Wednesday, 18 May 2011

Scrubs

Hubby had just started his part time business end of last april and already we missed him in many weekends thereafter because all his jobs were on weekends. He had 1 free Sunday last week, well bukanlah 100% free because later in the afternoon he went back to get his job done, so we made the most of the free time together… doing a little bit of rough activity.....
we both agreed 'doing' it out of bed more fun and thrill (*_^).....


so, the man of the house took off his shirt.....






























the lady of the house rolled up her track bottom....???




































and then they both get down on their knees.....






































when the first splash of water came down streaming on them.....












































they started scrubbing..... and gropping.....































































and more scrubbing.....





























































the FLOOR! what were you guys thinking?
The kids tengok we all menyental lantai laman rumah, they all pun bukak baju rolled up their pyjama pants join sama scrubbing floors. Dah nak sangat main air, saya pun bagi berus satu sorang kat Fahmi & Yaya. Okay juga boleh ringankan kerja saya nak sental lantai laman yang luas tu. More than half an hour jugak kami menyental nak kasi laman luar berkilat macam jiran belakang rumah punya. Tapi tak dapatlah nak berkilat macam dia punya sebab dia tiap-tiap minggu cuci laman, kami ni setahun sekali! Macam lah takde aktiviti lain nak buat dengan family for that quality time kan? Semua ni gara-gara lalu tepi rumah jiran lepas balik jogging pagi tu lah. Sakit mata tengok lantai dia bersih. Balik je rumah saya membebel kat maid sebab dia dah lama tak cuci lantai sampai berkerak jadinya. Asalnya saya nak suruh dia cuci time tu jugak, tapi saya geram tengok habuk dan debu, saya pun startlah menyapu dulu sementara tunggu dia slow sangat buat kerja. Eh, tengah saya sapu lantai tiba-tiba hubby pulak nak join siap bawa water jet dia keluar. Sudahnya jadilah aktiviti keluarga. The kids lah untung dapat main air. Diaorang kata macam waterpark. Saya dapat sakit until today - sakit pinggang, sakit bahu sebab menyental.

Upah menyental lantai adalah hidangan lunch yang enak. Tukang sental juga yang masak. Habis tu upah sapa ni sebenarnya? Upah tuan punya water jet sebab memudahkan dan mempercepatkan kerja. Dan upah kanak-kanak riang yang penat bermain kat 'waterpark'. I made Thai Marinated Roast Chicken. Resipi pakai resipi Ellie from Almost Bourdain. She has great recipes (mana yang boleh dimakan sajalah, yang haram tu tak payahlah) and love her photos yang cantik-cantik. Tapi seperti biasa kalau tak alter resipi tu ikut tekak memang tak sah.

Saya butterflied sendiri ayam tu pasal tu tak berapa perfect flat nya sebab kurang tekan bahagian dada ayam. Bukan susah pun nak butterflied the chicken. Cuma perlu remove tulang belakang ayam tu dengan cara potong all the way bahagian belakang dengan bentuk V. Kemudian kepakkan ayam tu dan tekan bahagian dada hingga ke bawah sampai betul-betul flat. Here's the recipe kalau nak cuba.

Thai-Marinated Roast Chicken Recipe
Serves 4-6

Ingredients

1 large (1.8 kg) chicken, butterflied
4 garlic cloves, finely chopped
4 lemongrass stems, outside leaves discarded, centres finely chopped
4 cm piece ginger, peeled, chopped
2 red chillies, deseeded, finely chopped
3 coriander roots (or stems), chopped - saya takde daun ketumbar, saya ganti dengan daun limau purut
1 tbsp honey - saya guna 2 sudu besar
1 tbsp fish sauce - saya tak ada, tak letak pun takpe
Juice of 1 lemon

Dan saya tambah lebih kurang 1/2 sudu kecil garam ditumbuk sekali dengan semua bahan di atas. I use a little bit more salt to rub the chicken before it goes into the oven. Dan saya juga drizzle olive oil atas ayan before masuk oven.

