Day 2
Subuh di Sabah sangat awal, seawal jam 4.45pagi. I hardly sleep. Jadi senang lah nak bangun. Biasalah saya bila beralih tempat tidur je memang susah nak lena. Apa kita panggil orang macam ni? Mata mengantuk tapi terkelip-kelip tengok siling. Pejam-pejam pun tak lena. Jeles dengan orang sebelah yang letak kepala je terus berlayar. Lepas solat Subuh dah tak boleh nak tidur lagi, terus bersiap-siap nak ke jeti Jesselton Point. Hari ini melepak di tepi pantai adalah aktiviti utama kami. We'll be going to Pulau Sapi dan Pulau Manukan.
clockwise: (left) Pintu gerbang Jesselton Point, waiting to depart to Sapi island, jeti panjang mengunjur ke laut di pulau Sapi, Fahmi & Yaya polishing their swimming skill (konon!), pristine white beach at pulau Sapi
I was told by the hotel attendant that the first speed boat departing to any one of the five islands yang terletak di bawah Tunku Abdul Rahman Marine Park bermula seawal jam 7pagi. Punyalah bersemangat ahkak nak pergi awal. Maklumlah jam 7pagi kat sana cerahnya macam 8pagi kita di semenanjung. Saya nak cepat sampai sebab nak elak panas. Tak suka berpanas ni... nanti ahkak cair. Macam Che' Lah pulak hihihi. Tapi lambat juga kami gerak ke jeti di Jesselton Point sebab tunggu anak-anak ni liat bangun pagi. Hubby dengan Fahmi pulak breakfast kat coffe house hotel punya lah lama. Saya dan Yaya yang light eater ni sarapan dengan biskut je dalam bilik.
Sampai kat Jesselton Point terus beli tiket. Masih lengang. Oh ye, Jesselton Point ni adalah sebuah kompleks yang besar, kemas, bersih dan selesa. Bukanlah jeti macam jeti ikan semata. Jeti Kuala Muda pun tak serupa gini. Di sini juga tempat feri ke Labuan berlepas. Ada banyak kaunter operator boat yang tawarkan pakej ke pulau-pulau, pilih jelah yang mana satu. Harga lebih kurang sama. Mereka hanya tawarkan khidmat ke 3 pulau sahaja iaitu Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik. Yang lagi dua pulau mereka tak cater sebab katanya masih belum ada kemudahan asas seperti tempat makan, toilet dan jeti. You may choose tiket untuk ke 1 pulau pada harga RM23, 2 pulau pilihan pada harga RM33 dan kesemua 3 pulau RM43. Children's rate murah sedikit tapi saya tak ingat berapa. You may also want to rent snorkel at RM10 per piece dan life jacket at RM5 per piece. Adalah sangat rugi tak sewa kat mainland sebab harga sewa kat pulau lebih mahal. Dan jangan pergi tanpa snorkel okeh. Sebab snorkelling adalah aktiviti utama. The undewater punya view tersangatlah cantiknya.
Orang sewa snorkel saya pulak beli wide brimmed hat yang Yaya pakai kat gambar atas. Dah lama teringin nak satu. Bajet tak nak kulit muka hitam terbakar kena panas. Sayanglah kan, penat mak tempek bedak sejuk bagi putih berseri (putih lah sangattt) tiba-tiba balik dari pulau rentung! Saya lumur krim tabir suria jenama bananaboat tu dari kat hotel lagi lepas tu keep on sapu lagi. Nasib lah swimming suit lengan panjang dan tutup sampai kaki kalau tak mau habis satu tiub krim tu kat saya seorang hehe.
Kami pilih untuk ke Pulau Sapi terlebih dahulu sebab daripada review kawan-kawan lain majoriti cakap pulau Sapi lebih cantik, ikan-ikan dan coralnya pun lebih banyak berbanding Manukan. Dan pulau Sapi is quieter. The boat departs at 8.30am... penat tunggu penumpang lain nak cukupkan kuota 12 orang satu boat. The speed boat ride dalam 10-15minit saja. Saya sangat terpukau dengan kecantikan air lautnya. Biru gelap di kawasan yang dasarnya dalam, dan hijau cerah di kawasan yang agak cetek. MasyaAllah cantikkkk sungguh!
