Wednesday, 24 July 2013

15 Ramadhan 1434H - Fillet Tenggiri Masak Lemak Tempoyak Daun Kaduk ala Chef Adu



Tu dia panjang nama menu. Resipi asal oleh Chef Adu Amran dari buku masakan beliau "Ikan Di Laut, Asam Di Darat" terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Buku masakan tersebut saya beli sewaktu mengunjungi Pesta Buku Selangor di Shah Alam Convention Centre a few months back. Banyak resipi menarik dengan susun atur yang berselang seli dengan foto-foto Chef Adu sendiri yang di shoot dengan gaya yang menarik. Buku penuh berwarna-warni tambah menarik minat saya membeli. Berharga RM30 sahaja.



Resipi asal menggunakan monk fish. Sejenis ikan yang terdapat di lautan negara-negara Eropah. Saya gantikan dengan ikan tenggiri yang saya buang tulang.  Saya kira tidak salah kalau saya katakan Chef Adu seorang yang sangat menyanjungi nilai-nilai tradisi dalam masakan. Kebanyakan resipi yang diterbitkan adalah daripada koleksi beliau yang beliau hidangkan di restoran semasa di Langkawi dan juga di London. Saya terpikat dengan kebijaksanaan beliau menyediakan hidangan Melayu yang biasa-biasa saja tetapi diolah cara masakan dan hidangannya hingga mengangkat ia ke status fine dining.



Sesuai dengan selera antarabangsa kuah lemak ini dimasak dengan cara merenih kesemua bahan seperti bawang merah hiris, cili padi, kunyit hidup, tempoyak dan santan sehingga kesemua bahan layu. Kemudian disejukkan sebelum dikisar lumat dan ditapis. Setelah itu baru direnih semula dan ditambah garam. Sementara ikan disaluti garam, lada hitam dan sedikit tepung dan digoreng secara shallow fry. Setelah itu baru ditemukan kesemua bahan di dalam periuk.


Hasilnya, kuah masak lemak tempoyak yang pekat seperti sup. Saya kira inilah gaya menghidang ala fine dining di restoran beliau di London. 



No comments:

Post a Comment