Saturday, 13 August 2011

13 Ramadhan 1432H - Sardine Risoles & Ketam

Encik hubby terkejut bila masuk dapur petang semalam tengok ada macam-macam hidangan baik dari main course sampailah ke kuih muih. Sebenarnya bukanlah banyak pun, kuih cuma 2 jenis je. Sardine risoles dan fruit pastry

Main dishes pulak chili crabTapi cik Yaya teringin nak makan chicken chop tu sebab saya sibuk semacam kat dapur petang tadi. Dan kebetulan petang tadi hujan selebat-lebatnya manalah sempat incik hubby nak redah hujan cari juadah sampingan kat pasar ramadhan. Jadi kerja kuat sikitlah kat dapur ;-)

Budak bertuah ni sejak awal puasa dah minta nak makan ketam. Dah lama dia mengidam, hubby tunaikan dan suruh saya masak ketam untuk berbuka walaupun menu asal lain. Tengok tu tak sabar-sabar nak makan ketam dia!

Friday, 12 August 2011

12 Ramadhan 1432H - Alhamdulillah

Saya perasan bila masuk minggu kedua ramadhan ramai yang dah mula batuk-batuk. Kat ofis ada yang batuk, kat surau pun ramai yang batuk. Kat rumah saya, Yaya yang mula batuk dulu, diikut dengan saya. Tekak perit dan terasa panas macam nak demam selsema pun ada. Saya rasa ni semua gara-gara sakan pulun minum air batu masa berbuka. Air batu beli kat kedai pulak tu. Kalau buat sendiri kita pakai air masak terjaga kebersihannya. Jadi mulai sekarang no more air sejuk sehingga semua orang berhenti batuk. Dan minum scotts emulsion - minyak ikan kod, bagus untuk imun sistem.

Tapi saya bersyukur sangat setakat ini seisi rumah diberi kesihatan untuk menjalani ibadah puasa. Belum ada yang demam, except for Yaya yang muntah sikit tempohari - bukan sebab puasa but I guess she was just unlucky termakan sesuatu yang did not go well with her stomach. Fahmi dah stop buat perangai merengek tak nak puasa. Alah bisa tegal biasa kata orang. Dia dan adiknya anak yang hebat, saya tabik spring dengan mereka berdua. Zaman saya dulu mana ada budak-budak berpuasa seawal usia 4 tahun. Saya sendiri pun belajar berpuasa masa 9 tahun. Itupun only on saturdays and sundays je, dapatlah 8-9 hari je. Saya ingat lagi masa kecil dulu, punyalah susah saya nak menahan lapar dan dahaga asyik tidur je sepanjang hari. Kadang panas dan letih sampai tak berbaju, baring atas katil kejap terlentang kejap meniarap, kejap kaki rehat ke dinding sebab dinding rumah sejuk! Malu dengan anak-anak! Tapi anak-anak saya Alhamdulillah Allah swt bagi kekuatan kat mereka, petang-petang masih boleh kayuh basikal lagi.

Saya tau ada orang jegilkan mata masa saya latih anak-anak berpuasa pada usia yang terlalu mentah dulu. Ada masa-masanya bila my parents pun rasa saya agak terlalu tegas dan terlalu cepat introduce puasa penuh 1 hari pada anak-anak. Saya tidak mulakan secara paksaan. Pada peringkat awal dulu saya tanya if they want to try it. Memang dulu Fahmi dan Yaya saya suruh puasa 1/2 day je. Tapi after a few days Fahmi yang nak puasa penuh. Yaya pun sama when she first started at 4years old dia yang tentukan sendiri nak half day or full day. Saya dan hubby cuma tiup semangat je bila mereka perlukan. Now, diaorang dah terbiasa.

Iye, saya akui saya tegas mendidik anak-anak, saya tau kekuatan dan kelemahan mereka. Bila ada yang bersimpati dengan mereka, mereka cepat jadi lemah. Berpuasa tidak akan memudaratkan atau menjejaskan zat dalam badan mereka. Bukankah mereka telah bersahur? Bukannya kita biar mereka kelaparan. It is what they eat that matters, the type of food that you give them masa bersahur supaya tubuh mereka boleh bertahan. InsyaAllah takde masalah untuk anak-anak kita berpuasa.

Oklah enough cerita puasa. Dah seharian berpuasa kita berbukalah ye. Menu hari ini ikan merah bakar cecah air asam. Urghh marvelous. Air asam ni resipi istimewa puan Ayu.


Hari ni tak buat kuih. Beli je.