Sampai kat pulau Sapi you have to pay toll pulak RM18. Untung meniaga macam ni. Tapi the RM18 cukai tu applies sekali je, sila simpat resit untuk entrance to next island. Jangan pi buang pulak, naya saja kena bayaq 2 kali.Oh ya, please packed some food sebab kat pulau Sapi tak jual makanan unless anda ambil pakej under tour agent.
And what they said about pulau Sapi are true. Pristine white beach, clear water sampai nampak isi laut, pantai yang bersih sangat, ikan-ikan yang sangat jinak berenang-renang sampai ke gigi air. Terkejut saya bila terasa kaki dipatuk-patuk lembut. The kids terus jumped into the water. Hubby went snorkelling. I stayed out of water. And out of sun. Berlindung di sebalik pokok pine dengan my wide brimmed hat tak lekang dari kepala. Sambil teropong dengan nikon d7000 tu dan membidik berdas-das to my heart content. Ahaks... I jadi life guard haruslah perhati dari jauh je kan mana boleh pergi dekat-dekat air nanti tak nampak 180degrees punya view. Poyo!
clockwise: (right) seronok budak berdua tu main air, (left) my vain attempt to show you anak-anak ikan yg jinak mematuk-matuk kaki
Empat jam di pulau Sapi. Anak-anak tak mau keluar dari air hatta untuk mengalas perut sekalipun. Penat saya tepek krim tabir suria kat badan mereka, sudahnya garing juga! Alahaiiii sudahlah kulit asal memang serupa hot chocolate. Lepas berjemur dah serupa kopi pekat likat melekat!!! Mana tak garing, orang pakai tabir suria bukannya bererti boleh duduk tengah panas non-stop. Kena ada rehat juga. Dan kena top up krim juga. Depa pi bantai berendam sampai kecut jari. I had to dragged them out from water. Bukan anak-anak je. Dengan bapak budak sekali liat nak keluar dari air. Anak-anak biasalah suka main air. Bapak budak dah naik asyik mahsyuk layan snorkelling tengok coral and fish semua. Jangan dia tangkap lentok sama mermaid sudah.
clockwise: (top-right) jeti pulau Manukan, reception house at pulau Manukan which also housed a foot massage corner; the most happening group playing 'galah panjang' caught my eyes; cik Yaya macam chameleon pulak berbaju hijau dikelilingi kehijauan kat pulau ni, sejuk mata memandang
Next we went to pulau Manukan. Jam sudah menginjak ke pukul 12.00 tengahari. Sampai kat Manukan all the benches sudah penuh. Memang ramai pengunjung di sini. Kami cari spot jauh sikit dari gigi air, bentang tikar bawah pokok dan lie down while the kids sambung berendam. Bentuk fizikal pantai di Manukan berbeza. While pantai di Sapi landai, Manukan bertebing tinggi. Dan di sini ikan-ikan hampir tidak kelihatan. Lebih sesuai untuk aktiviti lain seperti para sailing. Kemudahan di Manukan lebih extensive. Di sini ada disediakan life guard yang mengawal pantai (pulau Sapi tiada), ada restoran dengan gaya penyajian ala hotel dan kedai menjual makanan. Shower roomnya lebih besar, juga ada padang bola dan tempat untuk beriadah. Bersesuaian lah dengan statusnya yang menawarkan chalet penginapan. Lepak-lepak di Manukan rasa selamat dan tenang sangat. Pantainya diselaputi pokok-pokok hijau yang besar-besar. Duduk digigi air panas, tapi dalam 5 meter ke dalam sejuk sangat bawah rimbunan pokok.
Kalau tak kerana perlu bersiap untuk balik ke tanah besar rasanya dah jauh saya belayar (tertidur). Tapi sebab kami kat Manukan pun cuma 1 1/2 jam saja. Memang sengaja duduk lama di Sapi sebab dah tau Manukan tak begitu menarik untuk snorkeling atau mandi manda. On the way balik ke tanah besar kami sempat lah tengok pulau Mamutik sebab boat detour ke sana untuk hantar 1 pasangan ni yang mau ke sana. Mamutik is much smaller than Sapi. Dan sangat sunyi tak ramai pengunjung. Orang kata yang sunyi tanpa pengunjung itu lebih banyak hidupan lautnya!
Balik ke Jesselton point perut pun berkeroncong. Gerai-gerai makan yang menawarkan menu sarapan pagi tadi sudah tutup. Tapi dalam komplek ada foodcourt. Ada juga restoran masakan minangkabau. Kalau tak kisah bayar mahal silalah masuk. Kadar harga memang tak boleh banding dengan restoran minang di semenanjung lah. Hidangan nya juga agak berbeza dari segi rasa. Tekak dah biasa dengan masakan minang di semenanjung yang serupa dengan yang saya jumpa di Bali serta Bandung.
