Tuesday, 4 May 2010

Catching Up

Sabtu lepas we were invited to a birthday party – nina’s son, ammar who turns 1 a few days ago. The party was held at pusat giat mara shah alam dekat sangat dengan rumah kami, tak patut sungguh kalau tak pergi kan nina kan ;-). Lagipun sejak birthday ayuni bertahun dulu nina sering jemput cuma kami je yang tak pernah dapat hadir sebab party ayuni mesti bertembung dengan birthday celebration fahmi. Jadi sabtu 1 mei tu saya gantung kuali, kami sepakat nak isi perut kat majlis ammar je, dalam hati saya berkata we won’t regret it. How true, bukan saja food nya sedap2 tapi saya berpeluang catch up dengan old cyber friends daripada pcm. Sayangnya seperti biasa saya mesti lupa bawa kamera so takdelah pics kenangan. Harap2 watie or kak eza yang rajin snap photos tak keberatan kirimkan sekeping dua kat saya ye? ;-)

Selesai majlis (yup kami hanya tinggalkan majlis setelah semua guest balik!) saya ajak hubby ke puchong nak stock up barang2 baking. Betul kata watie, BWY memang tutup hari sabtu tu! memang they all tutup 1st Saturday of the month kea tau because of labour day? Saya pun tak tau sebab tak selalu ke sana. Now saya kena cari satu hari yang sesuai nak travel ke sana, weekdays memang lah tak practical, Saturdays yang lain2 pulak saya kerja. This Saturday peluang nak ke sana tipis coz I think hubby dah tetapkan hajat nak pergi camping! Oh yesss hubby saya ber camping, ni penangan sejak duduk rumah baru. The guys kat sini sangat aktif with outdoor activities, saya cemburu! Saya pun nak ikut camping jugak tapi depa tak ajak anak bini. So rasanya saya camping kat rumah my mum jelah. Which means tak selesai lagi masalah saya nak stock up barang di BWY puchong coz saya tak familiar jalan ke puchong! Huhu

Kalau sabtu kami sibuk ke hulu ke hilir sepanjang hari, siang ahad pulak kami buat aktiviti santai kuak lentang atas tilam. Semua orang tidur petang lepas isi perut. Lagipun both my children terutama yaya tak berapa sihat, they all demam tapi mild aja. Saya pulak malam sebelumnya tidur lewat, pagi tu bangun awal hari masih gelap saya dah keluar berjogging. Semangat! Sebenarnya kalau saya nak hubby tag along with us memang kena keluar jogging awal sebab by 7.30am or latest by 8.00am kawan2 biking dia pulak kidnap dia. Tengok, betapa hot nya hubby saya sekarang ramai peminat. Macam manalah wife dia tak jealous? But still dalam saya merungut ni saya tetap support minat dia selagi dia masih boleh balance his time with us. Iskkk iskkk macam berkongsi lah pulak. Chett!

Muffin cip coklat yang saya buat pagi ahad. Hidangkan untuk minum petang sebaik hubby & anak2 siap cuci basikal masing2. Yup, anak2 pun ikut cuci basikal sendiri depan rumah. Budak mana yang tak suka main air, you tell me. Kami minum petang kat luar rumah, sambil meneguk air limau sejuk kami cuci mata tengok laman hijau. Ahhh what a bliss.

Since semua orang kata kenyang lepas makan muffin jadi saya tak masak dinner. Tapi lepas tu ada orang ajak saya pergi ‘minum’ kat kedai. Dia ‘minum’ mee bandung sepinggan… ‘minum’ lah konon :-P

No comments:

Post a Comment