Wednesday, 21 March 2012

Kuih Keria Keledek Kecut

Balik kerja petang kelmarin saya singgah di kedai runcit rahman depan rumah
tujuan nak beli keledek nak buat kuih keria
memang beriya-iya sungguh kali ini
padahal saya memang jarang buat kuih-muih Melayu
seumur hidup cuma 1 kali saja saya pernah buat kuih ini
itupun bukan saya yang buat tapi Ma, saya cuma bantu gentel je
tapi disebabkan kuih keria ni is one of Fahmi's favourite kuih
dan dia pun sejak 2-3 hari lepas cakap teringin
maka saya usaha mencari keledek



Pencarian di kedai rahman menemukan saya dengan 3 ketul keledek
voila! sekali terjah je dah jumpa padahal hati rasa was-was juga s
ebab kedai rahman ni bukannya banyak sayur-mayur pun (keledek nak kira sayur ke buah-buahan?)
tapi sayang, keledeknya sudah berkedut dan saya saspek dah masuk angin pun
hmmm... saya ambil juga, tak apalah kot boleh salvage lagi isinya
kaki malas nak tekan pedal minyak ke kedai sayur acheh
masa membayar saya tengok tokey Rahman lama membelek keledek tu
lepas tu dia cakap "ini saya tak kira ye, sebab sudah kecut lah"
"kakak ambil lah, kalau boleh pakai kakak pakai lah" tambah dia bila tengok saya berkerut kening
terkejut saya, tapi rasa senang hati sangat sebab dia jujur berniaga!
saya minta dia halalkan... Alhamdulillah





Bahagian keledek yang masuk angin dibuang, kemudian direbus
bila dah masak saya cubit sikit, rasa dulu
emmm... Alhamdulillah rasanya masih rasa keledek
biarpun warna keledek agak keruh dan dah tak kuning lagi
hmm apalagi... mula lah operasi melenyek dan mengadun
tanpa sebarang resipi yang spesifik
main agak-agak je letak tepung asalkan tak keras
hasilnya selepas digoreng memang elok lembut
kalau yang keras dan liat tu sebab banyak tepung ye puan-puan






Merasa lah Fahmi makan kuih keria hasil air tangan mama
tak sabar-sabar menunggu salutan air gula sejuk
elok je sejuk terus dia bantai 2 biji padahal masa tu dah melepasi jam 10malam
patut tak boleh makan dah, kena masuk tidur
si Yaya yang tak pernah heran dengan kuih keria pun boleh tergoda
dia rasa sikit, lepas tu minta lagi
sedap katanya... memang sedap bukan sebab saya yang membuatnya
tapi sebab selepas digoreng, kuih keria dari keledek kecut berut dan keruh isinya itu
tetap beraroma harummmmm sangat!
bila kita makan aroma yang harum tu bermain-main dalam mulut
itu yang menambah keenakan
berkat kebaikan hati rahman jugak kot :-)

saya pernah terbaca, rahsia sajian yang enak ialah apabila sajian tersebut
boleh merangsang kesemua deria - penglihatan, bau dan rasa
perasan tak kalau kita selsema atau hidung tersumbat
apa yang kita makan semuanya rasa bland
itu disebabkan masa kita nak menyuap makanan ke mulut
hidung kita tak dapat tangkap bau, jadi 'kurang' nikmat makan

yang saya tahu, kuih keria keledek kecut saya tetap nikmat! he he
kat dalam fridge masih ada baki doh kuih keria
boleh sambung buat bila-bila nak makan
or kalau malas nak sira kuih keria kita buat cek mek molek (inti gula di dalam)
tak pun buat kuih cucur badak pulak kan?

Tuesday, 20 March 2012

Ganti Puasa

Tercuit hati dengan conversation with my children kejap tadi
saya temankan Fahmi yang tengah makan malam sambil saya mengunyah keropok
cik Yaya disebelah sibuk buat yogurt parfait dia sendiri
mulut dia berbunyi "Mama buka puasa ke?"

Saya : Taklah, mama tak puasa hari ni
Yaya : Ooo habis tu semalam mama puasa ganti ke?
Saya : Tak, mama puasa sunat - Isnin Khamis. Ganti dah lama mama buat

Tiba-tiba Fahmi mencelah "Alamak, macam mana abang nak ganti puasa ni? Abang rasa tak larat lah"
Saya terkejut. Fahmi ganti puasa?

