Tuesday, 12 March 2013

Dari Shah Alam Ke Tanjung Karang ... Ojo Kesandung


Dari Shah Alam Ke Tanjung Karang
Laluan LATAR Shah Alam-Kuala Selangor kami selusuri
Menyahut undangan di Kampung Sungai Gulang-gulang
Persandingan puteri tunggal Masrun Tamsi



Kad jemputan dilayang, selamat diterima tak sampai 1 minggu selepas bapa pengantin menghubungi saya menerusi sms "... mohon lapangkan dadamu menerima undangan ini dan sms kan alamatnya..."

Sejak dulu berulang kali beliau mengajak bertandang, Raya atau apa-apa jua keraian belum pernah sekalipun sepanjang perkenalan undangannya saya penuhi
Lalu kali ini, selepas saya sudah tidak punya apa-apa, nama dan pangkat jauh sekali
sms bertanya khabar beliau tidak pernah jua surut, mengapa saya perlu masih menyombong diri
walaupun pada tarikh yang sama ada jemputan lain bertembung tarikh, rasanya sekali ini tidak salah
kalau saya memilih untuk menghadirkan diri ke halaman Tino
after all, memang patut saya merendahkan diri menghormati hajat orang yang lebih tua
Entahkan barangkali peluang itu tidak akan berulang lagi

Saat kami tiba disambut tuan rumah yang berpakaian serba pink jambu, kata-katanya buat saya termalu sendiri "... sampai jugak akhirnya..."
nampak sangat saya ini selalu mengecewakan kawan



Dan sungguh saya terpegun, bila tiba di perkarangan Halaman Tino
melihat padang rumput saujana mata memandang berubah umpama tapak pesta
dengan kepulauan khemah-khemah terpacak bagaikan cendawan selepas hujan (memang kebetulan malam sebelumnya hujan!)
dan lautan manusia yang seakan tidak mahu surut
berpusu-pusu menunggu giliran untuk menikmati hidangan
kerana hari itu halaman Tino dibanjiri 5,000 jemputan yang saya kira hampir seluruh Tanjung Karang berkumpul
meraikan hari bahagia Masrun Tamsi @ Herman Tino menerima ahli keluarga baru



Tetamu diraikan tidak kurang dengan nasi minyak, dijamu lagi dengan soto, pecal, cendol dan goreng-gorengan
identiti ke'jawa'an sangat pekat di adun dalam majlis
bayangkan dari kad jemputan lagi sudah tertera sebaris ayat dalam bahasa jawa, sehinggakan hidangan malah flower girls dan kanak-kanak lelaki pengiring pengantin juga berpakaian ala jawa
betapa tuan rumah sangat mendukung jati dirinya




Geng motorsikal SYM turut serta.... cuma yang ini bukan mototrsikal jenis SYM ye... ini honda jenis apa saya tak tahu

Pengacara majlis entah siapa... tetapi sangat menyenangkan tutur kata mereka
cekap mengawal majlis walau dari atas pentas, sering berpesan-pesan supaya tetamu yang sudah selesai menikmati juadah memberi laluan kepada yang baru hadir

Bila tetamu yang duduk semeja dengan saya bertanya "... sedara jugak ke?" bagaimana harus saya menjawabnya ye?
kerana antara kami bukan peminat-artis pujaan 
bertemu dan berkawan atas kawan
mengambil barang sedikit pengalaman dari orang yang lebih dulu makan garam kehidupan






Anak dara cilik saya terkejut, teruja dan seakan tidak percaya waktu sampai ke majlis " Eeeee... atuk Hafiz... ehhh bapak Hafiz!" kata dia
langsung saya tawarkan peluang kepadanya untuk bergambar kenang-kenangan dengan 'bapak Hafiz (AF)' dalam lagu awan nano
warna baju dah cantik sedondon... warna kulit pun lebih kurang sama je dah macam atuk dengan cucu pula
Sudah seringkali saya hadiri undangan kenduri kahwin dan seringkali juga warna baju kami sekeluarga sedondon pula dengan tuan rumah!
termasuk sewaktu melunaskan job menghantar wedding cakes hingga disangka kaum kerabat!
kali ini tidak terkecuali... terrrr sama jua warna tema - pink jambu!

selama ini Yaya tak percaya retis 'berkawan' dengan saya (ehhh poyo!) bila dia belek-belek handphone saya selalu jumpa nama-nama retis yang dia kenal, tak percaya tak apa sebab mama dia pun tak pernah kuasa nak bercerita kalau tak ditanya
lagipun kita manusia sama saja, dunia ini fana... akhirat yang kekal abadi



Ojo Kesandung Batu Neng Dalan Awan-awan
Moga mahligai Herta Masrun & Mohd Rezza dilimpahi keberkatan


2 comments: