Monday, 6 August 2012

17 Ramadan 1433H - Cara Manis Aroma Pandan

Hari ini adalah hari malas bersilat di dapur
saya terpacak depan tv dari jam 6 petang sampai waktu iftar tengok Leigh & Jennifer bersilat dengan Nic & Rocco for My Kitchen Rules (MKR) champion title
pasal itu saya buat hidangan simple je hari ini iaitu chicken lasagna (yang dimasak dalam oven) dan kuih cara manis aroma pandan yang super easy ni
memang tak banyak hidangan atas meja for iftar tadi
cuma tambahkan dengan buttery roti john dibuat guna butter croissant bread
dan roti john ala murtabak yang hubby beli
still nobody complaints... sebab semua orang daripada anak-anak, kakak termasuk mr hubby pun ikut melekat depan tv!!! hahahaha

paling lawak mr hubby sampai tak sempat mandi sebab tak mau terlepas MKR
lepas tu pakat berbuka depan tv je sebab MKR final habis lambat
hahahaha
itulah satu perkara yang saya rasa sweet sangat about mr hubby
he may not cook or ringan tulang membantu di dapur
but he not only supports my passion for food & cooking
dia pun turut sama suka tonton rancangan masakan bersama saya
tak complaint pun hari ini iftar takde nasi ke apa he he he





since dah biasa ambil gambar lasagna, cuci mata jelah dengan pic kuih cara ini ;-)

17 Ramadan 1433H - Sesekali Lets Go Middle East

Ini entry tertunggak
Sepatutnya keluar Jumaat malam
tapi tuan tanah agak kesibukan ;-)

Hari Jumaat adalah hari memakan daging, jadi hidangan iftar harus ada daging
saya pilih daging merah - daging lembu cincang (beef mince) yang bebas lemak
mahal sedikit tapi tak apalah yang penting lebih sihat
saya buat beef kofta curry yang dah pernah saya pamirkan gambarnya sebelum ini
sebab beef kofta curry ni memang jadi favourite seisi keluarga





Jangan tertipu, nama saja curry tapi tak pedas langsung
rasanya agak masam sebab watak heroinnya adalah tomato (hero daging) tapi diseimbangkan dengan rempah ratus
seperti jintan putih (cumin) dan ketumbar selain daripada rempah 3 beradik - kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
sedikit serbuk cili memberi rasa pedas yang tidak ketara
makan masakan berempah ni boleh membangkitkan selera tapi jangan terlalu berempah
terutama selepas seharian berpuasa nanti perut rasa sebu
but this curry is just nice
rasanya resipi saya pernah tempek sebelum ini, do check it out and give it a try



Dah go middle east with main hidangan kita balik Malaysia pulak dengan pengat keledek pancawarna
chewahhh bagi nama tak agak-agak
padahal pengat keledek kuning dan ungu je pun





Yaya kata dia suka makan bubur chacha yang warna warni tu
saya malas nak pi redah kedai cari chacha
bancuh je adunan tepung gandum letak warna ikut suka dan uli
lepas tu gunting dan boil...
cuma bila dah bercampur dalam pengat keledek ungu tu turun warna
habis semua jadi keunguan...
ok purple rules!

Saturday, 4 August 2012

15 Ramadan 1433H - Swans on the Plate

Sesuatu yang biasa-biasa saja can be whipped up into something fancy like this.









Ini adalah choux pastry or more famously known as cream puff yang biasa saya buat for the family
Cream puff nampak biasa saja tapi bila tukar presentation je semua buat macam baru kali pertama jumpa ;-)


Motif?
Sebenarnya takde hidangan yang menarik sangat di atas meja jadi gubahlah dessert ni biar jadi tarikan orang-orang yang nak berbuka he he he.

Friday, 3 August 2012

14 Ramadan 1433H - Laksam Terengganu

A simple dimple menu for our iftar yesterday.
Dalam 1 bowl ada semuanya - protein, veges... lemak pun ada hehe

Pertama kali buat mee laksa nya sendiri
selalu saya gantikan dengan mee kuning yang dicelur saja
sebab my mum dulu biasa buat begitu
maklumlah orang merantau mana nak dapat mee laksa yang sebenar melainkan buat sendiri
tak kuasa lah kan
tak susah juga nak buat bancuhan tepung berasnya
mengukus pun tak sampai 2 minit for each piece
cuma renyah dan berkecah sikit dapur






