Wednesday, 7 June 2017

12 Ramadan 1438H - Matang


Salam Ramadan hari ke 12 1438H.
Enam bulan pertama yang sangat padat dengan urusan anak-anak. Setengah tahun berlalu sekelip mata je. 
Menandakan genap 6 bulan Abang (Fahmi) pergi meneruskan perjuangan menuntut ilmu jauh dari kami.
Bukan jauh sangat pun. Kuala Selangor je. Lima puluh (50) minit perjalanan dari rumah. Tak sempat nak melayan emosi berpisah kali pertama dengan anak sulung. Yang masih saya rasa tak puas peluk cium dan belai rambutnya. 
Tak sempat pun nak feeling2 rindu sangat. Sebab bila dia pergi, kita pula sibuk dengan urusan aktiviti Adik (Yaya) pula yang nak ambil UPSR dan PSRA tahun ni.
Agaknya esok2 bila dua2 dah pergi sekolah jauh baru Mama dia berendam air mata kot.

Alhamdulillah, Ramadan kali ini memang tuah buat anak-anak yang baru masuk Form 1 ke sekolah-sekolah berasrama. 
Merasa mereka sambut puasa dan berpuasa selama 2 minggu dengan family masing-masing.
Abang merasa lah meneruskan tradisi berbuka di surau dengan Daddy dan kawan-kawan nya dan sambung sampai lepas terawih baru dia balik.

Saya macam biasa sejak 3 tahun lepas dah biasakan diri berbuka berdua dengan Adik.
Masak lauk untuk sahur je.
Alhamdulillah juga, antara perubahan ketara ialah Abang sangat tak cerewet bab juadah sahur.
Dia dah pandai biasakan jamah apa saja yang terhidang.
Hasil belajar hidup di asrama agaknya. Makan tak boleh demand. Bedal saja apa yang ada. Janji tak kebulur. Ada tenaga dan boleh teruskan aktiviti.
Pun begitu, dia memang bukan jenis yang cerewet makan. Cuma ada satu dua benda yang dia tak minat. Mee goreng dan nasi tomato Mamak Asyraf yang Adik suka sangat tu tapi dia kurang teruja.
Sekarang kalau Mama sibuk buat tempahan kuih raya terpaksa beli juadah.
Nasi tomato sahur pagi tadi dia bedal je tak merungut.
:Tak apa..." kata dia.

Cuti berbaki beberapa hari lagi. Hai lah... baru nak terbiasa ada dia kat rumah. Dah nak berpisah semula. Belum puas rasa nya.
Kalau lah dia tau betapa goyah nya hati Mama dia...
Tapi depan dia memang kita buat cool je.
Macam-macam ayat penguat semangat kita tabur kat dia.
Bila giliran kita goyah cepat2 ingatkan diri 'ayat-ayat penguat' yang ditabur tadi.

No comments:

Post a Comment