Thursday, 11 August 2011

11 Ramadhan 1432H - Kuih Orang Banyak Duit

Kuih Sekaya

Favourite masa kecik. Dah lama tak merasa coz dah lama juga my mum tak buat. Balik rumah ma last weekend saya kerjakan seorang diri. Nak minta ma buatkan saya segan pula. Kesian kat ma dahlah saya balik jarang sekali, bukan nak senangkan kerja dapur dia menambah penat lagi ada lah. Ma dok jeling, tak senang nak buat kerja sebab ma ni kalau saya masak sesuatu mesti ma mengomel kenapa tak letak itu, ini...kenapa kau buat macam tu? Ma memang pandai masak berbanding saya. Malahan kuih sekaya saya tak boleh lawan sekaya ma.

Masa saya cakap nak buat sekaya, ma siap suruh saya call my auntie kat terengganu, tanya resipi dan petua supaya sekaya tak berair. Ma buat selalu berair sangat-sangat, tapi saya suka sekaya ma, cuma ma sendiri yang tak puas hati hasil tangannya. Saya cakap kat ma, tak payahlah sampai nak call orang yang jauh nun, nanti terliur pulak orang kat sana hihi. Tup tup bila saya buat hasilnya sekaya saya elok kering tak berair setitik pun! Saya tak cakap apa, diam je... ma pun diam je...hihihi. Tapi tetap tak boleh lawan sekaya ma yang menggerutu on top. Saya punya licin tak menggerutu. Macam orang cucuk botox, tak natural... mana syiok!

Hari ni saya cuma masak menu ulang tayang setiap puasa - mee bandung. Malas nak snap gambar, sama je rupa dia... check entry tahun lepas eh ;-).

Wednesday, 10 August 2011

10 Ramadhan 1432H - Lompat Tikam

Ingatkan susah membuatnya tapi rupa-rupanya tidaklah sesusah yang disangka.
Merahnya mak ngah, menggiurkan! ;-)
Saya buat lompat tikam ni sebagai dessert iftar hari ini.

10 Ramadhan 1432H - A Perfectly Jammed Day!

Kalau anda duduk di lembah klang you know what I'm talking about. Hari ini memang a perfectly jammed day. Secara kebetulan atau barangkali memang sudah tersurat ada hikmah di sebalik kejadian, pagi tadi hampir kesemua lebuhraya/jalanraya yang menghubungkan ke lokasi-lokasi penting di landa kesesakan yang teruk.

Saya baru je nak naik tol bukit jelutong bila dengar laporan trafik mengatakan nkve dari arah subang ke damansara ada kesesakan teruk. Yang ini saya tak ambil pot sangat sebab hari-hari biasa memang jam pun kat muka hiway bukit jelutong tu. Tak sampai a few second my colleague yang datang dari arah bangi menuju ke pulau indah melalui elite pulak sms kata dia pun trapped in a jammed teruk yang tak bergerak before RnR dengkil. I told her what lies a few kilometres di depan dia - a fatal accident di bandar saujana putra. Pity her, sure lama sangkut kat situ. Dekat federal hiway pulak jalan jam sebab ada jantan buat free show berbogel atas jalan. Sewel kot? Atau high on drugs macam minah african dulu tu.

Hati punyalah seronok sebab terlepas dari kesemua kesesakan tu. But as I approaching bandar bukit tinggi tiba-tibalah ada massive traffic jam juga kat situ. Aikkk tadi takde pun dalam info trafik. Huwaaaa! Ya Rabbi punyalah lama trapped dalam jammed tu 2jam lebih. Hati ringan nak menyumpah seranah tapi cepat teringat pesan ustaz dalam tazkirah malam tadi. Tak jadi nak menyeranah sebab sudah ditarbiyahkan oleh ustaz. Insaf juga saya bila ustaz menegur tabiat suka menyumpah seranah dan marah-marah bila trapped dalam kesesakan. Kerana terlalu sibuk kejar nak pergi kerja dan balik rumah etc kita lupa nak mengingat Allah swt. Kita lupa masa yang kita ada ni adalah pemberianNya tapi kita lupa untuk menggunakan masa ni ke jalanNya. Jadi dalam tempoh masa yang Allah swt ambil dari kita itu sebaik-baiknya dipenuhi dengan berzikir, sebab waktu tu memang tak boleh nak buat apa dah, itulah masa lapang yang terpaksa Allah swt ambil dari kita barulah kita 'ada masa' untukNya. MasyaAllah malunya. Berzikir jelah ingat kat Allah swt.

Nah, pagi tadi anak-anak kurang berselera bersahur. Cik Yaya cuma makan kepak ayam begitu saja tanpa nasi. Fahmi makan roti je. Bila disuakan puding roti blueberry ni barulah berselera sikit.


