Monday, 29 June 2009

Tiring Weekend

it was a tiring weekend due to a string of wedding invitation, engagement, family visit etc.

saturday afternoon, we attended hubby's friend's wedding in taman andalas, klang. i was torn between attending to this reception or the one in rawang. in the end i'm glad i attended this one. sebab nasi beriani nya sedap! heheh... i was told that the cook operated a nasi beriani gam restaurant in muar. having eaten the nasi beriani i've no doubt about his reputation. masa mula2 nasi disendukkan ke pinggan aku pun aku dah boleh agak nasi kali ni bukan sebarang nasi minyak - bau & rupa dah menggambarkan rasa. pastu dihidangkan cendol & tapai pulut pula. tak sia2 lah aku menahan lapar dari pagi :-)

aku tak sempat breakfast pagi sabtu tu bukan pasal apa, sibuk dengan baking project lagi. once dah mengadap kek terus macam melekat gitu tak boleh bergerak. niat asal nak lapiskan kek dengan choc buttercream je, tetiba naik syok pulak terus frost the whole cake. by the time siap tu dah masuk tengahari terus bersiap2 nak gi kenduri dan hantar kakak cuti hujung minggu.

balik dari kenduri kawin aku rasa letih dan mengantuk sesangat. ikut mata rasa nak tidur je sepuas2nya. hubby bawa fahmi took a nap. tinggal aku dan yaya je. itulah masa yang sesuai untuk aku bake fruit cake pulak. since kakak takde semua kerja aku kena buat sendiri so kukorbankan rasa mengantuk terus masuk dapur balik. lagipun nak tunggu fruit cake siap makan masa 4jam. so bolehlah in between tu aku siapkan lauk dinner sekali. nasib yaya behave tak ganggu mama.

the next day, ahad pulak kami attend kenduri engagement my cousin kat hulu langat. pasal tu lah kerja2 baking harus disiapkan sabtu sebab ahad banyak lagi aturcara lain. lepas kenduri kami pergi melawat my uncle yang sakit kat taman perkasa, hulu langat.

lama sungguh kami kat majlis kenduri tu dari tengahari sampai ke petang. letih menunggu majlis over... letih melayan kerenah budak2. mood aku memang tak berapa ok semalam. sebab sebaik je sampai kat rumah cousin, yaya memuntahkan isi perutnya dalam kereta. habis baju gown dia jadi tadahan muntah, nasib kereta mama tak terpalit muntah. cett! mama pentingkan kereta dari anak.

disebabkan kami tak bawa baju spare terpaksa lah aku heret yaya yang topless sekadar berseluar pendek dan berkasut pink bling bling ke surau untuk dibersihkan. aduhhh tebal muka 10inci, harap kasut je lawa. sudahnya yaya dipinjamkan t-shirt hijau serindit courtesy anak kakak aku yang setahun muda dari dia. hmm sepanjang majlis tu berlari2an lah dia dengan t-shirt hijau, seluar pendek & kasut pink. elok sikit dari kunta kinte.

sebab my parents & adik and his family pun datang ke majlis tu, jadi meriahlah anak2aku bermain2 dengan cousin dia semua. sampai naik pening kejiranan taman sri nanding digemparkan dengan kehadiran sekumpulan budak kecil yang tak makan saman. mana tak nya, budak2 tu main sampai masuk bawah meja. adehhh malu omak. on the way balik ke subang, dua2 tergolek dalam kereta. emmph... bila dah penat and puas bermain, masuk kereta je terus zzZzZzzz.

Wednesday, 24 June 2009

Gara-Gara Tiramisu

i attended a company function last night. leaving behind my two children with kakak. initially i thought of going straight to the hotel from office but then i had forgotten to bring along my baju for the function. bagus juga at least i can make a quick trip back jenguk anak2 sekejap. kesian kat budak berdua tu, daddy takde outstation mama pulak pergi function.

