Thursday, 11 August 2011

11 Ramadhan 1432H - Kuih Orang Banyak Duit

Kuih Sekaya

Favourite masa kecik. Dah lama tak merasa coz dah lama juga my mum tak buat. Balik rumah ma last weekend saya kerjakan seorang diri. Nak minta ma buatkan saya segan pula. Kesian kat ma dahlah saya balik jarang sekali, bukan nak senangkan kerja dapur dia menambah penat lagi ada lah. Ma dok jeling, tak senang nak buat kerja sebab ma ni kalau saya masak sesuatu mesti ma mengomel kenapa tak letak itu, ini...kenapa kau buat macam tu? Ma memang pandai masak berbanding saya. Malahan kuih sekaya saya tak boleh lawan sekaya ma.

Masa saya cakap nak buat sekaya, ma siap suruh saya call my auntie kat terengganu, tanya resipi dan petua supaya sekaya tak berair. Ma buat selalu berair sangat-sangat, tapi saya suka sekaya ma, cuma ma sendiri yang tak puas hati hasil tangannya. Saya cakap kat ma, tak payahlah sampai nak call orang yang jauh nun, nanti terliur pulak orang kat sana hihi. Tup tup bila saya buat hasilnya sekaya saya elok kering tak berair setitik pun! Saya tak cakap apa, diam je... ma pun diam je...hihihi. Tapi tetap tak boleh lawan sekaya ma yang menggerutu on top. Saya punya licin tak menggerutu. Macam orang cucuk botox, tak natural... mana syiok!

Hari ni saya cuma masak menu ulang tayang setiap puasa - mee bandung. Malas nak snap gambar, sama je rupa dia... check entry tahun lepas eh ;-).

Wednesday, 10 August 2011

10 Ramadhan 1432H - Lompat Tikam

Ingatkan susah membuatnya tapi rupa-rupanya tidaklah sesusah yang disangka.
Merahnya mak ngah, menggiurkan! ;-)
Saya buat lompat tikam ni sebagai dessert iftar hari ini.

10 Ramadhan 1432H - A Perfectly Jammed Day!

Kalau anda duduk di lembah klang you know what I'm talking about. Hari ini memang a perfectly jammed day. Secara kebetulan atau barangkali memang sudah tersurat ada hikmah di sebalik kejadian, pagi tadi hampir kesemua lebuhraya/jalanraya yang menghubungkan ke lokasi-lokasi penting di landa kesesakan yang teruk.

Saya baru je nak naik tol bukit jelutong bila dengar laporan trafik mengatakan nkve dari arah subang ke damansara ada kesesakan teruk. Yang ini saya tak ambil pot sangat sebab hari-hari biasa memang jam pun kat muka hiway bukit jelutong tu. Tak sampai a few second my colleague yang datang dari arah bangi menuju ke pulau indah melalui elite pulak sms kata dia pun trapped in a jammed teruk yang tak bergerak before RnR dengkil. I told her what lies a few kilometres di depan dia - a fatal accident di bandar saujana putra. Pity her, sure lama sangkut kat situ. Dekat federal hiway pulak jalan jam sebab ada jantan buat free show berbogel atas jalan. Sewel kot? Atau high on drugs macam minah african dulu tu.

Hati punyalah seronok sebab terlepas dari kesemua kesesakan tu. But as I approaching bandar bukit tinggi tiba-tibalah ada massive traffic jam juga kat situ. Aikkk tadi takde pun dalam info trafik. Huwaaaa! Ya Rabbi punyalah lama trapped dalam jammed tu 2jam lebih. Hati ringan nak menyumpah seranah tapi cepat teringat pesan ustaz dalam tazkirah malam tadi. Tak jadi nak menyeranah sebab sudah ditarbiyahkan oleh ustaz. Insaf juga saya bila ustaz menegur tabiat suka menyumpah seranah dan marah-marah bila trapped dalam kesesakan. Kerana terlalu sibuk kejar nak pergi kerja dan balik rumah etc kita lupa nak mengingat Allah swt. Kita lupa masa yang kita ada ni adalah pemberianNya tapi kita lupa untuk menggunakan masa ni ke jalanNya. Jadi dalam tempoh masa yang Allah swt ambil dari kita itu sebaik-baiknya dipenuhi dengan berzikir, sebab waktu tu memang tak boleh nak buat apa dah, itulah masa lapang yang terpaksa Allah swt ambil dari kita barulah kita 'ada masa' untukNya. MasyaAllah malunya. Berzikir jelah ingat kat Allah swt.

Nah, pagi tadi anak-anak kurang berselera bersahur. Cik Yaya cuma makan kepak ayam begitu saja tanpa nasi. Fahmi makan roti je. Bila disuakan puding roti blueberry ni barulah berselera sikit.


Saya buat petang semalam. nak makan as dessert masa iftar tak sempat sebab masih panas. Jadi habuan tambahan sahur tadi. Alhamdulillah.


Tuesday, 9 August 2011

9 Ramadhan 1432H - Nampak Macam Orang Islam Tak?

Hah cuba jawab. Nampak macam orang Islam tak?Saya pun kadang-kadang tak faham apa yang dia cakap. Petang tadi masa saya sibuk masak kat dapur, dia datang dekat saya, baru siap mandi lengkap bertudung macam nilah. Terus dia tanya "Adik nampak macam orang Islam yang tak tinggal puasa tak?" Maunya tak tercekik air liur, makin kesat tekak yang sedia kering dek puasa. Mana datang pulak idea ni dalam kepala dia? I think what she is trying to tell me is that pada pandangan mata dia, orang yang bertudung itu adalah orang yang baik. Imej baik sangat sampai boleh cover kantoi puasa 1 hari tu! Bila saya bagitau incik hubby, dia pun gelak.

Enough pasal Yaya. ini sambal goreng jawa yang saya buat for iftar.
Incik hubby kata sambal goreng ini mengingatkan dia kepada lauk yang his mother selalu buat whenever ada leftovers lauk she will mixed them together dalam satu sambal. Saya tak taulah whether he meant it as a compliment sebab 'rasa sambal goreng saya' sama dengan lauk his mother atau dia sebenarnya perli saya sebab sambal ni dah rupa carca marba terlalu banyak bahan di 'tong sampahkan' ke dalamnya!

Nak kata dia tak kenal masakan sambal goreng jawa tak munasabah pulak dah dia pun orang jawa. Mungkin juga sebab sambal goreng yang his mother selalu masak is the plain version tanpa cili boh.

Whatever, sambal goreng jawa ni saya buat sebab saya yang terliur nak makan. Pernah sekali makan sambal goreng ni kat kenduri kahwin rumah jiran, bahan utamanya dah tentulah tempe (favourite saya!) dan udang besar-besar. Rasa dia tersangatlah sedapnya. yang bestnya malam lepas kenduri tu kami dapat 1 plastik besar lauk sambal goreng ni leftovers from kenduri. Seronoknya saya puas dapat makan.


Mine letak tempe, kentang goreng, ikan bilis, kacang panjang sikit dan udang baki seafood laksa semalam.Sedap tapi orang ada resdung tak boleh makan tau sebab perencahnya banyak pakai udang kering. Itu sebab sedap! ;-)

Monday, 8 August 2011

8 Ramadhan 1432H - Seafood Laksa Lagi!

Balik kerja lewat hari ni. Sampai rumah dah 6.40petang. Juadah iftar tak siap lagi. Hati merusuh, rasa bersalah kalau tak dapat siapkan juadah. Rasa gagal jalankan tanggungjawab ni walaupun cuma untuk 30 hari dalam setahun!

Mujur perencah untuk seafood laksa dah saya tumis siap-siap sejak malam tadi. Sepanjang perjalanan balik saya tak henti-henti sms hubby minta sampaikan pesan supaya kakak tau apa nak dibuat. Kalau tunggu saya sampai alamat berbuka dengan air sajalah. Which is not that bad sebenarnya, considering ada umat Islam di tempat lain yang lebih unfortunate takde makanan langsung nak buat berbuka, telan air liur jelah. Kita ni yang sehari sebelum pun dah boleh rancang dan tahu apa nak dimakan esok adalah jauh lebih bernasib baik. That was my consolotion, takpelah berkejar-kejar sedikit. Tapi penat sebenarnya bila balik lewat begini, lebih-lebih lagi penyebab balik lewat itu disebabkan kesilapan orang lain. Bukan pasal accident atau jammed kat pulau indah ni. Tapi semalam saya terbabit sama kena 'detention class' sebab ada orang tak buat kerja dia sampai orang lain pun terpalit sama. Hah ingat detention class wujud kat sekolah je? Kat opis saya ni pun popular with detention class. Kena angin big boss tak betul, nasiblah ko... layan jelah.


This time saya guna spaghetti menggantikan mee kuning. Muak makan mee kuning, spaghetti terasa ringan sikit. Campur dengan bihun pun sedap.


Mewah dengan kawan-kawannya - udang, sotong, fishcake, fish ball, isi ayam, telur, kobis etc.



Cik Yaya tak makan laksa ni. Saya baked chicken wings untuk dia. Almost terlupa hidangan untuk dia sebenarnya. Kepak ayam masih sedikit beku masa masuk dalam oven ;-).

Sunday, 7 August 2011

7 Ramadhan 1432H - Tonite We Go Middle East!

We had mid-east cuisine for iftar today. Bukan hidangan berat pun sekadar Shish Tawouk dan Lebanese Flatbread je. Ni kes malas masak sebenarnya dan juga sebab nak make use of the chicken breasts yang sarat penuh freezer. Freezer ku yang kecil tu dah overloaded. Patut buat shish tawouk ni before puasa tapi ada perubahan rancangan tu yang tersimpan je chicken breasts semua.

