Monday, 4 August 2014

Keindahan Syawal 1435H - Jejak Kasih


Alhamdulillah... I would say this Syawal was probably the best Syawal I had. Kenapa? Sila baca hingga hujung entry... kisahnya sengaja saya simpan hingga penamat ;-). Walaupun terasa kepenatan kerana terburu-buru mengemas rumah saat akhir sebelum kami pulang ke kampung, I was able to enjoy the raya. We dropped by at my mum's house and stayed there overnight sebelum meneruskan perjalanan ke kampung mr hubby sehari sebelum raya. Dapat jumpa dulu my sister and brothers sebelum masing-masing juga mengambil haluan pulang ke rumah mentua. My sister and youngest brother - both being government servants berkhidmat dalam bidang penguatkuasaan had to work pada 1 Syawal. Alah bisa tegal biasa.
Still, I was happy to have met them before we parted ways.


Tiba di kampung mr hubby, ia merupakan tahun kedua kami beraya tanpa mil. Memandangkan tahun ini kami menyambut Syawal di sini, maka saya terlibat sama dengan ipar duai yang lain untuk menyediakan juadah pagi raya. My sis in law awal-awal dah serah tugas buat kuah kacang. I'm flattered and flabbergasted. Saya bukan biasa pun mengemudi dapur di kampung. Setakat tolong siapkan bahan selalunya. Tambahan ada kakak-kakak ipar yang lebih senior. Ini buat saya teringat permintaan arwah mil yang juga pernah serahkan tugas buat kuah kacang kepada saya di malam raya. Nampaknya, kenangan permintaan mil itu tidak terlepas dari ingatan kakak ipar. Maka bekerjasama lah kami di dapur ( saya dan 2 orang kakak ipar berserta 2 orang biras) dengan sesekali pecah hilai tawa dan tak sunyi dari gurau senda. Kemudian, biras yang paling tua berpesan "... dulu arwah mak wasiatkan kat akak untuk masak bila mak dah takde. Ini, akak wasiatkan kat kau untuk masak bila akak dah takde...". Ehhh??? Saya tak taulah dia bergurau ke apa but we were in jovial mood walau letih and in front of the rest bercakap demikian. Saya segera sanggah. Siapa saya untuk kemudi dapur sedang yang lebih tua dan lebih mahir masih ramai. Saya pun cuma menantu saja di rumah ini.


Saya akui, bila sesekali berkumpul ramai-ramai begini kita dapat melihat perubahan usia dalam diri masing-masing. Anak-anak saudara yang dulu remaja kebanyakannya sudah berkahwin dan punya anak kecil. Menjadikan status saya naik satu takuk - nenek saudara! Aduhaiii... sudah bercucu rupanya saya. Dan anak-anak saya yang masih kanak-kanak lagi juga sudah naik taraf menjadi mak dan pak sedara!!! Iya, bila berkumpul dalam keluarga besar mr hubby ini saya mula terasa jauh berusia dari umur fizikal saya. Walhal anak-anak saudara mr hubby yang sudah berkeluarga hanya berjarak usia antara 2-3 tahun saja dengan saya! Serius saya masih canggung dipanggil makcik atau auntie. Saya canggung nak berlagak bagai orang tua. Kerana jiwa saya masih kental muda! Ahah!!! :-P
Makanya bila saya duduk berbual-bual dengan anak-anak dara kakak ipar yang masih menuntut di universiti (lingkungan usia mereka 20an), saya rasa senang sekali. 


Hinggakan Yaya datang kepada kami dan berkata, "Mama ni adik tengok macam budak remaja je borak-borak (dengan anak-anak saudara mr hubby)..." Hah kau! Bernanah telinga mr hubby kalau dengar ni kihkihkih


Kembali ke Seremban, saya sangat gembira dan bersyukur kerana misi pencarian saya membuahkan hasil. Sepanjang Ramadhan saya berdoa kepada Allah semoga saya dipertemukan dengan bekas guru kelas saya dulu, Cikgu Hamid. Kali terakhir menziarahi beliau di hari raya entah tahun bila tapi seingat saya cik Yaya masih kecil lagi. Barangkali usia setahun. Bererti sudah 7-8 tahun saya tidak mengunjungi beliau. Astagfirullahhal'azim. Macam mana saya boleh lalai dengan hambatan kerja dan dunia hingga saya lupa? Sudahlah saya tak punya no telefon beliau. Makanya tidak dapat saya menghubungi beliau terlebih dahulu.


Syukur pada Allah, misi peribadi saya ini tidak sia-sia. Allah permudahkan. Sangat mudah. Berbekalkan sedikit buah tangan, saya, suami dan anak-anak terus saja menuju ke rumah beliau. Masya Allah sungguh sudah berubah perumahan itu. Saya sudah tak kenal lagi rumah beliau. Maka mundar mandir lah kami mencari orang untuk bertanya hingga dipertemukan dengan seorang pakcik yang kebetulan mengenali cikgu saya. Iya, saya tak fikir di taman perumahan kecil dan seudah lama tegak ini tidak ada orang yang tak mengenali jirannya. Nama pun Taman Guru Melayu, semestinya bekas-bekas guru semua berkumpul di sini.


Hampir saya kecewa bila loceng yang ditekan berulang kali tidak bersahut. Kali ketiga, saya sudah hampir pasti beliau tiada di rumah. It was raya ke 4, he was probably out berjalan raya. Tapi salah satu sebab lagi yang meyakinkan saya untuk mencari beliau di raya ke 4 itu adalah kerana saya fasih sangat disiplin beliau yang tak tinggal puasa enam di awal Syawal. 


Saya sudah mula tarik tangan cik Yaya untuk pergi. Bila tiba-tiba cik Yaya menjerit, "Ada orang lah Mama... ada orang". Rasa bagai bunga ros yang menguncup kembang semula. I couldn't hide my grin! Alhamdulillah...Alhamdulillah... Subhanallah...



Bersama cikgu hamid dan isteri yang sangat mesra dan ramah melayan anak-anak saya. Saya kelihatan lebih berisi mengenakan tunic dari fabrik sbline ini... urghh


Gambar ini saya sengaja post kan di fb saya. Walhal saya jarang post gambar diri sendiri. Selalu gambar kek saja sampai anak sedara pun mengomel takde gambar saya. Sengaja saya post gambar ini supaya kawan-kawan sekelas dulu 'terbakar' dan pergi menjejaki cikgu hamid. Dari perbualan kami, ternyata sudah bertahun-tahun beliau dilupakan anak-anak didiknya. Sob... sob... sob... sungguh rasa berdosa!
Alhamdulillah... selepas saya 'bakar' kawan-kawan dengan gambar ini saya dengar berdudyun-duyun (hiperbola sungguh!) teman sekelas buat rombongan cik kiah ke rumah pak hamid (gelaran mesra kami). Alhamdulillah... misi saya membuahkan hasil.




No comments:

Post a Comment