Rumah terbakar panggil bomba... rumah terbalik nak buat apa?
Kita pakat-pakat pergi tengok lerrrr...
Tapi sila siapkan duitnya ye. Entrance fee dikenakan untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM5. Children below 3 years old masuk percuma. Saya difahamkan Rumah Terbalik ini sebenarnya baru saja dibuka Februari tahun ini (2012). Satu-satunya di Asia Tenggara. Wahhh orang-orang Sabah harus berbangga jadi orang Sabah bah :-). Patutlah masih belum begitu popular dalam review mereka-mereka yang sudah melawat KK (Sabah) in the previous year. Saya sendiri tak tahu tentang rumah ini kalau tak diberitahu oleh kawan fb saya tu. I realised now, itulah kelebihan mempunyai kawan di merata tempat terutama tempat yang ingin kita tuju untuk bercuti hehe.
Rancangan asal pagi ini bertolak awal menuju ke destinasi utama dalam senarai kami iaitu melihat puncak gunung Kinabalu di Kundasang yang terletak kira-kira 1 1/2 jam ke 2 jam perjalanan dari bandar KK melalui Tuaran. Tapi itulah orang kata, kita merancang, Tuhan yang menentukan. Sungguh cantik sekali perancangan Allah kerana rupa-rupanya lokasi rumah terbalik ini terletak di laluan kami ke Kundasang. How's that? Lokasinya di sebuah pekan kecil yang sangat terkenal dalam sebuah lagu suku kaum dusun iaitu "Jambatan Tamparuli". Ye, pekan Tamparuli dalam daerah Tuaran. Kalau anda nak ke Kundasang jangan lupa singgah di sini ye.
Cuma, janganlah mengharap sangat pada signboard sebab selain daripada KK, tempat-tempat lain diluar bandar KK sangat miskin dengan tanda arah jalan. Kami memandu (hubby pilot, saya co-pilot baca map) dan meredah ala koboi saja. Sebab dalam map sendiri takde panduan arah yang jelas ke Kundasang/Kinabalu Park. Sangat tak mesra alam. Sangka kami memandangkan Kundasang adalah tourist spot yang terkenal sudah tentu banyak signboard yang jelas. Jangkaan kami meleset kerana sebaik keluar dari KK tidak ada satu pun papan tanda menunjuk arah ke Kundasang atau Kinabalu Park. Patutlah kawan saya itu kelihatan sedikit risau malam tadi bila tahu kami nak ke sana. Pesanannya "...ambil jalan ke Tuaran/Ranau/Sandakan...". Mesti melalui Tuaran. Because of poor signboard di persimpangan beberapa kilometer keluar dari KK (landmark penghujung KK adalah 1Borneo Hypermall) kami tersesat sedikit, tersilap ambil simpang tau-tau the road leading to Inanam pulak. Mujur tak jauh sangat dan patah balik. Sebab tersesat ialah bila sampai simpang tu takde signboard tulis ke Tuaran. In fact dari bandar KK lagi saya sebenarnya cuma berpandukan arah dari signboard kecil "Pusat Latihan Islam Kundasang"... asal ada perkataan Kundasang je saya ikut. Patutlah ada kawan-kawan yang sarankan kami guna GPS/garmin saja bila nak ke sana. Malangnya GPS yang dibawa tak berfungsi. Nak salahkan map di tangan tak boleh juga. Sebab orang buat map berpandukan petunjuk arah sebenar (actual/physical) yang ada di jalan. Kalau kat jalan takde signboard, tiada landmark macam mana nak terjemahkan ke dalam map? Kesimpulannya, bila nak keluar dari KK letak tepilah map yang banyak-banyak tadi ye?
Sepanjang perjalanan my friend dok sms tanya dah sampai mana? Kadang-kadang sukar saya nak jawab sebab saya pun tak tau saya di mana. Bila dah dekat sangat dengan Tamparuli baru ada signboard. Alhamdulillah lega sebenarnya bila jumpa Rumah Terbalik Tamparuli ni. Sebab ia mengukuhkan yang kami on the right track.
Tak boleh ambil gambar dalam rumah. Kami berjalan memijak 'siling' rumah, 'lantai' di atas kepala. Bukan rumah saja terbalik, segala isi rumah semuanya upside-down. Hatta cicak plastik sekalipun! Rumah tak besar mana dan kami diberi guided tour secara berkumpulan. Ada pekerja yang beri penerangan in English atau Malay boleh pilih. Dalam kumpulan kami ada keluarga keturunan Cina yang tak fasih bahasa Melayu jadi kami beri laluan pada mereka. Saya pulak jadi penterjemah pada anak-anak dan adakalanya dah macam tour guide pulak pandai-pandai sendiri sebab tak terkejar penerangan tour guide itu yang laju saja keliling rumah ikut family satu lagi yang menonong. Aisyyy rugi ler bayar RM10 tapi tak sampai 10minit dah keluar, baik tak payah. Takat nak cuci mata je baik tengok gambar je kan? Ahkak kan jenis yang kalau tengok sesuatu mesti tenung, renung dan perhati lama-lama ambil feel gitu dan jenis yang kalau dah tertarik dengan sesuatu mesti belek lama-lama. Lagipun isi rumah ini melambangkan adat suku kaum kadazan. Ada nilai budaya di situ haruslah mau ambil tahu. Tak sesuai pakai guided tour. It would have been better kalau ada penerangan bertulis pada setiap sudut, tak payah bergantung kepada tour guide semata. Oh ye... ada yang tertanya-tanya apa motif cicak plastik dalam rumah tadi tak? Cicak tu bukan saja-saja letak tau. Ada sebabnya. Mengikut kepercayaan orang kadazan, rumah yang bersih daripada cicak dipercayai berhantu (haunted). Hi hi hi hi...
