Friday, 15 July 2011

Bila hormon buat kacau...

My hormone been playing havoc with my body for the past few weeks. Tak taulah kenapa but my body been giving me false alarm. Tiap pagi ada rasa sakit kepala, ada rasa berdenyut-denyut kat abdomen belah kiri, lutut kiri rasa sakit-sakit, lepas baru je habis mens cycle last month terus sambung dengan rasa tender and aching kat chest! All those symptoms hanya boleh diassociated kan with 2 things = 1) mens (takkanlah baru habis mens) or 2) ada budak! Jeng jeng jeng!!!Takkanlah kot... mana ada kantoi.

Saya dah hampir naik biol memikirkan apa kes dengan badan ku ini? Janganlah main teka teki, akak dah tak larat dik nak mentranslate symptoms tu. Tunjukkan lah dirimu. Setelah penat berminggu-minggu main teka teki akhirnya terjawablah sudah. Yelah betullah tu, hormon saya terganggu sikit sebab mental dan emosi tuan punya jasad tak center sikit kan, banyak perkara-perkara yang memberi tekanan sejak dua menjak ni. Symptoms mens tu datang way too early and stayed for too long sampai menimbulkan tanda tanya. Jadi perkara no.2 boleh di eliminate dari senarai. Bukan tak mahu, tapi I don't think I can handle too many surprises at one go. You see, how sensitive my body is, jiwa kacau sikit terus hormon run wild.

Next week ditugaskan bawa mil jumpa pakar onkologi at HUKM. Jangan saya sesat lagi sudahlah.

No comments:

Post a Comment