Wednesday, 9 February 2011

Selamat Datang

Just a couple of weeks ago somebody whine pasal baju yang dibasuh tak kering-kering, stokin yang cuma dua pasang tak sempat berganti;

Baru a couple of weeks ago somebody whine about leaving the office late, sebab seringkali separuh perjalanan terperangkap bila langit melimpahkan isi perutnya;

Baru beberapa minggu lepas, somebody bersorak ria sebab tak perlu nak basuh kereta setiap hari bila balik kerja, sebab dalam perjalanan pun dah umpama masuk drive through car wash - habis bersih semua;

Nah tak lama beberapa minggu selepas itu, sidai baju baru 2 jam pun kain dah nak rentung;

Keringkan rambut rasanya baru sekejap dihalakan dryer tapi sudah kering rambutnya, tak sempat nak tersengguk mata sebab sudah lewat sangat baru mandi - mata pun dah mengantuk;

Bekalan air pun sudah dua hari terputus, dalam hati saya berkata aisyyy baru beberapa hari panas takkan dah kering air di empangan - owh rupa-rupanya paip pecah di greenhill maka kering kontanglah tangki air alam budiman;

Sudah dua hari jugalah kereta saya tak mandi, dek kerana cuaca sudah beralih panas dan juga kerana bekalan air terputus - maafkan lah saya andai anda sakit mata melihat kereta yang sudah tak serupa kereta kerana diselimuti debu - satu lagi kesan cuaca panas apatah lagi berhadapan laut seperti ofis saya;

Selamat datang musim panas, el nino, el nina dan yang sewaktu dengannya...

Apple Puff

Fahmi teringin sangat nak makan apple pie sejak dia merasa apple pie kat open house raya rumah kawan hubby last year. Tapi mama dia belum sempat buat lagi. Memang teruklah mama dia, bercinta sungguh nak sampaikan hajat anak. Dah berkali-kali juga dia duk sebut-sebut kat saya, kadang bila pergi makan kat luar pun dia tanya ada jual apple pie tak kat situ. Punyalah teringin sampai dia tak boleh tahan tunggu mama dia buat (sebab dia tau mama dia memang liat!).

Sabtu lepas masa saya ajak budak berdua tu temankan saya shopping groceries, sekali lagi dia sebut bila ternampak apples. Huh, saya pun apa lagi, terus sambar apple besar gedabak jenis pink lady dan royal gala 2 biji. Lepas tu saya cari ready made puff pastry, tak berapa rajin nak uli kulit pastri sendiri! Balik rumah siapkan apple filling dulu bagi sejuk. Malamnya baru saya bakar apple puff. Puaslah saya pujuk Fahmi suruh dia makan apple puff tu pagi esok je sebab puff masih panas dan malam pun dah lewat. Teruk betul mama dia ni terseksa jiwa raga Fahmi. Nasib lah anak oiii dapat mama macam ni.

The next morning, celik je biji mata terus Fahmi terkam apple puff!
Since pastry nye bersaiz kecil tak dapatlah nak buat seketul pie, takpe dapat apple pie dapat apple puff pun Fahmi dah seronok.

Tapi saya rasa lebih baiklah buat sweet pastry sendiri, baru lah ngam dengan apple filling ni because it meant to be sweet pastry pun. Sebabb ready made pastry ni tawar, sebenarnya lebih sesuai untuk savoury pastry. Saya siap tabur gula aising kat atas puff tapi masih tak terasa manis. Tabur banyak sangat nanti rupa tepung gomak lah pulak :-)

Monday, 7 February 2011

Chicken Parmigiana @ Parmesan

The chicken normally breaded and fried but I like mine oil-free so I always had them pan-grilled. The only carb we had comes from the corn.


Kononnya nak kurangkan carb intake, tapi lepas makan perut masih terasa kosong ;-). Tahankan jelah, nak jaga diet punya pasal.

Yang bestnya, it was so easy peasy nak prepare this dish for dinner, tak yah tunggu lama.

