Tuesday, 16 July 2013

7 Ramadhan 1434H - Anekdot Ramadhan... Perjalanan Jauh?


Semalam mr hubby tak kerja. MC, sakit belakang. Dia kerja kuat lately ni. Sibuk dengan projek pemasangan partition gerai jualan di JJ Rawang tak selesai lagi. Muscle sudah bengkak. Jadi berehat dirumah saja sambil layan anak-anak. Alhamdulillah dah 7 hari kita berpuasa. Setakat ini anak-anak ok aja. Nampak jauh berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Lebih cergas dan bertenaga. Tiada rungutan haus, lapar. Tiada lagi soalan bertubi-tubi "lagi berapa jam nak berbuka ni Mama?"... "lagi berapa jam?".... "lama lagi ke?".... "lagi berapa minit?" macam tahun-tahun sebelumnya.


Hari pertama balik sekolah memang depa terus tertidur. Kepenatan dan mengantuk sebab bangun sahur agaknya. Tapi selain dari itu, memang ok je. Sihat walafiat. Takde lah kuyu dan layu. Syukur sangat. In fact petang semalam balik dari sekolah agama terus minta izin nak main kat luar. Aikkkk!!!! Bila tengok dahi saya berkerut cepat-cepat Yaya cakap, " Adik janji adik takkan cakap lapar..."  Oiiii sayang lapar tu tak mungkinlah tapi haus cemana? Dia kata rasa bertenaga sangat, "Kitaorang dah biasa beraktiviti..." Okeh ayat bukan main lagi! So, I allowed them to play outside. Dan lepas bermain memang tiada rungutan. Bagus! 


Dah daddy ada kat rumah, rajinlah Yaya berborak dengan daddy dia. Kalau selalu mesti masuk dapur mengacau saya masak sambil mulut dia pot pet bercerita. Tapi semalam dia layan borak dengan daddy ler. Dia bagitau daddy, kawan dia si A tu tak puasa. Bila daddy dia tanya kenapa? Yaya jawab, "Perjalanan jauh..."  ???? Perjalanan jauh? Apakah?... fikir punya fikir owhhhh musafir!!! Aikkkk jauh ke mana? Yaya bagitau si A balik kampung dia kat Ipoh, jadi perjalanan jauh tak payah puasa.
Daddy dia senyum je. Nak tau apa daddy dia jawab? "Dik, zaman Nabi saw orang musafir naik unta, penat duduk atas unta, panas lagi. Ni zaman sekarang orang naik kereta. Duduk je dalam kereta tu ada aircon (boleh tidur lagi). Musafir apa nya!" Hahaha... 


Betul juga. Zaman sekarang ni segalanya lebih convenient sehinggakan perjalanan berapa jauh pun tidak terasa. Setakat 2-3 jam dalam negara saja. InsyaAllah belum ada yang mati kering. Saya rasa agak sukar nak jumpa orang yang buat perjalanan jauh (dalam negara) di bulan Ramadhan yang tak puasa sekarang ni.Owh jangan salah faham, saya bukan kritik kawan Yaya yang tak puasa tadi. Budak-budak masih berlatih. Cuma mengulas saja secara general. Bagus juga Yaya encounter this 'perjalanan jauh' thingy from her friend. Setidak-tidaknya bertambah ilmu dan pemahaman dia. Ada keringanan untuk orang bermusafir dalam berpuasa. Cuma sejauh mana kita nak ambil ringan kena timbang balik lah dengan keadaan sekarang.


Teringat dulu kami pernah bawa anak-anak ikut perjalanan jauh balik ke Terengganu dalam bulan Ramadhan. Masuk waktu di perjalanan jadi berbuka di RnR yang cuma ada tempat berehat saja. Mujur saya bawa bekal pulut kuning dan rendang ayam. Kami berbuka di pondok dalam keadaan gelap remang maghrib sebab memang tak berlampu langsung tempat tu! Terkial-kial dalam gelap mencubit ayam, ini tulang ke isi? Hahaha... Pun begitu bersyukur kita ni serba serbi ada!



No comments:

Post a Comment