Friday, 31 December 2010

School Matters

Ok, now I can talk about school. Most of you already know that Fahmi is going to start primary school on Monday. Choosing a school for him when we have been around this new place for just 1 year is not easy. The housing area ada reserved land for school, same goes with a few other housing area within the same viccinity. But all have yet to build any. Building a new school can be done within months but to get the green light for building one can take years and years of appeal etc. Take for example my old place, it is not until the only primary school at kg melayu subang became over populated with pupils barulah they start building a new one di subang perdana.

We want to go for government school, so the option is very limited. Cuma ada 2 sekolah sahaja yang berhampiran dengan rumah kami. Satu sekolah bandar dalam kawasan perumahan elit, while the other one adalah sekolah luar bandar terletak di kawasan kampung. Most of you already know kami memilih sekolah luar bandar tu, yang paling hampir dengan rumah kami malah perumahan kami ni bersempadan dengan kampung. Anyway, jarak bukanlah faktor utama, ada sebab-sebab lain juga.

Before and even after we made our choice I did talk to a few people. Seriously tak banyak maklumat yang saya dapat tentang sekolah pilihan kami ni. The school takde website, the parents yang hantar anak ke sana cuma cakap ok, ok je nothing more nothing less. Some people cringe when i mention the name of the school that i'm sending my boy to. Ada yang gumam bibir tak tau nak komen apa because they have no experience (which is ok lah), ada yang wince their nose dan ada juga yang being vocal about it terus deliver their nasty comments about our choice. Seseorang yang kebetulan tinggal di perumahan sekitar U10 does not held back his distaste over my choice.

Dia : Kenapa hantar anak u ke situ?
Saya (dalam hati) : err... salah ke pertimbangan saya? apa yang dia tahu yang saya tak tahu? saya dah tak sedap hati

Dia: Bukan ke sekolah tu banyak .... (he mention a particular race)?
Saya (dalam hati) : eh biar betul dia ni, tu kampung melayu mana ada kaum lain (but race bukanlah satu faktor yang saya pertimbangkan). Kalau ada pun kenapa?

Dia : Sekolah tu teruk... - biar betul?
Saya (dalam hati) : habis tu review ada sorang hamba Allah yang duduk nusa rhu kata sekolah ni bagus, anak-anak dia pun doing well kat sekolah tu apa?

Dia : Guru besar bertukar tiap tahun...
Saya (dalam hati) : parabola mana dia dapat ni? takkan seteruk itu. Sekolah yang teruk ke guru besar yang teruk?

Dia : Cikgu-cikgu pun tak nak mengajar kat situ...
Saya (dalam hati) : uwarghhh matilah, anak aku terbiar, keciciran nanti

Dia: Wife i pun tak nak mengajar situ
Saya (dalam hati) : erkkk ini sudah melampau. bukan ke tanggungjawab seorang guru itu mendidik tak kiralah anak orang kaya ke anak orang miskin ke, anak orang kampung ke, anak melayu ke anak cina ke anak india ke anak orang asli ke, kenapa nak memilih? kenapa nak mengajar tempat yang bagus-bagus je tempat yang ketinggalan tak mau? Kalau mengajar tempat yang dah sedia bagus apa yang extraordinary nye? Apa yang hebatnya? Orang lain dah buat hebat. Apa pencapaian peribadi if not pencapaian melonjakkan sekolah?

Ooops maaf, tiba-tiba saya terasa nak beri lecture pulak. Jangan blog saya kena bom lepas ni sudah. Itu pendapat peribadi saya, yang secara spontan lahir sebaik mendengar komen seseorang tu. Komen-komen yang awal tu buat saya rasa saya tak habis buat homework before pilih sekolah tapi part yang akhir tu buat saya naik marah. Kalau ada 100 cikgu macam di atas memang kesianlah anak-anak generasi kita. Habis tu dah semua nak mengajar tempat bagus dan elok je, patutlah pun kalau sekolah tu teruk sebab cikgu tak sanggup nak ubah dan didik mereka (itupun kalau betullah cakap kawan saya tadi). Apapun saya tawakkal, keputusan sudah dibuat.

Tak mungkin saya nak tukarkan anak ke sekolah bandar di perumahan elit itu. Saya tak mau nanti anak saya berasa out of place, tak mau juga nanti anak saya tak terkejar dengan gaya hidup anak-anak lain, anak orang asyik bercuti ke oversea (saya tak kata tak boleh), anak kita setakat pergi zoo kat UK (ulu kelang) setahun sekali je, nanti mama dan daddy dia juga yang susah :-). Kami orang biasa je, bukan hartawan, cuma mampu beri pendidikan yang lebih baik sedikit je daripada apa yang kami berdua dapat masa kecil dulu. Ada seorang dua yang pernah hantar anak ke sana bagitau, sekolah itu cuma sekolah pada nama, the students kadang time sekolah pun ikut parents ke luar negara, mereka ada private tutor, jadi datang sekolah sekadar cukup syarat. Ada seorang yang pernah hantar anak ke sana akhirnya terpaksa tukarkan anak ke sekolah lain sebab tak larat nak bagi duit belanja sekolah rm10 sehari. Wallahu'alam ini cerita orang yang berpengalaman.

