Di sini kiblat menjadi kiblas.
Biar sebutan tak betul yang penting pemahaman sama. Dan uniknya kerana hotel tempat saya menginap terlalu sinonim dengan pelancong Malaysia muslim sudah tentunya, butler hotel yang bukan beragama Islam juga sudah tahu arah kiblat. Cuma kalau nak tau waktu solat saya kira agak melampau nak tanya dia juga. Kedai seberang jalan milik orang Islam setiap hari ada yang bersidai di kaki lama, kita tanya depa jelah ye.
Di sini paling banyak kenderaan jenis motorsikal di atas jalan. MasyaAllah tak pernah saya jumpa motorsikal sebanyak ini. Baik lelaki mahupun perempuan semuanya menunggang motorsikal. Basikal? Yang peliknya walaupun kaum mereka paling banyak menunggang basikal di negara kita, tapi bila di negara sendiri payah pulak nak jumpa basikal. Kecuali ditunggangi beberapa kerat warga tua yang tersangat tua tapi masih gigih bekerja.
Di sini paling banyak orang berniaga. Sampai atas jalan pun mereka berniaga. Kat tengah-tengah jalan pun ada peniaga bermotosikal boleh menjalankan urusniaga jual beli dengan penunggang motorsikal yang lain. Hebat! Macam gadis ini yang gigih melambai-lambaikan belonnya kepada pengguna jalanraya, sampai separuh jalan dia conquer seorang. Menariknya takde siapa yang rasa terganggu dengan perbuatannya.
Nah! Ada yang berkenan rupanya!
Semasa saya tiba penduduk kota ini sedang rancak berniaga dan membeli-belah untuk persiapan menyambut Tahun Baru Cina. Memang ketibaan saya dan suami benar-benar tepat pada masanya. Kerana pada hari kami berangkat pulang merupakan hari terakhir peniaga berniaga. Esok harinya semua kedai dan pasar serta pejabat kerajaan di tutup untuk tempoh 5-10 hari sempena Tahun Baru Cina. Fuhhh lega juga sebab kalaulah kami tiba sehari lewat alamat jadi ayam berak kapur lah kami. Apa pun tak dapat.
Di sini juga paling bingit telinga dek bunyi hon kenderaan yang tak putus-putus. Sikit-sikit hon, sikit-sikit hon. Nak laju hon. Kena block jalan hon. Nak belok hon. Nak apa je hon. Masuk hari kedua di sini, Mr Hubby pun dah mula melintas jalan pakai hon. Hon Mulut!
Di sini undang-undang jalanraya tak boleh pakai. Siapa nak jalan dia pergi dulu. Nak mencilok pun silakan. Jangan mimpi nak jumpa pemilik motorsikal mahupun kereta yang akan beri laluan kepada pejalan kaki. Agak kalau nak buat style kat Malaysia tunggu kereta motor reda baru melintas jawabnya sampai ke subuh lah dema duk berkhemah tepi jalan tu. Kalau jumpa zebra crossing sekalipun silalah pecut kaki selaju zebra kalau tak nak kena rembat dengan mat rempit. Toksah mengada nak buat catwalk. Tak laku! Hatta nenek tua menolak basikal yang sudah meredah separuh lautan kenderaan pun di hon dek taxi kami suruh undur balik ke tepi.
Di sini juga paling ramai perempuan bertudung menunggang motorsikal. Masa mula-mula sampai punyalah sejuk hati nampak ramainya orang Islam kat sini. Mana taknya, semua menunggang motorsikal lengkap menutup aurat. Walau berbaju moden, ber t-shirt tapi lengan panjang hingga menutup jari! Tudung litup malah ada yang tutup muka habis macam purdah! Saya tabik springgg!!!! Tapi after a while barulah saya sedar. Rupa-rupanya memang begitu resam wanita-wanita di sini. Menutup lengan, kepala dan muka bukan kerana mereka observant Muslim. Tapi kerana nak lindung kulit dari terbakar dek bahang matahari. Dan elak rambut dari kusut ditiup angin. Untuk clarification, they are non-Muslim. ;-)
Di sini susah nak jumpa orang yang berbadan besar. Lelaki atau perempuan semuanya slim. Perempuan-perempuannya kalau yang cantik tu cantik sangat. Kulit putih porcelain. Kalau yang stylo memang pakaian tak cukup kain. Hazab mak tengok. Terlondeh dibahu terlondeh dipinggul. Tak padan dengan status negara dunia ke 3. Agak tak mampu beli kain? Tapi bila difikirkan semula, kat Malaysia pun bersepah.
