Wednesday, 24 October 2012

Kek Puding Karamel Pelangi

Orang lain dah berkurun buat kek ni, saya barulah nak berjinak-jinak mencuba. 
Tak ada kerajinan. Senang cakap. Nampak macam remeh nak lapiskan kek berbelang-belang. Rupa-rupanya tidak.






Yaya suka makan puding karamel. Pasal tu saya rajinkan juga cuba buat. Bahan-bahan pun tak banyak. Keseluruhan kek dimasak sekali dengan teknik waterbath ... kukus gril panggang dan kukus he he. Sebab ianya kombinasi kek dan puding kemudian di masak dalam oven maka perlu guna teknik waterbath iaitu mengalas loyang kek dengan loyang berisi air panas. Tapi saya tak letak air panas pun, saya letak air biasa saja. Resultnya tetap menjadi.






Tekstur keknya seperti kek chiffon. Malah kaedah membuatnya pun serupa dengan kaedah membuat kek chiffon. Saya suka buat kek ni sebab bahan semua main campak dan gaul sebati je... tak yah nak pukul bagai. Except egg whites tu saja you have to whipped menjadi meringue yang firm. The rest... easy breezy.

Kalau nak cuba sila rujuk resipi dan tips mantops dari blog Hasue. Penerangan yang diberikannya sangat terperinci dan terang lagi bersuluh. Credit kepada Hasue dan Anna Qawinna yang mana resipi kek ini diambil dari blog Anna dan dipopularkan oleh beberapa blogger masakan lain.





2 comments:

  1. Wahhh kira hebat la tu. Banding orang yang tak reti langsung buat kek ni? > jari tunjuk dada saya sendiri. hehehe

    ReplyDelete
  2. Kak Azie,

    Xde maknanya... hehe. Setiap org ada kelebihan masing2 kan.

    ReplyDelete