nasib kubaik kali ni sebab function habis awal dan aku telah berjaya menyelinap keluar tanpa disedari bos. itupun sebab aku cabut lari tanpa minta diri secara proper coz i know had i bid him goodnight mesti dia suruh aku berkaraoke dulu. he had been trying to get me to sing for a long long time. cukuplah sekali dia kenakan aku nyanyi lagu dangdut amelina berduet dengan mat london masa function kat rumah dia dulu... malu giler okeh! gone the prim and proper me. dia cukup suka buat orang jadi joker. dan aku yang skema ni cukup tak suka jadi pak lawak dia. kalau aku memang 'kaki' karaoke or reti menyanyi takpe jugak.

sampai kat rumah both my children dah tidur. awal pulak diaorang tidur malam ni. kalau tak pukul 11.30mlm masih meloncat2 atas katil naik pusing kepala aku dibuatnya. ingatkan balik awal dapatlah tidur awal, tapi rupa2nya tak boleh lena. ni semua gara2 tiramisu yang aku makan kat function. salah aku sendiri dah tahu tak boleh minum kopi gi makan tiramisu yang ber'kopi'/caffeine. sampai ke pagi dok tidur2ayam je. huwarghh tu pasal mataku sembab dan lebam pagi ni.

yup i don't drink coffee, sama juga aku tak minum tea/nescafe. my body is totally coffee and caffeine free. sejak zaman budak2 lagi aku tak sentuh coffee/nescafe. pertama sebab aku memang tak suka taste dia. kedua sebab aku tak suka minum/makan sesuatu yang boleh buat aku jadi ketagih... hehe. sebab ketiga yang menyebabkan aku terus stay away from coffee/nescafe is because boleh menyebabkan aku sakit kepala (migrain) while tea buat perut aku masuk angin, memulas & senak. dan tak suka sungguh kalau pergi majlis or rumah bos kena paksa minum coffee/nescafe.

pernah aku terpaksa minum nescafe kat rumah orang sebab nak jaga hati tuan rumah, aku politely ask for plain water tapi maybe tuan rumah rasa segan nak hidangkan plain water jer. nak tak nak tekak kering aku teguk juga sikit. terus berdenyut2 kepala aku. ada juga yang pandang aku semacam sebab aku cakap aku tak minum kopi/teh.

pernah juga masa budak2 aku terpaksa minum teh kat rumah orang sebab pak cik aku bising nanti tuan rumah kecil hati, terus aku kena migrain... lepas kejadian tu kalau ikut my mom pergi rumah orang mak aku sendiri yang akan bagi excuse for me for not taking minuman yang tuan rumah sedia kan.

aku tau sesetengah orang mungkin melabel aku cerewet bab makan. tapi itupun sebab aku tau what is good and not good for my body. mil sampai hari ni masih tak tahu kenapa aku tak minum kopi/teh. lagipun, just because i don't drink coffee/nescafe/tea doesn't turn me into an alien kan?

Sunday, 21 June 2009

Quite Sunday

hubby left to penang for a 1 week outstation trip yesterday afternoon right after zohor. *sigh* i will never get use to his being away from home. and i will never stop fretting over it setiap kali dia bagitau aku jadual outstation dia. after almost 7 years been married to him i should have get used to it. but i haven't! padahal sejak mula berkawan dengan dia lagi aku dah tau semua tu. dan masa kami belum ada anak pun aku dah selalu kena tinggal. clingy sangat aku ni, isyy teruk.

pagi tadi aku bangun tidur betul2 lewat. badan kepenatan sebab jumaat malam tidur lewat, sibuk menyiapkan tempahan kek untuk dua orang customer. itupun balik kerja hari jumaat tak sempat makan terus sambung mendeco kek. sabtu pulak kerja so takde peluang nak berehat2. wahhh manja betul badan aku ni ye.

since hubby leaving tengahari aku pun tak masak banyak2. i just made spaghetti bolognese with meatballs which the children and hubby enjoyed so much. cuma kali ni sos bolognese kurang harum sebab takde fresh rosemary, aku cuma guna dried rosemary je.
after hubby left, fahmi dah mula merangka aturcara kami. entah kenapa dia tak betah duduk dalam rumah. ada2 aja rancangan dia nak ke situ ke sini. malangnya petang tadi hari hujan. tak jadi keluar ke mana2, dalam kesejukan lepas hujan kami anak beranak makan nasi goreng tom yam je kat rumah ;-)sempat bergaya dengan safety helmet daddy

Tuesday, 16 June 2009

World Greatest Dad!!

we had our advanced father's day celebrated at home last weekend. see, dalam rajuk aku keluar juga kek seketul. kek ni khas untuk peminat setia siri kartun prince of tennis (suddenly hubby ku jadi peminat tennis plak sampai tak miss grand slam baru2 ni) dan once upon a time mahaguru bowling ku. dia nak kena brush up balik skill dia.

pin ball, bowling ball, tennis ball
lemon butter cake layered with cream cheese icing.

