Saturday, 19 November 2011

Pavlova - Rasa Macam Sofa!

Pagi ini ada convocation cum concert day kat kindy Yaya. Sementara menunggu cerita terkini convo dia, jamu mata baca entry ni dulu ye.

Ini cerita Ahad lepas. Ketawa mengekek saya bila Fahmi menjerit "Rasa macam sofa!" while digging into the dessert that I made last weekend.

Apa bendanya yang dia kata rasa macam sofa tu?

Ini dia...





















PAVLOVA! = SOFA!!



'Sofa' yang dah dipotong


Teringin nak makan benda-benda manis. Tapi malas nak duduk lama-lama kat dapur. Buat pavlova ni untuk kali pertama walaupun dah drooling over this piece bertahun juga cuma malas nak buat sebab dah tahu manis! Even saya yang sweet tooth ni pun tak boleh tolerate tahap kemanisan pavlova, inikan pulak orang lain dalam rumah ni.

The strawberries tersangatlah masam. Oz punya dah takde kat market, off season dah ke? Yang saya beli ni NZ punya, besar merah tapi masam! Terpaksa poach them dalam air gula baru boleh makan. Orang makan pavlova dengan the berries tapi cik Yaya cheat. Dia makan strawberries je.

Guess I won't be making the pavlova for the 2nd time. Cukuplah dah rasa sekali.

Thursday, 17 November 2011

Unwrapping A Gift

Pagi semalam we attended Fahmi's price giving ceremony kat SK Meru 2.
To be honest, saya tidak menjangkakan majlis yang besar walaupun terima surat jemputan yang formal.
Saya ingat mungkin santai-santai saja, setakat parents lepak-lepak berteduh di kantin sambil the childrens duduk atas assembly floor.
Betapa saya silap dan underestimate kemeriahan price giving ceremony sekolah
Seriously after kindy's convocation cum concert day saya tak pernah menjangkakan sekolah rendah pun ada majlis sebegitu.
menunjukkan betapa saya masih terkongkong dalam lingkungan zaman persekolahan saya dulu. zaman sekolah dulu mana ada price giving ceremony, maklum je lah sekolah harian biasa tak glam pun
kalau ada apa-apa majlis tak jemput parents pun, kot kalau jemput parents pun tak datang
tu zaman dulu lah... tapi parents zaman sekarang sangat berbeza
more involved dalam pendidikan anak-anak, more vocal and physically involved in giving their children moral support (kalaupun tak mampu financially)
so, I was really in shock when I arrived at the school tengok dewan terbuka dihias cantik dengan backdrop

bila buka buku program I was in further shock
orang putih kata jaw dropping shock, seriously memang ternganga mulut saya
rasa nak gelak - gelakkan diri sendiri sebenarnya tapi takde kawan
hubby masa tu tengah simpan beg fahmi kat kereta
so I had to do with senyum dan geleng kepala sorang-sorang
nak tau pasal apa saya sampai ternganga mulut, senyum dan geleng kepala at the same time?
ini sebabnya...












Saya tahu Fahmi dapat 1st place dalam kelas 1U dia
tapi saya tak expect lah dia dapat Best Akademic for Year 1 terus!
saya bukan gelak gembira tadi tu, saya gelakkan diri sendiri sebab betul-betul 'terkena' dan 'terpukul' dengan Fahmi kali ni
dia ni, dalam diam dia bagi kejutan kat kami
Maha Suci Allah... saya fikir saya dah cukup generous offer him reward for his every achievement at school
tapi Allah swt tu Maha Kaya, Maha Besar dan Maha Pemurah, dengan izinNya reward yang anak saya beri jauh lebih generous dan lebih manis daripada any reward I could ever promise or deliver to him!
Parents mana yang tak feel moved kalau diletak di tempat saya, saya meminta hanya sedikit kejayaan buat anak saya tetapi diberiNya lebih
saya rasa macam baru je unwrap a gift yang berbalut beberapa lapis, dengan setiap lapis pembalut yang saya buka semakin saya teruja nak tahu apa isi di dalamnya
macam itulah perasaan saya with Fahmi, knowing him is like unwrapping a gift
full of surprises
moga perasaan ini berkekalan, amin

I have to applaude fahmi for his achievement
dia ni memang tak banyak cakap, tak banyak berjanji
jenis yang buat dulu baru cerita
selain best academic dia naik pentas 3 kali untuk best student in subject bahasa melayu penulisan dan pemahamansikit lagi nak naik pentas for best student in matematik tapi for maths hadiah diberi kepada his classmate yang skor markah sama dengan dia
tak mengapalah cukuplah Fahmi dah dapat banyak, barangkali anak orang itu lebih konsisten
saya doakan yang terbaik untuk dia & adiknya in the years to come

Hadiah best academic Year 1 disampaikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Klang, Encik Azhar. Saya suka dengar ucapan dia, walau panjang berjela tapi sarat pengisian yang terlalu dekat dihati. Jauh lebih bersemangat berbanding HM baru, harap HM baru ambil perhatian sikit bila address audience dalam majlis lebih-lebih lagi depan parents jangan sampai hilang rasa yakin.

