Wednesday, 18 July 2012

Chocolate Mousse

Saya ada banyak entri tertunggak. But don't have the mood to write.
I found that when I'm not sitting on my working table, nak karang sebaris ayat pun jadi susah. Kalau dulu rasa mencurah-curah idea nak mengarang.
Is this one of the many downside of not working? Tetiba rasa seram pulak.

Ok lupakan rasa seram tu sekejap. Saya ada beberapa photos of dessert that I made recently (note the past tense). Jangan lah tanya berapa kurun dah saya buat sebab saya pun lupa! Hehe

I made this chocolate mousse just to kill the time. Bahan-bahan tak perlu banyak. Mostly memang sedia ada kat rumah. Dan saya cari resipi yang sesuai dengan bahan yang saya ada.




Ada beberapa variasi resipi. From the ones using eggs for creamy and thick mousse to the ones using whipped cream for fluffy and light mousse. There are recipes adding gelatin sebagai ejen pemekat mousse. I choose the recipe from taste.com.au which combines eggs and thickened cream for creamy mousse. And also because I always have a box of thickened cream in the fridge.


Ingredients
150g dark chocolate, chopped
3/4 cup thickened cream
2 eggs, separated
2 tablespoons caster sugar


Method
1. Place chocolate in a heatproof, microwave-safe bowl. Microwave, uncovered, on medium (50%) for 1 to 2 minutes, stirring every 30 seconds with a metal spoon until melted and smooth. Set aside for 5 minutes to cool.
2. Using an electric mixer, beat cream in a small bowl until soft peaks form. Wash and dry beaters. Beat eggwhites in a separate small bowl until soft peaks form. Sprinkle sugar over eggwhites. Beat for 1 to 2 minutes or until mixture is thick and glossy and sugar has dissolved.
3. Add egg yolks to chocolate. Using a metal spoon, stir to combine (see note). Stir one-third of eggwhite mixture into chocolate mixture until well combined. Fold in remaining eggwhite mixture. Fold in cream.
4. Spoon mixture into a large snap-lock bag. Snip a 1cm triangle from 1 corner of the bag. Pipe mixture into eight 70ml-capacity shot glasses. Cover with plastic wrap. Refrigerate for 3 to 4 hours or until firm. Decorate with cachous. Serve.






Hubby cakap a little bit too sweet for him. But the children kata "...tak lah. Ok je". Saya rasa memang manis sedikit... sikit je lah and I know why. Saya guna cooking chocolate yang sebenarnya sudah sedia manis. Patut guna dark chocolate then only you can add sugar.




I made 4 gelas pendek. 2 1/2 gelas dimakan oleh Yaya! Tapi dalam masa 2 hari lah. Tak berapa bagus sebenarnya sebab guna raw eggs... sebaik-baikya cuba guna pasteurised eggs kalau nak buat chocolate mousse.

Wednesday, 11 July 2012

Karipap Pusing

Saya suka karipap.


Ye saya tau, sangat vintage selera saya tu. (*_*)
Sekarang bila-bila terasa nak makan karipap saya lebih suka buat sendiri sebab susah nak jumpa karipap yang kena dengan selera saya. Buat sendiri boleh difrozenkan dan bila-bila perlu goreng je buat bekal anak-anak.


Sungguhpun dah berkali-kali buat karipap tapi harus saya akui masih gagal mendapatkan kulit karipap yang rangup. Selalu buat bila dah sejuk je mesti kulit jadi lembik dan liat. Banyak kali tukar resipi masih belum bertemu yang kekal rangup. Tak tau lah kalau tangan saya ni memang tak serasi dengan doh kulit karipap kot?


Rasa tercabar pulak bila tengok Dato' Fadzley buat karipap pusing kat Masterchef Celebrity tempohari. Dan dia kata itulah kali pertama dia buat karipap. Terus menjadi pulak tu. Tercabar beb! Haruslah ahkak pun turut sama menyahut cabaran itu.


