Saturday, 18 August 2012

29 Ramadan 1433H- Menjelang Syawal

Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua cyberfriends yang sudi menjengah blog ini
Maaf juga andai ada terkasar bahasa
Dalam rasa teruja menyambut Syawal izinkan saya berpesan-pesan
Pesanan pun datang dari ustaz-ustaz yang beri tazkirah juga
Saya hanya menyampaikan semula
1 Syawal adalah sambutan kemenangan umat Islam melawan hawa nafsu
Sambutlah dengan cara bersyariat
Dah 1 bulan menahan lapar dan dahaga, 1 bulan mengamalkan kesederhanaan
Raya nanti jangan pulak bantai pulun melantak tak ingat dunia
Hilang pahala puasa, tak bermaknalah kita mendidik hawa nafsu
Raya nanti juga jangan pulak melekat depan TV 24jam, maklum je lah melambak-lambak
movie dan program ASTRO dah susun untuk raya ni
semuanya program hampeh, melalai dan melekakan untuk lured people away
daripada memahami erti raya yang sebenarnya


1 bulan berpuasa sekali pun tak tinggal pergi terawih berjemaah
habis ramadhan teruskanlah mengimarahkan rumah Allah
teruskanlah amalan solat berjemaah, teruskanlah hadiri majlis-majlis ilmu
teruskanlah amalan solat-solat sunat, puasa sunat, membaca al-Quran dan lain-lain amalan yang sunat on top of amalan wajib
sebab apa? sebab dah 1 bulan kita latih diri solat berjemaah, solat sunat semua
kalau kita tak teruskan lepas bulan ramadhan ni tak ke sia-sia kita mendidik hati selama ini?
bak kata ustaz, istimewanya bulan Ramadhan ini kerana Allah turunkan al-Quran
Allah swt memuliakan bulan Ramadhan dengan menurunkan al-Quran dalam bulannya
Ramadhan bukan mulia kerana diwajibkan berpuasa
Jadi janganlah kita menjadi hamba Ramadhan tetapi jadilah hamba Allah
Janganlah kita beribadah sunat dan solat jemaah semata-mata kerana bulan Ramadhan sahaja


Peringatan ini adalah untuk diri saya juga
Kerana bila kita mengingatkan orang tentang sesuatu kebaikan maka wajib untuk kita
melaksanakannya
Saya tiada niat untuk berbangga diri bila post topik-topik pesanan ini
Melainkan untuk mengikat diri sendiri supaya terus mengamalkannya
Macam saya cakap tadi bila kita sebut kat orang kita sebenarnya sudah mengikat diri untuk buat dan terus buat
Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan saya dengan izinNya jua


Friday, 17 August 2012

28 Ramadan 1433H- Unfinished Business

Allahuakbar!
Arab Saudi sudah 29 Ramadan, esok depa nak raya dah
Kita di Malaysia insyaAllah raya pada hari Ahad
Bermakna ada hari ini dan esok sahaja untuk saya melangsaikan unfinished business yang penting
Tadarus masih berbaki 1 3/4 juzuk lagi, insyaAllah akan dihabiskan on time
So I have to really make time

Seriously, if it's not for this blog and my ramadhan entry that I posted almost
religiously everyday, I would have lost track of the days
Sebabnya sejak menjadi SAHM saya sudah berhenti counting the days
Saya berhenti hidup dengan melihat kalendar setiap hari mahupun membuat catatan
Bila setiap hari saya post entry yang bermula dengan kiraan tarikh bulan Islam barulah saya alert sedikit
Itupun saya tak peduli sangat bila tarikh dianggarkan akan raya if its not for my friend yang remind saya tempohari

Another friend called up 3 days ago bertanyakan di mana saya berada ketika ini
Agak terkejut dia kerana saya menjawab I'm still around here... at home
He thought kerana saya sudah tidak bekerja sepenuh masa I would have grabbed the opportunity untuk balik kampung awal
Oh well, certain thing still doesn't change despite my change of status - from full time career woman to a SAHM
For one, my kids bersekolah and school holidays had just started yesterday
No. 2, to my surprise mr hubby bekerja sehingga penghujung minggu iaitu hari ini Jumaat
Saya sangat terkejut beruk kerana for the past 10 raya (ini tahun ke 10 dan raya ke 11 kami bersama) dia yang cuti lebih awal dari saya

Forget about raya, certain thing did (does) change ramadhan kali ini
Alhamdulillah sangat gembira kerana hajat saya mahu melalui suatu ramadhan yang tenang tercapai
Tenang di sini ertinya saya dapat tambah ibadah-ibadah sunat tanpa terasa sebarang kekangan atau halangan
Tidak lagi terkejar-kejar balik ke rumah, tidak lagi stranded di pejabat dengan hal-hal kerja yang tak berkesudahan sampai hati pun jadi merusuh dan tidak tenang kerana banyak hajat yang tidak kesampaian
Saya ada full time dedicated to myself, the time that I had were mine to fill with, terserah bagaimana saya mahu mengisinya
Dan Alhamdulillah... ramadhan kali ini saya berjaya memperoleh apa yang saya mahukan dan laksanakan apa yang saya mahu buat selama ini
Subhanallah... nikmat sungguh

Another friend called up petang semalam
I was so good to hear his voice, it was so good to know saya masih dalam ingatan seorang kawan di waktu kita menghampiri suasana raya
Saya gelar dia Abang kerana hormatkan pengalaman yang sesuai usianya yang lebih jauh dari saya
Alhamdulillah... perbualan dengan dia dan kawan di atas tadi buat saya sedar betapa all the years yang saya refrain diri daripada terlalu rapat dengan sesiapa pun - atas pilihan sendiri bertolak dari tuntutan kerja
I have managed to redeem myself dalam bulan-bulan akhir baki tempoh saya bekerja tempohari
I am no saint, I am not shame to admit throughout my tenure I've wronged a few people
I have rubbed few people the wrong way
Terpaksa kerana tuntutan kerja dalam masa yang sama ada ketika I just got carried away...
Agak menyedihkan hati mau ubah tanggapan mereka tetapi saya tidak dapat berbuat demikian
Tetapi di penghujung tenure saya bila ada colleague yang bertahun-tahun terikat dalam hubungan yang strain menjadi lebih terbuka dengan saya
Bila ada subordinate yang pernah severed ties with me kerana sama-sama dipermainkan dalam satu politik office yang keji menjadi sangat rapat
Saya sangat-sangat bersyukur...
Alhamdulillah

Lepas raya ini ada 1 lagi unfinished business - hal kerja
Hope to close a book on it once and for all







Thursday, 16 August 2012

27 Ramadan 1433H - Cool Giler, Perfect & Terbaik

Those are adverbs used by Fahmi to describe our iftar menu yesterday - Messy Stuffed Burger

Normally I called it Stuffed Burger sebab ditengahnya berintikan keju
a mixture of mozzarella and parmesan together with cheddar cheese
Saya dah cuba kecilkan size burger tersebut but still selepas diapit dengan roti bun burger, slice cheese, salad dan tomato, you took a bite
and you'll end up with a messy face ;-)



Fahmi describe this burger as Purrfect!
and then topped it with Terrrbaik
oh my he does reminds me of Chef Manu Fiedel he he
paling tak boleh blah dia cakap lebih sedap dari burger di McD
you should have look at hubby's face masa tu
dia punya meluat sampai nak muntah hijau hahaha


The day before he was describing his game of football di court badminton belakang surau
yuppp... orang solat terawih dia bantai main football
seronok sangat main football, dia cerita bagaimana dia kena tackle dengan team sendiri - whattt???? tak reti main bola ke bebudak ni hahaha
and he said "Cool giler!!!"
Yeahhh cool sangatlah tu balik rumah dengan baju melayu basah lencun macam kena simbah dengan paip bomba





The roti bun burger I made myself sebab susah nak jumpa
kedai runcit dekat rumah tak jual
redah ke cold storage pun tak jual juga
so menguli lah mak cik semalam
ada baki lagi 3 ketul, tak tau nak buat apa
esok dah nak balik kampung, today nak habiskan stok makanan yang last
going to make chicken parmigiana ;-)
senang sepinggan hidang macam burger semalam puas hati makan
dah hujung-hujung puasa ni nobody wants to eat banyak lagi dah








27 Ramadan 1433H- For Sweet Tooth Only

Selalu time puasa ni tekak mesti teringin nak makan kuih-kuih Melayu je kan?
pasal tu kalau pergi pasar ramadan time tu lah kita jumpa macam-macam jenis kuih
yang takde di luar bulan puasa


Tapi tiba-tiba tekak teringinlah nak makan dessert mat salleh
maklumlah, mak ai cakap kan kami punya ancestor ada darah French+Siam gitu
patutlah tekak ai western sangat dari kecil
bluwekkkk... sila muntah hijau
eh eh jangan muntah... jangan muntah kang batal puasa





