Minggu lepas saya ada siapkan tempahan cupcakes bertemakan winnie the pooh & the gang.
Sebaik siap saya anginkan cupcakes di bawah kipas di ruang tamu. It was a wet day, raining sepanjang petang. Fondant mudah lembap dan cair bila cuaca sejuk. Kebetulan cik Yaya pun baru balik dari kelas agama. Terus dia dok mengadap cupcakes tu sambil dok ber "uuhhhh..." "wahhh..." "cantiknya..."
Then she pointed her finger kepada satu karektor ni and asked, "Ni apa ni Mama?"
Entah. Saya pun tak tau. Bukannya saya kenal pun karektor tu semua. Winnie dan Tigger je yang saya tau. Saya buat je karektor ni ikut sample gambar di internet, saya tak sempat tengok gambar penuh pun. Setakat tengok muka je sebab memang nak buat muka je pun kan.
"Tikus kot, dik?" Pandai-pandai je saya belasah. Dah mukanya pun kecik, telinga besar macam Jerry.
"Tikus? Mana ada tikus dalam winnie"
"Entah, manalah Mama tau, Mama belasah je"
Kami sama-sama diam sekejap.
Kemudian, dengan terujanya Yaya menjerit, "Hah... ni kanggaru! Anak kanggaru yang Mak dia perempuan tu!"
Errkkk!!!
Saya dah pandang dia pelik.
"Dik, Mak memanglah perempuan. Mana ada Mak lelaki"
Meletus ketawa kakak yang dok pasang telinga. Cik Yaya pun dah tersengih-sengih malu.
Kemudian kami berpandangan with a knowing look on each others face dan sama-sama cakap, "Ada..."
... saling nak mengenakan satu sama lain, saya pintas cepat-cepat
"... Mak Nyah!!!" wakakakaka.
Hahahahha.. Adoi. Tak terpikir pulak mak yg lelaki tu. Cepat betul otak mak & anak ye. Btw, cantiknyaa muka2 atas cupcake. Kalau dpt macamni memang rasa mcm nk framekan aje :P
ReplyDeleteAyu,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha...
Haha mak dgn anak sama nakal!
Tq Ayu. Masa buat muka2 tu sebijik rasa mcm main plastisin zmn bebudak dulu.