Method
Using a pestle and mortar, grind garlic, lemongrass, ginger and chilli together with 1 tbs salt to make a rough paste. Add chopped coriander and 1 tbsp pepper. Continue to pound to a semi-smooth paste. Stir in honey, fish sauce and lime.
Place chicken on a roasting pan. Rub chicken well with paste. Marinate in the fridge for at least 3 hours.
Heat the oven to 180C and roast for 45-55 minutes or until it's golden brown and cooked.

Saya perap ayam semalaman. Lepas tu saya masak ayam dengan suhu 200C and let it stay a little bit longer dalam oven because saya suka ayam saya ada burn marks kononnya macam masak atas bbq lah. Lagi satu saya memang sengaja biar suhu tinggi dan cook longer supaya senang the chicken parts fall off sendiri nanti tak payah nak potong dengan pisau. Hahah dasar! But the chicken taste so good.


Sos pencicah ni pulak saya tambah sendiri. Takde dalam recipe pun. Bahan dia sama je macam bahan perap ayam cuma tambah cili supaya lebih pedas in contrast kepada rasa ayam yang manis masam. Tumis je sampai pecah minyak dan perasakan dengan garam dan gula.

Makan dengan nasi mentega @ nasi gemuk. Semua orang happy sebab mama yang masak that day. ;-)

Thursday, 12 May 2011

Kucing Kopi @ Copycat

Masih dalam mood mother's day ni kan saya tertarik dengan kata-kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah di sinar.fm pagi tadi.

"Anak yang wajahnya mirip ibu sangat disayangi ibu tetapi si ibu cepat terasa hati dengannya. Anak kalau wajah mirip ayah, akan rapat dengan ayah tetapi mudah selisih faham" Wallahua'lam.

Orang kata anak dara saya sebiji rupa saya. Walau dulu saya selalu nafikan mungkin sebab I saw her everyday jadi saya kurang nampak persamaan wajah kami. But as she grow bigger, I noticed that apart from her big bright gorgeous eyes (my... I'm biased) everything else are copycats of me. She has my nose, my eyebrows, my small lips, my invisible cheeckbones, even her teeth are of same structure as mine! But she has more that I envy of... she has long lush eyelashes and distinctive chin! Memang kami kuat bergaduh. I easily get heated up with her than I am with Fahmi. Selalu bergaduh dengan dia tapi malam bila time tidur bau dia yang saya cium berkali-kali sebelum tidur. Takkkk saya bukannya pilih kasih. Fahmi pun saya cium juga setiap malam, incik hubby pun semestinya saya cium dia before saya tidur. Saya suka cium mereka dekat pelipis mata and above their cheeks dekat dengan sideburn. They all have different smells tapi Yaya's smell yang appeal so much to me.

With Fahmi I have a more stable relationship. We talk more and less catfighting. I spend more time talking to him in the car masa hantar dia ke sekolah than I with Yaya. I just love talking to him partly because I like the way he amaze me with his thoughts. He's the quite one, so less provocation to start up a fight hahaha!

Apapun, pesanan Fadzilah Kamsah tadi betul-betul send me goosebumps. Pesan dia jangan kedekut dengan mak. Kalau kita boleh put aside duit gaji untuk bayar hutang kereta, rumah etc... kita kena juga put aside duit untuk bayar hutang mak. Hutang apa? Hutang air susu mak yang tak ternilai harganya. Sampai akhir hayat pun tak habis bayar.

Saya akhiri dengan kad mother's day pemberian Fahmi. Hubby complaint kenapa saya post kad Yaya je, mentang-mentanglah Yaya punya cantik. Oh tidak, bukan itu sebabnya. Fahmi's card was given to me much earlier tapi saya simpan di letterbox downstairs. Masa saya buat entry mother's day, Yaya's card was readily available, within my reach.


Jangan cakap pasal pilih kasih, hati kita tak siapa yang tahu. Dan tidak ada manusia yang terlepas dari perasaan pilih kasih hatta seorang ibu sekalipun mesti ada yang terlebih sikit, terkurang insyaAllah tidak. Setaip anak ada kelebihan mereka tersendiri, jangan kerana yang seorang dipuji bermakna yang lain tidak dikasihi. Kerana setiap seorang anak karekter dan telatah mereka berbeza-beza, cara mendidik serta menyayangi mereka juga tentu tak sama.

Wednesday, 11 May 2011

We got a sauna at home!

The weather has been so hot and dry since the past few days. Fahmi dah berhenti mandi air panas setiap pagi nak pergi sekolah. Pagi Isnin dia menjerit beritahu saya campuran air panas dan air paip dalam baldi mandian dia panas sangat. Selalunya kan air panas yang di masak seperiuk kecil je tu bila campur dengan air paip jadilah suam-suam kuku. Tapi pagi tu airnya tetap juga panas, sudahlah pagi tu hawa pun memang dah sedia panas, dah macam sauna pulak dalam bilik air dia. Oh ya, rumah kami takde water heater so kena masak air panas atas dapur macam zaman dulu juga.

Sebab cuaca yang panas terik dan kering ni juga lah saya batalkan hasrat nak bermarathon baking di dapur hujung minggu lepas. Hajat di hati nak bake beberapa biji tea cake, saja simpan buat makan sendiri atau kalau ada guest come over ada juga something nak hidang. Kek lapis cadbury dalam fridge dah habis dibedal saya dan anak-anak. Bekalan snek kat rumah memang dah kering, bila kawan hubby dok berulang datang rumah last week takde apa yang dapat dihidang to accompany teh O secawan. Segan ya rabbi buat tebal muka jelah.

Dua tiga kali saya usung butter dan cream cheese keluar peti ais - nak defrost konon. Dua tiga kali juga usung balik masuk peti ais, bila tak tertahan nak berkubang di dapur dengan hawa panas. Sudahnya balik kerja malam tadi saya kerjakan juga 2 biji kek yang simple. Satu biji was a major flop! See even baker pun ada mishap di dapur - nobody's perfect. Ada sesuatu yang tak kena dengan resipi tu, I should have known better and altered sukatan bahan but this time around saya terasa nak percaya 100% resipi. Tak apalah first time memang tak selalunya terus menjadi. The second one was an orange cake yang saya bawa a few slices for my snacking kat ofis today.

Dalam berpeluh baking tu sempat juga malam tadi saya buat serawa (kuah) durian dengan baki sebiji durian udang merah yang saya beli Jumaat lepas di pulau indah. Itu pun nasib baik sempat disorokkan dari Yaya, kalau tidak memang sadakallah jelah jawabnya. Yang beriya-iya sangat nak makan serawa durian ni ialah Fahmi. Dia cukup suka cicah roti dengan serawa durian. Masa saya bawa balik 3 biji durian tempohari, awal-awal lagi dia dah cakap 2 biji untuk dimakan 1 biji untuk buat 'bubur' (kuah lah maksud dia). Hah dia ni memang pandai sangat order makanan ikut selera dia. Semalam dia tunjuk hadiah pencil box yang dia dapat kat sekolah sebab menang no 1 pertandingan teka silang kata in English. Wow wieee boleh tahan anak mama ni ye. Alhamdulillah senang juga hati saya sebab English dia masih ok walaupun bahasa pengantar kat primary is in Malay. Masa tadika dulu semua subject diajar dalam bahasa Inggeris except for Malay jelah. Sekarang the reverse.

Bulan lepas kami bawa dia pergi main air kat desa waterpark sebab tunaikan janji hubby pada dia. Kan hubby janji kalau Fahmi do well in his school exams dapatlah dia main air lagi kat waterpark. Since he did so well masa exam bulan March tempohari dia dapat 2 reward bukan 1. I bought him another gadget and we brought him to desa waterpark.