Jadi saya google for recipe karipap pusing and tried the first one that I found. Diambil dari blog noreen-homecooking yang sudah tidak aktif lagi. Entah kenapa rasa seronok dan enjoy sangat melapis dan menggulung doh karipap pusing, walaupun ramai orang cakap renyah dan banyak kerja tapi sikit pun saya tak rasa begitu. Barangkali seronok tengok doh yang spiral tu sampaikan saya terasa seperti anak kecil yang mendapat gula-gula! A very pleasant and enjoyable experience! ;-)


Bila digoreng dan setiap lapisan spiralnya semakin menyerlah, saya bersorak riang dalam hati. Huhu!






Tambah seronok bila kulitnya rangup dan rapuh serta kekal begitu walaupun dah sejuk mahupun semalaman. Resipi noreen memang superb. I'll stick with this one forever!







Cik Yaya jadi my food tester. Dia suka kulit karipap. Lebih dia suka telinga (kelim) kulit karipap tu. Bila dia makan yang ini she keep on coming back for second and third. She likes spiral curry puff more than the normal one.







As for the inti karipap I'll always stick to my version - spicy, using potatoes with chicken cubes or finely diced beef. Saya tak suka karipap inti keledek - lil bit too sweet for my taste. And I hate it bila orang buat inti karipap manis. Memang potong stim. Macam CD rosak gitu.


In the mood untuk mencabar diri? Silakan ;-)

Sunday, 8 July 2012

Nasi Ambeng

Incik hubby cakap kat ex-officemate saya that I have been cooking a couple of times sejak saya 'bersara' awal ni.
Excuseeee me! I have been cooking more than a couple of times ye. In fact I have been cooking almost everyday since I became a SAHM.
Takkanlah nak saya decumented every single thing that I cook. Kang muntah hijau dia menahan sabar setiap kali nak hidang makan saya interfere dengan mengambil gambar hehe.

Sebagai memenuhi cabaran juri-juri di rumah ( ha ha ha), saya mencabar diri saya membuat Nasi Ambeng.




Saya sebenarnya tak faham kenapa mesti makan nasi dengan mee goreng? That is sooo off for me. Lepas tu campur sekali dengan lauk pauk semua. But bila dah merasa sekali kat rumah mentua tempohari, not so bad lah rasa dia.




I must say key ingredients yang menyedapkan nasi ambeng adalah ayam semur dia. Mesti ada ayam semur barulah 'kick'.



Dan ayam semur itu harus dimasak dengan gaya mak mentua saya. That is dengan secret ingredient dia - lada sulah @ lada putih yang ditumbuk halus. Mesti tumbuk tak boleh mengelat pakai serbuk. Rasa dia tak sama. Rupa ayam semur sama dengan ayam masak kicap kan? Tapi bila letak lada sulah ni lebih sedap lagi. My mak mentua memang lah superb bab masak ni kan. Lagipun ayam semur memang hidangan orang jawa, maka haruslah saya akur dengan resipi mak mentua. Adehhh bodek terlebih sudahhh.

Wednesday, 4 July 2012

Segalanya Limau (...and Lemon)

Cooks and bakes of last weekend. Mengambil aura Masterchef Celebrity, tema hidangan minggu lepas adalah Limau dan seangkatannya.


Lemon Lime Square (Pie) yang tersangatlahhh mashammmm nye! Pesanan penaja, sila be generous with sugar kalau nak buat pie ini.





Lime & Mint Macchiato. Resipi courtesy of kak yan from Yan's Family, Frens, Travel And Food Journal. Minum air ni rasa 'sihat' sebab letak pudina hehe




Clockwise: Lime Squares (pie), Lime Macchiato, Laksa Johor & Ulam-ulaman laksa johor




Laksa Johor ala Chef Ridz ni memang superb. I was contemplating between Chef Ridz recipe and Che Wan's recipe. The latter punya ingredients lebih banyak ( i guess banyak lapisan rasa)dan more complicated so I choose the former. Lebih ringkas dan yang penting cepat siap. The taste sangat superb.


Verdict: Jury keep on "emmm..." "aaahhhh" bila makan laksa johor but semua sepet-sepet mata bila makan lime pie. Sabar jelah bila musim masterchef tiba memang macam ni lah family saya hehehe

Saturday, 30 June 2012

Unbelievable

You wouldn't believe what happened to me on Friday
I'll story later ye. Break sebentar untuk bernafas.
Penat ;-)

For the time being cuci mata dengan lukisan ini.
Gerun mak dengan ikan ni ekeke



Title: Raksasa Ikan (patutlah macam cacat je hehe)
Painter: Fahmi
Date: 25 December 2010

Thursday, 28 June 2012

Lawak Sadis

Hanya tinggal 1 hari lagi sebelum saya meninggalkan ofis ini secara rasmi. The minute I reminded my boss about my departure masa awal bulan dulu tiba-tiba masa jadi begitu cepat berlalu. I went to see him the other day to discuss about my handing over tapi kena marah pulak dengan dia.

"You ni sengaja kan, buat masa cepat berjalan"
Aduhaiii saya pulak yang dipersalahkan? Kelakar betullah. Ini Lawak No.1
Masa tu saya agak kurang faham dan kurang sensitif membaca air muka, tona suara dan bahasa tubuhnya. Lurus je saya menjawab "Apa pulak saya, MASA tu bukan saya yang kontrol"
Dia acuh tak acuh je masa saya bagi briefed him. Raut muka dia bercampur baur, ada kelihatan macam annoyed je dengan saya, I thought I must have bored him so I cut the briefing short. And I left dengan rasa sebal. Tapi agak lega sedikit sebab akhirnya saya dengar sendiri dari mulut dia bersetuju saya hand over to a fellow director.

Petang tu masa balik saya bertembung dengan my colleague Mr RA yang ada family relation with my boss. I wanted to avoid him, because he has been avoiding me for a week. I think I know why, semua orang marahkan saya sekarang. Isyyy tension!
But he was in my way. Takde jalan lain redah jelah. Dia tegur "Bila last day?"
Saya yang terbawa-bawa perasaan lega tadi terus senyum menjawab "Bila-bila this week. Bos dah OK dah"
Mr RA berdecit sambil tersenyum kecil, "Mulut je kata OK, dalam hati menangis!" Ha ha ha. Ini Lawak No.2
Lepas RA cakap macam tu baru saya perasan. Hmm agaknyalah pasal tu tadi muka my bos suram. Padahal before saya masuk jumpa dia saya dengar mood dia happy sangat.

The next day I asked the HR Manager, Mr J to furnish me with acceptance resignation letter. but I was told my boss refused to sign the letter. His remarks were "Dia bukan berhenti, dia berehat". Hmmm Lawak No.3
Oh my, he's still living in denial.
Terus Mr J tak berani nak jumpa boss lagi dah. Instead, Mr J tries to pujuk saya supaya tak insist for the letter semata-mata sebab dia nak avoid being scold by the boss. Lawak No. 4. Crazy!!!

Semalam my boss's secretary, Mrs E pulak marah kat saya. Dia kata mood boss sangat teruk minggu ini. Semua benda yang berkaitan dengan saya dia tak mau sign. Kalau sign pun nampak sangat muka terpaksa. Lawak No.5

Semalam juga saya edarkan cenderahati kepada anak-anak buah saya. Only for the girls. Takdelah ramai pun, 6 orang je girls. Pelik ke? Mereka cakap "Patutnya kitaorang yang bagi puan hadiah". Oh pleaseee dengan orang lain awak bolehlah buat macam tu. The gift adalah tanda terima kasih saya kepada mereka atas sokongan mereka selama ini. Without them siapalah saya.

Berbulan juga saya dok fikir apa nak beri pada mereka. Akhirnya I settled for tudung. Saya tahu mereka admire sangat koleksi-koleksi tudung yang saya pakai padahal bukanlah branded pun. Tapi mereka tak pernah cakap directly. Orang lain yang beritahu. That's what I like about them, they work seikhlasnya, takde ayat-ayat membodek atau memuji sebab saya tak suka orang kaki bodek.

Dah pilih-pilih tudung tempohari tiba-tiba rasa sayang pulak nak bagi sebab semuanya cantik-cantik! Saya pilih ikut selera saya. Haruslah cantik! (*_^). Tapi saya ingatkan diri. Kalau nak beri hadiah pada orang, berilah sesuatu yang paling kita sayang atau sukai. So pergilah kamu wahai tudungs.

Semalam masa saya beri gift tu saya rasa puas lihat mereka semua tersentuh dengan pemberian saya. Semua mata berkaca. Saya senyum puas. Saya kan memang pandai buat little surprise macam ni. Seronok kan dapat menyentuh hati orang?

Tapi saya silap. Bila saya sangka sayalah paling bijak pull out a surprise like that for them, rupa-rupanya what they give back in return jauh lebih menusuk ke dalam ahti saya.

Pagi ini sesampainya dekat ofis, terteleng-teleng leher saya melihat kelibat the girls seorang demi seorang. Semuanya berpakat pakai tudung yang saya beri semalam!
Satu kejutan balas untuk saya.
And all of them looked sooo beautiful, just the way I imagine they'd be.
Saya senyum sampai ke telinga sambil ketawa seorang. With tears welled in my eyes but I quickly blinked them away.
I don't know how to describe the way I feel right now. I am happy, I am pleased. I feel appreciated.
Ucapan terima kasih semalam tidak sama nilainya dengan memakai tudung pemberian saya hari ini. A small gesture like that could touch my heart very deeply. And unearth the real feeling inside me yang saya cuba conceal dengan senyuman dan ketawa sepanjang 1 bulan terakhir ini.

I am sad. Really really sad.
But I'm so grateful for the 10 years full of rainbow, rain, storm and thunder.
I grew up. A lot.
Thank you. Thank you Allah.

Tuesday, 26 June 2012

Lelaki 'Budiman'

Sampai rumah semalam sudah agak lewat. Hampir jam 8 malam dan hari pun sudah gelap. Bertambah gelap dan malap bila bekalan elektrik terputus waktu saya belum pun tiba di rumah. Haisyyy... kacau betul. Dah lah belum mandi dan belum berbuka puasa.

Maka berbuka puasalah saya ditemani hubby dan anak-anak dalam samar cahaya lilin. Mujurlah saya suka kumpul lilin. Dulu masa saya sibuk beli lilin berwarna warni ikea ada orang bising. Tapi terbukti lilin-lilin itu berguna kan?

Jadi dalam kesamaran kami 4 beranak menikmati makanan sambil berborak. Hubby dan Fahmi were talking about something bila tiba-tiba saya dengar hubby puji dia 'Lelaki Budiman'. Sudah dua kali hubby gelar Fahmi sebagai 'Lelaki Budiman'. Dan kedua-dua kalinya saya dengar cik Yaya menyampuk "... dengan impiana". Terdiam kejap saya.

Kali pertama dengar dulu saya buat tak hirau walaupun ada terbit rasa pelik. Masuk kali kedua ni saya tersenyum faham. Ada point untuk ketawa malam ni hihihi.

Saya cuit hubby "Dengar tak dia cakap apa?"
Hubby dah tersenyum.
Tiba-tiba cik Yaya tambah "... dengan senja sekali"
Saya jeling hubby, sama-sama faham. Terus kami ketawa tanpa suara.
Saya tanya Yaya, "Adik tau tak apa maksud Daddy cakap lelaki budiman tu?"
Dengan muka tak selambanya dia repeat lagi "impiana dan senja"
Hubby menambah "masuklah suria sekali", berderai ketawa kami. Jahat sungguh mama dan daddy ni ketawakan anak sendiri.
Mau nya kami tak ketawa. Gelihati dengan gelagat Yaya ni, dia salah faham sebenarnya.
When hubby says 'lelaki budiman' he was refering to Malay translation of 'a gentleman'. But cik Yaya yang mulut bertih goreng ni instead of bertanya kalau tak faham, main ikut sedap dia menyampuk.
Untuk pengetahuan semua rumah-rumah di perumahan kami ni ada 9 jenis rekabentuk yang dinamakan sebagai Anggun, Bayu (rumah kami), Raya, Embun, Tilia, Suria, Senja, Impiana dan.... Budiman.
Jadi, bila hubby dok sebut 'Lelaki Budiman'... cik Yaya ni dengan confident nya menyangka hubby was refering to jenis rekabentuk rumah kat sini. Tu yang dia menambah Impiana dan Senja sekali lah! kih kih kih

Sudahnya, tersenyum malu cik Yaya dalam gelap.