Saturday, 5 February 2011

Welcoming the 12th

Keluarga syed ali menyambut kedatangan ahli baru yang ke 12 penghujung Januari baru-baru ini. Cuti CNY anak cucu berkumpul ramai-ramai nak tengok ahli baru,anak lelaki yang juga anak ke 3 to middle brother.
All smiles for Atuk. My father is one proud Atuk to be blessed with 12 grandchildren - 6 girls and 6 boys. So proud he is that he asked all 9 out of 12 yang available to gathered di pagi hari Jumaat for a photo session. The 2nd eldest cucu holds the youngest one on her lap.

Two mischievious cucu yang kadang-kadang bercakaran, kadang-kadang get along too well they make me worry they'd be up to a mischief. Kalau mandi mesti nak berdua, si kecik lah yang suka menempel mandi sama-sama dengan 'abang' (fahmi). Air yang jatuh ke badan sikit je, yang melimpah dan disembur ke lantai lebih banyak. While the boys mandi kat luar, the girls pulak berhimpit-himpit mandi sama kat bilik air dalam rumah. Mandi mesti nak berjemaah, kalau ada yang tak nak ikut mandi berjemaah nanti kena boikot! Teringat saya zaman kanak-kanak dulu. Sesekali jumpa all my cousins macam tu jugaklah saya, berkepit ke mana saja. Kalau sorang tak makan, semua tak nak makan, kalau sorang lead makan barulah semua berhenti bermain dan makan.

So, that's how we spent our CNY holidays, melepak dengan keluarga.

Thursday, 3 February 2011

Chocolate Ball


Commercially known as cake pop. But it is down right same as chocolate ball cuma bezanya ia disalut chocolate diluarnya. Bila mengeras it's like you are eating chocolate with soft insides sebab dalamnya adalah kek. I used left over cakes yang digaul dengan cream cheese. Dibulat-bulatkan kemudian simpan dalam fridge sekejap. Sambil tu, cairkan coklat secara double boil, celup chocolate ball yang sejuk tu, keringkan atas redai. Sekejap je dah kering sebab chocolate ball tu sejuk it helps to harden the coklat cair. Yang ni saya buat untuk makan sendiri je, comot pun tak kisah :-).

Hubby bawa balik ke kampung sikit untuk jamu anak-anak saudara. Kesian kat diaorang sejak banjir ahad lepas hingga sekarang putus bekalan makanan. Yang ada hanyalah beras. Hari-hari makan nasi tak berlauk. Hubby balik seorang kali ini walaupun asalnya kami memang dah plan nak balik sekeluarga sempana cuti tahun baru cina. Tapi mil kata tak payahlah balik semua, sebab bukan setakat putus bekalan makanan, bekalan elektrik pun belum disambungkan lagi. Tau jelah, bila bawa anak-anak tentu mereka tak selesa. Jadi hubby balik kali ini siap shopping barang dapur banyak-banyak daripada barang kering sampailah barang basah i.e. sayur, ikan, ayam etc. Jokingly hubby kata, ni kalau borong sayur banyak-banyak kat Mydin jual kat kampung tentu licin!

Monday, 31 January 2011

When It Rains All Day Long

It rain all day and night yesterday. None stop. Immediately it came to my mind, that it is always this time of the year when the state down south hit by flood. My thought was confirmed later in the afternoon when my BIL mms’ed to hubby a photo of PIL’s house ditenggelami air. As of lewat petang semalam, air naik separas dada dan seisi kampung sudah dipindahkan ke pusat penempatan banjir. The news sent shiver to my body as at the same time I recall pengalaman mengharung banjir pada first few months masuk sebagai ahli keluarga Sadari. And it all happen during CNY! Sebab itu setiap kali menjelang CNY, saya jadi phobia sikit terutama sekali bila hampir setiap cuti CNY kami spend di rumah PIL.