Walaupun watergames dia tak secanggih kat gambang or anywhere else di KL ni tapi oklah for the kids. Tambahan pulak parents diaorang tengah malas nak masuk pool, setakat duduk bawah payung je sampai balik. Takut hitam konon! Macamlah putih gebu sangat padahal masing-masing serupa kopi susu daa.

Tuesday, 10 May 2011

A Mother's Rambling

I warn you this is one long rambling. Let me begin with a conversation between myself and Fahmi dalam kereta malam Sabtu lepas while we were on our way to my mum's house.

Fahmi: Bila abang ada anak nanti, kalau anak abang minta mainan abang beli 1 je lepas tu abang tak nak beli dah.

Errkkk terkezut sedikit bila dia sebut part 'ada anak' tu. Hmm... menarik juga topik yang Fahmi tiba-tiba je brought up ni. Boleh saya ambil kesempatan untuk bring him to see my point of view about toys and why we (me & hubby) selalu tolak permintaan dia for more toys.Walaupun saya cuak sikit bila dia sebut "bila abang ada anak nanti" aduhai kecik lagi anak aku ni dah fikir pasal anak.

Saya: Kenapa pulak (pura-pura innocent)
Fahmi: Yelah, sebab abang tak nak habiskan duit beli mainan. Abang kasi dia 1 je cukup.

Haaa sudah sampai chance baik nak cucuk jarum ni.

Saya: Haaa pandai pun abang, pasal tu lah mama tak kasi kalau abang nak beli mainan sebab bukan mama tak suka ke tak sayang abang tapi mama tak nak habiskan duit untuk benda yang cepat rosak. Abang dah banyak mainan cukuplah, duit kena simpan untuk abang nak belajar nanti.

Fahmi dah terus terdiam. Tak taulah saya sama ada sebab dia agree dengan saya atau dia sebenarnya baru tersedar implikasi kata-kata dia tadi. But whatever it is Fahmi memang selalu beri saya kejutan dengan cara dia berfikir. "Bila abang ada anak nanti..." Amboi jauhnya dia fikir. Teringat saya kat diri sendiri. I was around his age bila satu hari tu saya minta my mum latih saya buat sommersault atas lantai... alah bukan sommersault apa yang berguling kepala atas lantai tu. I failed miserably to do that at school during PJ class when all my classmates berjaya buat sekelip mata je. Tu yang kena balik berlatih kat rumah. Bila dah distress saya menangis, my mum marah saya kenapa nak seksa diri, sambil menangis saya cakap "kalau dah buat ni pun orang(kata ganti diri yang saya) tak boleh, macam mana nak masuk universiti". My mum kata jawapan saya tu buat dia tergamam... kecik lagi dah cakap pasal universiti. Hahaha... saya tak taulah kalau karekter boleh diwarisi, tapi si Fahmi ni ada sikit karekter saya.

Enough lah panjang kisah terkenang semasa dulu. It is never too late to wish all mothers happy mother's day.

Bukan semalam atau hari ini saja mothers should be celebrated tetapi setiap hari. Kalau dekat bolehlah cium tangan ibu setiap hari, kalau jauh kenanglah mereka dalam doa kita. Itupun salah satu cara kita meraikan mereka, sama ada masih hidup atau sudah pergi. Biasakanlah anak-anak mendoakan ibubapa mereka, paling mudah ajak mereka bersolat bersama-sama sebab masa itulah kita boleh latih mereka mendoakan ibubapa. Tak kisahlah walaupun anak-anak tu masih kecil di bawah umur 7 tahun, tak salah mulakan dari awal, biarpun mereka belum faham tapi perlahan-lahan kita terangkan. InsyaAllah cepat juga mereka faham. Jangan sampai nanti bila anak-anak dah besar mereka tak tau mendoakan kita sebab kita tak pernah ajar. Itu silap kita, jangan menyesal kemudian hari.