Habis saja di rumah terbalik, kami sambung perjalanan ke Kundasang. Masih jauh lagi. Laluannya tak ubah seperti nak ke Cameron Highlands dan mirip juga dengan laluan Bukit Tangga di Klawang, Jelebu serta Bukit Putus, Kuala Pilah suatu masa dulu, sekarang bukit putus dah ada jalan pintas yang lurus kan? Laluan memanjat bukit/gunung ni boleh tahan sibuk. Menjadi laluan lori-lori mengangkut barang juga. Adatlah kalau tiba-tiba trafik umpama siput escargot terutama time tengah panjat gunung tu. Mengah!
Sepanjang perjalanan banyak kampung-kampung di kiri kanan dengan nama yang pelik-pelik pada pendengaran saya orang semenanjung. Tapi saya yakin setiap nama ada maksud tersendiri. Adalah satu pemandangan biasa untuk melihat papan tanda besar (lebih besar dari papan tanda jalan) yang menunjuk arah gereja-gereja di setiap kampung. Saya yang jadi co-pilot takde kerja lain, dok mengira berapa banyak gereja. Setiap sebuah kampung mesti ada 1 gereja. Dan kampung-kampungnya rapat-rapat pula. Dah tentu tak terkira banyaknya kan? Macam-macam nama. Surau langsung tiada. Sebagai orang semenanjung ini pengalaman baru bagi saya. Lama kemudian saya tersenyum dengan kegayatan sendiri. Saya terlupa sekejap majoriti penduduk di sabah adalah dari suku kaum kadazan-dusun yang beragama Kristian Katolik. Pemandangan sebegini hampir sama di semenanjung. Cuma bezanya at every turn and corner papan tanda yang kerap kita jumpa adalah petunjuk arah Surau/Masjid.
Semakin tinggi kereta mendaki semakin sejuk udara di luar. Kami dalam kereta disimbahi terik matahari. Bila turunkan tingkap kereta rupa-rupanya sejuk hingga ke tulang. Sejuk yang benar-benar sejuk jauh lebih sejuk berbanding cameron highlands. Banyak peniaga menjual durian dan sejenis buah yang menyerupai buah sukun di sepanjang jalan menuju ke puncak. Kami teringin nak cuba. Durian di tanah tinggi tentu berbeza rasanya kan? Tapi kawan saya kata sama saja, beza cuma harga. Tak tau lah lebih mahal atau murah kerana kami tak berpeluang. Kepala saya sedikit sakit. Tak mau ambil risiko makan durian waktu kepala sakit nanti makin sakit hilang seronok bercuti. Buah seakan sukun itu sebenarnya adalah buah terap. Ruginya tak merasa!
Kami tiba di Kundasang sekitar jam 11.30pagi. Masih terlalu awal untuk check in di hotel Mount kinabalu Heritage Spa & Resort. Kami berhenti di tepi jalan berhampiran roundabout pekan Kundasang. Membidik sedas dua. Ohhhh sejuknyaaaa!!!! Tak silaplah saya pakai baju 2 lapis dan berstokin. Kami decide untuk mencari mini New Zealand. Haa... padang rumput tempat ternakan lembu frisian ini memang tak boleh miss kalau ke KK. Mesti pergi sebab pemandangannya sangat cantik. Dari roundabout pekan Kundasang tu, belok ke kiri menurun bukit. Jalannya sempit, jalan kampung. Ada sebuah homestay milik orang Islam di sini. Kalau tak mau duduk hotel boleh duduk homestay je, lebih murah. Lepas menurun bukit kena naik bukit pula. Cerunnya hampir 60darjah. Kereta waja sewa kami yang agak nazak merangkak-rangkak panjat bukit. Lori tua pun lebih laju memintas kami. Cobaan...
Oh ya, entrance fee perlu dibayar di sebuah pondok kecil yang berdiri in a middle of nowhere. Isyyy kalau saya takut nak duduk dalam pondok tu seorang diri jauh dari orang lain. Fee RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. kalau mau tengok proses memerah susu sila datang jam 3.00 petang. Kami datang awal, dapat tengok lembu saja.
Tapi dapat juga merasa soft icecream yang tidak lah sebegitu halus teksturnya tapi cukup sedap. Aiskrim berharga RM3 dibuat daripada susu segar dari ladang tersebut. Mesti cuba perisa coklat juga, rasanya a bit dark dan chocolatey.
Kami anak beranak posing puas-puas di sini. Tak peduli orang. Batu besar seketul dekat cattle pen pun jadi platform untuk berposing. Kawan saya tanya tak tulis nama atas batu ke? Isyyyy tak mau lah tulis nama atas batu. Itu untuk orang mati saja... atas batu nisan!
Cukup sampai sini saja dulu. Nanti sambung lagi. Penat juga buat entry percutian kali ini. Terasa panjang bebenor... banyak yang saya observe maka banyak yang mahu saya tulis. Bear with me. Lepas check in hotel petangnya kami keluar ronda-ronda lagi. Ke mana? Tunggu...
Jeles saya! Rumah Terbalik tu sangat unik laaaa. Tingin nak pegi!
ReplyDeletekak azie,
ReplyDeleteunik tapi kecil aja rumahnya rasa mcm tak puas gitu. tapi elok juga pergi ada juga sedikit pengetahuan baru ;-)