Thursday, 16 August 2012

27 Ramadan 1433H - Cool Giler, Perfect & Terbaik

Those are adverbs used by Fahmi to describe our iftar menu yesterday - Messy Stuffed Burger

Normally I called it Stuffed Burger sebab ditengahnya berintikan keju
a mixture of mozzarella and parmesan together with cheddar cheese
Saya dah cuba kecilkan size burger tersebut but still selepas diapit dengan roti bun burger, slice cheese, salad dan tomato, you took a bite
and you'll end up with a messy face ;-)



Fahmi describe this burger as Purrfect!
and then topped it with Terrrbaik
oh my he does reminds me of Chef Manu Fiedel he he
paling tak boleh blah dia cakap lebih sedap dari burger di McD
you should have look at hubby's face masa tu
dia punya meluat sampai nak muntah hijau hahaha


The day before he was describing his game of football di court badminton belakang surau
yuppp... orang solat terawih dia bantai main football
seronok sangat main football, dia cerita bagaimana dia kena tackle dengan team sendiri - whattt???? tak reti main bola ke bebudak ni hahaha
and he said "Cool giler!!!"
Yeahhh cool sangatlah tu balik rumah dengan baju melayu basah lencun macam kena simbah dengan paip bomba





The roti bun burger I made myself sebab susah nak jumpa
kedai runcit dekat rumah tak jual
redah ke cold storage pun tak jual juga
so menguli lah mak cik semalam
ada baki lagi 3 ketul, tak tau nak buat apa
esok dah nak balik kampung, today nak habiskan stok makanan yang last
going to make chicken parmigiana ;-)
senang sepinggan hidang macam burger semalam puas hati makan
dah hujung-hujung puasa ni nobody wants to eat banyak lagi dah








27 Ramadan 1433H- For Sweet Tooth Only

Selalu time puasa ni tekak mesti teringin nak makan kuih-kuih Melayu je kan?
pasal tu kalau pergi pasar ramadan time tu lah kita jumpa macam-macam jenis kuih
yang takde di luar bulan puasa


Tapi tiba-tiba tekak teringinlah nak makan dessert mat salleh
maklumlah, mak ai cakap kan kami punya ancestor ada darah French+Siam gitu
patutlah tekak ai western sangat dari kecil
bluwekkkk... sila muntah hijau
eh eh jangan muntah... jangan muntah kang batal puasa





Nak makan cheesecake tapi tak nak buat besar nanti tak habis membazir
saya buatlah kecil-kecil cinonet muat mulut comel saya ni






Cik Yaya kan gigi dia masih sakit
jadi buat puding mangga ni senang tak payah kunyah
sumbat dan telan je
paling tidak tekan dengan lidah dan lelangit








Puaslah dapat portion untuk 2 hari ;-)






Wednesday, 15 August 2012

26 Ramadan 1433H - Kerahan Tenaga II & Please Meet Mr Billy B.C

Dah 26 hari kita berpuasa ye?
My goodness tersangaaaattt lah cepatnya masa berlalu
masuk je pertengahan ramadan masa yang 24jam tu terasa macam 12jam je even for SAHM like me

Ini entry tertunggak sebenarnya berlaku pada hari yang sama Fahmi bantu saya basuh pinggan
Dah hujung-hujung ramadan ni tiba-tiba macam banyak pulak things to blog about
Kalau hari sabtu semua orang sibuk menyental dinding sampai licin berkilat dan menciutkan
Hari Ahad pula adalah hari gotong royong membuat kuih raya

Seriously, saya takde mood nak buat kuih raya sebenarnya
menyampah sangat coz it only reminds me ramadan sudah mahu berakhir
Tapi pagi Ahad itu saya bancuh juga 2 adunan kek buah
kerana terkenangkan my dad yang cukup suka kek buah serta Yaya sendiri
Dalam sibuk mengadun datanglah minah kacau pun sibuk nak tolong mengadun juga
I let her sebab mood saya tengah baik, tak kuasa pepagi buta tu bergaduh dengan dia
Habis membantu saya mengadun dia tak puas, ajak saya buat cookies pulak
haduhaiii sudahlah saya ni takde mood
in the end saya mengalah, buatlah choc chip cookies
itupun sebab bahan semua complete memang dah ready tunggu mood je datang