Jangan pula kita kata "Eleh aku dulu pun mak ayah tak pernah ajar doa, tapi bila dah besar pandai sendiri juga". Kalau pandai sendiri tu Alhamdulillah baguslah sebab anda berjaya guna akal dengan baik, itupun barangkali berkat doa ibubapa juga iye tak? Barangkali ibubapa kita dulu bukan tak nak ajar tapi tak sempat nak ajar sebab sibuk cari duit untuk besarkan kita dan beri pendidikan. Jadi walaupun kita belajar cara solat atau berdoa dari ustzah dan bukan diajar direct oleh ibubapa kita harus ingat who makes it possible untuk kita belajar dari orang lain? Itu semua adalah hasil usaha ibubapa juga. Sebab kalau tak kerana usaha mereka cari duit siang malam untuk beri pendidikan secukupnya, kita pun tak dapat nak kutip ilmu dari cikgu or ustazah.

Tapi memang seronok kalau kita diraikan. Tak perlu buat keraian yang besar-besar, tak perlu makan di hotel, tak perlu keluar duit pun masih boleh meraikan ibu. Setakat kad buatan tangan yang comel macam ni pun cukup buat hati kita flutters kan?
Memang tak perfect macam kad kat kedai tu, tapi sebab anak kita buat sendiri pun kita dah rasa puas hati. Walaupun selepas bagi kad ini, dia yang ambil balik gelang tu pakai sendiri... hehe. Kita ibu-ibu ni kalau dengan anak memang cair dan bias kan?


I'm glad I didn't listen to Yaya's request nak beli kad mother's day kat memory lane 2 minggu lepas. Tapi ada ke patut dia nak beli kad dekat kedai je? Pulak tu saya yang membayar nye untuk diri saya sendiri, isyy mana best. Pulak tu dia suruh saya pergi jauh-jauh sebab tak nak kasi saya nampak kad mana dia pilih. As if I wouldn't find out masa nak bayar nanti haha Yaya oh Yaya.

Saya tak terfikir apa nak diberi pada ma for mother's day. Nak masak for her, ma saya ni pun cerewet makan macam saya. Nak ajak gi makan kat hotel, hmmm so typical. Saya rembatlah beg tangan sebiji untuk ma, sebab rasanya dah lama beg tangan ma tak berganti. Ehhh... untuk mak mentua tak beli apa-apa lagi. Hmm idea yang bagus juga belikan beg tangan untuk hadiah raya nanti ye. Selalu sangat bagi baju raya kan abang kan? ;-)

Monday, 9 May 2011

Sleeping Beauty a.k.a Kaki Tidur

Siapa tak suka tidur angkat tangan. Ada ke? Kalau dah penat seharian bekerja bila malam badan tentu letih, tidurlah apa lagi. Tidur tu kan rehat untuk recharge energy. Kot kalau tak tidur tentu otak pun letih, bila otak letih signal yang disampaikan kepada badan pun samalah. Ada ke orang yang suka tahan tidur. Aduhai tak kuasa den, terseksa rasanya. Orang yang kena seksa kat penjara abu gharib dan guatanamo tak taulah mcm mana azabnya tak dibenarkan tidur.

Tapi saya kagum dengan budak seorang ni yang boleh tidur kat mana-mana saja.

Kalau nak tidur, tidurlah mata, jangan ditunggu makanan yang tak sampai-sampai lagi tu...
Penat tunggu food kat kedai makan, jadi kita tidur dulu!

Kalau tengah siapkan homework cepat je berat mata ye. Lebih-lebih lagi kalau kena tulis kata kerja "TIDUR, TIDUR, TIDUR" berulang kali. Nescaya terkena panahan 'sihir' tidur, macam dia.

