Tuan rumah dalam mode busy sekarang.
Sejak balik dari negara bekas jajahan Perancis dan berpaksikan pentadbiran komunis itu sambung menyambung buat kek kahwin. Rupa-rupanya Minggu raya cina ni memang hebat dengan kenduri kahwinnya. Tambahan sekolah ditutup terus 1 minggu hingga hujung minggu ini. Memang sesuai benarlah nak buat kenduri kendara. Saya tak tahu menahu. Terikut-ikut resam zaman bekerja dulu, tak pernah ambil pot pasal cuti sekolah. Sebab dulu-dulu school holiday atau tidak tak pernah jadi perbezaan. Kerja tetap kerja. Tiada istilah merancang cuti.
Februari kali ini memang melakar dan mengulang sejarah sungguh. Dua orang sepupu saya, kedua-duanya lelaki, bernikah pada tarikh yang sama. Dan kenduri sambut menantu juga pada tarikh yang sama! Seorang sepupu sebelah abah, seorang lagi sebelah my mom. Satu di Shah Alam. Satu di Seremban. Masa nikah dua-dua saya tak pergi. Sebab saya sendiri sibuk dengan kek kahwin orang lain! Nak buat macam mana, tetap tarikh nikah pun selepas saya commit buat kek orang. Sekarang ni kenduri sebelah lelaki buat esok. Harus bagaimana nak ku bagi dua body ku ini?
Tahun 2010, kenduri kahwin bertembung juga. Kenduri sambut menantu adik lelaki bongsu bertembung dengan kenduri kahwin sepupu perempuan sebelah abah. Sudahnya sedara mara sebelah abah seorang pun tak dapat datang kenduri kami. Sebab kenduri sepupu di Langat, lebih dekat dengan mereka. Tak jadi hal. Nak buat macam mana, masing-masing berebut tarikh! Tapi jadi cerita pertengahan kenduri kat rumah kami abah terpaksa tinggalkan majlis. Pergi ke Langat juga with mr hubby. Sebab ibu kepada sepupu lelaki yang nak kenduri esok (16/2) ni meninggal mengejut. Yatim piatu sepupu saya tu. Mujur pak sedara mak sedara semua berpakat buatkan kenduri untuk dia. Inshaa Allah, memenuhi harapan mak sedara dan tanggungjawab, tahlil malam nanti dapatlah saya pergi. Kemudiannya saya harus berada di rumah my mom untuk kenduri sepupu di Seremban pula. Ralat sebenarnya ni. sedara mara dari pantai timur dah membanjiri rumah saya, tapi batang hidung kita tak kelihatan lagi. Ralat.
Bertuah kan? Tak disuruh tapi masing-masing sukarela angkat penyapu sapu kertas-kertas mercun yang dibakar jiran cina depan rumah masa raya tempohari. Saya sibuk didapur dengan kek. Bila ke depan dengar suara budak berdua ni berserta bunyi penyapu lidi.
Nak main kat taman tak boleh. Sebab depa kena 'grounded' 1 minggu. Agaknya bosan tak boleh bermain dan sakit mata juga kot habuk-habuk mercun terbang ke laman rumah. Sukalah cik maid kerja dia ada yang tolong lunaskan. Dah dua hari bersepah padan tengok je tak buat apa. Nak marahkan yang tukang buat onar pun tak tau bagaimana harus ditegur. Orang Cina memang pantang sapu rumah time raya ye? Sebab semua yang membakar mercun biar je sampah depan laman tak bersapu.
Syok menyapu tiba-tiba hujan turun. Bertempiaran lari campak penyapu semua. Hahaha...
Kesian budak berdua ni. Masa saya takde si abang demam. Adik tukang telefon bagi repot. Abang nya kesejukan dia tukang selimut. Bila saya sampai si adik pun dah sama ikut demam. Tak sekolah lah 1 hari. Tonsil mereka bengkak juga akhirnya. Kesian demam masa mama dia takde. Now dah ok.
Salam. Lama juga saya pun tidak masuk menjengah dan mengomen.
ReplyDeleteSaya pernah juga mengalami situasi tarikh bertindih ni. Memang berat rasa hati nak berbagi diri. Keputusan yg dibuat diharap tidak mengecilkan hati orang lain pula...
fuuhhh nasib baik aku buat advance order
ReplyDeletebaiknya diaaaa......tolong ibu ye sapu..bagos bagoss..
ReplyDeletetu tandanya kan Lia....kena bg greenlite bg main kat playground lah tuuuuu
sbb dah baikkkkk
Salam kak Azie,
ReplyDeleteWahhh dah balik rumah sendiri ye?
Ye bila bertindih mcm ni serba salah sgt rasanya. Mujur masing2 sgt memahami, klu kena yg tak faham susah juga takkan nak bermasam muka.
Cik Shida,
Anon yg dikenali, inshaa Allah jgn risau kau punya tetap ada!
Ila,
Hahaha tu semua ada udang sebalik mee ye? Mama dia hati kering lor... esok baru boleh main kat playground!