Wednesday, 1 August 2012

12 Ramadan 1433H - Fit For A King

I first came across Puding Raja in a women's magazine. It was an interview with chef & writer norzailina nordin.
She mentioned about how the dessert was rejected when she first prepared them for a function graced by a menteri besar. Apparently puding raja was not a popular dessert among commoners thus when she introduced this dessert she received a frown. So she quickly explain that this dessert originated from the kitchen of Pahang royals. Hence the name Puding Raja. And it was well received by the attendees.





The pudding were made up by a layer of ripe bananas fried in butter which lends beautiful aroma to the bananas. A layer of jala emas (sweet delicacy made from egg yolk), then granished with prunes, glazed cherries or roasted cashew nut. Mildly sweetened milk is pour just before you eat them.






I made the jala emas myself menggunakan 10 biji telur kuning untuk menghasilkan satu mangkuk kecil jala emas. Terpaksalah buat sebab mana nak dapat jala emas dekat KL/Shah Alam ni. Takdelah susah sangat nak buat, cuma rumit sikit nak kirai kuning telur dalam air gula supaya dapat urat-urat halus yang dipanggil jala emas.






Minggu ini memang banyak buat kuih-muih manis. Agaknya dek rasa tercabar dengan kehebatan pasangan Nic & Rocco - dubbed as the Dessert King dalam My Kitchen Rules (Australia). Ahkak nak lah juga jadi Dessert Queen. Oh ya by the way, both of them akan berentap today against another favourite of mine Carly & Emily untuk tempat ke final. Walaupun saya dah tau keputusan akhir tapi nak lah juga tengok kehandalan mereka memasak. Setiap Isnin-Rabu mesti melekat depan tv dari jam 6pm-7.15pm. Mr Hubby pun sama layan. Dia pun minat program lawan masak ni. Very inspiring you!

Tuesday, 31 July 2012

11 Ramadan 1433H- Unta Pun Puasa

Oh wow! The sky is dark I think it's going to rain and I'm lovin' it!
The weather has been dry for the past 10days
Pagi semalam dapatlah merasa hujan sikit but enough untuk turunkan temperature
jadi cool sedikit
Alhamdulillah the dry weather does not dampen the childrens spirit untuk berpuasa
they have been well so far, Alhamdulillah
bibir Yaya kering dan pecah sedikit... mine too!
haus itu biasa tapi belum pernah lagi mereka menjerit-jerit nak air or merengek-rengek tak nak puasa
I'm quite surprise sebab tahun-tahun sebelumnya agak mencabar bagi saya nak menangani kerenah mereka, I was expecting the worst this year due to the weather
but they are OK so far
I was quite worried for Yaya sebab dia tak biasa spend long hours at school, last year dekat kindy sampai jam 2.30petang but this year bersambung sekolah pagi sampai sekolah agama and yet she never complaint penat, Alhamdulillah
balik sekolah masih sempat menyanyi-nyanyi dan melompat sana sini, muka pun tak lesu
paling tidak she took a short nap sebelah petang which I let her sebab kesian terlalu penat
kadang nak elak dia tidur petang I encourage her to take a nap tengahari before she gets ready to sekolah agama

Whenever the kids rasa haus I encourage them to recite surah Al-Kautsar
Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat atas kesihatan dan kekuatan yang diberi-Nya kepada anak-anak saya
belum pernah lah mereka layu atau kelihatan seperti ini




Artwork by Fahmi
Title : Unta Bulan Ramadhan

Nak tau bagaimana rupa unta ni sila click pada gambar dan besarkan
Lukisan dia ter'save' dalam format yang cinonet pulak



As I'm writing this it has started to rain outside
oh dear, hubby pergi kerja naik motor pagi ini dan belum pun sempat sampai ofis, kesiannya dia

Saturday, 28 July 2012

8 Ramadan 1433H - Pelita Tanpa Cahaya

I made this traditional delicacy so popular during Ramadan
It is soft and mildly sweet I thought senanglah Yaya nak makan since gusi dia masih belum begitu surut bengkaknya
But she didn't had any. I gobbled up most of them hah!







I made them the original or you could say the traditional way
The bottom part which is green - enhanced by usage of pandan juice were unsweetened
Ia mendapatkan kemanisannya daripada taburan 1 sudu teh gula pasir didasar acuan daun pisang. And that's all.
Proses mengukus kuih tepung pelita akan melarutkan gula which slowly seeps into the bottom part of the kuih
As oppose to the modern style of making this kuih where sugar were mixed dalam adunan hijau and stirred together sehingga pekat di atas api. Kemudian dituang ke dalam acuan and left to cool and set. Same goes with the top part. Steaming process were eliminated in the modern style of making this kuih.

My mum always says that rasa kuih tepung pelita tradisional dan tepung pelita modern adalah lain sama sekali
I don't quite get what she meant until I made them myself
Yes, not only the taste differs but the texture of this kuih juga berbeza
Tepung pelita moden yang dibuat dengan teknik kacau adunan atas api resembles kuih *** dari segi tekstur - lembik
tepung pelita tradisional agak firm bahagian bawahnya
While tepung pelita moden meninggalkan satu rasa tebal pada lidah, you know when you drink milk or cream macam ada lapisan putih or rasa lemak curdled pada lidah - well the traditional one does not leave such effect






Bahagian atasnya crack sikit sebab saya tak pandai jaga api
sepatutnya guna api sederhana saja dan tak boleh terlalu lama
kukus kuih talam pun begitu juga barulah permukaannya cantik je

The verdict: I like my tepung pelita the traditional way ;-)

Friday, 27 July 2012

7 Ramadan 1433H - Segalanya Udang & Lost 'n' Found

Menu iftar semalam bertemakan Udang sebagai bintang utamanya. Cabarannya ialah untuk menyerlahkan rasa udang dalam setiap masakan. Chewahhh dah ala statement Chef Zubir dalam masterchef pulak.

Iftar kami selalunya berselang seli. Satu hari menu berasaskan ayam/daging, satu hari berasaskan makanan laut sama ada ikan atau udang. Semalam saya buat spaghetti seafood carbonara dengan udang sebagai 'bintang'. Untuk pembuka selera (sebab kami berbuka selalu makan ringan-ringan dulu lepas solat maghrib baru heavy) pulak masih mengekalkan udang - cucur udang tembam.

Pasal apa nama tembam? Sebab memang dia tembam pun. Saya bubuh yis dalam bancuhan pasal tu dia naik tembam dan fluffy. Kat luat rangup kat dalam gebu macam span.









Pakai udang putih halus je sebab spaghetti dah pakai udang besar kan. Nanti muntah udang pulak semua orang.



Lost 'n' Found

Saya sibuk dok masak kat dapur. My children baru je balik dari sekolah agama dalam pukul 5.30petang tu. Dok ralit goreng cucur udang ni lah saya terdengar suara budak halus je bagi salam. Memula saya buat tak tau je, kot rumah sebelah ke kan. Ehhh makin kuat pulak dia laung bagi salam. Saya pun jerit panggil Yaya kat tingkat atas tengah salin baju, "Yaya... yaya main-main bagi salam ke?" Manalah tau kan bebudak ni kadang mengada nak bergurau.

Tak sempat Yaya jawab saya terasa nak jenguk keluar pintu. Intai tak nampak orang. Masa nak patah balik 'dia' bagi salam sekali lagi. Saya pun keluar lah intai belah kanan takde orang... last-last saya intai belah kiri betul-betul belakang kereta. Alahaiii terkejut mak. Anak sapalah yang putih melepak bertudung sekolah ni. Tanya punya tanya rupa-rupanya si Kamelia kawan Yaya. Rumah dia selang 6 biji rumah dari rumah saya. Alahhh masuklah sayang.

Saya ingat dia mai nak main ke, tup tup dia bagitau kat rumah takde orang.

Saya : Hah? Takde orang? Bibik awak mana?
Kamelia: Bibik balik cuti
Saya: Habis awak duduk dengan sapa?
Kamelia: Ni baru hari pertama
Saya: Mak awak mana?
Kamelia: Mak kerja balik malam

Tercengang saya. Hah? Balik malam? Habis tu dia duduk dengan sapa. Isyy tak mungkinlah bulan puasa gini balik malam jugak kot. Takpelah saya ajak dia masuk dulu tapi hati memang tak sedap sungguh. Sambil masak sambil interview Kamelia. Last-last terkeluar cerita mak dia ada kedai buat kabinet dapur kat depan taman perumahan kami je. Lepas tu baru saya teringat yang ada kedai kabinet dapur tu suami dia saya kenal nama. Terus call hubby suruh call ayah Kamelia bagitau kang risau pulak diaorang anak hilang. Malangnya hubby pun takde nombor telefon ayah Kamelia. Saya dah gatal kepala dah. Hati tak sedap sungguh tapi masak kena masak juga. Takpelah sekejap lagi mr hubby dah nak sampai bolehlah dia bawa Kamelia pergi jenguk kedai depan tu cari mak dia.

Tak sempat mr hubby balik tiba-tiba berhentilah sebiji kereta camry depan rumah. Cepat-cepat saya buka pintu keluar, entah kenapa hati berkata-kata mesti mak or ayah dia datang. Tercuit hati saya tengok air muka mak dia. Memang jelas tergambar kerisauan dan tegang sangat air muka dia. Sebaik dia nampak Kamelia keluar terus longlai dia berpaut pada pagar rumah saya. I can feel what she feels at that time.

Kamelia's mother told me dia terlewat tutup kedai. By the time dia sampai rumah tengok pagar terbuka dan beg ada depan pintu tapi anak takde. Masa ni saya fikir kalau jadi kat saya sure saya cuak gila. Zaman sekarang macam-macam boleh jadi sudahlah tempohari ada budak nyaris kena culik depan sekolah agama.

Keliling taman dia mencari anak tak jumpa. Akhirnya dia teringat Kamelia pernah sebut dia ada kawan nama Soraya duduk rumah hujung blok kami ni. Itu yang buat dia pusing balik dan berhenti depan rumah kami.

I assured her that Kamelia is fine and a very bright girl. She knows that it is not safe for her to stay alone dirumah yang berkunci pintunya so she came to our house untuk tumpang berteduh. Dia tak pernah datang rumah saya sebenarnya and to think that she got to the right house it was pure luck.

Entah kenapa serta merta saya diterpa rasa bersalah. Kenapalah saya tak terfikir pun nak hantar Kamelia ke kedai mak dia? Tapi bila fikir-fikir balik belum tentu saya jumpa mak dia sebab dia dah tutup kedai pun masa tu. Haisyyyy statement nak sejukkan hati sendiri.

In the end saya cuma boleh bagi cadangan je, next time Kamelia tak payah balik naik van, turun kelas agama terus je ke kedai mak dia yang terletak di belakang blok sekolah agama. Driver van tu bukannya tau ada orang atau tak dirumah. Kerja dia hantar balik je. Mungkin juga bibik diaorang balik so sudden, tak sempat mereka nak buat proper arrangement. Saya pun pernah lalui keadaan yang sama bila maid balik mengejut. Banyak benda nak atur pasal anak. In the end saya ambil cuti je sebab tak mau take risk bila bergantung dengan pihak ketiga - tendency communication breakdown with daycare or transportation boleh berlaku terutama kalau kita tak familiar sangat dengan mereka.

Phewwww!!!

Thursday, 26 July 2012

6 Ramadan 1433H - Ikan Pari Bakar & Air Asam

Ikan pari are not my favourite. So what is my favourite fish? Errr... takdelah favourite sangat kan sebab saya bukanlah pemakan ikan sangat.
Jadi takdelah favourite ikan, cuma bergantung kepada cara ikan itu dimasak. Kalau cara masakannya okay saya boleh makan.

Saya tak pernah makan ikan pari sebelum saya kahwin dengan incik suami. Saya ingat ada sekali tu mil masak asam pedas ikan pari dan saya terpaksa lah jamah. Since then, saya boleh terima ikan pari I mean boleh masak untuk orang dan bolehlah jamah sikit-sikit.

One of the menu yang saya senaraikan untuk iftar this week adalah ikan bakar. So when I texted mr hubby I told him to buy apa jua jenis ikan yang dia suka untuk dibakar. He brought back 2 keping ikan pari. So bakarlah ikan pari semalam.









Tiba-tibalah pulak mr hubby tanya ni resipi apa yang saya pakai? Sebab sedap. Aikkk? Bertahun-tahun cheq pakai resipi yang sama tiba-meniba lah baru terasa sedap? Bahan yang sama, sukatan yang sama. Ni cheq musykil ni. What did I do differently yesterday? Hmmm... selalunya saya tumis dulu sebab takutlah cilinya mentah bulan-bulan puasa ni ada pulak orang sakit perut. Tapi semalam saya tak tumis. Still ok sebab masa bakar cilinya masak sekali dengan ikan. Could that be the reason dan menukarkan rasa? Or could it be minyak bawang putih yang saya tak pernah buat before? Or could it be the fish itself yang memberikan rasa berbeza? Haisyyyy dah ada 3 perbezaan ni yang mana satu agaknya?






Owhhh forget about it. Yang penting nikmat merasa sesuatu makanan itu dengan izin Allah swt juga. Kadang-kadang makan nasi dengan kicap pun sedap ya rabbi kan? ;-)

Wednesday, 25 July 2012

5 Ramadan 1433H - Like Jelly...

My feets and limbs feels like jelly today. Kesan daripada minum ubat batuk malam tadi. Fuiyoooh lamanya kesan dia.
Sahur pagi tadi I had to dragged myself up, itupun hubby yang kejut sebab saya tak dengar bunyi alarm. Paksa diri bangun juga sebab kena bakar pizza for sahur.
Yuppp... we had pizza for sahur and pizza juga for iftar semalam.
Saya buat doh pizza untuk 2 keping. By usual rate they should have gone within minutes of iftar tapi semalam ada orang bawa balik juadah dari bazar ramadhan.
Jadi juadah ter over flooding atas meja semalam. One pizza doh had to put to rest sebab semua kenyang menyandar.





I also made mushroom soup from scratch, garlic bread and mashed potato untuk Yaya. Gusi dia masih sakit. Ingatkan dah ok saya buat juga grilled chicken wings tapi dia balik sekolah agama sambil merengek sakit. Dalam sakit-sakit tu dia makan juga seketul chicken wings. Dah favourite kan nak buat cemana hehehe





Tekak saya sakit sangat. Rasa macam ada seketul batu dalam tekak.
Telan air liur pun susah. Perit. Aduhai macam ni terganggu betul tadarus saya tapi kugagahkan juga. Lantaklah, sakit tanggung kemudian.
Malas nak pergi klinik. Rasanya boleh agak mesti dapat antibiotik. Nak cuba gargle je dulu bagi mati bakteria semua. Harap tak melaratlah. Amin.

Tuesday, 24 July 2012

4 Ramadan 1433H - Award

Misi hari ini ialah - mari mengambil award ;-)
Dah lama tak dapat award ni tiba-tiba ditag oleh Dr Ayu, rasa terharu sangat.
Terima kasih Ayu.
Bolehlah hias blog saya yang kusam ini.
Owhhh tapi nak ambil award ada syarat-syaratnya. Haruslah menjawab soalan-soalan yang ditag. Nasiblah soalan-soalan ini takde skema pemarkahannya, kalau tak mak fail nok.








What is your favourite dessert?
Ummphh susahnya nak jawab. I love everything sweet coz I’m a sweet tooth remember. So kalau pergi makan buffet tu the first thing I’d do is hit the dessert counter first and mains last! Haha…
Emm macam tak menjawab soalan je… but honestly it is difficult to choose when u like them all!
Ok ok I like baklava, and sekarang ni I’m craving for Jalebi.


When you're upset, what do you do?
Seek solace in my bedroom. Walk for hours at the shopping complex. Write them down in my blog.


What was your favourite pet?
None. As I kid I used to like cats but am not allowed to have one sebab ada asthma. And reptiles just creeps me out. So I grew up not wanting one (pet). 


What do you prefer to wear, black or white?
Both. Depending on the occasion or shall I say the weather or the body… hehe. Black takes a few inches of my body while white goes well with any tudung that I have dan senang nak match with my black and brown cardigans.


What is your biggest fear?
Mati.


What is perfection to you?
Having everything goes as planned, of course.
For now, I'll settle for the bookshelves that I wanted so much right now so takde lagilah buku bersepah-sepah dalam rumah ni. And I can start mengemas. That will make my day so perfect I can smile from ear to ear. ;-)


What is your attitude mostly?
Sarcastic - that drives my other half crazy most of the times dia malas nak bercakap dengan saya. I’m a rigid person – kalau dah plan macam ni mesti jadi macam ni, mesti on time mesti begitu mesti begini kalau tak mak meroyan!


What is your guilty pleasure?
Books – novels. Bajus. Shoes. Tak caya check my cc statement mostly I splurge on these items. (*_^)


Now I would like to pass the award to :

Kepada siapa-siapa juga yang berminat! Malas nak tag sebab nampak semua orang sibuk. Ehhh jap jap... puan nolie kelihatan sangat rajin mengupdate blog kebelakangan ini so...

Puan Nolie
Puan Diana PCM

Silakan jangan malu-malu :-)