 2 pagi lebih, niat dalam hati mau juga solat tahajud... tapi tak larat sungguh nak bangun! Itu nak bagi alasan tak sedap badan atau sebenarnya iman yang kurang mantap? Tepuk dada sendiri tanya lah...


Saya tak cuti kan cik Yaya dari sekolah. Selagi dia masih larat biarlah. Kesian ada juga... tapi saya lagi kesian dia ketinggalan pelajaran. Sebab saya tahu kelemahan tubuh badan dia. Dengan tonsil yang kerap kena infection jawabnya memang keraplah dia terpaksa dicutikan. Jadi kalau sakit sikit-sikit biarlah ke sekolah aja. Esok pun dah nak cuti kan? Sempena Maulidur Rasul. Biar dia berehat sepuasnya esok.


Tamatkan kisah membebel dan kasih sayang global itu. Jom jenguk Nasi Pesto yang saya buat berpandukan resipi Chef Adu. Satu Malaya kenal dia kan? Tak payah nak intro lagi.  Resipi nasi pesto ini disiarkan dalam majalah Saji bulan ini, Januari 2013. Saya bukan pembaca tegar majalah Saji, beli satu keluaran itu saja sebab terpampang gah wajah Chef Adu bergaya dengan hasil air tangannya. Nampak menarik resipi-resipi yang dia buat. Terpanggil untuk mencuba 2 resipi beliau. Yang pertama, inilah Nasi Pesto.





Kalau biasa mendengar pesto tentu tahu pesto adalah sejenis pes hijau yang biasa digunakan sebagai sos pasta. Gaya penyediaan sos pasta kan ada banyak jenis. Ada sos bolognaise, marinara, carbonara, alfredo, sos minyak zaitun semata (olio), sekadar menyebut beberapa. Pesto atau pes hijau ni dibuat dari campuran daun basil (selasih), kacang pine atau lain-lain jenis kekacang dan minyak zaitun yang diblend kesemuanya menjadi pes yang likat. Kalau nak makan dengan pasta just gaulkan aja pesto tadi. Rasa dia lemak-lemak gitu. Sedap.


Untuk nasi pesto ni, Chef Adu ada resipi khas. Chef Adu masih kekalkan bahan utama pesto iaitu daun basil dan minyak zaitun. Kelainannya ialah ditambah cili api hijau dalam adunan. Jadi ada rasa pedas sedikit sesuai dengan tekak orang Melayu. 


NASI PESTO DAUN SELASIH 
by Chef Adu Amran (Majalah Saji Januari 2013)


4 mangkuk nasi putih
1 sudu besar mentega

Bahan Pesto
20gm daun selasih
10gm daun basil (saya berpendapat Chef maksudkan English basil)
3 tangkai cili padi hijau
3 batang serai - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang
500ml minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa

Kisar semua bahan pesto di dalm pengisar hingga lumat. Campurkan nasi dengan pesto dan mentega. Gaul hingga sebati. Pastikan minyak dalam pesto tidak terlalu banyak supaya nasi tidak jadi berminyak.

Nota:
Saya kurangkan sukatan minyak zaitun kepada 200-250ml sahaja. Asalkan bahan-bahan dikisar boleh lumat cukup. Pengsan kalau pakai 500ml minyak zaitun. Mahal tu! 500ml tu stok saya pakai 2 bulan... hehehe




Portion yang agak kecil ini milik cik Yaya. She likes the kerepek Lotus Root, memang buat khas untuk dia je.


Nasi dimasak seperti biasa kemudian digaul dengan mentega semasa masih panas sebelum digaul dengan pesto. Dapatlah warna kehijauan pada nasi. Sedap. Memang best resipi Chef Adu ni.





2 comments:

  1. Nasi Pesto. Phiewww nampak menggoda sangat!

    Setuju dengan idea kitar semula bahan sampah jadikan baja kompos tu. Tetapi untuk mengubah mind set ramai orang dgn mendadak sedangkan budaya bertahun begitu.. tidak mudah, kan?

    ReplyDelete
  2. Betul kak azie. Kita bercakap tentang habit, sukar diubah tapi tak mustahil. Yang penting ada kemahuan utk berubah.

    ReplyDelete