Naik pentas kali kedua terima hadiah No. 1 dalam kelas 1 Unggul dari Puan Basiah, HEP. Mama Daddy dia lupa bawa kamera jadi snap pics dari phone camera je hence the quality yang tak berapa baik, angle pun outtt terus!

Naik pentas kali ke 3 terima 2 hadiah sekaligus untuk top score subjek Bahasa penulisan & pemahaman - petanda awal bakal pengganti mama untuk pesta pantun ke? Next year harap score subjek lain jugak ye

Fahmi datang kepada kami dengan satu beg plastik yang sarat, saya ingatkan bungkusan kuih muih ke (nampak sangat kebulur, tapi rupa-rupanya trofi-trofi dia. Ketawa saya macam pergi memborong di pasar je. Owh di tepi pentas sempat dia cakap kat daddy dia "Hebat tak abang?" opss ada unsur riak di situ. Syukur pada Allah swt ye.

Harus ambil gambar kenangan dengan guru kelas dia, Puan Rozina. Masin mulut cikgu ni yang pernah cakap kat saya "...ada potensi dia dapat No.1 akhir tahun nanti". Saya yang tak berapa mengharap tapi Allah makbulkan cakap cikgu.

Wednesday, 16 November 2011

She Wants iPad

Masa tengok masterchef malam tadi sambil saya balut report card Fahmi dengan plastik pembalut buku.

Yaya : Mama... mama... Adik dah tau dah nak hadiah apa?
Alamakkkk apalah agaknya benda dia nak minta ni, berdebar sikit. Hubby dah sengih.
Mama : Apa dia?
Yaya : (senyum je) Adik nak iPad.
Whattt? Saya pun tak ber iPad dia ada hati nak iPad. Cemana saya nak lepaskan diri ni.
Mama : Adik tau tak ipad tu apa? Adik datang bulan ke nak pad?
Yaya : Alaa mama ni... iye adik datang bulan. Adik nak ipad
Owh oh dia sangat persistent, siapa yang ajar dia ni?
Mama : Adik, pad tu orang datang bulan je pakai.
Mama : Adik nak buat apa dengan ipad?
Yaya diam.
Mama : Nak main game angrybird lah tu...
Yaya sengih. Ni siapa punya angkara ni?
Daddy : Adik, adik tau tak ipad tu apa?
Yaya blank. Sekali tu kebetulan kat tv ada iklan samsung galaxy tab terus lah tunjuk kat dia rupa ipad yang dia nak tu. Amboi tengok rupa pun tak pernah pandai sebut.
Mama : Siapa yang ajar adik minta ipad ni?
Yaya : Alisha. Dia cakap ayah dia nak beli ipad untuk dia.
Cettt!!!
Mama : Adik, ipad tu sama harga dengan mama bayar duit rumah ni bulan-bulan. Kalau beli ipad tu bulan depan kita kena duduk luar rumah tau tak?

Aduhaiii budak zaman sekarang kecik-kecik lagi dah pandai minta tech gadget. Mak bapak pun satu hal, kalau kecik lagi dah disogokkan dengan barang yang harga ribu riban, besar esok nak belikan apa pulak? Kapal angkasa? Berpada-padalah... tapi kalau dah mampu ikut suka koranglah... yang tak tahannya orang sederhana macam saya, terkena tempias.

Mama : Dik, ipad mama takkan beli. Tapi kalau ipod boleh
Yaya dah tarik muka masam.
Mama : ipod ni lagi best... adik boleh download lagu-lagu adik suka macam Nobody tu simpan dalam ipod adik boleh dengar.
Yaya : Nak... nak....

Hehehe selamat mama. Saya mengelat. Sebenarnya ipod tu dah ada. Elok tersemat dalam laci. Tak, saya tak beli. Dapat free, orang kasi. Kehkehkehhhh... syhhhhh!

Saya ada kemusykilan sikit. Kenapa cik yaya tak minta hadiah dari Daddy dia? Hmmm tak boleh jadi ni.

Tuesday, 15 November 2011

She Did It!

I went to collect Yaya's report card on Saturday morning and guess how she did in her exams?


Rasa nak pengsan tengok her marks for all papers she took.
Ye saya tau lah anak saya cuma level kindy je, tapi dapat full marks for all subjects?!
rasa macam tak percaya... anak dara aku kah itu?
Satu-satunya subject yang tak dapat full mark adalah english-spelling paper. Yang ini memang saya dah jangka lah sebab kalau dia membaca storybooks pun tergagap-gagap nak pronounce the words dah tentulah spelling dia tak perfect
Buat revision dengan saya before exam week pun kadang jadi drama airmata
mencurah-curah macam pili bomba pecah pasal tak tahan kena jerkah dengan mak tiri dia ni, mak tiri memang tak boleh jadi cikgu (atau tak boleh jadi cikgu untuk anak sendiri je sebenarnya?)
Kalau tak kerana exam week memang takdenya Yaya nak membelek buku
dia jenis balik sekolah campak beg dan terus melukis
melukis... melukis... dan melukis
tengok tv jarang jugak cuma suka biarkan tv terpasang sepanjang masa
padahal dia tak tengok pun yang tukang hadap is.... sapa lagi dok hadap sinetron, bella calamidades etc tu?
Pasal tu lah saya rasa nak pengsan tengok result cik Yaya ni... uhhh boleh tahan cik minah ni rupanya
selama ini saya dok attack membebel kat dia saja sebab tengok dia kat rumah tak hirau buku sekolah sangat
kalau ada pun malam-malam before she goes to bed dia suka baca storybooks dengan pronounciation yang salah, sakit telinga cikgu TESL kat sebelah
and the teachers praised her for her effort sebab jawab soalan periksa dengan yakin except for English paper lah dia teragak-agak sikit - memang sudah dijangkakan berdasarkan sebab-sebab di atas
Fahmi have more confidence when it comes to English paper sejak kindy sampai sekarang at standard 1, owh aku ni memang dah macam cikgu TESL pulak

ok so now, kena spare duit lebih lah untuk beli hadiah for Yaya pulak
tapi dia pun tak tau nak minta apa from me - hehehe ada chance saya ngelat nih hihi

Sup Musim Hujan - Sup Cendawan

Sekarang ni kan musim hujan, bila sejuk macam ni best makan sup
tapi lagi best kalau makan sup cendawan dicicah dengan hirisanm french loaf yang disapu garlic butter
dan lagiiiii sedap kalau sup cendawan tu buat sendiri
ye buat sendiri... apa kelasss makan yang dalam tin punya too processed
marilah makan hidangan yang freshly made!

sekali buat 1 periuk saya frozenkan. Bila-bila nak makan panaskan sikit
tapi selalunya dalam masa 2 hari je dah habis - SOLD OUT!
bukannya susah pun nak buat, beli je apa jua jenis mushroom preferably wild mushroom lah
bagusnya boleh mengenal pelbagai variety mushroom kalau tak yang kita tahu cuma cendawan tiram, tiram putih tiram kelabu lepas tu cendawan butang
bila rajin buat mushroom soup sendiri dapatlah berkenalan dengan shiitake, black jelly mushroom
lepas tu baru-baru ni jumpa enoki tapi enoki ni bukan jenis wild mushroom lah

dan hentikanlah menggunakan cendawan butang dalam tin yang diimport dari China tu ye jenama Narcissi ke hapa entah dan beberapa jenama lain, ada juga yang dia tukar jenama BILAL nak kaburkan orang Islam
dah sah-sahlah dia process pork juga kat situ
kadang saya tak faham dengan masyarakat kita yang tak ambil berat langsung
saya tahu cendawan butang dalam tin tu lebih murah berbanding the fresh ones
tapi anda masih nak berkompromi ke when it comes to HALAL HARAM?
keluar duit lebih sikit tak apa asalkan barang makan yang kita beli tu halal dan suci
jangan berkira dengan benda yang jadi darah daging kita
mencari yang halal itu kan tuntutan agama? fardu kifayah

nak buat garlic butter? tak susah tak perlu beli pun kat kedai
ambil beberapa ulas bawang putih dan cincang sampai halus
kalau buat banyak campak je dalam food processer
saya buat sikit terpaksa tumbuk dalam lesung lepas tu gaul je dengan salted butter
tabur sedikit dried parsley flakes dan simpan semula dalam fridge
bila-bila nak makan sapu kat atas roti dan toast atas pan

Friday, 11 November 2011

Masak Lemak Cili Api Telur Itik

Sebakul hubby bawa balik telur itik pemberian kawannya masa pergi outstation tempohari.
sebenarnya takde lah sampai sebakul tapi berpuluh biji, banyak lah tu masuk bakul kecil
diberi telur masin satu balang, rasanya kat dalam tu adalah dalam 10 biji
diberi juga telur itik fresh dalam 12-15biji rasanya
saya dah pening fikir hendak kuapakan telur itik ni?
saya goreng sebiji makan begitu saja, my maid kata hanyir tapi saya rasa hmm sedap tak rasa hanyir pun

telur itik ni teksturnya agak keras sedikit berbanding telur ayam
jadi sesuai untuk dibuat masak lemak cili api
tumbuk cili api dengan kunyit hidup, titik serai 2 batang
didihkan dengan santan dalam 700-800ml
bila dah mendidih baru pecahkan telur itik ke dalamnya
kacau perlahan-lahan nak bagi putih telurnya berserdak sikit biar kuahnya pekat
campak daun kunyit hiris bagi wangi lepas tu perasakan garam
wallahhh!

masa tengah masak tu baru teringat, kuning telur itik ni sebenarnya sesuai sangat kalau nak buat jala emas atau buah tanjung
tapi kalau pakai kuning telur je yang putih tu nak kuapakan?
buat macarons? boleh gitu? kekekeke
buat kuih tahi itik je kot ;-)

Wednesday, 9 November 2011

Mengasihi Tanpa Syarat

Hubby had to extend his stay kat Ayer Tawar for another 1 night. *sigh* boring.
Saya purposely tak hantar Fahmi ke sekolah hari ini dan semalam, saya bagitau dia mama bagi awak cuti extra
tapi sebab sebenarnya saya rasa tak sedap badan, tak larat nak berkejar pagi-pagi
dedar je dah seminggu rasa nak demam dengan panas tekaknya, pedih mata, sakit kat mata kiri kadang-kadang bawa ke sakit sebelah kepala
Aduhaii badan dah tua, macam ni lah
dalam saya ingat saya telah memontengkan anak saya semalam, rupa-rupanya memang sekolah dia closed pun sempena aidiladha... lorrrrr
Alhamdulillah Allah swt beri saya instint yang baik, kalau tidak sia-sia lah kami tercongok depan sekolah hihihi

Semalam niat nak balik awal tapi tak kesampaian
kesian kat anak-anak sudahlah daddy mereka takde, mama pulak memang sentiasa balik lewat
pagi semalam Yaya dah muncung-muncung bibir tak kasi saya pergi kerja
takde kerja lain nak suruh entertain dia lah tu, seronok agaknya 2 days in a row free without kakak
padahal bila kakak cuti saya lah pengganti mulut bising, tegur itu ini, marah diaorang buat sepah dan serba mak nenek lagi syarahan saya
hubby pun cakap kat diaorang siaplah korang esok mama tak kerja macam nilah mama tapi diaorang cakap walaupun saya marah diaorang tetap suka
alahaiiii... agak esok kalau saya dah berhenti kerja hari-hari ada kat rumah membebel mau tak diaorang tarik balik statement tu? heheheee

tapi itulah nikmat cahayamata yang Allah swt bagi, diaorang penghibur hati diaoranglah yang drive me crazy
kerapkali mereka tak makan malam melainkan tunggu saya balik, padahal saya tak kisah diaorang makan dulu, dah memang mereka selalu makan awal before maghrib
nak tunggu saya yang tak tentu entah balik before maghrib entah balik lepas isyak
bila saya dah balik pun diaorang tunggu saya dah mandi dan solat semata-mata nak makan sama-sama
dah macam tu I cannot help feeling kerja gaji ribu riban berjawatan tinggi pun takde maknanya kalau makan caci hina orang bukan kasih sayang yang ikhlas
kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang anak-anak
balik rumah buka pintu kita disambut dengan senyuman dan pelukan
badan bau masam dengan peluh pun wangi pada diaorang
kita marah, menjerit dan kadang menggila bagai pun tiap malam pipi kita juga yang dicium
pagi-pagi nak pergi sekolah tangan kita juga yang dicium
itulah kasih sayang yang jujur dan ikhlas
menyayangi dan mengasihi kita tanpa syarat!