Dah siap bancuh adunan saya serah kat budak berdua ni
biar depan scoop the batter dan susun atas loyang
sambil-sambil tu layan kerenah mereka
Fahmi nak buat cookies bentuk huruf F tapi saya habaq kat dia batter ni cannot be shaped
bentukkan lah macam mana pun, masuk oven nanti jadi rupa dinosour juga seketul

Ada bagus juga bagi budak berdua tu buat cookies
sekejap saja dah siap bakar semua
siap kerja!


Dah siap tu hambat depa sambung buat homework pulak
pagi-pagi tadi depa buat homework kat atas
dulu bentang buku kat ruang tamu habis bersepah dengan habuk eraser
sekarang sejak saya bawa balik Mr Billy B.C. saya relocate meja belajar depa kat family hall tingkat atas
tak sempat habis depa buat kuih raya pulak
tengok tu Yaya pun masih berbaju tidur lagi
Fahmi je disiplin tinggi skit macam mama dia, bangun terus masuk bilik air



Mr Billy B.C?
Alamak skandal baru ke? hehehe
Billy bookcase beli kat ikea
tau jelah ikea kan suka bagi nama orang kat product dia

Buku-buku sekolah pun saya suruh susun kat bookcase tu
senang boleh nampak, lagipun bilik depa takde bookshelf lagi




Ye, ye saya tau... jarang-jarang sangat bukunya
banyak lagi buku belum susun kat situ
saya belum habis mengemas lagi hehehe
time hendak bookshelves time tu juga pi redah ikea, bila dah dapat haremmmmmm...
tapi koleksi-koleksi novel saya dari zaman sekolah sampai sekarang definitely takkan letak kat situ lah
mak kedekut nok... tak suka nanti ada orang usik
nak baca boleh tapi mak cepat panas hati bila tengok koleksi-koleksi mak dicemari
kesan cap jari kaler itam, kuning dan kesan minyak bagai
euwwwww membaca sambil menumis ke hapa?
adehhh bulan-bulan posa ni... ya ampunnnnn

Tuesday, 14 August 2012

25 Ramadan 1433H - Siakap Bakar Ala Jimbaran

Ikan bakar again!
Tapi terlalu kerap guna resipi yang sama made me go for a change
kalau selalu buat ikan bakar portugis dengan air asam superb Puan Ayu
this time around saya beralih kepada resipi ikan bakar ala jimbaran






Sounds familiar to you?
of course lah kan to those yang have been to bali would have come across a place called Jimbaran where people go to see the sunset
I was told that jimbaran has stunning picturesque as well as a perfect place for seafood BBQ!


I went to Bali once but we didn't go to jimbaran
the kids went along with us so the timing wasn't quite perfect - staying out until late
but we had our fair share of superb seafood back at our hotel
I have to say that rempah ratus for seafood BBQ di sana sangat sedap!





I got the recipe from this blog
It was so sedap, you got to give it a try
(*_^)

25 Ramadan 1433H - Little Mystery

Yaya was a little bit angry with me this morning when I told her daddy will be sending her to school, not me
Fahmi also had a long face when I told him the same
Ok don't get it wrong my children bukannya tak suka pergi sekolah dengan daddy
It's just that I feel that there is something mysterious about children's bonding with mothers that you can't quite explain
Because to be honest saya seorang ibu yang garang who likes to nag nag nag and nag non-stop
Saya baru saja membebel dekat Yaya sebab dia liat bangun pagi tadi and yet she still favours me over daddy to send her to school


I took this picture last week masa hantar my children to school
perhaps this explains the little mystery?



Yaya's ritual every morning at school - holding my hands tight and wouldn't let go until she feels OK to let me go
she would say "Ok dah..."
Saya selalu tertanya sendiri apa yang dah tu?
The holding hands part is not the only ritual she had
normally before she says "ok... dah" she will bury her face on my abdomen
in front of everybody di assembly court tanpa rasa malu
sometimes I teased her "dah? tak nak dukung?"

