Tuesday, 22 July 2008

Selera Berbuka

hari ni sambung puasa sunat Rejab, dapat 3 hari dah, Alhamdulillah. menua berbuka today simple jer, pecal. dah lama tak buat pecal ni, dulu2 once a week mesti ada pecal atas meja for dinner. kalau rasa tak nak heavy dinner or nak skip nasi mesti opt for pecal, makan sayur2an celur dengan kuah kacang tanah... simple & light tapi sedap.

resipi paste pecal ni belajar dari maid lama, wahhh ada jugak satu dua resipi yang aku blajar dengan dia ye. kusiapkan paste nya malam tadi, simpan dalam fridge bila nak makan bancuhkan aja kuahnya. saja buat awal sebab nak mengadun paste nya makan masa juga, kalau time tu nak makan baru nak buat sempatlah kebulur kalau tak tertidur dulu.

paste ni dibuat dari campuran kacang tanah, cili, bawang dan sebagainya ditumbuk halus dengan lesung tau, takde main short cut masuk blender... tak best maa, guna cara tradisional baru mengancam rasa dia. dan tak perlu dimasak sebab bahan2nya digoreng sebelum tumbuk. nanti bila nak jadikan kuah cuma tambah air panas jer.

Bahan2nya:

Paste
300gm kacang tanah
5 ulas bawang merah (kecil)
3 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah (boleh ditambah kalau nak pedas)
6 biji cili api (kalau nak pedas tambah lagi)
7-8 ketul ubi cekur (lagi banyak lebih 'berlemak' rasa kuah)
1 inci belacan (bakar biar kering)
3 sudu besar gula melaka (ku guna 3/4 keping nisan t'ganu)
2-3 tangkai daun limau purut (dihiris supaya senang nak tumbuk)
air panas secukupnya
garam secukup rasa

Sayur-sayuran
1 ikat kangkung (dicelur)
1 ikat pucuk ubi (dicelur)
kacang panjang (potong dalam 1 1/2 inci & celur)
taugeh (dicelur)
jantung pisang (direbus)
tempe (digoreng & potong kecil2)
2 keping tauhu (digoreng & potong kecil2)

kalau suka boleh tambah lain-lain sayur/ulam seperti kacang botol, bendi, pucuk keledek, bayam dan timun.

Cara2:
1. Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak. Buang kulitnya.
2. Panaskan 1 sudu besar minyak, goreng sekejap bawang merah, bawang putih, cili besar dan cili api hingga layu.
3. Tumbuk bawang dan cili serta ubi cekur portion by portion hingga lumat. Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit berselang seli dengan garam, gula melaka, belacan dan daun limau purut. Tumbuk dan ulang proses hingga semua bahan lumat dan sebati.
4. Bancuh air asam jawa dengan air panas, gaulkan dengan paste pecal hingga menjadi kuah.
5. Bila nak makan ambil sayur/ulam serta tempe+tauhu dan gaul dengan kuah pecal secukupnya. Kalau letak keropok sekeping dua pun sedap!

Siapa yang ada food processor kat rumah tu boleh juga campak semua bahan ke dalam, senang sikit. Takdelah lenguh tangan menumbuk paste dalam lesung. Jenuh nak lumat sebab lesung ku kecik jer... 1/2 jam nak hasilkan paste daripada 300gm kacang. Berat semacam rasa tangan, macam senget sebelah pulak dok membongkok menumbuk.

asal usul pecal ni tidaklah kutahu... rasa2nya hidangan orang jawa kot. walaupun bermentuakan orang jawa, tapi belum pernah lagi tengok mil buat pecal. dan aku belajar buat pecal ni pun secara tak sengaja from ex-maid bila tiba2 satu hari hubby teringin nak makan pecal. kebetulan bibik lama tu orang veteran, so dia memang suka lauk2 kampung/tradisional ni. apalagi pucuk dicita ulam mendatang...


esok tak tau lagi sambung puasa ke tidak. patut semalam pun niat nak berpuasa, alih2 sampai ofis kepala pulak berdenyut2 sakit... tak tahan telanlah panadol. perut pulak terasa pedih gara2 makan kuah durian dengan air coke... tak pernah2 aku minum air coke kenapa ntah boleh hentam keromo jer... merana perut ;-(

2 comments:

s2m3r said...

Lia....sernok ila dengar lia dah 3 hari berpuasa..ila ni tak mula2 lagikkkkk

Liasari said...

hehe ila nak pose kena tgk mood bb dlm peyut
kita ni jarang pose sunat...nasib ada org ingatkan bulan rejab dptlah pose