Saya : Kenapa pulak abang nak ganti puasa?
Fahmi: Yelah sebab abang tak puasa 1 hari
Saya : Masa bila? Ada ke?
Yaya : Ha'ah , abang makan coklat kan?
Fahmi: Abang tak tahan

Terlopong kejap saya. Alahai anak ku yang berusia 8 tahun nak ganti puasa sebab dia kantoi 1 hari ramadhan tahun lepas
maknanya dia sudah faham puasa ramadhan itu wajib dan perlu diganti kalau tak cukup
saya tidaklah sampai ke tahap nak suruh dia ganti puasa, tapi dia sendiri yang terasa
aduhaiiii sejuknya hati saya, moga-moga dia sentiasa ambil serius hal ibadat sampai dia dewasa
Aminnnn...
last sekali dia cakap "abang tak sabar lah nak puasa..."
ermmm pulak dah! belum pun ganti yang kantoi tu dah eager nak puasa sebulan?
bagus3x...
moga Allah swt permudahkan mendidik anak-anak ini menjadi soleh dan solehah

Toturial DIY: Make Your Own Garlic Butter Spread

Hari ini mood sharing is caring tengah meluap-luap
saya nak share cara buat garlic butter spread di rumah
bagi yang suka makan garlic bread cicah sup macam kami sekeluarga ni
memang saya galakkan buat sendiri
nak senang boleh... siapkan duitnya pi beli kat kedai
tapi bagi an advocate of home cooked meal macam saya ni
lebih selesa buat sendiri, setidak-tidaknya saya tau macam mana my favourite food dibuat
memang saya punya curiosity yang tinggi bab ni
setiap benda yang menarik minat saya akan saya kaji
lebih-lebih lagi bab makanan kegemaran
lagi satu, bab kesucian dan kehalalan sesuatu makanan tu penting
garlic butter spread memang banyak dijual di pasaran
tapi halal ke?
ehh takkan butter spread perisa garlic pun nak dipersoalkan kehalalannya?
of course!
kenalah check mentega apa yang dipakai? mentega tu ada letak lemak babi tak?
memang banyak mentega di pasaran tapi tak semua halal kan?
so berhati-hatilah... maka lebih baik buat sendiri garlic butter spread
pilih butter yang halal jadi kita boleh kawal apa yang masuk dalam perut dan menjadi darah daging kita, maaf tazkirah panjang sikit hari ni
bukan perasan bagus, banyak lagi kelemahan saya tapi kalau dapat seru kepada kebaikan
walaupun kecil usaha ini, apa salahnya kan?

Ok this is how I prepared my garlic butter spread
Jamie Oliver's way... pernah tgk sekali lalu je jamie buat kat tv
nampak tak susah... cuma garlic tu perlu dipanggang
selalu saya buat pakai garlic mentah dicincang... rasa dia 'tajam' (tangy) sikit lah
pakai roasted garlic ni lebih sedap!
Ok jom tengok bahan-bahan dan cara membuatnya dengan tutorial bergambar di bawah ini.






Process I: Roasting the Garlic Bulb





1 garlic bulb







peel off the outer skin yang berlapis-lapis tebal tu







chopped off the garlic head tu sikit to expose isinya
letak garlic bulb atas aluminium foil
drizzled sedikit minyak zaitun, lebih kurang dalam 1 sudu teh, lumurkan keseluruh dan dicelah2 garlic bulb tu






balut garlic bulb dengan aluminium foil tadi
panggang dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C selama 30-35 minit. Biarkan sejuk sebelum digunakan







Process II: Preparing The Garlic Butter Mixture





Garlic bulb yang dah dipanggang, harum bau bawang putih







Bila garlic bulb dah sejuk picit keluar isinya dengan menekan bahagian bawah bulb menggunakan ibu jari seperti di atas







Saya tak picit pun, boleh peel sikit kulit dah keluarkan isi. Seronok dan ralit buat benda ni he he







Mesh the roast galic with the back of your knife atau dengan sudu. Garlic tu dah lembut sangat so you can mesh effortlessly.





Scooped them into a bowl. Saya tak guna bowl pun, less kitchen utensils used in this process. Saya buat kerja atas papan pemotong sayur je, nampak ala-ala naked chef gitu he he he







Letakkan 1/2 ketul mentega spreadable atau mentega soft. Sukatan dia 1:2, 1 bahagian roasted garlic dicampurkan dengan 2 bahagian mentega.







Tabur secubit garam, tapi kalau mentega tu dah masin tak perlu tambah garam. Dan gaulkan juga grounded parsley flakes atau nak guna fresh parsley pun boleh, sila cincang halus.







Tadaa... Dah siap!!!







Boleh simpan dalam mini container. Tapi saya gegedik sikit nak balut dalam cling wrap. Bajet kalau nak guna boleh potong je sebanyak mana yang diperlukan dan tak payah nak basuh container lepas tu. Dasarrrr!
Bentangkan cling wrap atas kitchen counter. Letak garlic spread ditengahnya, tarik one end of the cling wrap ke tengah. Kemaskan balutan dan gulung sampai habis.






Pintal both ends macam pembalut gula-gula.
Boleh disimpan dalam peti sejuk.







Sekian tutorial hari ini. Selamat mencuba!

Sunday, 18 March 2012

Masak Lemak Tempoyak Ikan Senangin

Takde idea nak masak apa untuk lunch hari ni
masa kat kedai depan rumah tiba-tiba datang idea masak lemak tempoyak
maka saya beli 2 ekor ikan senangin, tapi alahai cinonetnya senangin sekarang ye?

guna tempoyak baki buat sambal daun kayu bulan puasa lepas

Ikut style campak-campak saya
bawang merah 2 ulas, bawang putih 1 ulas, cili padi 5 tangkai, halia sebesar kuku ibu jari (mak aiii measurement zaman batu belah batu bertangkup!kikiki), dan kunyit hidup
tumbuk lumat semua dengan garam dalam 1 sudu kecil
didihkan rempah dengan santan, tempoyak 1 1/2 sudu besar dan 1 batang serai diketuk
bila dah mendidih masukkan ikan dan asam gelugor 1 keping
perasakan garam kalau kurang dan sedikit gula nak imbangkan rasa masam


Incik hubby makan sampai bertambah-tambah... lepas tu dia pulun lagi untuk minum teh petang tadi
Adehhh tak pernah saya dengar menu minum petang - masak lemak tempoyak... apa-apa jelah ;-)

Friday, 16 March 2012

Yeayy! Now We Can Fly

Sehari suntuk berkampung di imigresen Shah Alam,
memang puas hatilah bila akhirnya paspot saya dan anak-anak berjaya diperbaharui!


tiba-tiba pulak yang paling hujung kiri tu nampak cerah kan? tempek bedak 1 inci! hikhikhik

Bunyinya macam susah sangat nak renew paspot
memang pun susah! dan disaster sungguh hari ini

Kami 3 beranak keluar jam 8 pagi - ni kena bebel dengan incik hubby sebab dia kata imigresen buka pukul 7.30pagi... lerrr mana gue tau
tempat pertama yang dituju adalah imigresen Kelana Jaya, dekat sikit dengan rumah
dan kebetulan my sister ada kawan kat sana - motif??? takde maknanya!
sampai je masuk pejabat macam lengang
macammmm..... macam tak sibuk
rupa-rupanya sistem down... aduhhh!!!!
sakit jiwa mak, tak boleh jadi
nak renew paspot anak-anak memang tunggu cuti sekolah jelah... kena pulak hari ni hari jumaat
saya tau ada kaunter imigresen yang buka hari sabtu dan ahad tapi tiada jaminan sebab kalau sistem down depa tak operate jugak
alang-alang saya dah ambil cuti saya heret juga anak-anak ke imigresen Shah Alam
ye, saya tahu kat sana lagi sibuk tapi itu paling dekat dan saya bajet kalau anak-anak lapar atau boring senang banyak tempat nak makan
haaa memang pun senang, dan bab makan ni lah yang menimbulkan huru hara... stay tuned

sampai sana pukul 10 pagi, terus ambil borang baru
lepas tu dapat nombor giliran... makk aiii depan saya ada 60orang lagi!
saya heret anak-anak lepak kat kerusi luar, padat sangat kat dalam tu
telinga masih boleh dengar nombor giliran dipanggil - no problem
1 jam menunggu sambil menahan sabar dengan kerenah anak-anak
silap tak bawa PSP sebab budak berdua ni takde mainan to distract their attention
depa pi bantai bergaduh pulak - cuit sana cuit sini sudahnya berkeriau!
1 jam, 13 nombor je bergerak... adehhh masakkkk! ada lebih kurang 40 nombor lagi
cik Yaya dah berkeriau lapar, Fahmi enggan bergerak dari kerusi sebab dia takut terlepas nombor - very sensible boy ;-)
tapi telinga mak tak tahan dengan keriau cik Yaya ni, tau jelah suara dia pitching memang out habis kan
turun ke bawah lepak kedai atuk kayhepsi! adehhhh langgar habis pantang larang 4 tahun, nak puas kan hati anak punya pasal
saya limitkan masa maksimum 30minit saja, makan pun ringkas main kongsi-kongsi asal dapat alas perut depa
cukup 30minit kami naik semula, masuk pejabat intai nombor
mak aiiiii nak terkeluar biji mata mak, sib baik tak gugur ke lantai
1 jam saya tunggu 13 nombor bergerak, 30minit saya lari 60 nombor bergerakkk!!!!
20 nombor terlepas! adehhh terpaksalah ambil nombor semula
ada sorang brader ni with his children pun miss jugak, beratur semula dengan saya
hampehhh!
ni atuk kayhepsi punya pasal... tu lah sapa suruh pi langgar pantang larang kan dah kena tulah... he he he

bila kita menunggu lambat lah pulak nombor bergerak, maunya tak sakit hati
tapi kali ni memang kami tak berani nak ke mana-mana
Fahmi pun pandai takut terlepas lagi
sudahnya Yaya dan Fahmi bergilir-gilir pergi check nombor giliran dah sampai berapa
he he he senang... saya duduk je menung kat luar
hati resah sebab sepatutnya pukul 6 petang saya dah berada di Hentian Bas Putra nak jemput mak sedara dan sepupu dari terengganu
kalau lambat habis naya lah depa... kena pulak handphone bateri saya kong habisss!
aduiiii lagilah menambah keresahanku!
tapi nak buat macam mana, tahan jelah
saya pun tak tahu kesabaran dari mana yang saya dapat
dengan melayan anak-anak yang tak reti duduk diam, mulut masing-masing banyak bertanya pulak tu
si Fahmi bersinar-sinar mata dia bila nombor giliran kami semakin hampir
bersorak-sorak gembira budak berdua tu bila nombor kami dipanggil! malu pulak saya
akhirnya berkat kesabaran dan azam sungguh-sungguh nak selesaikan semuanya hari ni juga, lagi 10 minit nak pukul 5 petang paspot kami pun siap!

cuba tengok perbezaan wajah masing-masing then and now
terutamanya anak-anak punyalah

Yaya's
jauhnya bezaaaa!!!! nampak sangat yang dulu tu masih baby lagi... and she looks old dengan gaya rambut lurus tu... sikit pun tak senyum sebab pagar (gigi) dah rongak! kikiki



Fahmi's
Adehhhh tak serupa pun! Yang kiri macam putih melepak dan bulat jer... bila dah besar kurus dan garing!



Emmm yang ni bila pulak bersalin kulit! ekekeke Ni semua kesan kualiti gambar. Yang lama tu ambil gambar kat kedai cina, colour saturation dia agak gelap dan lebih berkualiti pada pandangan saya. Gambar yang baru ni pulak ambil kat kedai 'orang kita' pakai digital camera je dan gambar siap in 10mins... colour saturation sangat cair. Gambar saya ni kira kualiti terbaik compared to my children's sebab gambar fahmi dan Yaya blur sangat terutama gambar Fahmi nampak 'goyang'... memang tak professional lah camerawoman tu... sabar jelah bayar RM12 tapi low-quality

so that was it. A day full of disaster.
akhirnya my auntie dijemput oleh hubby... naik komuter turun di hentian subang jaya
saya tunggu mereka di sana je... phewww!
sangat memenatkan!

Thursday, 15 March 2012

Rumah Tumpangan Musnah

Kesian anak-anak angkat incik hubby
sudah 2 hari menahan kesejukan tidur tak berselimut diluar rumah
dah lah sekarang ni hampir tiap hari hujan, kadang waktu malamlah mencurah-curah lebat
ni semua gara-gara budak cuti sekolah yang takde kerja lain nak buat
dah dibagi main PSP, tengok TV pun sudah, disuruh siapkan homework pun sudah
siap dibelikan raket badminton lagi supaya dapat isi masa lapang mereka sepanjang cuti sekolah
alih-alih memusnahkan sarang burung jugak yang dia minat!
ingat lagi post saya tak lama dulu? pasal penyewa baru - seting garden?

emphhhh... dah takde dah seting garden tu
habis dilibas dek Fahmi dengan kain buruk
terkejut saya balik kerja 2 hari lepas tengok segumpal rumput kering atas lantai
cik Yaya siap bagi signal kerlingan mata hala ke abang dia bila saya tanya siapa buat?
alahaiiiiii anak teruna ku sorang ni... rasanya si dara ku yang lebih mischievious
tapi kekadang susah nak jangka jugak keletah anak-anak ni
hati sudah berdebar, kalau incik hubby balik nanti sure berjela marah dia
jadi sebelum masing-masing bernanah telinga kena marah dengan incik hubby
lebih baik saya bagi syarahan dulu
tempohari saya nak musnahkan sebelum sarang tu siap pun incik hubby dah larang, inikan pula bila sarang sudah berpenghuni

kesian burung-burung ni burung macam ni sikit punya lawa pun nak halau ke?
eksotik nih... kalau kat kedai sure mahal tapi yang ini datang menyerah diri
kesian mereka kesejukan, walau rumahnya dah musnah dia tetap balik ke sini
entah apa yang dia harapkan?
mengharap seseorang bina balik rumah dia?
sakanlah saya buat Fahmi rasa bersalah
kaw-kaw saya bantai dia dengan kata-kata
kita ni semua makhluk Allah, menumpang atas muka bumi Allah ni
apa salahnya burung-burung tu menumpang buat sarang kat rumah kita
chewahhh ayat power padahal hari tu bukan saya jugak nak musnahkan? he he he
saya bagitau lagi, burung tu hari-hari mendoakan kita sebab bagi dia menumpang, sekarang dia dah takde rumah abang yang musnahkan, agak-agak mau ke dia doakan kita lagi? chewahhhhh.... ustazah!
sedang elok pulak time bersyarah tu burung-burung tu baru balik rumah
berkicau sakan lah depa terkejut cari rumah takde
tak boleh angkat muka si Fahmi, macam padi makin menunduk dia
mata macam merah-merah sikit he he

malam ni, I made him say sorry to the birds!
dia tak mau tapi tak juga membantah
dia cuma kata burung tu faham ke
saya jawab kenapa pulak tak faham? abang je yang tak faham cakap dia
hihihihi... nasib lah dapat Mama macam saya
tapi memang sungguh-sungguh Fahmi rasa bersalah
dia tanya saya tak boleh ke kita buat sesuatu
belikan sangkar ke
I said NO! biarkan burung tu hidup bebas tak perlu nak dikurung
saya tak minat nak bersangkar-sangkar ni, takde kerja!
dah tertidur pun anak teruna saya tu lepas sesi minta maaf dengan burung
alahaiii kesian awak terkena dengan Mama... sabar jelah
kalau Mama tak buat macam ni you'll never learn sayang

Tuesday, 13 March 2012

Guruh Di Langit... Tempayan Di Dapur Kami Tadahkan

Umum sudah tahu 14-15 Mac ni banyak tempat disekitar Selangor akan terputus bekalan air
saya ni tak baca suratkhabar, mujur juga tiap-tiap pagi rajin turn on radio
jadi dapatlah news ni, kalau tak memang menggagau lah kami anak beranak nanti
sebagai persediaan nak menghadapi 2 hari tu kenalah beli tong simpan air
kat rumah setakat ada baldi dan besen yang tak berapa nak besar tu
kali ni kenalah beli yang besar, perit tu nak tahan 2 hari lebih
mujur juga minggu ni budak tak sekolah, jadi bolehlah kurangkan guna air
kalau hari sekolah tengahari balik depa mandi segarkan badan sebelum ke kelas KAFA
baju sekolah lagi nak kena basuh, kasut lagi
memanglah baju sekolah banyak pasang tapi musim hujan ni lecak kekadang kasut baru pakai pun kotor, baju pun sama cepat kotor

jadi semalam pergilah mencari tong air besar
sakitnya hati, mentang-mentanglah semua orang pakat dok beli tong air
bukan main sombong lagi apek kedai barang plastik tu
letak harga memang tak boleh kurang punya, tekan habis-habis ye?
maklumlah pengguna takde pilihan, terpaksa
syabas punya kerja, pengguna sengsara, tokey plastik juga yang gumbira