Tuesday, 31 December 2013

Cheesy Mushroom Croquette


We've got our astro connection back. Mr Hubby re-instated the service after our maid gone back for good.
Eversince, I've been watching my favourite channels especially cooking programmes one after another macam orang buat marathon. Lama kot tak tengok rancangan memasak kat AFC, TLC and my new discovery - LIFE. Berbulan tak tengok tv sejak sebelum bulan puasa Julai lalu lagi. And before that pun saya tak tengok tv. 


Sebenarnya, bila tak tengok tv tu lagi rasa aman dan tenang duniaku. Tak terasa pun ketinggalan zaman bila tak tengok all the Malay punya drama bersiri adaptasi novel yang become a trend sekarang ni. I know about it pun sebab friends kat fb semua sibuk bergebang. Kita tumpang baca je.
Tak terasa juga ketinggalan sebab tak tonton berita. Berita kat tv tu pun semuanya bias. 
Banyak lagi sumber berita lain. Baca dan buat penilaian sendiri.


Tengok punya tengok AFC tertengoklah River Cottage. Entah macam mana terrrr tengok okay sebab dulu memang tak gemar sangat tengok rancangan ni. Macam slow pace gitu. Macam boring jer :-P. 
Dah tertengok tu, terrrr berkenan pulak dengan menu dia yang satu ni.
Mushroom croquette. 


Alahai. Croquette je pun. Tapi sebab awak memang tengah angin nak ber croquette kan. Itu hari buat potato croquette. Bukan main suka lah Yaya dengan Fahmi makan. Hat kali ni croquette mushroom yang cheesy... seswaiii dengan tekak Mama depa pula.








Nak cuba resipi ini boleh visit River Cottage page. I follow the recipe almost 90% of it. Kita kat sini manalah ada oak moss nak buat tambahan dalam salutan breadcrumbs tu kan. Dan saya juga tambah sukatan tepung yang digunakan untuk kentalkan adunan sebab my doh agak lembik susah nak keep the croquette in shape even after I let it cool in the fridge longer than the required time.






The star ingredients adalah mushroom semata dan dalam resipi ini ianya dicincang. The croquette basically have no body (bukan nobody) jadi selepas digoreng you will find your croquette trun in to a hollow. Tak sama macam kalau anda buat chicken or potato croquette.
But... the taste was very good. Semestinya lah sebab it is so creamy and tasty dengan rasa keju cheddar. Your croquette can never go wrong with cheddar added into it.

Go and give it a try anyway!

No comments:

Post a Comment