Saya buat petang semalam. nak makan as dessert masa iftar tak sempat sebab masih panas. Jadi habuan tambahan sahur tadi. Alhamdulillah.


Tuesday, 9 August 2011

9 Ramadhan 1432H - Nampak Macam Orang Islam Tak?

Hah cuba jawab. Nampak macam orang Islam tak?Saya pun kadang-kadang tak faham apa yang dia cakap. Petang tadi masa saya sibuk masak kat dapur, dia datang dekat saya, baru siap mandi lengkap bertudung macam nilah. Terus dia tanya "Adik nampak macam orang Islam yang tak tinggal puasa tak?" Maunya tak tercekik air liur, makin kesat tekak yang sedia kering dek puasa. Mana datang pulak idea ni dalam kepala dia? I think what she is trying to tell me is that pada pandangan mata dia, orang yang bertudung itu adalah orang yang baik. Imej baik sangat sampai boleh cover kantoi puasa 1 hari tu! Bila saya bagitau incik hubby, dia pun gelak.

Enough pasal Yaya. ini sambal goreng jawa yang saya buat for iftar.
Incik hubby kata sambal goreng ini mengingatkan dia kepada lauk yang his mother selalu buat whenever ada leftovers lauk she will mixed them together dalam satu sambal. Saya tak taulah whether he meant it as a compliment sebab 'rasa sambal goreng saya' sama dengan lauk his mother atau dia sebenarnya perli saya sebab sambal ni dah rupa carca marba terlalu banyak bahan di 'tong sampahkan' ke dalamnya!

Nak kata dia tak kenal masakan sambal goreng jawa tak munasabah pulak dah dia pun orang jawa. Mungkin juga sebab sambal goreng yang his mother selalu masak is the plain version tanpa cili boh.

Whatever, sambal goreng jawa ni saya buat sebab saya yang terliur nak makan. Pernah sekali makan sambal goreng ni kat kenduri kahwin rumah jiran, bahan utamanya dah tentulah tempe (favourite saya!) dan udang besar-besar. Rasa dia tersangatlah sedapnya. yang bestnya malam lepas kenduri tu kami dapat 1 plastik besar lauk sambal goreng ni leftovers from kenduri. Seronoknya saya puas dapat makan.


Mine letak tempe, kentang goreng, ikan bilis, kacang panjang sikit dan udang baki seafood laksa semalam.Sedap tapi orang ada resdung tak boleh makan tau sebab perencahnya banyak pakai udang kering. Itu sebab sedap! ;-)

Monday, 8 August 2011

8 Ramadhan 1432H - Seafood Laksa Lagi!

Balik kerja lewat hari ni. Sampai rumah dah 6.40petang. Juadah iftar tak siap lagi. Hati merusuh, rasa bersalah kalau tak dapat siapkan juadah. Rasa gagal jalankan tanggungjawab ni walaupun cuma untuk 30 hari dalam setahun!

Mujur perencah untuk seafood laksa dah saya tumis siap-siap sejak malam tadi. Sepanjang perjalanan balik saya tak henti-henti sms hubby minta sampaikan pesan supaya kakak tau apa nak dibuat. Kalau tunggu saya sampai alamat berbuka dengan air sajalah. Which is not that bad sebenarnya, considering ada umat Islam di tempat lain yang lebih unfortunate takde makanan langsung nak buat berbuka, telan air liur jelah. Kita ni yang sehari sebelum pun dah boleh rancang dan tahu apa nak dimakan esok adalah jauh lebih bernasib baik. That was my consolotion, takpelah berkejar-kejar sedikit. Tapi penat sebenarnya bila balik lewat begini, lebih-lebih lagi penyebab balik lewat itu disebabkan kesilapan orang lain. Bukan pasal accident atau jammed kat pulau indah ni. Tapi semalam saya terbabit sama kena 'detention class' sebab ada orang tak buat kerja dia sampai orang lain pun terpalit sama. Hah ingat detention class wujud kat sekolah je? Kat opis saya ni pun popular with detention class. Kena angin big boss tak betul, nasiblah ko... layan jelah.


This time saya guna spaghetti menggantikan mee kuning. Muak makan mee kuning, spaghetti terasa ringan sikit. Campur dengan bihun pun sedap.


Mewah dengan kawan-kawannya - udang, sotong, fishcake, fish ball, isi ayam, telur, kobis etc.



Cik Yaya tak makan laksa ni. Saya baked chicken wings untuk dia. Almost terlupa hidangan untuk dia sebenarnya. Kepak ayam masih sedikit beku masa masuk dalam oven ;-).