Friday, 16 October 2009

Food Fight

i make hubby and the kids choose what they want for dinner tonite. but what's the choice? chicken lasagna or spaghetti? oh pilihan lah sangat kiranya tu? both pun pasta hahaha. betapa susahnya mereka nak buat pilihan coz memang semua orang dalam rumah ni suka makan pasta, provided that it is served with bolognese sauce.

the kids keliru dengan selera masing2, they want both actually. the first time i popped the question fahmi jawab spaghetti while yaya wants lasagna. the 2nd time aku bertanya lagi sebab nak menguji hati mereka, this time both jawab lasagna. nampaknya the kids cukup 'kalah' dengan lasagna compared to spaghetti.

now, when the kids dah made up their mind aku pulak yang separuh hati menerimanya, coz deep down aku dah terasa bosan pula makan lasagna. lately ni kan kerap buat lasagna. so i called up hubby. sengaja i dragged him into this tangle coz he's the one with veto rights kan? hehe. for the first few seconds he doesn't seem to be able to answer me directly. i knew by then that he was having difficult time choosing between these two option yang not quite an option. they so love lasagna & spaghetti. finally he choose spaghetti for the same reason as mine although i can tell he'd very much like to dig into lasagna, again. if only they can have both, unfortunately the sauce is just enough for one.

finally, who won this food fight? spaghetti did! ha ha


psst... i promise hubby i'd be making nasi bukhari this sunday. it'd be his advance birthday celebration. his birthday is on monday next week, i won't be able to cook anything special on weekday and don't quite feel like going out to eat. sejak raya ni asyik makan kat open house orang je kan. masak sendiri lagi best kan kan kan?

Thursday, 15 October 2009

Blueberry Crumble

minggu ni jadualku agak lapang sedikit sebab tempahan kek during weekday tak banyak. so bolehlah aku rileks2 sedikit. sambil dok browse internet hopping from one blog to another aku terjumpalah resipi blueberry crumble ni. kebetulan dalam fridge masih berbaki setengah tin lagi blueberry filing yang perlu kuhabiskan before ia mula berkulat. daripada masuk tong sampah lebih baik masuk perutku kan?

mulanya aku dah plan nak buat blueberry cheese tart je, tart shell pun dah siap. tapi terpikat sungguh dengan resipi blueberry crumble yang mudah sangat ni, tambahan bahan2 semua ada. makanya terhasillah blueberry crumble. walaupun resipi asal requires fresh blueberries tapi bila digantikan dengan yang dalam tin pun still taste very the sedap. hehehe

Rehat Or Not?

my home based baking has been receiving an overwhelming orders since after raya. new order comes in everyweek. last week i entertained 4 orders. after completing last week order's aku terasa nak take a break this weekend, berehat2 di rumah sambil mengalihkan tumpuan kepada suami dan anak2 pulak. sebelumnya almost every weekend i'm booked for baking. kesian pulak kat family. tapi sebaik sahaja aku bagitahu hubby this weekend aku nak berehat, the next day berdezup2 order baru masuk. dugaan, kataku... rezeki kata hubby. bila dah hubby cakap gitu aku tak jadi nak menolak rezeki.

maka ku terima 3 order... mengenangkan jarak antara satu sama lain agak jauh aku pun confident masih punya masa terluang untuk family selepas siapkan order semua nanti. sebaik saja aku terima order tadi datang pulak satu lagi request, kali ini repeat order daripada bakal jiran di AB pulak, nak kek coklat with corporate image. permintaan yang ini tak dapat kutolak, bakal jiran yang seorang ni dah bagi sokongan baik punya ;-)

so there goes my weekend, walaupun weekendnya belum tiba lagi tapi dah fully occupied dah hehhe. jangan lepas ni hubby dan anak2 jeles sebab aku asyik dok mengadap kek je sepanjang masa sudahlah. hajat dihati weekend ni nak main masak2 kat dapur... saja nak menjamu selera hubby & anak2, harap2 dapatlah aku curi masa sebaiknya. kalau tidak terpaksa kutunda hajatku ke minggu seterusnya again and again. oh tidak, aku tak merungut, inikan jalan yang kupilih?

