Saturday, 1 May 2010

Counting The Days...

Today is 1 Mei. Semua orang pun tahu apa ada dengan 1 Mei. Saya tak nak ucap apa-apa coz it makes no difference to me, just like any other day.

Bila masa dah menginjak masuk bulan Mei ni bermakna cuma tinggal kurang lebih 30 hari je lagi kami nak berkenduri besar. Majlis kahwin adik lelaki bongsu yang muda 3 tahun dari saya. Seperti turutan gelarannya, dia jugalah yang terakhir menamatkan zaman bujang. Walhal kalau puan-puan (ada ke tuan2 yang baca ramblings ibu2 ni? Hehe) nak tau dia lebih dulu berpacaran dengan bakal isterinya iaitu sejak saya belum mengenal cinta lagi! Advance sungguh adik saya ni. She was there masa saya bertunang, she was there juga masa saya kahwin. Dulu saya sangka mereka cinta monyet, maklum le masing2 belasan tahun lagi. Tapi bila dah makan tahun saya pula yang tak sabar nak tengok mereka kahwin. InsyaAllah Jun ini termakbullah hasrat mereka dan doa ahli keluarga semua.

Adik yang nak kahwin saya pulak yang berdebar2. Bukan apa susah hati juga memikirkan my mom sorang2 kat rumah mengatur persiapan kenduri, khemah, kerusi meja, makan kenduri nanti dan sebagainya. Risau saya kalau2 my mum stress nanti naik pulak darah tinggi dia. Minggu lepas saya luangkan masa bawa ma bershopping di nilai 3. Terus terang cakap itulah kali pertama saya jejak kaki ke nilai 3, memang tak pernah rasa tertarik nak ke sana. Orang kata kain murah2 dan cantik2, tapi saya lebih senang berkunjung ke kedai kain favourite saya, jakel. Tapi sebab ma bersungguh-sungguh sangat nak cari bunga telur dan lain-lain barang hiasan kat sana, maka saya turutkan saja. Ikutkan saya beli kat mana2 pun sama. Biar puas hati orang tua, jangan nanti dia asyik terkenang2kan tak dapat ke nilai 3.

Dah lepas satu hajat my mum saya tunaikan. Lepas ni saya tak pasti bila lagi saya boleh balik ke sana menolong apa yang patut i.e. berkemas rumah ke kan. Sebab nampak gayanya hujung2 minggu saya sepanjang mei ini sudah padat dengan baking. Hatta minggu wedding adik saya sendiri pun saya sibuk! Aduhh kesian ma saya.

Dalam penat menjinjit beg plastic kiri kanan di nilai 3 tempohari sempat juga saya tangkap katak seekor ni sebagai hiasan di laman saya. Yaya berebutkan katak ini dengan saya, kata dia katak tu dia yang punya, dikepitnya katak tu simpan dalam rumah. Saya ambil balik dan letak diluar, tempat dia yang sepatutnya. Comel tak dia?

1 comment: