Saturday, 27 September 2008

27 Ramadhan 1429H - Projek Kek Raya

i'm done with raya cookies. tutup buku dah sebab kena bukak buku baru. projek membanking kek raya dah bermula. disebabkan hari ni aku masih bekerja plan mengukus fruit cake hanya terlaksana jam 6 petang tadi dan hanya akan siap lebih kurang jam 10mlm nanti.
asalnya nak buat 3 biji, for my mum, mil & untuk rumah sendiri tapi rasanya dah boleh kurangkan kepada 2 saja sebab semalam dapat kek lapis horlicks & kek lapis cadbury dari bos. alhamdulillah sepanjang 6 tahun lebih kerja kat sini belum pernah lagi aku miss dapat cake lapis ni. kek lapis horlicks dah kukirimkan kat hubby bawak balik rumah mil pagi tadi together with biskut dahlia yang aku buat few days ago.

memula ingat done lah dengan biskut raya... sekali tu jeng jeng jeng hubby call tanya kalau2 masih ada masa lapang selitkan buat tart rambutan pulak sebab mil nak bagi jem rambutan yang mil buat. kuang kuang kuang ingat dah boleh tutup buku, esok kena pay a visit to kedai bake with yen lagi beli tepung. pening tokey tu asyik tengok muka aku, kalah orang meniaga kuih raya!

our menu for iftaar asalnya nak buat mee bandung jer... repeat lagi ;-). sekali tu dah rezeki fahmi agaknya jiran sebelah bawa balik bubur lambuk from masjid petang tadi. sukanya fahmi dapat berbuka bubur.

ni just untuk cuci mata... jangan muak ye coz tuan rumah masih belum jemu


Friday, 26 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

kini tiba masanya berhari raya
muslimin dan muslimat sembahyang bersama...

atau...
dengar dengar itu beduk telah berbunyi
sebulan puasa tamatlah hari ini

atau...
dengar beduk berbunyi sayup bergema di subuh sunyi
menyeru kepada muslimin segera berbakti kepada Ilahi

those are all my favourite evergreen raya songs... lagu2 yang cukup menusuk hati kalau dengar tak rasa sayu memang ada something wronglah dengan aku. sayu sebab ramadhan dah berlalu. apapun... tibalah masanya aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat handai yang setia mengunjungi blog ini, teman2 forum pcm, teman2 blogging dan semua yang mengenali kami sekeluarga. terimalah kad ucapan raya yang tak seberapa daripada pereka amateur... liasari sendirian berhad. dikesempatan ni juga, kumenyusun 10 jari mohon maaf kalau sepanjang berblogging ni ada terkasar bahasa. yang baik itu dari Allah swt dan yang buruk itu adalah kelemahan ku sendiri. kalau sudi kopipes ke blog anda...


i'll be working tomorrow and monday. hanya akan bertolak balik ke my mum's house petang monday, insyaAllah. sementara itu, aku akan terus berblogging... hehe macamlah ada orang nak baca, semua dah sibuk balik kampung aku jer yang syok sendiri. layannn...

26 Ramadhan 1429H - Cornflakes Crunchy

since semalam dah plan nak buat biskut cornflakes rangup ni atau cornflakes meringue cookies, so walaupun balik keje lewat sesangat aku tunaikan juga niat semalam. nasib ler nak buat cookies ni mudah sesangat & tak ambil masa lama. bayangkan aku balik keje pukul 8.40mlm sampai umah. nasib dah berbuka secara berjemaah kat ofis, so sampai je umah terus keluarkan bahan2. sayangnya terlupa plak beli papercup. lari ke kedai kejap beli papercup... comel pulak ada tulisan 'so sweet' all over.

pukul egg white, letak gula castor, esen vanila & melted butter... gaul dengan cornflakes, bubuh dalam papercup, bakar... dah siap. beginilah hasilnya.



tak secantik LG punya. i have this problem dengan my oven... rasanya aku belum cukup master mengawal suhu nya atau maybe tak habis study lagi function2 dia. letak tak sampai 5 min dah nak rentung. helpp!
since aku tak sempat masak apatah lagi nak berbuka dirumah, terpaksa ajar kakak buat roti jala melalui telefon je. nasib dia jenis cepat belajar & dah pernah tengok aku buat dulu. sian fahmi yang puasa penuh kali ke 3 tak dapat mama hidangkan lauk sedap2 untuk dia. sorry ye abang...

Thursday, 25 September 2008

25 Ramadhan 1429H - Fahmi Puasa Penuh Lagi!


sebenarnya menu ayam percik ni aku rancang nak buat sejak 1st week puasa. tapi entah macam mana tercicir pula dari list. ni dah masuk minggu akhir puasa tiba2 aku kekeringan idea semula, tu yang muncul balik idea nak masak ayam percik.

lagipun, ada 'sesuatu' yang trigger aku masak ayam percik for iftar today. that is, fahmi dengan rela hatinya berpuasa penuh hari ini...horayyy!!! seronoknya bila dapat khabar berita petang tadi. yelah this is a surprise yang memang tak dijangkakan sebab dia tak bangun sahur pun. alhamdulillah kali ni dia tak mengharuk nak minum macam ahad lepas. ahad lepas walaupun dia bangun sahur masih tak boleh tahan, dapat half day je.syukur sangat2... kiranya fahmi dah dapat 2 hari puasa penuh. well done fahmi! ;-)

sebagai balasan untuk orang yang cekal berpuasa penuh, mama buatkan ayam percik khas. punyalah berselera fahmi makan (sebab lapar pun ye!). hubby pulak siap belikan dia air kotak ribena bila aku sampaikan berita pada dia petang tadi. tu semua reward untuk fahmi.

insyaAllah... tahun depan fahmi masuk 5 tahun, nak ajak dia berpuasa from the beginning. yang tahun ni kami tak merancang sebenarnya.

Wednesday, 24 September 2008

24 Ramadhan 1429H - Fried Prawn Wantan



since petang ni hubby dah balik & berbuka dengan kami, kenalah masak nasi. tapi lauk pauknya serah kat kakak je masak... untuk mengecurkan selera hubby berbuka, aku cuma buat starter jer, that is fried prawn wantan. sedap di makan sementara masih panas barulah crunchy kulit wantan tu. dip sauce orang malas hanyalah mayonis with few drops of ready made mango salsa sauce.

semalam niat dalam hati nak solat terawih di masjid, yelah hari isnin dah tak jadi pergi sebab kaki kusakit. tapi entah kenapa semalam rasa tak larat jugak. tapi dalam tak larat tu sempat juga buat kuih orang malas. tengok orang lalu depan rumah menuju ke masjid dalam hati meraung2 nak pergi. tapi tulah iman tak berapa kuat lagi... aduhaii rasa kesal sangat.

tiba2 tengahari tadi tengah buat kerja aku menjerit malam ni nak pergi sembahyang terawih! tergelak colleague aku yang duduk meja depan. tu bahana rasa kesal semalam tak habis lagi. sayangnya, petang tadi dapat petanda... huwaaaaa patutlah aku tak sedap hati je sejak semalam... rupa2nya tu tanda2 aku takde rezeki mengejar pahala tambahan penghujung ramadhan. serves me right! tidakkk!

*********************************************************************************

untuk Diana, resipi udang goreng wantan. senang jer bahan2 sedia ada:-

bahan2:
udang harimau atau udang sederhana pun boleh (jgn besar sangat)
1/2 camca teh serbuk paprika (nak pakai serbuk kari pun boleh)
1/2 camca teh serbuk lada sulah
garam
sekeping keju dicarik2kan
kulit wantan secukupnya

1. Perap udang dengan paprika, serbuk lada sulah & garam. Toskan airnya.
2. Ambil sehelai kulit wantan, susun kepingan kecil keju, letak udang & bungkus. Kalau udang masih agak basah, kulit wantan akan melekat dengan sendirinya. Kalau agak kering sapu air pada hujung lipatan wantan.
3. Goreng dalam minyak yang panas. Boleh hidang dengan sos salsa mangga atau mayonis ditambah perahan limau nipis. Nak pakai sos cili thai pun boleh.