Sunday, 11 October 2009

Weekend Yang Sarat

Weekend ini penuh dengan aktiviti. Sampaikan bila balik dari open house terakhir for this weekend petang tadi aku terus tertidur dari jam 6.40petang sampai maghrib. Itupun aku terjaga sebab hubby tertangkap aku tidur waktu maghrib. Kalau tak agaknya entah pukul berapa aku bangun, atau worst tak bangun langsung sampai ke pagi hihihi.

Semalam pun jadualku packed dengan aktivti kat sekolah fahmi. Lepas tu sambung siapkan tempahan kek sampai jam 12 tengah malam baru selesai. tak berselara aku nak makan selagi kerja tak siap, maka hubby bawa aku pergi cari lemang. Masa kat open house kindy fahmi semalam tak pulak teringin nak makan.

Tengahari tadi sebaik sahaja semua tempahan kek siap dan dicollect oleh tuan punya kek, kami sekeluarga keluar beraya ke rumah kawan hubby di aman perdana. Cantiknya rumah semi D kawan hubby tu. Dan seronoknya dapat rumah semi D coz ada tanah seluas 10 kaki. Buat aku makan hati sebab tak dapat rumah yang bertanah seluas ni huhu. Pun begitu aku tak ralat sangat sebab perumahan ni terletak hamper sangat dengan kilang2. chehh statement nak pujuk hati sebenarnya ni.

Makanan macam2 dan uniknya tuan rumah hidangkan ubi kayu rebus dengan ikan kering with kelapa. Hmm nostalgia betul hidangan ni untuk orang pantai timur. It’s a reunion for hubby and his friends yang pernah sama2 kerja di Melaka and other places dulu. Sepatutnya reunion raya kali ni giliran kami jadi tuan rumah but since rumah kami ni sempit maka giliran jadi host beralih to his friend. insyaAllah kalau ada rezeki next year reunion raya dirumah baru kami pula.

Dah berjam2 di aman perdana kami beralih pulak ke rumah jiran lama cum ex-babysitter anak2ku dulu di kampong desa subang, tak jauh dari rumah kami. Hmm makan lagi… kononnya makan petang tadi untuk dinner sekali sebab kat rumah kami tak masak. Tapi bila sampai kat rumah makan lagi… hehe terlebih sudah

Kindy's Open House

Fahmi’s kindy buat open house pagi tadi mulai jam 10 pagi hingga 1 petang. Hidangan disediakan oleh guru2, while the parents ada juga yang bawa kuih muah dan lauk pauk tambahan. Aku cuma buat rendang ayam 2 ekor with 3 batang lemang yang dibeli.

Disebabkan open house tu bertembung dengan jadual kelas yaya, kenalah aku yang accompany fahmi sementara hubby pergi fetch yaya from her school. They both joined us right after. Kalau tak me and hubby bahagi2kan kerja begini mau nya fahmi tak dapat join acara ni kat sekolah.

Now, let’s cuci mata jelah ye, biar gambar yang berbicara, aku dah penat nak menaip, nak sambung kerja mendeco kek pulak.

fahmi with his friends, yang sebelah kiri tu firdaus, the boy in the middle with a shamrock leave logo on his shirt kutak tahu siapa nama dia coz i've never seen him before, he could be a new student tapi they played together as if he's been around for a long time hmm tak tau lah tak sempat tanya nama.
sementara menunggu majlis dimulakan the boys rupa2nya buat konsert spontant nyanyi lagu raya Balik Kampung sambil berbuai. ada video but nak upload pics ni pun dah lebih daripada half an hour, vidoe sure gonna take ages so tak payahlah ye
the girl in pink kebaya, huda is obviously a teacher's pet. she led the senamrobik during their sports day last time and once again she was entrusted to led the doa makan recitation in arabic, malay & english. she's so angelic...sejuk perut mak dia
yaya had fun too. tak kisahlah kalaupun bukan sekolah dia, janji dapat tumpang main buai
owh...my rendang ayam nak tumpang sekaki

bagus juga aku ikut sekali sebab dapatlah berkenal2an dengan parents semua (walaupun tak semua coz ada yang duduk at one corner tak bertegur langsung). at least aku dah kenal parents firdau, parents lydia and sofia and a few others.

now tengah tunggu photo fahmi dengan teman2 sekelas taken by the school's photographer last thrusday.

Tuesday, 6 October 2009

Girls Will Always Be Girls

at one time aku hampir2 percaya yaya akan membesar dengan perangai dan gaya ala2 tomboy macam masa aku kecil dulu. she has long hair like mine, tapi rambutku tak pernah diikat sebab abah tak suka. tiap kali ma ikat rambutku bila abah balik dia akan tarik getah rambutku, sebab itu most of my photos masa kecil rambut mengurai or berserabai tak berikat. dan pakaianku mostly seluar, sebiji macam seluar yang adik lelakiku pakai.

but looking at these pictures, it proves that i'm wrong. yaya is so girlie... look at her and her cousins, too absorbed in their girlie things, getting their face and hair done. amboi jadi mak andam beriya2 je tempek bedak kat muka cousin dia
ambik ko...macam tepung gomak! siap dengan hair roller/curler lagi tuh
before... amboi masamnyer muka, sakit ke roller tu atas kepala?


after...inilah hasilnya


giliran yaya pulak didandan
tak payahlah nak dikopek 'nandek' kat dahi yaya tu, itu semulajadi punya birthmark

Monday, 5 October 2009

Update Rojak


these are photos taken from my 2 hours outing with yaya to subang parade yesterday. they were promoting the film Cuci 2 with the cast members on stage. yaya recognize one of the cast members as AC di mana? AC di sini... sempoi. adults would recognise him simply by his stage name AC Mizal, but budak2 macam yaya yang selalu tonton astro manalah tau nama panjang dia kan?

dan harap jangan ada yang salah faham ingat aku ni suka mengejar selebriti or artis, maaf itu bukan aku. bak kata hubby bukan aku yang kejar selebriti or artis, tapi the other way round... apa maksudnya hanya hubby dan aku je yang tau, ngeh ngeh ngeh. pasal tu aku dah cukup berpuas hati dengan gambar yang diambil dari jauh dari lensa zoom walaupun pic nya bergegar. gambar ni aku ambil sebab nak tunjuk kat fahmi sebab dia tak ikut dan kebetulan dalam beg aku ada kamera yang lupa aku nak keluarkan(kamera ni aku guna untuk snap photo birthday boy sabtu lepas).

pegi subang parade kali ni aku betul2 shopping. beli set comforter & cadar baru brand nouvelle, ada sale 70%, itupun aku berjaya pujuk mat bangla promoter tu untuk kurangkan lagi harga from rm180 kepada rm150 je. heheh dia terberkenan kat yaya sebab katanya bila tengok yaya dia teringat kat anak dia yang sebaya yaya. haha moral of the story bawalah anak anda bila bershopping ye, mana tau dapat knock out price lagi.

kat bawah ni pulak gambar sekolah rendah yang baru dibuka kat belakang rumahku. kalaulah kami tak beli rumah lagi dah tentu fahmi kuregister kan ke sekolah ni, very convenient. nak pergi sekolah boleh jalan kaki je, jimat tambang bas sekolah.



on the other hand, i'm quite baffled dengan kontroversi kes sebatan kartika. nampaknya banyak ngo yang ambil kesempatan nak menghangatkan isu ni. sisters in islam is seen trying to stall the case by diverting people's attention dengan membahaskan underlayers within legal jurisdiction. pada pandangan aku yang tak pandai bab intipati undang2 and what lies within, perbuatan sis ni langsung tak contribute kepada menegakkan syiar Islam dan hanya akan merosakkan pemahaman orang2 Islam dan bukan Islam terhadap undang2 Islam sendiri. kalau sis nak mempersoalkan hukuman yang dikenakan adalah inhuman then i think sis will stood a better chance kalau diaorang persoalkan hukuman sebatan di mahkamah sivil & jenayah, but not in syariah's court/law. bukankah dah ada mufti yang perjelaskan kaedah sebatan yang disyariatkan bukan bertujuan untuk mencederakan? tak cukup bijak or buat kajian kah orang bijak pandai kat sis? atau ada hidden agenda? atau sekadar nak menghangatkan semula nama sis yang dah suam2 kuku? dulu kata memperjuangkan martabat 'wanita Islam' tapi realiti yang kelihatan hanyalah sekadar membawa sepanduk gerakan feminisme yang dicopycat dari ideologi barat? well, u know the answer. fikir-fikirkanlah...