Maaf, masih mode super duper busy. Maka kemunculan di blog dan blogwalking juga dihadkan. Memang sejak hujung tahun lepas saya sudah menjangkakan jadual yang agak ketat dan padat sepanjang awal tahun 2013 ini sehingga selewat-lewatnya habis bulan April nanti. Tapi, aktiviti-aktiviti yang sudah dijangkakan makin bertambah dengan aktiviti-aktiviti yang tidak direncanakan tetapi tidak boleh ditolak. Boleh faham ke? Hehe... saja bikin pusing.
Aktiviti yang sudah dijangkakan adalah weddings!
Sebenarnya tahun ini adalah tahun yang paling banyak majlis perkahwinan sepupu sepapat sebelah saya dan anak saudara sebelah mr hubby. Nak jadi cerita 4 orang sepupu saya (2 sebelah ibu dan 2 orang sebelah ayah) memilih untuk tie the knot tahun ini. Majlis 2 orang sepupu lelaki sudah selamat. Tinggal 2 majlis sepupu perempuan end of March dan end of April nanti. Satu nun di Terengganu, satu lagi di Hulu Langat. Dan sebelum kedua-dua majlis itu, hujung minggu ini adalah majlis persandingan anak saudara mr hubby di Muar. Yang mana saya telah gatal mulut meng offer untuk hadiahkan kek perkahwinan!
Ok itu semua aktiviti yang telah dirancang. Aktiviti yang tidak direncanakan tetapi tidak boleh saya tolak adalah tempahan kek yang datang selalunya paling banyak sekitar tarikh yang sama dengan tarikh-tarikh penting sepupu-sepupu saya itu. Nak tolak tapi bila yang datang tu customer lama agak susah nak tolak. Bagi saya 'kepercayaan' adalah sesuatu yang berat. Kepercayaan orang sangat susah kita nak raih. Once dah dapat susah juga nak menjaganya. Tetapi untuk melepaskannya adalah sesuatu yang mustahil. It is an honour to have one's trust. Jadi, aktiviti-aktiviti yang diluar jangkaan ditambah dengan yang sudah dijangkakan inilah yang buat saya super duper busy untuk suku tahun pertama. Wow! Macam zaman berkerja dulu juga. Hmmm siapa kata duduk rumah membosankan? (*_^)
Dalam kesibukan itu, datang jemputan untuk ber BBQ bersama jiran-jiran blok saya pada malam minggu lepas. Serius cakap rasa sesak nafas juga sebab badan penat. Bila terlalu penat susah nak switch kepada bubbly and energetic mode. As if saya ni ada bubbly mode kan? Kena telan gula sekilo untuk up kan mood rasanya. Tapi untuk menolak ajakan jiran-jiran adalah agak mustahil. Si baker yang famous di lorong kita ni nak tunjuk busy sangat sampai tak dapat join BBQ? Bluwekkkk baker famouslah sangat. Tak usah nak berlagak. Bagus juga bersosial. Sebab walau duduk lorong dan blok yang sama tapi nak berjumpa dan berborak itu memang tiada. Ada seorang dua yang kerap juga bertegur sapa. Mama Diana sebab rumah dia paling dekat dan sebab anak kami berkawan dan dia juga rajin datang rumah kalau saya buat majlis kecil. Then there's kak Yati yang selang 10 buah rumah dengan saya yang kerap saya jumpa di surau. Kemudian, Fazida yang duduk depan rumah kak Yati, yang kerap berkomunikasi dengannya kerana dia kerap tempah kek dengan saya! Perasan tak ada sebab tertentu yang menyebabkan sesuatu perkenalan/hubungan itu tercetus? Bukan kerana sebab tarikan semulajadi. Huh! Saya kena lebih ikhlas dalam perhubungan! Tapi jujurnya saya senang dengan mereka.
Dua tahun lepas kami pernah join sesi BBQ seperti ini. Masa tu masing-masing kena contribute food - potluck. Rumah kami ambil tugas sediakan minuman. Lemonade semestinya! Tahun ini kami pakat kutip duit saja dan order food. Siap ada tukang masak yang bertugas panggang ayam dan kambing. Bolehlah rileks sambil berborak menikmati hidangan. Saya perasan ramai juga jiran-jiran baru join. Tapi saya juga perasan ramai juga jiran-jiran yang tak join. Terserah masing-masing. Dan oooh!!! Jiran bujang yang suka suki parking kereta tepi rumah juga join! What a surprise! Ikut hati yang jahat ni rasa ringan je mulut nak slow talk... tapi saya selalunya tak berjaya membawa diri meluahkan isi hati. Mengadu dekat blog sendiri aja.
Khemah tenpat kami berteduh itu adalah ihsan mr hubby and his gang. At least tidaklah kami makan dalam gelap dalam keadaan cuaca yang seakan mahu hujan tapi tak jadi. Cuma saya agak tak setuju bila diletakkan meja. Sebab bagi saya kerusi sudah memadai. Bukan apa, bila diletakkan meja bulat sebegini tendency orang berkumpul dalam kumpulan favourite mereka adalah tinggi. Dan menyebabkan orang merasa terlalu selesa untuk mingle dan clique dengan 1 kumpulan itu sahaja. Bila satu meja sudah cukup dengan 10 kerusi susahlah nak selit lagi kan? Kebarangkalian ada orang yang tak muat masuk dalam table yang sama terpinggir sendirian di meja lain. Dan tak mungkinlah mudah untuk orang lain 'kacau daun' meja yang dah penuh. Pada saya kerusi sahaja cukup sebab kita mahu suasana santai.
Saya yang penat ini, entah kenapa terasa canggung nak berhuha dengan mommies berkerjaya. Saya rasa saya sudah tua sangat malam itu. Saya memilih untuk melayan kelompok makcik-makcik (ibu-ibu yang tinggal bersama anak-anak mereka), berbual hal-hal domestic dan hal sekolah anak. Terlalu penat untuk bergosip. Plus, saya memang tak selesa melayan bergosip! Kalau nak bergosip pun cuma dengan suami sendiri aja. Hahaha.
And the childrens? As you can see in the pictures above, they have no problem mingle around. Papan jongkang-jongket itu boleh aja muat 10-12 orang. Padahal ada 2 jongkang-jongket tapi mereka pakat serbu yang 1 itu juga! Mudahnya menjadi kanak-kanak!
Bercakap pasal masyarakat sekiling ni, memang serba salah dibuatnya. Tak join dikata sombong, bila join ada ketika kita rasa susah nak "in" maklum ada puak yg selesa dgn group dia saja.
ReplyDeleteTaman sini pun macam ni la juga, sebab tu Kak Azie tak berapa rajin nak mesra-mesraan. Jumpa senyum, tegur. Nak borak memang payah la.
Kak Azie,
ReplyDeleteTak mau bermesraan sangat tu bukan apa, kadang nak mengelak provokasi juga. Saya sendiri senang memilih untuk senyum dan sekadar berbasa-basi saja. Kena pulak saya jenis lambat panas enjin! ;-)