Kali ini laksam saya does not taste seperti biasa
sebab saya ikut style Kelantan pulak dengan kuahnya dimasak atas dapur
kaedah biasa kami tak masak pun, cuma kelapa diramas dengan air panas
sebelum digaul dengan bahan-bahan lain
mr hubby suka lah kuah dimasak sebab dia dah terbiasa makan laksam kelantan ;-)

Thursday, 2 August 2012

13 Ramadan 1433H - Nikmat Paling Besar

13 Ramadhan 1433H - Hazabnya Mencari Atta

Atta tu bukan nama orang. Nama orang Hatta
Bukan juga jenama kasut. Jenama kasut tu Bata
Dan bukan jenama baju raya. Yang itu designer terkenal Hatta Dolmat

Yang saya maksudkan adalah tepung atta
Sejenis tepung yang digunakan untuk membuat roti naan
Ada orang cakap juga digunakan untuk buat capati
tapi setahu saya capati dibuat pakai tepung gandum biasa je
Nak buat capati yang lembut? Pi belajar dengan Bangla yang kerja kat kompeni saya dulu
Wife dia habaq kalau mau bikin capati lembut, tepung gandum diuli dengan air panas
Tapi saya bukan mau buat capati, saya mau buat naan untuk iftar semalam

Lepas balik dari dentist Yaya saya singgah beli tepung atta jenama pillsbury
Owner kedai habaq jenama ini yang terbaik
tapi sayang dekat 10 kampit tepung saya belek, yang terbaik itu semuanya berlubang
digigit bugs agaknya

Saya pergi kedai runcit mamak satu lagi
dia kata tak jual tepung atta
aiyoyo... macam mana kedai mamak tak jual tepung atta
korang punya restoran kat sebelah jual naan confirm lah hari-hari mau pakai atta jugak

Saya pergi jelajah sampai ke saujana utama
masuk mydin penuh harapan, keluar hampa!
tetiba terasa diri tersangat lah anak an'ne nya daku
daku seorang saja yang kemaruk makan naan orang lain tak heran
patah balik teringat ada satu supermarket milik orang India
puh puh.... dijamin ada ni kalau takde memang aku bakorrrr
masuk penuh harapan, keluar menjijit beg plastik kiri kanan
rambang mata tengok tepung atta pelbagai jenama
bukan tepung atta je ada segala jenis tepung pun ada
rasa nak melompat-lompat dalam kedai
alang-alang membeli saya rembat tepung thosai sekali
nak buat from scratch renyah lah






Alhamdulillah... dah selamat
makan dengan tandoori ayam, buat sos pencicah pudina
dan panaskan semula kari bebiri baki iftar Ahad lepas
takpe recycle jangan membazir
(*_^)

Wednesday, 1 August 2012

12 Ramadan 1433H - Fit For A King

I first came across Puding Raja in a women's magazine. It was an interview with chef & writer norzailina nordin.
She mentioned about how the dessert was rejected when she first prepared them for a function graced by a menteri besar. Apparently puding raja was not a popular dessert among commoners thus when she introduced this dessert she received a frown. So she quickly explain that this dessert originated from the kitchen of Pahang royals. Hence the name Puding Raja. And it was well received by the attendees.





The pudding were made up by a layer of ripe bananas fried in butter which lends beautiful aroma to the bananas. A layer of jala emas (sweet delicacy made from egg yolk), then granished with prunes, glazed cherries or roasted cashew nut. Mildly sweetened milk is pour just before you eat them.






I made the jala emas myself menggunakan 10 biji telur kuning untuk menghasilkan satu mangkuk kecil jala emas. Terpaksalah buat sebab mana nak dapat jala emas dekat KL/Shah Alam ni. Takdelah susah sangat nak buat, cuma rumit sikit nak kirai kuning telur dalam air gula supaya dapat urat-urat halus yang dipanggil jala emas.






Minggu ini memang banyak buat kuih-muih manis. Agaknya dek rasa tercabar dengan kehebatan pasangan Nic & Rocco - dubbed as the Dessert King dalam My Kitchen Rules (Australia). Ahkak nak lah juga jadi Dessert Queen. Oh ya by the way, both of them akan berentap today against another favourite of mine Carly & Emily untuk tempat ke final. Walaupun saya dah tau keputusan akhir tapi nak lah juga tengok kehandalan mereka memasak. Setiap Isnin-Rabu mesti melekat depan tv dari jam 6pm-7.15pm. Mr Hubby pun sama layan. Dia pun minat program lawan masak ni. Very inspiring you!