Kedai jahit dan menjual pakaian Basiroh milik Hajah Basiroh Haji Aly berketurunan Melayu Champa (Muslim) yang sangat terkenal di kalangan pelancong Malaysia. Kerana apa?
Kerana di sini ada jual karipap gergasi RM2. Mungkin tidak sesedap air tangan sendiri tapi berbaloi sebagai kudapan di airport sementara menunggu penerbangan pulang ke tanahair. Sesuai juga untuk mereka yang dah ter'over' bajet setelah poket 'bentan' dek penangan aktiviti menabur zakat di Ben Tanh Market.
Kalau nak makan versi bajet di sini ada hidangan sepinggan nasi putih berlaukkan ikan goreng atau ayam goreng berserta sambal atau sayur. Yang kalau ditambah dengan segelas air anda hanya perlu membayar RM10 sahaja. Beri perhatian kepada perkataan 'hanya' dan 'sahaja'. Kalau kat Malaysia saya cakap macam ni confirm kena backhand. Tapi kita di Vietnam ye puan-puan. Halal food sangat susah dapat. RM10 adalah sangat murah. Agak kalau nak melayan tekak yang rindu pelbagai masakan Melayu/Malaysia silalah ke restorang di sebelah. Restoran Kampung Melayu. Makan 2 orang sekitar RM70. Afdal lah tengah lapar pun kan. Terletak di hadapan hotel saya menginap dan paling dekat dengan Ben Tanh market... sepelaung aja. Pendek kata kalau tengah shopping terasa nak memerut sempat lah balik hotel kemudian sambung shopping semula. Nak makan lebih sedap lagi silalah ke Restoran VN Halal yang pernah dikunjungi rancangan Jalan-jalan Cari Makan tu ye. Food kat sini memang sedap. Sila tutup tag harga masa tengok menu. Mee Hailam dia tersangatlah superb! Mana nak jumpa orang buat kuah mee hailam umpama merebus stok siap halia bagai. Cuma seperkara saya rasa agak terganggu, waiter non-Muslim bertattoo dan tindik telinga. Kat sini cashier wanita dia sangat fasih berbahasa Melayu. Mudahlah komunikasi.
Macam-macam gelagat manusia di kota ini. Sampaikan sebaik keluar pintu airport hingga hari terakhir di sana saya tak kering gusi ketawa melihat gelagat mereka. Saya rasa saya tak pernah ketawa sebanyak ini dalam masa 2 hari.
Keluar dari pintu airport terpampang ratusan manusia yang elok tercongok umpama menyaksikan sebuah parade. Terbeliak biji mata saya. Takkanlah begini punya ramai sambut kedatangan saya! Sedara aku kah itu? Hahaha. Kemudian baru saya tersedar, mereka ni menunggu ketibaan anak-anak dan saudara mara yang pulang dari perantaun menyambut Tahun Baru Cina. Owh, gayat sekejap mak.
Di pasar Ben Tanh pula sakan saya dipeluk, digomol, 'diraba' oleh gadis penjual baju. Entah apa tarikannya sejak hari pertama lagi dia dia terkam saya "Kakak... kakak..." Padahal bukan berkesan pun taktik manja-manja dia tu sebab tak sehelai pun baju dia saya beli. Masuk hari kedua saya pun dah lupa pasal dia apatah lagi lorong-lorong kat situ mengelirukan. Alih-alih kena terkam juga dipeluk dari belakang, siap lentuk kepala atas bahu baik punya. Sudah orang tengok gaya dia menerkam saya macam program jejak kasih. Mr hubby senyum aja. Nak kata apa pun tak boleh. Pakat gelak ajalah. Sampaikan sebelum kami balik tu Mr Hubby kata "Next time sayang dah boleh datang sendiri lah... takde apa pun (tak bahaya)...". Harharharhar... gara-gara penjual terover peramah!