Fahmi pulak akan salam tangan saya berkali-kali sebelum saya balik
and will keep on turning his head sambil melambai kat saya sehingga kereta saya sudah tidak kelihatan di perkarangan sekolah

Which brings me back to this question?
Despite me nagging them everyday every morning every hour why the still favours me over Daddy ( Mr Hubby please jangan terasa hati :-))
Sebab saya selalu hang around the school? and daddy don't?
Because it's very comforting to have me there?
Because my presence calm their nerves?
I don't know.


I'm better off now. Take a nap untuk hilangkan mengantuk
I'm suppose to go into the kitchen now siapkan kuih tart nenas
but I'm so sleepy sebab malam tadi tidur 2 jam saja
takdelah bukannya tak tidur sebab buat kuih, takde maknanya
saya tak akan sekali-kali burn the midnight oil semata-mata nak buat kuih
it is not important to me to have berjenis-jenis kuih line up my table on Hari Raya
tapi kesian to my loved ones kalau takde buah tangan raya nanti
so sleep first, kuih later ;-)



Sunday, 12 August 2012

23 Ramadhan 1433H - Ala Iklan KFCM

Si peminat Harimau Malaya seorang ni pernah suatu hari a couple of months ago balik sekolah cerita kat saya

Fahmi : Mama mama, tadi kan abang nampak Khairul Fahmi Che Mat yang penjaga gol tu dia berlakon dekat tasik kat rumah kita

Saya : Isyyy takkan lah abang salah orang kot?

Kat perumahan saya ni memang selalu jadi tumpuan shooting. Budak-budak UiTM yang ambil jurusan seni persembahan selalu shoot kat sini.
Pernah juga ada orang filem datang shoot drama dan paling kerap jadi tumpuan photographer shoot outdoor lah sebab landscape kat sini quite eye catching juga

Fahmi : Iyeee abang tau lah abang kenal dia

Saya diam je sebab fikir-fikir si KFCM ni nak shooting apa lah pulak. Setahu saya dia cuma ada 1 iklan perfume simplysiti je.


Tup tup start je puasa keluarlah iklan 100plus
si KFCM ni duk mengelap cermin rumah... ehhhhh macam pernah kulihat cermin rumah ini
tapi di mana ya?
Hah! Sah ini rumah kawan hubby
Saya cam sangat sliding kayu bercermin rumah dia walaupun pergi 1 kali je rumah dia itupun duduk bawah khemah
Saya ni pakai photo memory, benda yang sekali lihat kadang boleh terus lekat dan display satu persatu depan mata
Paling saya mudah ingat nombor plet kereta orang
bukanlah saya hafal satu persatu nombornya tapi it comes dalam bentuk flashback
bagaimana bentuk tulisan plet nombor itu macam tulah yang saya ingat
esok-esok bila terjumpa lagi terus saya cam kereta siapa, jumpa di mana
wahhh jangan pulak ada datang minta nombor dengan haku sudahhh hahaha

Ok, so kalau KFCM dalam iklan 100plus tu tolong mak dia lap tingkap semua masa dekat nak raya
ni hah, peminat tegar Harimau Malay ni tolong mama dia basuh pinggan mangkuk dan baking utensils saya!
Siap pakai jersey harimau malaya lagi tau
KFCM pun tak buat kerja rumah pakai jersey! ekekee





Tak tau lah angin mana datang tiba-tiba dia jadi rajin
Saya sibuk bake kek buah di dapur
Dia datang tengok ada baking utensils dalam sinki terus dia tanya "Ni nak basuh ke mama?"
Bila saya cakap iye, terus dia buka paip dan ambil span




Saya pakaikan apron sebab takut jersey harimau malaya dia basah
kesian pulak nanti kena salin baju
walhal saya tau dia sangat-sangat suka pakai jersey ni, kalau boleh tidur pun dia nak pakai