Monday, 15 June 2009

Promoter Tak Bergaji

selepas kejadian malam sabtu yang menghampakan, i decided not to enslave myself in the kitchen semalam. kuat merajuk betullah aku ni sekarang, mengalahkan orang tengah zaman berchenta.

lunch was prepared by kakak and our dinner was prepared by Gulam Mee, Kota Damansara. yup, the gulam mee yang fahmi beriya2 tak nak pergi lagi dah after the first luncheon we had sometime after raya last year. actually malam tadi takde plan pun nak eat out. i thought of making sandwiches and goreng kentang je. but hubby decided nak bawa budak2 berdua tu keluar sebagai ganti acara berbasikal yang tak menjadi disebabkan hujan renyai2 dan yaya pulak tertidur lepas kena marah before that. kami tak decide pun nak makan kat mana, since aku tak nak pergi jauh2 aku suggest gulam mee ajelah.

wow! terkejut kami bila sampai kat sana tengok restoran tu sarat dengan orang umpama pasar malam! meja2 bertaburan kant luar premis daripada ruang depan jalan sampailah ke taman di blok belakang. meriah sungguh! asalnya dulu hanya lot tepi rumah kedai je tapi sekarang tokey dia dah ambil corner lot blok bersebelahan, so ruang luas in between the two block yang elok ber tar dijadikan ruang makan tambahan dan pilihan utama orang ramai. manakan tidak, sapa yang nak duduk dalam premis yang berkuap, baik ambil angin sejuk kat luar.

memang rambang mata nak pilih makanan sebab sekarang dia buat konsep stall. kalau dulu setakat menunya setakat mee goreng, mee rebus, nasi ayam sekarang dah bertambah dengan char kuey tiaw penang, mee udang pun ada! satay tu standardlah kan, nasi lemak dia fuhh mengancam, ikan bakar, kerang bakar, mee bandung dan macam2 ada. bak kata yaya crabby pattie pun ada! yaya dah ter overdose dengan kartun spongebob sampai burger disamakan dengan crabby pattie.

mula2 aku order satay ayam je, hubby makan kuey tiaw, pastu bila pi basuh tangan barulah ternampak stall yang pelbagai menu tu. apa lagi aku mintaklah nasi lemak. umphh rasa terlebih makan pulak semalam. nasib hubby ajak balik cepat lepas tu, kalau tak mau kami terlanjur order ikan bakar pulak. gulam mee versi baru ni memang aku rekomen kat semua. hehe promoter tak bergaji... tehehehe

Saturday, 13 June 2009

Kari Laksa Lemak (Mee Kari)

just don't know how to begin my entry malam ni. i'm actually lost for words sebab hati tengah panas. geram sih penat2 hari ni masak sedap-sedap nak sambut kepulangan hubby and anak teruna ku dengan hidangan istimewa tapi rupa2nya diaorang pi makan kat kedai. arghhh geram, geram. patutlah aku dok tertunggu-tunggu dari petang sampai ke lepas isya' tak sampai2 juga.

ok now dah dapat balik my words bila dah lepas geram let's move on to kari laksa lemak ku. amboi tamaknya nama, dah kari, laksa lagi pastu lemak. mana satu ni? alah sebenarnya mee kari tapi entahlah ye, maybe variasi bahan yang digunakan. memang dah banyak posting aku pasal mee kari dan lain-lain hidangan berasaskan mee. yup... aku ni memang suka makan mee dan juga bihun goreng. pasal tu aku sanggup berusaha cuba pelbagai resipi untuk dapatkan rasa mee kari yang paling kena dengan tekak aku ni.

