Wednesday, 13 November 2013

Crisp Skin Pan-fry Salmon with Cajun Sauce


Siapa tak suka makan ikan salmon? Beri saya pilihan antara salmon dan daging atau ayam saya akan pilih salmon. Kalau kepingan ikan salmon saya akan masak cara paling mudah dan ringkas. Iaitu digoreng tanpa minyak atau dengan sedikit minyak zaitun sehingga kulitnya agak garing tapi isi ikan masih moist. Selain dari goreng begini isi ikan salmon boleh juga buat pai. Tapi kali ini memang nak makan secara pan-fry aja.





Ikan salmon tu saya tabur sedikit garam dan serbuk lada sulah sebelum digoreng. Sementara sos cajunnya saya ikut resipi Chef Ammar yang diambil dari fb beliau. Tetapi tiada sukatan bahan diberi malah tiada cara-cara menyediakan tertulis di situ. Dan memandangkan saya ni tak pernah sempat nak tengok rancangan beliau, saya main agak-agak saja cara membuatnya. Banyak senarai bahan ditulis tapi tak diasingkan yang mana untuk cous cous, yang mana untuk ikan dan yang mana untuk sos cajun. Saya terasa bagaikan diberi bunjut campuran beras dan rempah Musang Berjanggut pula! Pandai-pandailah asingkan dan masak!





Makan dengan cous cous sebagai ganti nasi. Bila dah siap saya tengok plate terlalu plain, sudahlah tiada ragam warna, semuanya putih kecuali salmon berwarna pink. Cepat-cepat geledah peti sejuk, jumpa baby kailan (kali ini yang betul-betul spesis kailan!), celur sekejap toskan dan letak je dalam pinggan. Ok lengkap ada protein, bijirin dan sayur hijau. Yummmsss! ;-)

No comments:

Post a Comment