Friday, 1 April 2011

Pre-Birthday

Yaya had her birthday celebrated 1 day earlier with her kindy mates this morning. Sebab her actual birthday falls on Saturday the 2nd of April jadi saya pilih to have the party awal sehari. Initially nak buat party at my mum's place je. But she insist to have one with her friends. Nak pilih hari lain agak kurang sesuai sebab hari lain sambung kelas agama except for Friday. Saya malas nak tulis entry panjang so let the pics do the talking. Saya masih penat dek organising 2 party dalam 2 hari berturut-turut dan penat membanting tulang siapkan food including birthday cakes yang kali ini saya guna fondant. Penat wehhh! Enjoy the pics ;-)

Birthday girl yang tak attend class pagi Jumaat tu. Bergaya dengan gaun kembang pink yang saya beli when she was 4 i think. Until today masih muat haha... gown ni cutting besar, untung boleh pakai lama provided you take great care of them.

The birthday cake. Nampak tak creases pada strawberry shortcake topper tu? I made the topper myself. Pilih gambar from the internet dan print atas sticker paper kemudian tampal pada kertas keras. Nak cepat punya pasal tampal pun herot berot.
The detailing yang lenguh nak membuatnya
Auww! Mengancam tak saya? ;-)

Her kindy mates. 50 kids aged 4-6 years berkumpul kat rumah saya... dah macam kindy pulak jadinya. I lost control, teacher Aqilah dah took over my house hahaha. Patutlah suara dia nyaring, nak control the kids bukan senang you! Harus pecah anak tekak.
With her teachers yang sporting. They were Fahmi's teachers before.
Gambar kenangan with her girl friends...all smiles shy-shy. I help the school to ferry the children to my house pagi tu, some of the 6 years girls dapat naik my car. All the way sampai lah dah tiba kat rumah saya they can't stop gushes over how cool it is dapat naik kereta saya. Aduhaii anak-anak how innocent they are, kalaulah mereka tau yang kat dunia ni pinjam-pinjaman saja.
The foodies that I prepared.
Rasanya saya buat sikit je tak banyak jenis but the teachers kata banyaknya makanan. Later barulah saya faham why they said banyak.
The kids are being fed macam kat sekolah, kena beratur ambil food and they can't choose what they want, everyone eat benda yang sama, baca doa sama-sama and wait for the rest. By the time diaorang makan buah, rasanya ada yang dah nak meletup perut. Kesian. Saya takdelah paksa makan semua jenis...


*entry dah tulis awal-awal tapi saya tak larat nak upload photos sampai habis. Saya saved kan dan sambung upload later, ;-).

Wordless Friday

i-City, Shah Alam










Wednesday, 30 March 2011

Weird Dream

Dulu kerap mimpi ngeri - mimpi kena kejar anjing sejak saya kecil sampai besar. Tak taulah entah apa chemistry saya dengan haiwan ni, selalu datang dalam mimpi, dah lah in real life masa kecik memang kerap kena kejar anjing. Agaknya trauma kot pasal tu masuk dalam mimpi - kesian saya ;-P. Satu lagi mimpi ngeri yang kerap saya alami adalah mimpi terjun/jatuh dari tempat tinggi.

Tapi sekarang dah takde mimpi buruk macam ni. Alhamdulillah syukur. Sebab sebenarnya setiap kali mimpi buruk bila terjaga saya mesti penat. Penat sebab mimpi tu tak rasa macam mimpi pun, rasa macam real. Alhamdulillah tidur saya semakin tenang.

Cuma mimpi saya bulan lepas agak disturbing. Ianya macam kesinambungan kepada mimpi saya yang lepas - it relates around orang yang sama berkenaan perkara yang hampir sama. Tapi orang ini sudah lama jadi arwah - arwah abang ipar saya. Saya bermimpi pada sambutan majlis hari jadi anak buah saya, Farah (zuriat tunggal arwah) yang dibuat bersekali dengan Yaya dan seorang lagi niece, Farah terima sekeping kad ucapan harijadi. Bila dibuka dan dibaca we learn that the card was written by her late father. The words written on the card sangat mengharukan. Tapi hanya phrase ini yang kuat dalam ingatan saya - "selamat hari jadi ke 10...". Dalam mimpi tu semua orang terkejut dan tertanya-tanya dari mana kad tu datang? Dalam mimpi saya dok fikir pasal ni. Sempat saya belek kad tu bears no stamping marks which means ianya tidak diposkan. Kalau dipos ngeri lah pulak... pos dari mana? Takkan dari dot dot dot. Clearly somebody must have been keeping the card and wait until the right time comes. And it wasn't my sister or at least that's what I thought in my dream.

Sehinggalah saya terjaga dari tidur, mimpi ini buat saya terus berfikir dalam sedar. Memang terasa real sangat mimpi ni. Bila difikirkan nak tegak juga bulu roma saya sebab sungguh this is like in reality and could have been real. Nak tau kenapa?

Pertama, memang anak-anak buah saya dan Yaya biasa celebrate birthday together because birthday diaorang falls in the same month dan paling ramai ahli keluarga born in that particular month. Their birthdays selalu jadi acara tahunan - a little bit grand than the rest, maklumlah combine birthday party. So that's why the scenario in the dream seems real.

Kedua, their birthdays is in 1 months time(from the day saya bermimpi) which is in April. So you could say, the dream couldn't have choose a better timing. Memang dah dekat sangat dah.

Ketiga, the most shocking finding I made lepas terjaga dari tidur ialah it is going to be Farah's 10th birthday!!! Remember what I remembered was written on the card? "...selamat harijadi ke 10..." MasyaAllah... is this a dream or... what? How could a dream relates so much with real life?

Hati saya macam tak tenteram asyik dok teringatkan mimpi ni. Kenapa saya mimpi perkara ini? Ada makna ke atau it is just a dream. But with so many real life facts keluar dalam mimpi rasa macam susah nak brush off just like that. Ini kali kedua saya mimpi pasal arwah. Kali pertama tahun lepas saya mimpi dia balik rumah jenguk Farah.

Sekarang saya terfikir, perlu ke saya beritahu my niece mimpi saya itu?

Friday, 25 March 2011

Wordless Friday

Awak pun makan pilih warna ke?
Bihun goreng singapore. Colourless/dull looking dish macam ni memang takde harapan masuk ke mulut my kiddos. Belum pun makan boleh dia kata tak sedap?! Haipp

Tuesday, 22 March 2011

Yaya's Collection

Sejak Yaya mula attend kelas agama right after her pre school class tamat, sejak itu juga saya mula masukkan tudung dan baju kurung dalam list shopping saya. Kadang-kadang walau takde intention nak beli tudung pun tapi bila dah ternampak tudung size kanak-kanak mesti saya beli juga untuk dia. Sebabnya bukan senang nak jumpa tudung size budak terutama nak cari yang warna sepadan dengan baju. Ingat lagi tudung coklat yang Yaya pakai masa parade maulidur rasul tu? Yang mismatch dengan warna baju kurungnya tu... yang itupun sebenarnya dah ketat pada bahagian leher.

Few weeks ago kebetulan saya terpaksa singgah giant shah alam. Barang dapur dah terputus bekalan sebab incik hubby balik lewat jadi tak sempat nak pergi night market, saya lah kena take over. Terjumpa satu kiosk yang ada terselit tudung kanak-kanak. Yang saya cari ni bukan jenis tudung budak yang beropol-ropol tu tau, tak minat macam tu nampak berserabut. Saya nak tudung yang macam orang dewasa pakai. Dapat 3 helai pelbagai warna. Tapi dua helai warna biru dan merah tu saya terpaksa kecilkan bahagian muka. Hmm setakat jahit bodoh je bolehlah.

Bolehlah Yaya pakai padankan dengan koleksi baju kurung dia yang saya baru beli dan tempah. Yang hijau dan biru tu saya beli ready made... itupun saki baki baju jualan raya saiz pun dah tak berjenis kena alter kain sebab panjang berjela boleh buat selimut. Yang kurung cotton warna tanah berbunga rose dan putih berbunga kecil tu saya tempah dengan wife kawan hubby. Jadi sekarang ni takdelah Yaya dok humban pakai baju yang sama je tiap hari. Semalam saya berehat je di rumah, ambil cuti. Jadi dapatlah saya buat pertama kali sambut kepulangan my daughter dari sekolah dengan baju kurung dan tudung masih tersarung di badan. Aduii comelnya! :-)

Monday, 21 March 2011

Wordless Monday

OoOo bila malas nak taip entry panjang-panjang semua main hentam wordless lah ye? Dasar... hehehe

My strawberry shortcake & My chocolate milkshake having their light brunch at 1901 stall in subang parade ~ 20 March 2011

Friday, 18 March 2011

Wordless Friday

Hubby’s plate - Fiery Hot Barramundi. Takde ke ikan lebih besar lagi dari ni? Manhattan Fish Market, Subang Parade 13 March 2011



*oOops dah tak wordless… hehe