before this aku dah post hidangan laksa lemak based on recipe yang aku dapat kat taste.com.au, yang pada aku terasa kurang kick sebab tak pedas dan kurang berempah (tekak omputih okaylah). macam anak ane pulak tekak aku ni suka yang berempah. so kali ni aku buatlah mee kari laksa lemak. resipi hasil bega sendiri ikut selera.

aku pernah makan mee kari yang sedap and marvellous kat kelab sultan sulaiman. mee kari dia sangat unik, kuah dia cair kalau tengok sekali imbas memang tak menyelerakan tapi bila dah cuba rasa teruja sangat. kuahnya sarat dengan rasa natural herbs seperti serai dan daun kunyit. sesiapa yang pergi ke kl convention centre mesti pernah makan mee kari kat cafe dia kan? two thumbs up. dan lagi satu mee kari yang sedap is the one kat secret recipe - curry seafood laksa.

aku ni jenis yang kalau makan yang sedap2 kat kedai mesti aku cuba nikmati betul2 and cuba figure out apa bahan yang digunakan dalam masakan tu, lepas tu aku balik rumah aku akan cuba reproduce balik. nak minta resipi dengan tokey kedai kang mau dihambatnya aku baliktak minat nak letak sayur sawi macam typical mee kari melayu so aku gantikan dengan kobis purple. pastu kuah kari memang letak ayam saja tak campur dengan fishcake or fish ball sebab pantang larang makanan dalam Islam kan tak boleh campur yang darat dengan dilaut.

kalau tak letak sambal ni masih sedap tapi kalau letak sambal lagi kick, sampai menitik2 peluh.

Cili Serai
5 biji cili merah (dibuang biji)
1 sudu besar cili boh
2 batang serai
secubit belacan
garam 1/2 sudu kecil
gula 2 sudu besar
3 sudu besar minyak masak

blend cili merah dengan serai. gaul semua bahan cili, cili boh, belacan dan minyak dalam kuali. tumis dengan api perlahan sehingga air cili kering dan pecah minyak. rasakan dengan garam & gula, let it simmer for another 10mins.

Kuah Mee Kari Laksa Lemak
Bahan Kisar
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sehiris
3 biji buah keras
1 inci kunyit
2 sudu besar udang kering (direndam dulu)

Bahan Tumis
5 batang serai - ditumbuk halus
1 sudu kecil campuran jintan manis & ketumbar yang dikisar halus (digoreng tanpa minyak dulu)
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar serbuk kari (dibancuh menjadi pes)
Rempah 3 sekawan (kayu manis/bunga lawang/buah pelaga)

1/2 ekor ayam dipotong kecil
400ml santan (200ml santan pekat)
1 helai daun kunyit (potong 5)
2 batang serai diketuk
1/2 kiub pati ayam
tauhu pok (belah 2)
1 keping asam gelugor
1 1/2 cawan air
garam & gula secukup rasa

Panaskan periuk sederhana besar & minyak. Tumis rempah 3 sekawan, serai yang ditumbuk lumat dan bahan2 kisar. Masukkan cili boh dan serai ketuk, tumis hingga pecah minyak. Gaulkan rempah kari, serbuk jintan & ketumbar. Bila dah naik bau masukkan ayam dan asam gelugor. Bila air ayam dah agak kering tuangkan santan cair (200ml santan dicampur cawan air) serta daun kunyit. Bila ayam dah empuk, masukkan kiub ayam, garam & gula. Masukkan baki santan pekat, biarkan merenih dengan api perlahan. Letak tauhu pok and let simmer for 10mins lepas tu padamkan api.

bila nak makan nanti sediakanlah bahan sampingan ikut selera masing2. For mine i used purple cabbage, daun sup & daun bawang, telur rebus, taugeh dan limau kasturi. No hirisan cili merah sebab dah ada cili serai.

Friday, 12 June 2009

Kek Pisang


made these last night, menghabiskan saki baki pisang yang budak2 tak habis makan. one loaf aku bekalkan untuk fahmi bawa balik ke rumah nenek. sekejap je buat kek pisang ni dalam 1 hour dah siap semua. saja je untuk dia makan sebagai snek sebab dah biasa kat rumah ni tak pernah putus bekalan makanan untuk budak2 makan in between their meal kalau terasa lapar.