Saturday, 31 May 2008

Cooking Marathon

today is my working saturday. tugas pergi market yang selalunya hubby buat bila i'm working on saturday terpaksa ku takeover today coz he had to take fahmi to see the doctor & right after that shoot to klia to run some errands. jadinya, today i pergi market after work lah which i don't quite like sebab by that time banyak ikan2 yang fresh dah disapu orang lain. dan sebab dah kehabisan stok barang makan, lunch tadi i asked my maid to cook fried rice jelah untuk alas perut anak2. nak tunggu mama balik jawabnya minum petang jelah. dan sebab kena pergi market tengahari maka rancangan memasak terpaksa ditunda ke sebelah petang.

ok lets talk about fahmi first before i proceed with the subject of this entry. our whole schedule jadi kelam kabut sikit today disebabkan 'tuan muda' fahmi ada masalah nak urinate. tetiba malam tadi dia mengerang kesakitan. pedih katanya... ku perasan tengahari semalam masa balik for friday break dia duduk kat tepi pintu rumah sambil terkepit2 dengan bintik2 peluh jantan atas batang hidung dia yang kemek tu. bila kuajak dia masuk, dia berjalan perlahan terkepit2. peliklah pulak tapi memang semalam dia tak terkinja2 macam selalu. malam tadi jugak kami nak bawa pi jumpa doktor tapi bila kami dah bersiap rupa2nya fahmi dah tertidur atas sofa.

tengah malam tadi dia terjaga nak pee, baru je keluar sikit dah menangis2 terus tak jadi pee. so pagi2 ni hubby bawa dia pi ER, sjmc. sejak kes yaya demam tempohari, kami hentam pi serbu ER je, tak kuasa nak buat appointment dengan paed. buat urine test & sah fahmi kena bacteria infection. dapat antibiotic & was advised to drink plenty of water. alhamdulillah setakat petang tadi dah kurang sakit bila pee. cuma doc kata kalau berulang lagi, fahmi kena circumcised awal.

ok now back to my cooking marathon or hubby gelar 'balas dendam' coz today i made mince chicken rolls for tea time which was ready on the table by the time other people would have their dinner and followed by mushroom soup and grilled salmon for dinner. uhhh memang marathon pun sebab siap jer sausage roll terus sambung masak soup. by the time soup siap azam maghrib pun berkumandang. siap je dinner terus rasa mengantuk & penat sesangat macam nak demam pulak.

i wanted to try out the silicone made muffin tray diterbangkan khas dari perth (transit singapore) courtesy from madam lemongrass, tapi dah penat sesangat. esok nak ke linggi, n9 attend engagement my best friend. so rasa2nya muffin tray tu hanya boleh dirasmikan after we come back from our short holiday. ;-)

grilled salmon tak yah tempek pic lah coz dah ada kat entry lama.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Mushroom Soup (half recipe)

50gm white button mushroom (klu takde button m/room ku bantai je portobello ke hapa)
50gm black jelly mushroom
50gm oyster mushroom
30gm carrot (diced)
2 sticks celery (sliced)
3 cloves garlic (crushed)
1 onion (diced)
2 tbsp flour
750litre chicken stock
1 cup cooking cream (boleh subsititute with milk tapi cair le)
a pinch of salt
a pinch of ground pepper
a pinch og ground blackpepper (kalau suka)

Preheat olive oil, sautee onion, garlic, carrot & celery sampai layu. Add in sliced mushroom (all 3 types). Followed by flour, mix well for 2 mins, then pour in the chicken stock, let it simmer for 5 mins or so. Let it cool before blend the mixture & sieved. return to stove, add in cream, salt & pepper, let it simmer and ready to serve.

Friday, 30 May 2008

Gulai Ikan Tongkol@Aye



nak berdiet serba tak menjadi kalau dah bersua gulai ikan tongkol. dalam paksa rela jamah juga nasi sesenduk penuh. gulai ikan tongkol ni is my all time favourite sejak kecil lagi, dulu2 makan dengan nasi dagang my mom. sekarang makan dengan nasi biasa pun sedap. now become hubby punya favourite juga. selalu kami pegi market, bab memilih ikan serah kat hubby; ikut dia lah nak pilih ikan apa & selalunya mesti ada ikan tongkol. so, dinner malam ni gulai ikan tongkol dengan sayur goreng.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Resipi khas utk azie

1 ekor ikan tongkol – rebus dgn asam keping & garam 2 sudu kecil (air rebusan simpan dlm 1/2 or 3/4 cawan)

Bahan2 Blend
Bawang merah 6 ulas atau bwg besar 1 ½ biji
Bawang putih 2 ulas
Halia ½ inci
Lengkuas ½ inci
Cili boh 2 sudu besar

Bahan Lain
1 ½ sudu besar rempah kari ikan - buat paste
Cili padi 5-6 tangkai
Kayu manis
Asam keping
Santan pekat 1 cawan (sy guna santan kotak 3/4 from 200ml)
Garam
Gula Melaka/gula pasir secukup rasa

Tumis kayu manis diikuti bahan A & tumis sekejap. Masukkan cili boh tumis sampai pecah minyak, kemudian masukkan rempah kari kacau rata. Bila bahan tumis dah mesra, masukkan air rebusan ikan dalam ¾ cawan & asam keping, gaul rata. Masukkan santan pekat & kalau tak nak kuah pekat sangat tambah sedikit air (agak2 sendiri ye). Biar mendidih sambil kacau2 dalam 3 minit gitu jangan sampai pecah santan. Letak garam, gula pasir or gula Melaka. Masukkan ikan & cili padi biar mendidih sambil kacau dalam 5 minit atau ikan & kuah mesra.

Note:
Jangan pengsan ye tengok sukatan garam untuk rebus ikan...hehe ikan ni isi dia tebal kang tawar pulak. Kalau saya main campak jer garam sesedap rasa. Untuk kuah gulai pulak saya prefer guna gula melaka, tapi gula pasir pun okay. Kalau nak letak belimbing buluh pun sedap juga. Btw, jangan sesekali letak daun kari, spoil flavour dia. Pastu kalau prepare overnight lagi sedap sebab dah mesra.

Thursday, 29 May 2008

Ikat Perut

i have not taken rice for the past 6 days. sebab tengah desperate sangat nak turunkan berat badan. in fact i have been trying to lose some weight for a year plus now. my body seems to be developing a yo-yo effect since i stopped breastfeeding yaya a year ago. you can read in my previous entry that i breasfed yaya for 2 years. while bf since birth up to 2 years, i weight at 54kg... bukan senang tau nak reach 54kg sebab i gain so much weight during my pregnancy; i was weight at 83kg a couple of days before bersalin. so you can imagine betapa susahnya nak shed the extra kilos off my body. in this case i am grateful that i chose to bf my baby. bila kita bf badan cepat membakar kalori.

but when i stopped bf yaya, i've started to gain weight sedikit demi sedikit. mula2 naik 57kg... buat tak tau lagi, pastu naik sampai at one time tu 60kg... rasa nak menjerit! pernah cuba ambil herbalife tapi bukannya makin turun makin naik lagi adalah. agaknya tak sesuai for me kot so i discarded them. i just watched my diet, turunlah sekilo. pastu bila lately ni i indulge so much in my cooking lagilah susah nak turunkan berat, macam statik jer dekat 59kg tu. huwaaaa baju raya tahun lepas dah sendat... baju raya 2 tahun lepas lagilah jauh sendat.oh mannn!

so sejak 3 hari lepas, aku cuma makan salad jer for dinner, no rice at all just salad jer. huhu you see, i'm not the type yang suka makan veggie ni... tapi dah desperate punya pasal salad pun salad lah sampai fahmi pun dah terikut2 mama dia makan salad. which is a good thing jugak coz fahmi pun tak berapa gemar makan veggie. alhamdulillah walaupun i have yet to weight myself (kat umah takde scale) tapi perut dah kempis, seluar pun terasa longgar...ye ye ... atau aku jer yang berhalusinasi? whatever, i feel good.

tapi semalam stok salad dah habis...huwaaa 'terpaksalah' makan spaghetti (terpaksa kunun!) makan banyak pulak tu... sekarang dah rasa susah hati mana nak cari salad... nak pegi carefour tak sempat balik keje lewat.

dalam pada nak berdiet tu sempat jugak malam tadi buat rice pudding yang lemak berkrim. oh tidakkk!

macam mana nak pi holiday ni? ... takkan tengah syok berholiday nak kena control makan kot? :-(

Wednesday, 28 May 2008

Sakit Lagi

huhu... rasa nak nangis jer. kaki kiri ni sakitnya datang lagi... berdenyut2 gitu. kat ofis tadi rasa macam nak rest kan kaki atas meja jer. tapi rasa over lah pulak kalau buat gitu.
sebenarnya kaki kiri ni ada sejarah sikit yang berkait dengan my 1st pregnancy. tu sebab agaknya walaupun kedua2 belah kaki injured masa jatuh tangga tapi cuma kaki kiri jer yang agak teruk sakit dia.
kena singkap balik sejarah 4 tahun setengah dulu...
ceritanya begini... masa pregnant kan fahmi dulu bila masuk 7-8 bulan gitu kaki kiri terasa sakit yang amat sangat sampaikan nak berjalan pun susah. padahal pagi2 nak gi kerja memang kena jalan kaki pi umah my friend tumpang kereta dia. sebab dah tak tahan sangat sebab nak bangun dari katil pun took a lot of effort to stand up, finally pergilah scan. the scan proves what i already suspected, that is fahmi's head was resting betul2 atas tulang kaki kiri (sorry i know there's a correct word for it but i'm no doctor). doctor tak boleh buat apa2, dia kasi neurobain & pakai support belt Opporest untuk seimbangkan berat (sebab baby dah senget ke kiri je). the fact that i was sooo huge doesn't help either, i was a walking whale masa pregnant dulu.

i couldn't stand the pain any longer, so pernah lah pergi berurut dengan bidan, dia betulkan kedudukan baby and Alhamdulillah for a brief moment hilang sakit tu. note i mention 'for a brief moment', sebab a couple of weeks after that kepala fahmi beralih semula ke situ, i guess situlah tempat favourite dia berehat.
pagi2 bangun tidur meleleh jugak air mataku menahan kesakitan... apa nak buat, sabar jelah sampai bersalin. salah satu sebab kenapa aku bersalin vacuum assisted was kedudukan kepala fahmi senget, bukan betul2 berada kat pintu rahim.

oh ya, masa pregnant hingga lepas bersalin, abdomen belah kiri agak menonjol sikit. since then, memang kaki kiri ni selalu sakit2. malah masa mula2 dapat tau pregnant kan yaya dulu, salah satu petanda adalah rasa sakit kaki & abdomen belah kiri... masa tu baru tau ada satu lagi nyawa kat dalam rahimku ;-) ... cuma lega sikit bila yaya tak duduk senget ke kiri.

so, sekarang diagnos doktor tak bertauliah (aku lah tu!) mengatakan salah satu sebab kenapa kaki ni masih sakit2 lagi ialah kesan trauma lama. tapi, rasa2nya 'doktor tak bertauliah' ni kena terima juga hakikat bahawa ada possibility lain yang tiada kena mengena dengan trauma lama. masalahnya 'doktor tak bertauliah' ini takut nak jumpa 'doktor bertauliah' sebab... dia takut nak face the truth!

Monday, 26 May 2008

Berek Polis Jalan Yazid Ahmad

masa trip balik rumah my mum weekend lepas, i actually planned nak menyusuri semula jalan ke 'berek polis jalan yazid ahmad', the place where i spent my first 12 years of life. pendek kata kat situlah banyak menyimpan kenangan during my childhood days.
it has been 18 long years since i left that place. tetiba rasa rindu membuak2... asyik terbayang2 jer. ntah macam mana rupa tempat tu sekarang.
plan nak bawa camera, dah siap2 letak kat almari tapi bila hubby tanya nak bawa tak, boleh aku geleng kepala gitu?
so, terbengkalai lah plan 'menyusuri memori silam'.
insyaAllah will do so dalam waktu terdekat... hopefully lepas balik dari our holiday trip nanti.

Sunday, 25 May 2008

Sakit

kaki ku terasa sakit sungguh...
we went back to my mum's house tengahari semalam, terus minta my mom tolong aturkan 'appointment' dengan jiran tukang urut
so pagi ni tukang urut pun datanglah mengurut kaki kiri yang masih sakit after 1 week the incident jatuh tangga kat ofis.
yeah after 1 week masih rasa the pain yang datang tak tentu masa. one morning after a short meeting, bangun dari kerusi tetiba je rasa sakit menyentap kat kaki, terus jalan terhencut2
bila orang tanya kenapa terpaksalah buat muka selamba jawab 'saja je jalan buruk2 skit sebab tak larat nak catwalk'
and there was one day where i couldn't stand sitting on my chair sebab diserang back pain... rasanya mild jer tapi tajam.
and tak boleh duduk bersilang kaki kanan atas kaki kiri... serta merta sakit.
macam orang tua kena osteoporosis je!
bila kena urut pagi tadi... aduhhhh sakitnya lah ditekan2 kat bahagian yang sakit tu. lagi kukata sakit lagilah dia fokus kat situ...huwaaaa nak meleleh air mata kutahan jer. serik ler berurut :-(

Tuesday, 20 May 2008

Layan

sudah lama tak buat tag... sesekali jom layannn...

Senaraikan 5 hadiah yg anda impikan :
1. Pakej melancong ke NZ
2. Kenwood mixer
3. Kitchen cabinet
4. Sebidang tanah
5. handphone baru

Senaraikan alasan atas pilihan itu :- (haiyooo nak hadiah pun kena bagi alasan ke?)
1. Suka sangat tengok rumput hijau & ladang buah kiwi. Ni impian sejak zaman sekolah menengah lagi, kalau boleh nak hijrah duduk kat sana
2. Kalau ada mixer ni makin berkobar2 lah keje mem’baking’ di dapur. Tak larat dah pakai hand mixer
3. Ni penting utk lengkapkan umah baru… kitchen is the heart of a house. Esok2 memasak, makan, mandi & tido kat dapur!
4. Supaya boleh kubina sebuah rumah impian yang lengkap dengan garden. Susah beli umah siap ni, nak beli yang corner lot (harga mampu milik) sumer dah abis, takpun ada yg design mcm hampeh. Senang ada tanah buat sendiri.
5. handphone saya sudah cukup matang untuk diganti baru... apa model pun tak kisah tak yah lah hi-tech sangat (hehe hints kat orang tu ;-)

5 Impresi terhadap orang yang diminati:
takdelah aku nak minat kat sesapa …

Perkara hebat yang pernah dilakukan:
tak pernah rasa diriku ini hebat… setakat achievement tu biasalah semua orang ada achievement masing2. Mujahid2 Islam zaman rasulullah s.a.w seribu kali lebih hebat compare to my achievements...

5 Ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju)
1. Aircond – nyaman skit tidur musim2 panas ni bila ada aircond
2. Hairdryer – tak sah kalau takde… payah nak keringkan rambut yang tebal & lebat ni klu takde hairdryer
3. Mixer – pukul telur bleh jadik gebu dalam sekelip mata, whereas kalau pakai manual lenguh sampai naik otot2 kat lengan
4. Internet – this is where I met my soulmate… klu takde internet agak2nya siapa ye my partner? Hehe . and boleh blogging!
5. strawberry - ummm i just love it!

5 perkara yang dibenci:
1. Mencik sama itu satu kaum yang tak habis2 menindas orang palestin
2. Buat impression kat orang lain tanpa selidik dulu
3. Cakap tak serupa bikin
4. Dah itu jer… malas nak benci2 ni buat sakit badan jer

5 orang yang mahu di tag:
1. Madam Lemongrass
2. Cik Shida
3. Puan Liza
4. Puan Watie
5. Incik Pairzal

silakan lah ye jangan malu2... ;-)