Tuesday, 25 November 2014

Gelagat di MAHA, Serdang - Yang MAHA Lucu dan MAHA Pelik


Kami ke MAHA hari Isnin (semalam). Plan mengejut. 
Tiba-tiba mr hubby ambil cuti. Saya macam biasa puasa sunat Isnin. Tapi menghormati ajakan mr hubby maka berbuka lah dengan santapan pertama di MAHA iaitu air limau asam boi. Panas terik kot masa kami sampai tu. Harus lah tekak kering. 


Ini kali pertama kami pergi MAHA. Dua tahun lepas ada teringin juga. Tapi masing-masing sibuk. Sebagai orang yang kali pertama menjejak kaki ke MAHA, memang kami tak tau apa nak expect. Pun begitu sebab mr hubby ada buat kerja set up booth exhibitor bagi section haiwan peliharaan (pet) maka dia tau lah sikit-sikit selok belok tempat tu. Ala setakat sampai ke booth yang dia buat tu tau lah ;-). Tapi kalau tanya mana nak tuju, apa yang menarik, sesungguhnya kami blur. Mujur ada pamplet, bolehlah buat rujukan.


Kami masuk dari pintu 2 (belakang). Sah-sah lah tempat di tuju adalah laman ternakan di mana terletaknya pameran kucing. Anak-anak suka yang amat tengok kucing. Almaklum mereka tak diizinkan bela kucing. Atas seba-sebab kesihatan. MasyaAllah kucing yang dipamer tersangatlah besar saiznya. Sungguh saya tak pernah lihat kucing bersaiz sebesar budak umur 4 bulan!! Dah serupa besar anak buah saya!
Saya rasa kucing ni patut disuruh bersenam. Kurangkan berat badan. Dan kawal pemakanan. 


Lepas puas membiarkan anak-anak lepas bebas di kawasan haiwan peliharaan kami beralih ke laman ternakan. Jam sudah beranjak ke pukul 1.20 petang. Banyak aktiviti berhenti rehat. Kami berehat di bawah booth ternakan kambing Dooper. Satu projek kelolaan Felcra (ke Felda? maafkan jika saya tersilap) khusus dijalankan di bawah ECER - Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Satu-satunya tapak pameran yang masih aktif beraktiviti sedang yang lain sunyi sementara waktu. Tercuit hati kami melihat gelagat di sini. Bukan gelagat kambing baka dooper yang buat kami menahan senyum. Tapi gelagat pengunjungnya. 


Pengunjung diberi peluang memegang atau memeluk anak-anak kambing dooper. Maka ramailah yang mahu bergambar sambil memeluk kambing. Ada pengunjung yang sangat riuh teruja memeluk anak kambing tapi barangkali kerana tersalah pegang, anak kambing menggelupur dalam pelukan maka terkena lah libasan lemah si anak kambing. Menjerit-jerit dan menggelupurlah pula si pengunjung. Marah kerana terkena libasan. Kesian kambing tak berakal pula jadi bahan marah. Ada juga kanak-kanak yang riang mengejar anak-anak kambing dalam kandang. Tapi saat anak-anak kambing 'melepas hajat' maka bertempiaran lari lah masing-masing. Tak kurang yang menggelupur kegelian bila terpijak najis kambing. Paling buat saya tak kering gusi, bila ada yang menyangkakan tong berisi air di kandang tersebut sebagai kemudahan membasuh tangan (selepas bermain peluk cium dengan kambing). Maka mahu dicelup kedua-dua tangan di dalamnya. Saya yang memerhati dari jauh sudah mahu terjerit (dalam hati) tapi si pengunjung sempat pause kejap tanya penjaga kandang. Bila diberitahu ianya air minuman kambing, berubahlah wajah dan cepat laju sekali keluar kandang. Pengunjung-pengunjung MAHA barangkali merasakan MAHA tempat mereka berhibur tapi saya rasa MAHA adalah tempat penternak-penternak dan peladang-peladang berhibur melihat gelagat orang bandar yang betul-betul macam rusa masuk kampung! :-)


Saya rasa gelagat di atas sudah cukup lucu. Tapi rupa-rupanya ada yang lebih lucu dan MAHA pelik. Di bawah pondok berseblahan saya ada sepasang suami isteri sedang duduk. Si suami sambil tangan memegang beg plastik. Tersengguk-sengguk menahan kantuk. Tengahari 'buta' (kata Ma saya) memang waktu mata cukup suka lelap. Apatah lagi kalau sudah kepenatan separuh hari berjalan. Dalam tersengguk-sengguk terlelap juga. Saya risau, kerana makin lama beliau makin bongkok ke depan. Sedang di depan beliau adalah meja diperbuat dari simen. Sikittttt lagi nak terhantuk. Patutkah saya mengejutkan beliau?


Si isteri pun sama halnya. Asalnya memangku bayi yang tertidur selepas minum susu. Dengan si ibu sekali tersengguk-sengguk tidur. Kali ini mr hubby pula yang risau. Risaukan anak yang makin melurut dari pangkuan! Apa taknya kalau dah si ibu makin menunduk ke depan macam padi masak. Nahhhh... sekarang nak kami apa kan?


Tersangatlah peliknya gelagat pengunjung MAHA ni. Kalau dah penat, balik-balik lah ke rumah. Kenapa sampai menyeksa diri. Tapi kami buat kesimpulan, barangkali orang datang dari jauh dan sejak awal pagi sudah menjelajah MAHA yang luas itu.


No comments:

Post a Comment