Tuesday, 16 March 2010

Alien

Pernah tak aku cerita bahawa nasi and typical malay lauks was alien to me when I was growing up? I can go on without eating nasi tapi aku tak boleh hidup tanpa kentang goring, sausages, roti, egg banjo, burger dan mee segera maggi. And I hates vegetables except carrots. Kalaupun my mum dah desperate sangat nak suruh anak dara dia ni makan nasi, she would cook lauk kari ayam or daging with ubi kentang, of which I’d only ate the ubi kentang gaul lumat dengan nasi dan kicap! Ataupun she goring tempe bersalut garam dan serbuk kunyit barulah aku makan nasi. Kalau takde lauk2 yang disebutkan di atas dapat keropok ikan gaul dengan nasi pun cukup! Dan itu sajalah lauk aku. Just one lauk, tak payah nak 2-3 jenis lauk. I’m easy, sangat murah kos maintenanence aku tau. No wonder lah I was so skinny masa budak2 and remaja dulu, and still I was very active in school – sports, society clubs etc.

Dan aku paling tak suka pergi rumah orang kebetulan waktu makan tengahari. Takut tuan rumah ajak makan sekali. Pernah aku tersangkut kena makan kat rumah orang. Rasa terseksa jiwa ragaku bila dihidangkan nasi dengan lauk2 yang alien padaku. Kunyah nasi macam kunyah daging liat, tak boleh nak telan, pastu bila orang letak macam2 lauk atas pinggan kita - rasa nak menangis time tu. masa tu rasa macam nak cakap please take no offence bukannya masakan mak cik tak sedap tapi saya memang tak reti dan tak boleh makan semua ni.

Kalau dikenang2kan kisah dulu memang rasa kelakar. Aku tak pernah rasa bernafsu tengok orang makan masakan melayu with the exception of my all time favourite nasi dagang. Cuba suakan donut ke, cakes, fish n chips ke, chicken chop ke, pizza ke sure aku sapu licin. Hatta zaman berdating dengan hubby sekalipun kami tak pernah makan kat restoran melayu gara2 tekak aku yang tak sebati dengan malay food. Yeahhh aku tau ada yang nak termuntah dengan statement aku ni. But that was before I married him. strange how marriage can change you. Marriage has certainly improve my appetite and taught me to compromise my differences with hubby in a lot of ways termasuklah food. I learn to cook malay dishes because tekak dia tersangatlah melayu … dan jawa. He too has adapted to my eating styles – western foods. Rasanya kalau tak kahwin (kahwin dengan hubby lah) sampai sekarang ni aku tak reti nak masak all the dishes yang you all tengok kat blog ni hahaha.

And yet now I wonder why my anak dara aku, yaya susah sangat nak makan. Dah penat paksa dia makan. While fahmi has a very healthy appetite for food, I really enjoy tengok fahmi berselera makan, almost segala yang mama dia masak dia akan makan. Yaya ni kalau masak lauk ayam goring pun kadang2 dia tak nak makan. Kalau dah kebulur sangat seharian tak makan paling tidak dia cuma makan nasi kosong aje! Lagi teruk daripada mama dia, at least ada jugak aku makan nasi dengan keropok ikan. And she hates vegetables too – even carrots! Now, adakah perangai juga satu genetic traits yang boleh di inherits? What about selera makan, pun boleh inherits ke? Coz my boy suka makan just like his daddy, while my girl sangat kurang bernafsu makan just like her mama dulu (dululah kan sejak lepas kahwin kena paksa makan nasi hari2 sampai jadi belon badanku)

Owh, dalam banyak2 masakan yang aku dah boleh masak, bihun goring adalah satu makanan mudah yang aku tak reti2 nak masak sampailah baru sebulan ni! Owh jangan ketawa, memang aku malu sangat. Alangkan my borther pun pandai goring bihun, sedap plak tu. I can bake, I can cook nasi beriani, I can make roast chicken, I can make ice cream but I can’t cook fried bihun … yang sedap. I’ve seen my mum buat bihun goring, I’ve seen my mil’s version, I have to be honest I like mil’s better but somehow I just couldn’t produce rasa yang sama. I’ve look up on the internet tapi bahan2 nya sama je dengan aku punya tapi kenapa hasilnya tak sesedap orang punya. Hubby pun mengomel bila aku buat bihun goring coz tak sedap kata dia. Until recently masa balik rumah mil last month kebetulan mil buat bihun goring, kuperhatikan betul2 bahan2nya saling tak tumpah dengan aku punya except mil tumbuk kesemua bahan dalam lesung batu. So I decided to give it a try ikut betul2 cara mil. I have to give it another shot before I give up. Dan akhirnya after 31 tahun barulah kini bihun goring ku menjadi betul2 sedap! Kahkahkahkah… teruk betullah aku ni setakat goring bihun pun jadi susah pada aku. Dulu kalau hubby bising bihun ku tak sedap aku cakap kat dia “alah saya yang senang2 ni memang tak reti…” kehkehkeh. Poyo… malam tadi kugoreng bihun untuk dinner, (chewah sejak dah pandai goring bihun ni takdelah menu lain) hubby puji kata lepas ni kalau buat makan2 tak payah dah tempah bihun goring kat orang. Hehehe

And my daughter, yaya makan nasi berlaukkan bihun. Boleh gitu. Lantaklah labu… janji dia makan!

these are photos of fahmi in action - doing the dishes on sunday morning.buat2 tak nampak jelah dapurku yang berkecah itu ye... dengan kulit telur bagai, buat kek lah katakan hehe



afterwards, mama upah dia chicken and beef pepperoni pizza. lapar agaknya sebab banyak guna tenaga gitew doing the dishes, fahmi bising sebab mama buat cuma 1 keping pizza je. hahaha marah anak aku

No comments:

Post a Comment