Tuesday, 23 September 2008

23 Ramadhan 1429H - Baking Lagi

dalam malas2 nak masak for berbuka tu tiba2 datang idea nak buat kuih malam ni. tu pun mengenangkan hubby bagitau mil tak buat kerepek for raya kali ni. tapi disebabkan malas yang teramat sangat dan dihambat masa, buatlah kuih yang mudah2 aja... aku panggil kuih 'orang malas' atau kuih ekspress yang famously known as biskut dahlia. no offense ye, gelaran kuih orang malas tu sekadar rekaan ku semata2 sesuai dengan tahap kemalasan ku ketika ini.

apa taknya, bahan2 kuih ni mudah sangat, cara nak buat pun mudah. dengan adanya toy baru nak cream butter & icing sugar jadi mudah, just campak2 dalam bowl & putar. sementara tunggu adunan kembang bolehlah aku mengayak tepung. pastu campak lagi semua masuk dalam mixer. ambil doh sikit sumbat dalam acuan & picit... tak ke senang tu? dalam 1 1/2 jam siap semuanya dari mengadun sampai membakar.

nak tau tak? this is the first time aku buat biskut dahlia. seumur hidup sampai dah nak masuk 30 tahun ni tak pernah aku ambil peduli nak buat... sebab kuih ni tak diperkenankan oleh penyimpan mohor besar kat rumah my mum... sapa lagi my mum sendiri lah.

selain dari biskut raya aku plan nak buat kek buah kukus... bolehlah nanti bawa balik umah mil. or since hubby nak balik umah mil weekend ni agaknya kenalah aku percepatkan buat kek. tapi bila ye?

Monday, 22 September 2008

22 Ramadhan 1429H - Ramadhan Tag


kena tag dengan Mama Ayuni... thanks nina i really need it.
after 3 weeks of fasting, sangat terasa kepenatannya. i recall my first week puasa i was so excited about everything this ramadhan sampai tak boleh tidur... seronok yang tak terkata sebab dapat jumpa bulan mulia ni sekali lagi. tambahan pula kali ni akan sambut my 30th birthday di bulan ramadhan. on top of that aku excited sangat nak capai azam ramadhan kali ni.

dah sampai ke penghujung ramadhan ni tetiba datang pulak assignment. esok start buat internal audit... kena keluar, kerja dalam office pun tak boleh nak tinggal. ermmm sejak awal lagi aku dah agak, since tiap2 tahun office tempat kerja aku ni tradisi dia bulan puasa lah kita tunggang langgang bekerja, mana mungkin aku dapat merasa ramadhan yang aman damai sampai ke penghujung.

for iftar today we had cekodok kentang+udang, otak2 dan nasi ayam for fahmi & yaya. balik kerja tadi sempat bawa my 2 kids ke pasar ramadhan tu yang rembat otak2 7 keping dengan nasi ayam. malas nak masak nasi lagipun sapa sangatlah yang nak makan. aku sendiri cukup dengan cekodok & jus oren. kenangkan budak berdua tu nanti kelaparan pulak tu yang beli nasi ayam.

cadang nak ke masjid berterawih... tapi kaki kiri ni meragam sakit pulak. sakitnya masyaAllah dari tulang punggung sampai ke hujung kaki. bawa kereta tadi rasa nak menangis je... huhu kalau ada driver kan best boleh baring kat seat belakang. apa kan daya... so berterawih sendirian jelah kat rumah malam ni.