Kejadian aneh tapi benar ini berlaku di rumah mil hujung minggu lepas. Anehnya, hari masih awal belum pun masuk tengahari dan sebelum kejadian cik Yaya sangatlah segar bugar dan tanpa dipaksa-paksa sukarela buat homework sorang-sorang dalam bilik. Bila saya masuk ke bilik pasang kipas dan lampu serta temankan dia sambil baca majalah, begini pulak jadinya. Aneh, salah kipas ke?
Nampak perkataan 'tidur' tu?

Adam, anak buah hubby masuk bilik jenguk kami. Ketawa dia lucu tengok Yaya. Saya rasa kena tulis perkataan "BANGUN, BANGUN, BANGUN" untuk break the spell. Tapi kata Adam kena cari lelaki untuk cium Yaya kejutkan dia dari tidur ala-ala sleeping beauty or snow white lah kiranya. Tapi Adam tak rela sebab dia tak nak awek... skema!

Friday, 6 May 2011

Whenever I have free time I'd indulge in experimenting with new dishes/recipes. But sometimes tak sempat tunggu ada masa lapang, whenever the urge arises even at odd hours saya bantai juga cuba resipi baru, macam laksa johor ni.


Honestly when I made this saya masih lagi recuperating from bad dry cough, bau bahan tumisan terutama cili memang boleh trigger batuk yang tak henti-henti. Tambahan pulak kami baru je balik dari celebrate birthday my maid kat luar, malam pun dah lewat. Ikutkan penat dan tak sihat memang rasa nak tidur je, tapi tangan itchy sangat nak pegang sudip. Balik dari makan kat luar saya terus ke dapur siapkan bahan-bahan dan menumis. Kenapa lah sibuk sangat nak menumis malam-malam buta? Sebab laksa johor ni nak buat hidangan breakfast hari Sabtu. Ayyy tak boleh tunggu pagi ke baru menumis, what's the hurry? Sebab Sabtu tu saya kerja... malas nak bangun awal sangat menumis kang terlajak pulak nak gi kerja.

Saya buat separuh resipi aja tapi lebihkan santan sedikit. Barulah ummphh rasa dia.Kuah mesti masak dengan api perlahan dan mesti pekat betul baru lah ada kick. Mil mesti terkejut kalau dia tau saya masak laksa johor, sebab dia sendiri pun belum pernah saya lihat masak laksa ni.

Boleh katakan hampir kesemua negeri ada resipi laksanya tersendiri. Pantai timur terkenal dengan laksam, utara terkenal dengan laksa asam, belah selatan setahu saya cuma johor saja yang ada laksa johor yang dimakan dengan spaghetti while di sarawak ada laksa sarawak. Laksa johor pada saya adalah kombinasi laksam pantai timur dan laksa asam utara. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kuahnya bersantan macam kuah laksam yang bahan utamanya adalah kuah ikan bersantan. Laksa johor juga ada ciri-ciri laksa asam utara sebab penggunaan asam keping untuk terbitkan rasa masam. End up kuah laksa johor ni rasa dia masam manis berlemak serta berempah. Since laksa johor ni dimakan dengan spaghetti saya terfikir maknanya menu ni agak baru juga tercipta sebab zaman tok nenek dulu kala manalah ada mee spaghetti. And I couldn't help but feel that mungkin juga asalnya orang johor tak ada hidangan laksa tetapi as time goes by hidangan ini dicipta hasil kombinasi laksam dan laksa asam. Pandangan peribadi saya je, belum buat kajian lagi.

Hmm weekend ni nak eksperimen apa ye?

Tuesday, 3 May 2011

How The Kids Spent Their Holiday

At nenek's (MIL's) house in batu anam, segamat with their cousin yang jumpa setahun sekali (mujur!). Playing games... semua cucu mil are into video games, gameboy, PS2, psp, or yang ciplak punya like my kids punya pvp.
Bangun pagi masing-masing pegang psp or pvp. Mainlah sampai lebam. Mandi pun liat!

So that's how our labour day long weekend goes. The adults just lepak'ing'... the kids playing.