The rain continues to pour sehingga pagi tadi sewaktu saya keluar ke tempat kerja. Hujan tak lebat. My mum used to say this, lebih baik hujan turun lebat sebab ia cepat reda daripada hujan turun tak lebat yang selalunya berlarutan tak berhenti-henti. Kata-kata ma yang saya dengar masa kecil dulu sebelum saya mengenal ilmu alam saya pegang hingga kini, ternyata masih kukuh kebenarannya.

Walaupun semalam hujan sepanjang hari tapi saya dah hubby sempat juga keluar jogging awal pagi semalam. Alhamdulillah, stamina sudah semakin baik sebab saya berjaya habiskan 4 pusingan berlari keliling tasik tanpa rasa lelah dan strain muscle berbanding selalu. Tapi improvement ini agak lambat juga. For the past 1 year kemampuan saya berlari static setakat 3 pusingan saja, itupun sering disulami sakit pada betis dan lenguh kaki. Semalam terasa kalau berlari 5 pusingan pun masih okay tapi I don’t want to overdo it, biarlah perlahan-lahan. Nanti terkejut badan ;-). Few weeks ago saya paksakan diri berlari 5 pusingan, akibatnya sakit satu badan, sakit kaki jangan cakaplah. Berkat makan kalsium dan multivitamin agaknya.

Sehabis je larian, hujan mula turun rintik-rintik. Mujur sempat sampai kat rumah. Kebiasaannya hari Ahad kami breakfast di laman rumah, tapi sebab hujan maka kami breakfast kat dapur jelah. Lepas breakfast saya ajak hubby dan anak-anak keluar nak recce jalan alternative ke Pulau Indah. On the way balik bolehlah singgah lunch kat café Upin Ipin di seksyen 7, shah alam sambil shopping kain cotton untuk baju kurung Yaya. She need beberapa pasang baju kurung untuk ke kelas agama. Bukannya takde baju kurung langsung, tapi yang ada semuanya baju raya lengkap bermanik lip lap. Tiap-tiap hari duk ulang pakai 2-3 pasang tu nanti naik reput dan lerai pula manik pada baju. Sudahlah anak dara saya tu ganas. Saya beli kain cotton murah rm3.50 semeter kat Jakel. Biarlah orang mencemek kata standard kain langsir or kain alas meja, setakat nak pakai buat basahan tak kisahlah. Kalau nak bergaya kain sifon tunggulah raya ye.

Yaya je yang enjoy makan chicken wing sebab memang dah favourite dia!

Rasanya cukuplah sekali datang café ni. Rasa tak berbaloi langsung every single cent we spent here. Food kat kantin sekolah Fahmi pun lebih sedap dari sini. Patutlah masa mula-mula masuk café ni saya hairan tengok café kosong takde pengunjung padahal it was peak time lunch hour. Kedai sebelah dan seberang jalan sarat pengunjung. Tapi sebab dah janji dengan anak-anak maka kami masuk juga.

Friday, 28 January 2011

Jauh

Yuhuuu! I know dah lama sangat takde new entry. Minda yang penat, tu jadi malas nak fikir karang ayat buat entry. Sibuk dengan pindah ofis lagi.

Dalam sibuk berkejar ke sana sini, it has been 4 days since I started work at new location. Bukan shifting to new Company, tapi the company yang shift to new place. Tempat baru ni memang jauh dari segala segi. Jauh jaraknya dari rumah saya, I had to travel like 140km everyday pergi balik. Per trip took me from 1 1/4hour to 1hour 45min depending on the traffic. Traffic teruk in the morning kat area U10-U9, nak keluar dari area ni pun dah sengsara. Pagi tadi jalan jammed semata-mata dekat atas bukit sunway kayangan tu ada sebiji Merz rosak. Ada pak polisi trafik sekadar berdiri belakang kereta, for what? Buang masa je jadi patung baik panggil orang tolong tolak kereta tu. Perjalanan balik juga sangat menyeksakan. Bagi yang bekerja di Westport tentu sedia maklum resam alam kat area Westport ni. Jalan keluar dah masuk hanya satu. Kalau kat tengah jalan ada lori rosak or kontena terbalik or accident, Nauzubillah memang jammed lah berjam-jam jawabnya. Memang naik stress level sesiapa juga. I wonder how these people yang kerja kat Westport survive? I really salute them.

Disebabkan jaraknya yang jauh kenalah saya keluar rumah lebih awal. Jam 7 pagi adalah waktu terbaik sebab banyak traffic jam nak ditempuh. Tapi selalunya jam 7.15pagi baru saya dapat keluar rumah sebab nak tunggu Yaya bersiap lagi. Sejak saya keluar rumah awal, Yaya pun turut sama pergi sekolah awal. Saya minta her teacher tolong ambil ke sekolah tapi dia pun tak sanggup sebab urusan personal.

Ofis baru ni juga jauh lebih sempit daripada ofis lama, sebab kami masih dalam status menumpang. Ofis yang sempit ni terpaksa menampung kapasiti manusia yang ramai. Duduk berhimpit-himpit lah dengan open plan workstation tanpa partition. Lepas tu bila bercakap mesti semua orang boleh dengar, dah macam pasar lambak. Kena pulak bila satu department ni memang kerja diaorang kena selalu call people, nak cakap hush hush macam cakap dalam kelambu pula padahal official matter. Dan satu department pulak lagi terlalu ramai perempuan yang masa kerja pun asyik berborak je. Saya tak faham kenapa orang perlu berborak masa buat kerja.

Ofis ni juga jauh dari kedai-kedai makan, kedai barang keperluan, post office, fuel station etc banking facility lagilah jangan nak mimpi. The nearest you can get to a fuel station is at Pandamaran. The nearest bank is located at Bukit Tinggi, Klang. Now, can you imagine how isolated this place is? Jadi no more emergency banking ke apa ke. Tiap-tiap hari pastikan tangki minyak kereta penuh kalau tak nak stranded kat tengah jalan.

Jalan masuk menuju ke ofis baru ni jauh lah lebih teruk daripada any jalan yang saya pernah jumpa. Jalan kat kampung hubby pun tak macam ni. Tapi nak buat macam mana dah tempat ni memang takde access road, harap jalan tanah merah yang berlopak-lopak dan berlubang. Bawa kereta memang kena jadi siput kejap, kalau leka masuk lubang. Tiap-tiap hari balik kerja mesti kena tembak air kat kereta nak hilangkan lumpur dan debu. Apatah lagi kalau tak nak under carriage reput sebab pengaruh air masin. Naiklah bil air saya mulai bulan ni. Owh, lagi satu, tak kuasa lah saya nak balik kerja lewat lagi dah sebab pukul 7 petang dah gelap, jalan kat sini termasuk jalan kampung yang banyak simpang empat tu takde lampu jalan. Gelap gelita dan nak jumpa orang pun susah. Kalau breakdown duduk lah diam-diam dalam kereta sampai bantuan datang, itupun tak tau lah kalau bantuan boleh jumpa kat mana kita berada. Percayalah, kalau anda tak tau nak describe dengan tepat kat mana anda berada, nobody can get to you. Duduk diam-diam dalam kereta hope for good Samaritan to come to your rescue. Dan janganlah mengada-ngada buka tingkap nak hirup udara segar kampung kononnya sebab kat sini banyak ular, takut jumpa yang jenis boleh terbang tu. Bahaya! The first time saya jumpa ular atas jalan I cannot help but feel worry to those yang travel dengan motorbike, macam mana lah agaknya kalau ular melintas atas jalan… eiii. Nauzubillah, saya doakan semua baik-baik aja.

Kalau nak list kan segala perkara yang bermula dengan jauh memang banyak. Tapi saya just nak sums up kan everything kepada – kat new office ni segalanya rasa JAUH lebih stressful!