Tapi kan, adegan yang jarang anda lihat ini
hanya setahun sekali jelah
tok sah berangan lah nak tengok hari-hari
nama pun reminiscence of iklan KFCM kan
shoot sekali je... ulang tayang dalam memory jelah
hahaha

Saturday, 11 August 2012

22 Ramadan 1433H - Kerahan Tenaga I

Kejam je bunyinya kan?
isyyy takdelah... this was our activity today
gotong royong membersihkan dinding rumah yang kotor
nak cat tak kuasa lah kan sebab banyak kerja hampir semua dinding comot
entah berapa hari baru siap mengecat agaknya
bulan puasa pulak tu nak menghidu bau cat, panas letih dan penat
I offered to paint the walls but somebody just don't trust me enough
so, mengelap dinding lah masing-masing tengahari tadi


There are 5 of us in the house so setiap seorang ditugaskan membersihkan 1 dinding seorang
Saya terkejut pada mulanya sebab bangun tidur je Fahmi & Yaya dah bersorak riang
tak sabar nak gotong royong
Uiksss biar benar budak-budak ni
clearly they don't have the faintest idea what's in store for them, hah!


This boy had to do dinding berhampiran dapur
yang paling teruk kotor dek cap jari, tapak tangan dan tapak kaki dia
Sakit mata mak hari-hari tengok dinding tu



Sambil mengelap sambil dia mengomel, "Susah lah, sakit tangan abang tapi tak hilang pun"
Saya balas, "Ohhh sekarang tau sakit ye. Macam tu lah sakitnya mata mama tengok dinding rumah mama ni kena cakar, kena kotor dengan anak-anak. Masa buat tak fikir kan?"

Lepas tu tak berhenti-henti mengeluh lagi.
Dah lah saya lagi penat sebab semua dinding yang dia lap saya kena ikut lap sekali sebab dia tak sental sampai bersih.
Orang suruh perah kain sampai lembap dia bantai lap pakai kain yang lencun dengan air
habis dinding saya banjirrrr!
"Ok that's it, abang banyak merungut sangat you do (cleaning) the wall until I say stop" Hah, lagi giler kejam kalau dah naik syeikh.


Bukannya nak marah dia sangat pun
Fahmi did so well, much better than his adik
saya sebenarnya geram dengan adik dia yang kuat mengelat ni

abaikan dinding yang dah sopak tu, masa baru pindah tukang angkat barang langgar dinding dengan furnitures semua habis sopak


Cik Yaya the diva aka drama queen
buat kerja sikit merungutnya berbakul-bakul
takde satu pun yang dia sental bersih
dia sental ala kadar dalam 2-3 minit dia lari pergi dinding orang lain
lepas tu dia bising kata penat
dia on TV... saya suruh tutup "Takde siapa boleh tengok TV selagi semua orang tak siap kerja"

"Tengok, korang punya pasal habis semua orang kena marah" Mr Hubby membebel kan anak-anak sebab Ketua Pembersihan - gelaran depa bagi kat saya dah makin strict dengan peraturannya


Paling licik Yaya boleh sub kerja dia kat Daddy!!!
"Daddy... marilah sini lap dinding ni. Semua orang buat kerja Daddy tak buat kerja"
Hah, ambik ko, terer tak terer anak dara kuseorang itu
Takde siapa berani kerah Daddy tapi dia nak mengelat punya pasal dengan Daddy sekali dia sound
haha




But I guess after spending a couple of hours helping mr hubby shifting all his barang-barang khemah ke bengkel dia earlier in the morning
it is only fair for him to help me out kat rumah pulak kan


So we spent about 3 hours bergotong royong membersihkan dinding tingkat bawah
I would have continue kalau tak kerana penat tolong hubby earlier on
lagipun weather was so dry and hot
jangan budak-budak, mak budak pun kali pertama after 22 days of fasting rasa haus ya rabbi
Iftar tadi semua orang pulun air bergelas-gelas seorang!
But worth every sweat we shed lah, sebab dinding mak dah bersinar semula ;-)