Shopping di sini memang banyak peristiwa lucu. Rata-rata penjual boleh dan faham bahasa Melayu. Malah saya sendiri lebih selesa cakap Melayu tawar menawar dengan mereka. Kemampuan mereka bertutur memang terbatas. Tapi daripada kau susah-susah cakap omputih pun depa tak faham, belasah jelah cakap Melayu. Menjadi juga! Owh, jangan terkejut kalau jumpa seorang gadis penjual jersi sukan yang kefasihannya berbahasa Melayu sangat mengagumkan! Alangkan waiter berketurunan Melayu Champa kat restoran Kampung Melayu pun tak reti cakap Melayu. Kefasihan gadis ini boleh diberi markah A-!
Tapi nak pesan dekat isteri-isteri yang ikut suami shopping kat sana. Tak usahlah panas hati kalau dengar suami kita digula-gulakan panggilan "Abangggg..." ... "Sayanggg...". Ndak pulak dengan lengguk suara mereka yang semulajadi sangat mendayu (leweh) boleh longlai kepala lutut. Dapat kat lelaki jenis kuat perasan mau melepet atas lantai terus. Saya cakap jangan panas hati, jangan buat isu gaduh sebab mereka (penjual) ni bukan faham pun. Depa bantai copy dan ulang aja apa yang depa dengar dari orang-orang kita jugak. They don't mean it. Jadi cik abang sekalian, tok sah perahsannnn!!!
Tapi dalam pada dok ketawa dengan gelagat manusia tu, ada juga kes yang memang aci sungguh kalau nak panas hati. Kerana di kota yang sangat terkenal sebagai syurga shopping ini juga paling banyak saya temui manusia-manusia PEMBONGAK! Bayangkan, sebaik keluar dari pintu airport aja dah kena 'pau' dengan pemandu teksi sapu. Manalah den nak tau ekau prebet sapu ke tidak. Dalam lautan manusia yang 'menyambut kedatangan' kami tu, ramai juga lelaki-lelaki berkemeja short sleeve putih yang menggamit offer nak hantar ke destinasi. Teksi mereka di parking seberang jalan. Bila sampai dan masuk perut teksi baru sedar ini teksi sapu. Meter takde, lambang teksi pun tak tertulis di badan teksi. Hmmm... sadakallahhal'azim jelah.
Pesan saya, hati-hati dengan teksi. Jangan ambil sebarang teksi. Ambil teksi VINASUN berwarna putih dengan stripes merah hijau dibadan kereta. Teksi yang ini lebih reliable dan tak sebarang nak ketuk anda. Paling kuat pun dia keep the change VND2000 yang bersamaan entah berapa sen itu, takde duit kecil lah tu (bersangka baik).
Di sini ada Tomok versi Vietnam dan... versi kacak! ;-) Entah rakyat Malaysia mana yang bagi dia gelaran tu saya pun tak tau. Tak sempat nak bertanya panjang. Tapi serius saya rasa gelaran Tomok kepada Cheok (the hotel butler) sangat didn't do justice to his good looks. Come on lah... he's way too handsome to be dubbed as vietnamese Tomok. Oh untuk clarification yang dalam gambar itu bukan 'Tomok'. Tomok (Cheok) only works day shift. He's charming, he's very helpful, he's resourceful, he's very polite, he has warm personality and he treats you as a friend would. Hotel kecil 2 bintang ini sebenarnya tersembunyi sebutir bintang yang make you feel at home. Mengingatkan saya pada keramahan orang Bandung. Jadi kalau berhajat ke mari untuk bershopping, simpan duit tu tak perlu ambil hotel mahal-mahal. Saigon Pink 2 is a perfect choice. Of course kalau anda mahu relaxation haruslah pergi ke hotel-hotel mewah. Tujuan berbeza bawa kita ke tempat yang berbeza juga. Ada faham? Ok Good. Sebab cerita dah tamat.
Ehhh chop...choppp! Tweet!
Dah baca tu meh tolong like fanpage bisnes kain cotton saya Labella Cotton. Ada hampir 40 corak menarik boleh dipilih.
Dah boleh dah kalau nak beli kain untuk koleksi raya. Sampai kat tailor nanti Q panjang pulak kan. Jom shopping sekarang. Tenkiu for your likes. ;-)
loorrr poie vietnam.....
ReplyDeleteyg ko tag tuh ko jual rupanyer....
Hahaha, puan shida sila tolong like ye... gue x tag sebarang2 mesti bersebab kan kan kan?
ReplyDelete