Sunday, 10 January 2016

Creamy (Carbonara) Seafood Pasta



 Me and the kids are mad about pasta. Kami boleh makan pasta hari-hari. Realitinya tidak mungkin boleh berbuat demikian. Sebab mr hubby tekak Melayu jawa sejati ;-).


Creamy Seafood (carbonara) dengan Udang Tempura dan serbuk paprika untuk kurangkan muak bagi yang tak berapa gemar sos lemak berkrim.
 

Saya selalu buat creamy seafood pasta ni. Yang nama lainnya adalah carbonara. Kalau buat carbonara saya akan ikut resipi sebenar carbonara iaitu menggunakan krim dan telur. Sukar nak dapat carbonara resipi tradisi di restoran-restoran Malaysia melainkan kalau ke hotel atau authentic Italian restaurant. Sebab nak guna krim dan telur dalam sos adalah agak mahal. Dan ada risiko jangkitan bakteria Salmonella kerana telur dalam sos dimasak secara kacau gaul pantas dengan api perlahan. Kebiasaannya saya guna telur yang sudah dipastuerkan. Telur pasteur pun mahal. Kadang saya buat telur pastuer sendiri je. Tapi mesti tahu teknik dan ada termometer dapur.

Resipi lain kali lah ye saya update. ;-)

No comments:

Post a Comment