Saya guna 2 types of marinade mixture, recipe courtesy of mylebanesemarket.com. Yang merah ni guna tomato paste & yogurt with other spices. Guna tomato paste ye, bukan tomato sauce or tomato puree. Tomato paste lebih pekat dan kental so that your marinade tak turns watery dan melekat elok pada isi ayam.

Yang ini main ingredients adalah mustard & yogurt with other spices like mixed herbs and white pepper powder. Rasa dia agak mild tangy. Tak pedas sesuai untuk mereka yang tak suka makanan berempah.

Saya prefer yang merah sebab rasanya lebih deep - ada masam, ada rasa spicy sikit sebab letak ground blackpepper dan jintan putih. Yang merah ni lebih cepat sold out. Makan dengan lebanese flatbread dan salad. Salad miskin tak banyak bahan - romaine lettuce, daun kobis dan tomato. Saya tak reti nak mix salad dressing gaya arab. saya cuma letak perahan lemon, drizzle with olive oil dan sprinkle garam sikit. Dressingnya simple tapi rasanya memang sedang elok.


Kiranya hari ni menu sihatlah lebih protein dan sayur. Masak pun guna olive oil sekadar nak moistkan kebab je.

Yang ini pulak hummus. Saya 'buat' di kedai. Beli je kat kedai ready made punya. Kalau saya yang buat sendiri haruslah buka restoran arab sendiri lepas ni! ;-)

Hari ni, the kids dapat special treat. They are allowed to follow daddy ke pasar ramadhan beli kuih since saya tak buat kuih hari ni. Atuk gave them RM10 seorang, so saya allocate RM2 seorang untuk dibelanjakan, they can buy apa saja kuih they like with RM2. Tapi percaya ke anda they won't burst they budget? Jangan haraplah. Fahmi brought back 2 biji pau ayam, Yaya pula brought back 3 ketul kuih ketayap dan 1 bekas tau fu fah yang dah hancur dek terhayun sepanjang jalan! Pau ayam RM1.50x2=RM3, so Fahmi punya dah burst bajet. Yaya punya masih within bajet, so baki dia ada lagi RM8. Dia dah seronok, saya yang susah hati sebab takut budak berdua ni minta nak berbelanja lagi!





Saturday, 6 August 2011

6 Ramadhan 1432H - Tertewas Juga Akhirnya Dia...

Kesian. Tewas juga cik Yaya pada hari ke-6 umat Islam berpuasa. Dia termuntah tengahari tadi, sikit je pun bukannya banyak. Disusuli dengan sakit perut yang memulas. Nak kata perut kosong, dia bangun sahur dan bersahur nasi beriyani. Berbuka semalam pun dia makan nasi. Tapi tak tau lah apa yang tak kena dengan perut dia, sebab orang lain ok je.

Of all many places yang ada, dia 'memilih' untuk muntah dalam kereta saya! Memang lekat benarlah gelaran 'kereta muntah'. Pagi tadi dia ikut saya pergi shopping di JJ S2. Niat bukan nak bershopping pun, saya cuma nak beli mince chicken dan lasagna sheet untuk buat lasagna hidangan berbuka budak-budak. Since dia beriya-iya nak ikut saya pun ambil kesempatan beli beberapa helai baju untuk pakai raya. Tak banyak setakat 3 helai seorang untuk Yaya dan Fahmi, jeans diaorang baru beli 2 bulan lepas. Lepas ke JJ kami terus ke kuarters klia, nilai fetch anak-anak buah saya Farah dan Mina yang nak berbuka di rumah my mum. Masa dah dekat benar nak sampai rumah my mum tulah tiba-tiba saya dengar bunyi "buwekkk". Saya tanya Yaya nak muntah ke? Dia diam je. Tak sampai few seconds Farah menjerit "Yaya muntah, ambik tisu...ambik tisu". Lorr tak sempat den nak berhenti tepi. Masa Farah cakap "...dah batal puasa adik. Balik ni boleh makan" saya tengok muka Yaya masam je.

Sungguhpun dah muntah dan perut memulas sakit, cik Yaya berkeras tak mau makan. Puas pujuk, saya sapu minyak yuyi. Bukan tak mau bawa ke klinik tapi dia sendiri enggan makan apatah lagi nak makan ubat. Kalau ada pisang alangkah bagus. Pisang bagus untuk melegakan sakit perut. Saya rasa Yaya ni sayang nak tinggalkan puasa agaknya. Lama lepas tu bila tak tahan memulas perut sampai menangis dan berpeluh dah barulah dia akur, makan biskut sikit dan minum air. Merengek menahan sakit sampai tertidur kat couch luar rumah. Petangnya, dia dah ok... ceria berbuka dengan all her cousins!