Wednesday, 10 July 2013

Ahlan Ya Ramadhan 1434H - Anekdot Versi Muhasabah Diri




A couple of days ago my 9 year old Fahmi came back from school and announced that he's going to perform Dhuha prayer starting from this Ramadhan (1434H). Saya agak tercengang sekejap. Sebab Fahmi biasa lihat saya perform solat Dhuha dan pernah beberapa kali tanya saya solat apa waktu pagi tapi belum pernah terlintas lagi nak ajar dia buat solat-solat sunat. Amal ibadat yang wajib yang basic je dulu ajar kat anak-anak. 


Jadi bila dia balik sekolah dan tanya saya "Mama, solat Dhuha tu dari waktu bila sampai bila?". Maksud dia tempoh waktu untuk perform Dhuha prayer. Bila saya tanya kenapa? Dia kata, ustazah pesan kalau buat solat Dhuha masa bulan puasa nanti permintaan kita dimakbulkan. Aduiii tertampar mak cik. Mama sendiri tak mau ajar, mujur ada ustazah yang rajin pesan. Bagusnya lah ustazah dia, tidak lepas dari sentiasa mendidik dan menitipkan pesanan yang baik-baik sungguhpun mereka ni masih budak-budak lagi. Rasa malu kejap kat diri sendiri. Saya masa usia sebaya Fahmi baru merangkak-rangkak belajar berpuasa. Dulu-dulu tak pernah cikgu atau ustazah pesan suruh bersolat. Berbeza sangat pendekatan dulu dan kini.


Kadang kita sangka anak-anak kita kecil lagi. Itu tak payah, ini tak perlu. Belum sampai masa lagi, tak cukup umur lagi. Tapi kita silap. Masa anak-anak kecil lah nak dididik dan perlu biasakan beramal ibadat. Solat lima waktu sedari usia 7 tahun. Alhamdulillah sudah. Saya bersyukur mereka bersekolah rendah sesi pagi. Bererti solat Zuhur saya boleh pantau di rumah. Saya juga bersyukur kerana mereka bersekolah agama sebelah petang, maka mereka bersolat Asar di sekolah dengan kawan-kawan sebelum balik rumah. Cuma bila Fahmi ada aktiviti tambahan di sekolah tempohari saya tak pun pesan suruh solat. Saya jangka tentu dia tak solat Zuhur. Tapi rasa bersyukur sangat-sangat sebab dia kata dia solat Zuhur dengan kawan-kawan kat surau. Alhamdulillah. Sejuk sangat rasa hati. Ini bukan nak bangga atau nak riak. Cuma buat saya sedar, kalau kita didik anak-anak ikut syariat jangan dok fikir or bagi alasan budak tu kecil lagi ke apa, inshaa Allah anak-anak akan terbiasa dan teruskan amalan. Memang dah cukup cantiklah tu sabda Rasulullah saw "Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka" (Hadis riwayat Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi)


Berbalik kepada cerita solat Dhuha tadi. Lepas saya bagitau dia tempoh waktu untuk solat Dhuha, terus dia cakap "Mulai bulan puasa ni Abang nak buat solat Dhuha...". Okay, I know my son. The part where the 'ustazah kata kalau kita buat solat Dhuha permintaan kita dimakbulkan', might have motivate him to perform the Dhuha prayer. Agak-agak apa ye 'permintaa' dia? Minta Allah swt lembutkan hati Mama dia pulangkan PSP ke? Lembutkan hati Mama dia bagi dia main game kat facebook ke? Sebab dua-dua benda ni dah kena tarik balik hehe.  Tapi tak kisahlah, at least dia sudah melangkah ke depan setapak lagi. Kalau itu bisa mendidik seorang kanak-kanak meletakkan keyakinannya kepada Allah kenapa tidak.


Sebenarnya ini satu peringatan untuk saya. Jangan culas solat Dhuha! Juga satu tamparan untuk saya, jalankan tugas saya mendidik!


Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua saudara se Islamku. Semoga diberi kesihatan tubuh badan dan mental. Semoga mendapat keberkatan bagi setiap amal ibadah. Maafkan segala kekhilafan saya.


No comments:

Post a Comment