Jangan ingat saya ada sentimen negatif terhadap sekolah bandar, saya sendiri adalah produk sekolah bandar tapi sekolah saya level golongan kebanyakan je. Jangan ingat saya takde rasa ragu-ragu hantar anak ke sekolah luar bandar, saya sendiri adalah produk sekolah kampung (masa form 6 dulu) jadi saya pernah rasa sendiri perbezaannya. Kalau ikut pengalaman saya dulu bila masuk sekolah kampung saya jadi culture shock. Pertama sebab saya tak pernah jumpa begitu ramai pelajar melayu dalam satu sekolah sebab saya sekolah methodist (melayu adalah minoriti) tapi tidak ketinggalan akademik atau kokurikulum. Kedua, saya tak pernah jumpa budak perempuan melayu bergaduh bertumbuk baling kerusi naik atas meja melompat dalam kelas, sebab sebagai minoriti pelajar melayu Islam di sekolah bandar kami sangat akrab sesama sendiri macam adik beradik, take care of each other nak bertumbuk tidak terlintas, kesopanan dan kesusilaan serta budi bahasa amalan kami. Chewah! Jadi saya tak punya sentimen sekolah bandar atau luar bandar. Yang ada hanyalah kegusaran adakah saya buat pilihan yang tepat untuk anak saya? Kadangkala pilihan tepat bukan bersandarkan kepada sekolah bagus semata-mata, kadangkala bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau benih yang bagus campak ke laut pun boleh jadi pulau.

Cuma kegusaran saya agak reda sedikit bila berborak dengan jiran satu lorong tempohari. Kata dia, belum pernah dia jumpa guru besar yang sangat ramah, yang rajin turun padang inspect perhimpunan, yang menyambut kunjungan ibubapa dengan baik. The headmistress pun dah lama kat sekolah tu. Sejuk hati saya, setidak-tidaknya saya tahu kini dakwaan kawan saya earlier on tidak benar sama sekali. Sekolah rajin organise gotong royong dengan ibubapa. Cikgu-cikgunya approachable. Oklah tu. Makanan kat kantin sekolah pun murah. Nasi lemak 50sen! Biar betul murah tu. But hey, Fahmi won't be getting any poket money yet. Saya akan pastikan dia bawa bekal setiap hari. Poket money can wait.

Well, itu semua testimony orang. Apapun esok, 1 Jan adalah hari orientasi darjah 1. Dapatlah saya berjumpa guru kelas Fahmi. Lepas ni saya boleh buat pengamatan sendiri. Tak cuba tak tahu. Saya doakan yang terbaik bukan buat anak saya seorang tapi anak-anak semua kawan-kawan yang akan naik darjah 1 bermula Isnin depan. Happy schooling!

5 comments:

  1. Selmt bersekolah.

    Nk tnya,pilih sek berdsrkn almt umh ke?pastu kelas ikut ujian or abjad?nanti tolong tulis entry psl pependaftaran sekolh.sb ank sya nanti akn masuk tahun 1 bila pulang nanti

    ReplyDelete
  2. Hi Lia,
    Bila dah ada school-age kids ni kan, choosing the best school is very important.
    Memang we want the best for the kids tu yg buat pening kepala jugak bila nak pilih sekolah.
    Hope Fahmi flourishes at the new school and has wonderful time there :-)

    ReplyDelete
  3. black (hee tak tau nama),

    i terus pergi register kat sekolah not thru PPD (pej pendidikan) pun. kebetulan mmg paling dekat dgn rumah so tak timbul isu pilihan berdsrkn alamat umah. xde ujian pun, kelas ikut 1st come 1st serve. but 1st mth dia akan evaluate anak kita, klu x tau eja, kira & tulis dia masukkan kelas khas. i x go thru what others had 2go thru, kira more straight forward process je but insyaAllah i'll try to gather info 4u nnti.

    hi LG,
    b4 this dok baca pengalaman org but bila tiba giliran sdri blur juga rasanya. tau jelah kat m'sia ni ada kategori skolah luar banda, skolah bandar, lps tu ada pulak skolah gred A & gred B... and there's other issues nak kena consider juga.
    me 2 hope he has wonderful time kat school mcm kita dulo2 :-)

    ReplyDelete
  4. yes...aku pun dapat byk soklan2 pd aku cukup annoying...actually dekat area rumah aku ader sek keb..but ader dua tiga benda yang buat aku tak berkenan...so aku register umar dekat sek. masa dier Pra sekolah..eventhough jauh skit..tapi aku puas hati...orang lain nak sibuk pesal...anak aku ..suker akulah nak antar mana..heheheh

    ReplyDelete
  5. nolie,
    tulah, kita buat pilihan ikut kesesuaian anak & diri kita. apapun bersyukur juga sebab kat m'sia ni byk sekolah gomen. hopefully si fahmi tu okay lah kat sekolah dia ni w/pun sek luar bandar. klu ada yg boleh di improve kat sekolah tu nanti mama dia kenalah rajin2 attend PIBG hehe

    ReplyDelete