Badan penat. Terasa nak tidur awal malam ni. Jam 6 petang sudah maghrib. Mata pun dah kuyu. Keinginan untuk tidur lebih kuat dari nak keluar makan! Tapi ada janji temu yang sudah diatur dengan seorang kawan fb. Anak jati KK. Janji nak jumpa semalam tapi dia ada kerja. Saya tak kisah sangat sebab tak sedap hati nak ganggu orang. Faham jelah yang bercuti kita, nak sabit orang lain yang sibuk bekerja buat apa kan. Tapi dia dah pesan, jangan beli mutiara tanpa dia.
Untung juga saya berjumpa dia dan isterinya. Bertambah pengetahuan tentang bandar KK. Rupa-rupanya lokasi di mana hotel tempat kami menginap asalnya adalah laut. Dan deretan kedai-kedai sebaris dengan bank Standard Chartered dihadapan hotel kami adalah sempadan asal yang menghadap laut. Seluas-luas tanah kat negeri sabah, atas air juga orang nak buat pembangunan. Kat mana-mana pun sama.
Kami dibawa membeli belah mutiara di pasar malam Kampung Air (sila rujuk peta di entri sebelum ini). Shopping while on vacation sebenarnya bukanlah agenda yang saya gemar. Tak masuk list pun. Tapi orang kata tak sah ke KK kalau tak beli seketul dua mutiara. Di sini boleh tawar menawar hingga ke harga yang jauh lebih murah daripada pasar filipina. Kerana tawaran harga bersifat tersangat durian runtuh, maka saya rembat bukan seketul dua brooch mutiara tapi satu tray 12 biji brooch terus! Percaya tak brooch yang biasa dijual pada harga RM25 itu saya dapat pada harga RM5 sebiji hasil jasa kawan saya tawar menawar. Tapi kenalah beli 1 tray, kalau setakat beli 2 ketul nak harga RM5 balik buat sendiri lah. Mampu? Hehe. Saya beli sebagai cenderahati adik beradik, ipar duai semua. Takkan lah saya nak pakai seorang. Saya tak gemar.
Lepas sesi shopping sepantas kilat kami di bawa ke Perdana Park di Tanjung Aru. Perdana Park terletak di persimpangan T menuju ke lapangan terbang. Tak saya sangka di sini ada aktiviti menarik. Setiap malam mulai jam 6 petang ada persembahan Musical Fountain. Air pancut berwarna warni yang keluar mengikut rentak lagu. Hebat kan? Malangnya kami terlewat beberapa minit sebab persembahan itu tamat jam 9.30malam. Saya sempat tengok dari dalam kereta masa menuju ke pintu masuk.
clockwise: (top-right) with the wife of my fb friend yang bawa kami jalan-jalan ke Perdana Park, Tanjung Aru; watching the colourful fountain; cik Yaya khayal tengok air pancut sampai tak mau balik; colourful fountain in full blast
Anak-anak yang tertidur kerana keletihan cuma sempat tengok colourful fountain yang kecil saja seperti dalam gambar di atas. Takde lagu. Tapi sudah cukup mengujakan anak-anak. Lepas minum di tepi pantai Tanjung Aru berhampiran kuarters lama pekerja kerajaan we headed back to hotel. Penat dan mengantuk sangat. Esok nak bangun awal lagi. Perjalanan esok lebih jauh dan mencabar. Stay tune ;-).
Ramai orang sudah pegi melawat Sabah, saya saja yang belum sampai. Ni yang jeles ni.
ReplyDeleteKata orang kalu pegi tempat lain, memang susah nak lena. Beralih tempat kata orang.
Best nya pegi melawat, ada kawan FB yg boleh ditemui.
Kak Azie,
ReplyDeleteOhhh saya lagi jeles dengan 'orang tu' yang tahun depan nak bercuti di Korea edisi memburu Hilman Yong?
Saya ingat saya sorang je yang susah nak lena bila beralih tempat, ada geng juga.
Untungnya ada kawan di merata tempat, boleh jadi rujukan. Boleh melihat tempat2 yg selalunya tak tersenarai pun dalam tarikan pelancong, lari sedikit dari kebiasaan.