Thursday, 18 August 2011

18 Ramadhan 1432H - Tak Boleh Dengar...

Tak boleh dengar lagu raya kat radio or kat mana-mana je. Rasa sedih membuak-buak, bukan sedih 'hanyut' dengan lagu raya. Bukan juga sedih sebab terkenang mak bapak kat kampung, saya takde feeling sebegitu. Tapi saya sedih sebab :

1. Betapa tak hormatnya kita kepada kemuliaan bulan Ramadhan, Ramadhan yang penuh keberkatan ni nak ditenggelamkan dengan mengajak orang lebih membesarkan raya;

2. Sedih sebab menandakan Ramadhan dah semakin meninggalkan kita!!! Belum puas lagi menikmati Ramadhan;

Saya bukan tak suka lagu raya. Suka, malah ada lagu raya favourite tersendiri. Tapi saya tak suka dengar lagu raya sebelum waktunya. Kalau nak layan lagu raya pun cuma pada musim raya je. Hari pertama dan kedua raya sekalipun saya tak suka dengar lagu raya, hati sakit menyampah. Inikan pulak bila dengar lagu raya berkumandang sebelum raya itu sendiri datang. So disrespectful. Kau ada 1 bulan musim raya nak main lagu raya, kenapa kau nak sebat separuh bulan puasa sekali. Kau takde kerja lain ke nak melalaikan orang?

Iftar hari ini we go italian ye! Makan chicken lasagna. The pic is so unflattering!

Semenjak dua menjak ni kami seolah-olah sudah kimmed down on red meat intake. Bulan ni saya baru 1 kali makan daging, itupun buat mee sup bebola daging which was a flop! We eat more white meat i.e. fish and chicken. Kononnya nak berhati-hatilah sebab dah tau dalam family ada penyakit kronik yang boleh diwarisi. Apa-apa pun saya berpegang kepada prinsip kita perlu eat healthily - watch your diet and food intake and lead an active life - amalkan bersenam. Orang kata pengaruh ibubapa memainkan peranan penting pada gaya hidup anak-anak semasa mereka membesar dan bila mereka dewasa nanti. Eat healthily and bersenam are among the things that I want my children to follow. My mum was an active lady, aktif bersukan sehingga umurnya mencecah 40an dan masih rajin bersenam tiap pagi. Secara tidak sedar saya mengikut acuan dia secara sukarela, in fact all my siblings aktif bersukan sejak kanak-kanak. Saya harap anak-anak saya pun begitu, insyaAllah. ;-) ;-)

Wednesday, 17 August 2011

17 Ramadhan 1432H - Sambal Tempoyak Daun Kayu

Hari ini Selangor cuti umum sempena Nuzul Al-Quran. Anak-anak seronoklah dapat bangun lewat. Incik hubby subuh di surau terus sambung kuliah subuh. Saya? Tumpang dengar kuliah subuh yang sayup-sayup menyapa telinga antara dengar dengan tidak di rumah sambil bersiap nak pergi kerja. Ya, saya kerja ... sama macam many others yang tak observe public holiday nuzul al-quran. Sejak managament syarikat revise cuti umum kerap juga saya miss being at home with the family. But it's no big deal for me. After all, kalau tak kerana tak observe cuti umum ni pun memang saya sudah di cap workaholic oleh somebody ;-). Owhh hipokrit sungguh si workaholic ini, jasad di ofis tapi jiwa dan hati melayang jauh di rumah.

Hari ini saya tak memasak. Kakak jelah yang masak. Bukan susah pun setakat kuah lodeh (ye kat rumah saya tak tunggu raya baru nak makan kuah lodeh!, ikan goreng dan sambal udang. Kan saya dah cakap, lauk pauk kat rumah ni memang sikit sekadar 2 jenis je paling banyak pun 3 kalau masuk lauk budak. Kedekut yang amat. Masak lauk banyak-banyak sapa nak makan? Takkan nak makan sampai 'ketat pedal'. Kan Rasulullah saw dah pesan makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Tazkirah lah pulak.

Tapi yang ini saya yang masak. Bukan hari ni, tapi semalam waktu sahur.
Sambal tempoyak daun kayu.

Saya masak waktu sahur pagi Selasa untuk bekalkan pada mak mentua yang berangkat singgah ke rumah sil pulak. Mil ada sebut-sebut sambal ni, bukannya dia minta pun tapi kebetulan di bawanya pucuk ubi kayu dari kampung saya pun simpan sikit untuk buat sambal ni. Saya tambah daun kaduk sikit, daun kunyit, daun dukung anak baki ulam tempohari, hirisan serai dan bunga kantan. Nak cari pucuk-pucuk lain payah sangat nak jumpa 40 jenis daun kayu. Hentam jelah apa yang ada. Janji sodap!

Tuesday, 16 August 2011

16 Ramadhan 1432H - Laksa Johor

Finally saya dapat balik dapur saya! I can do what I want, I can cook what I like. I am back in control! Yeayy!

So no more masak-masak berlebihan lauk berbagai-bagai. Saya dah terbiasa kalau masak sekadar 2 jenis lauk je, satu jenis protein satu lagi veggies. Memang nampak macam kedekut, rumah besar kereta besar tapi makannya ciput. Weyy heyyy nak hidup lama kan kenalah jaga perut sebab perutlah punca segala penyakit. Saya cuma masak laksa johor untuk mak budak dan bapak budak while the kids makan spaghetti or elbow pasta (whichever they like) with homemade bolognese sauce.


Sementara kuih muih pembuka selera pula I made kuih cara manis, kakak buat roti john dan tambah dengan baki karipap semalam. Hmmm inti karipap tu sebenarnya saya nak buat inti kuih dadar tapi bila balik kerja semalam tengok dah jadi karipap! Rosak plan tapi makan jelah labu.

Monday, 15 August 2011

15 Ramadhan 1432H - Solok Lada

Saya pernah baca artikel pasal diet. Katanya kalau makan cili boleh helps to burn extra calories yang kita makan. Tapi saya kenal ada seorang orang ni yang suka makan pedas kalau tak pedas tak kick lah pada dia. Sungguhpun dia makan pedas sokmo tapi saya tengok badan dia tak pulak makin kurus makin tembun ada la. Isyy isyy isyyy tak baik sungguh mengata orang di bulan puasa. Eh... tu saya bagi contoh je sebab dok fikir betul ke berkesan makan cili boleh kuruskan badan. Agaknya boleh juga kot kalau kita kawal pemakanan dengan cara yang betul. Kalau makan pedas pastu makan pulak banyak pastu tak reti bersenam apa ingat cili dalam perut tu boleh tolong buatkan senaman ke?

Semalam saya buat nasi kerabu for iftar. Biasalah kalau buat nasi kerabu mesti saya buat solok lada. Nak snap gambar nasi kerabu tak dapatlah sebab segan dengan mak mentua kang dia ingat buang tabiat ke apa menantu dia ni. Yang sempat saya snap gambar solok lada ni itupun selepas saya ngap 1 ketul selamat masuk perut, tinggallah 2 ketul je yang sempat posing secara curi-curi.Pisang nipah masak ranum peeking at the back ihsan mak mentua bawa dari kampung.
Saya tak makan pun nasi masa berbuka, takde selera sangat despite berjam-jam berdiri kat dapur nak siapkan all the condiments. Tapi saya tak boleh nak berjalan pergi terawih kat surau tanpa ngap solok lada ni terlebih dahulu. Kalau tak sure solat tak khusyuk terliur kan si hijau montok yang seksi ni.

Ya Allah nikmatnya saya rasa saat gigitan pertama tu. Rasanya itulah juadah berbuka yang paling sedap untuk hari semalam. Dengan pedas-pedas pahit cili hijau, lemak kelapa bersalut isi ikan diperisakan dengan bawang tumbuk, lada hitam dan garam. It was a perfect pembuka selera. Incik hubby terjegil biji mata bila saya cakap saya tak makan nasi tapi saya makan solok lada je. Dia siap tanya makan macam tu je? Saya pun buatlah mimik muka makan solok lada begitu saja terasa nikmatnya. Kalaulah mak saya tau saya makan solok lada mesti dia pengsan ala mak dara dalam cerita kasim selamat. Mana taknya, seumur hidup dia kenal anaknya seorang ini yang sedari kecil penakutnya makan pedas apatah lagi nak makan cili begitu aja. Tiba-tiba kau makan solok lada? Penat masa kecil aku ajar makan pedas kau tak ndak.

Gandingan nasi kerabu selain solok lada ialah telur masin. Telur masin ni saya beli 2 biji je tapi sebiji dah busuk. Yang 1 biji ni khas untuk anak bujang saya yang 'selera kampung' sungguh. Dia suka makan telur masin dan ikan masin. Tapi saya tak layan sangat benda masin-masin dan fermented ni, not good for your health kan, jarang-jarang sekali baru saya indulged his request.

Kesian ma saya dia tak tau sebenarnya masa kecil dulu saya pernah juga makan cili merah tanpa pengetahuan dia. Ni rahsia saya dengan kakak saya. Seingat saya masa tu umur saya dalam lingkungan 9 tahun gitu. Ma saya suka masak lemak putih timun atau kobis mesti letak cili merah sebatang dua. Kuah lemak putih tu buat lauk anak-anak lah sebab adik-adik saya suka kuahnya yang lemak but we avoid the chili. Satu hari saya dan masuk dapur buka tudung saji. Entah apa angin kami berdua hari tu both of us dare each other untuk rasa cili merah dalam kuah lemak tu. Saya dare my sister, ko makan dulu pedas tak? My sister suruh saya makan dulu. Tapi sebab she is the big sister dia lah kena cuba dulu. Terkulat-kulat lah dia gigit hujung cili tu secuit je sebab takut punya pasal. Lepas dia cakap eh tak pedas lah baru saya gigit sikit... ha'ah tak pedas lah, hah ko habiskanlah kekeke. Kesimpulan percubaan kami tu? Tidak mengubah apa-apa hehehe. Sejak lepas tu haram le saya nak sentuh lagi cili, makan sikit memang lah tak pedas cuba ko makan sebiji tengok apa jadi? Saya ni kan penakut pedas sampai dah berlaki barulah reti makan pedas sikit.

Hari ni takde pic juadah berbuka. Lagipun menu saya lari 360darjah. Semua menu yang takde dalam list asal, sudah kena adjust sebab mil ada. Mil took over my kitchen. Ikut menu saya kang semua mil tak boleh makan parah pulak. Saya plak jenis kalau saya dah buat sesuatu plan tapi kena rombak, teruslah hilang mood saya nak masak. Takpelah saya rehat sikit hari ni lagipun badan rasa dedar macam nak demam.

Sunday, 14 August 2011

14 Ramadhan 1432H - Fruit Pastry

Bulan puasa selalunya kuih muih yang orang selalu cari mestilah kuih muih tradisi kan? Tak kisahlah buat sendiri atau beli tapi yang keutamaan mesti kuih tradisi. Saya pun macam tu juga. Tapi dah takde idea nak buat kuih apa jadi semalam kita bertukar angin ke barat pulak. Buat fruit pastry.
Haaa macam-macam bentuk dan size ada, yang bapak gedang yang kenit pun ada.

Tu semua budak ni punya permintaan.Semalam dia ikut saya pergi shopping barang basah dan barang buat kuih raya. Penat ikut saya menyinggah banyak tempat akhirnya dia buat permintaan. Pertama, dia nak makan chiken chop again for iftar. Kedua, dia masa saya nak beli tudung match dengan baju raya dia pun nak tudung juga. Tertangguh niat mencari tudung untuk diri sendiri saya dahulukan mencari tudung dia. Pandai pulak minta tudung syria walaupun tak reti nak sebut nama tudung tu. Dia cuma cakap nak tudung yang ada anak tudung kat dalam dan sarung tudung luar. Hah, dapat 2 helai rm15 setiap satu. tu yang terus dia gayakan lepas mandi semalam. Ketiga, dia rembat lemon filing masa kat kedai barang kek nak makan dengan pastry tapi of course lah dia tak reti sebut menatang pastry ni. Bertuah tak anak saya ni? Semua dia minta ditunaikan :-)

Malas nak menguli doh pastry sendiri, tenyah banyak kerja jadi saya pakai ready made jenama 'kawan'. Bubuh filing kastard , sapu sedikit lemon filing dan topped dengan buah-buahan kesukaan anda. Tabur snow icing sugar. Nampak menarik kan?

A good excuse untuk rasmikan serving dish saya ni ;-) ;-).

Ohh hari ni dah 14 ramadhan ye, hmmm malam ni dah mula bacaan doa qunut dalam terawih lah ye. Sekejap je dah masuk separuh ramadhan.

Saturday, 13 August 2011

13 Ramadhan 1432H - Sardine Risoles & Ketam

Encik hubby terkejut bila masuk dapur petang semalam tengok ada macam-macam hidangan baik dari main course sampailah ke kuih muih. Sebenarnya bukanlah banyak pun, kuih cuma 2 jenis je. Sardine risoles dan fruit pastry

Main dishes pulak chili crabTapi cik Yaya teringin nak makan chicken chop tu sebab saya sibuk semacam kat dapur petang tadi. Dan kebetulan petang tadi hujan selebat-lebatnya manalah sempat incik hubby nak redah hujan cari juadah sampingan kat pasar ramadhan. Jadi kerja kuat sikitlah kat dapur ;-)

Budak bertuah ni sejak awal puasa dah minta nak makan ketam. Dah lama dia mengidam, hubby tunaikan dan suruh saya masak ketam untuk berbuka walaupun menu asal lain. Tengok tu tak sabar-sabar nak makan ketam dia!

Friday, 12 August 2011

12 Ramadhan 1432H - Alhamdulillah

Saya perasan bila masuk minggu kedua ramadhan ramai yang dah mula batuk-batuk. Kat ofis ada yang batuk, kat surau pun ramai yang batuk. Kat rumah saya, Yaya yang mula batuk dulu, diikut dengan saya. Tekak perit dan terasa panas macam nak demam selsema pun ada. Saya rasa ni semua gara-gara sakan pulun minum air batu masa berbuka. Air batu beli kat kedai pulak tu. Kalau buat sendiri kita pakai air masak terjaga kebersihannya. Jadi mulai sekarang no more air sejuk sehingga semua orang berhenti batuk. Dan minum scotts emulsion - minyak ikan kod, bagus untuk imun sistem.

Tapi saya bersyukur sangat setakat ini seisi rumah diberi kesihatan untuk menjalani ibadah puasa. Belum ada yang demam, except for Yaya yang muntah sikit tempohari - bukan sebab puasa but I guess she was just unlucky termakan sesuatu yang did not go well with her stomach. Fahmi dah stop buat perangai merengek tak nak puasa. Alah bisa tegal biasa kata orang. Dia dan adiknya anak yang hebat, saya tabik spring dengan mereka berdua. Zaman saya dulu mana ada budak-budak berpuasa seawal usia 4 tahun. Saya sendiri pun belajar berpuasa masa 9 tahun. Itupun only on saturdays and sundays je, dapatlah 8-9 hari je. Saya ingat lagi masa kecil dulu, punyalah susah saya nak menahan lapar dan dahaga asyik tidur je sepanjang hari. Kadang panas dan letih sampai tak berbaju, baring atas katil kejap terlentang kejap meniarap, kejap kaki rehat ke dinding sebab dinding rumah sejuk! Malu dengan anak-anak! Tapi anak-anak saya Alhamdulillah Allah swt bagi kekuatan kat mereka, petang-petang masih boleh kayuh basikal lagi.

Saya tau ada orang jegilkan mata masa saya latih anak-anak berpuasa pada usia yang terlalu mentah dulu. Ada masa-masanya bila my parents pun rasa saya agak terlalu tegas dan terlalu cepat introduce puasa penuh 1 hari pada anak-anak. Saya tidak mulakan secara paksaan. Pada peringkat awal dulu saya tanya if they want to try it. Memang dulu Fahmi dan Yaya saya suruh puasa 1/2 day je. Tapi after a few days Fahmi yang nak puasa penuh. Yaya pun sama when she first started at 4years old dia yang tentukan sendiri nak half day or full day. Saya dan hubby cuma tiup semangat je bila mereka perlukan. Now, diaorang dah terbiasa.

Iye, saya akui saya tegas mendidik anak-anak, saya tau kekuatan dan kelemahan mereka. Bila ada yang bersimpati dengan mereka, mereka cepat jadi lemah. Berpuasa tidak akan memudaratkan atau menjejaskan zat dalam badan mereka. Bukankah mereka telah bersahur? Bukannya kita biar mereka kelaparan. It is what they eat that matters, the type of food that you give them masa bersahur supaya tubuh mereka boleh bertahan. InsyaAllah takde masalah untuk anak-anak kita berpuasa.

Oklah enough cerita puasa. Dah seharian berpuasa kita berbukalah ye. Menu hari ini ikan merah bakar cecah air asam. Urghh marvelous. Air asam ni resipi istimewa puan Ayu.


Hari ni tak buat kuih. Beli je.