Nak makan cheesecake tapi tak nak buat besar nanti tak habis membazir
saya buatlah kecil-kecil cinonet muat mulut comel saya ni






Cik Yaya kan gigi dia masih sakit
jadi buat puding mangga ni senang tak payah kunyah
sumbat dan telan je
paling tidak tekan dengan lidah dan lelangit








Puaslah dapat portion untuk 2 hari ;-)






Wednesday, 15 August 2012

26 Ramadan 1433H - Kerahan Tenaga II & Please Meet Mr Billy B.C

Dah 26 hari kita berpuasa ye?
My goodness tersangaaaattt lah cepatnya masa berlalu
masuk je pertengahan ramadan masa yang 24jam tu terasa macam 12jam je even for SAHM like me

Ini entry tertunggak sebenarnya berlaku pada hari yang sama Fahmi bantu saya basuh pinggan
Dah hujung-hujung ramadan ni tiba-tiba macam banyak pulak things to blog about
Kalau hari sabtu semua orang sibuk menyental dinding sampai licin berkilat dan menciutkan
Hari Ahad pula adalah hari gotong royong membuat kuih raya

Seriously, saya takde mood nak buat kuih raya sebenarnya
menyampah sangat coz it only reminds me ramadan sudah mahu berakhir
Tapi pagi Ahad itu saya bancuh juga 2 adunan kek buah
kerana terkenangkan my dad yang cukup suka kek buah serta Yaya sendiri
Dalam sibuk mengadun datanglah minah kacau pun sibuk nak tolong mengadun juga
I let her sebab mood saya tengah baik, tak kuasa pepagi buta tu bergaduh dengan dia
Habis membantu saya mengadun dia tak puas, ajak saya buat cookies pulak
haduhaiii sudahlah saya ni takde mood
in the end saya mengalah, buatlah choc chip cookies
itupun sebab bahan semua complete memang dah ready tunggu mood je datang



Dah siap bancuh adunan saya serah kat budak berdua ni
biar depan scoop the batter dan susun atas loyang
sambil-sambil tu layan kerenah mereka
Fahmi nak buat cookies bentuk huruf F tapi saya habaq kat dia batter ni cannot be shaped
bentukkan lah macam mana pun, masuk oven nanti jadi rupa dinosour juga seketul

Ada bagus juga bagi budak berdua tu buat cookies
sekejap saja dah siap bakar semua
siap kerja!


Dah siap tu hambat depa sambung buat homework pulak
pagi-pagi tadi depa buat homework kat atas
dulu bentang buku kat ruang tamu habis bersepah dengan habuk eraser
sekarang sejak saya bawa balik Mr Billy B.C. saya relocate meja belajar depa kat family hall tingkat atas
tak sempat habis depa buat kuih raya pulak
tengok tu Yaya pun masih berbaju tidur lagi
Fahmi je disiplin tinggi skit macam mama dia, bangun terus masuk bilik air



Mr Billy B.C?
Alamak skandal baru ke? hehehe
Billy bookcase beli kat ikea
tau jelah ikea kan suka bagi nama orang kat product dia

Buku-buku sekolah pun saya suruh susun kat bookcase tu
senang boleh nampak, lagipun bilik depa takde bookshelf lagi




Ye, ye saya tau... jarang-jarang sangat bukunya
banyak lagi buku belum susun kat situ
saya belum habis mengemas lagi hehehe
time hendak bookshelves time tu juga pi redah ikea, bila dah dapat haremmmmmm...
tapi koleksi-koleksi novel saya dari zaman sekolah sampai sekarang definitely takkan letak kat situ lah
mak kedekut nok... tak suka nanti ada orang usik
nak baca boleh tapi mak cepat panas hati bila tengok koleksi-koleksi mak dicemari
kesan cap jari kaler itam, kuning dan kesan minyak bagai
euwwwww membaca sambil menumis ke hapa?
adehhh bulan-bulan posa ni... ya ampunnnnn

Tuesday, 14 August 2012

25 Ramadan 1433H - Siakap Bakar Ala Jimbaran

Ikan bakar again!
Tapi terlalu kerap guna resipi yang sama made me go for a change
kalau selalu buat ikan bakar portugis dengan air asam superb Puan Ayu
this time around saya beralih kepada resipi ikan bakar ala jimbaran






Sounds familiar to you?
of course lah kan to those yang have been to bali would have come across a place called Jimbaran where people go to see the sunset
I was told that jimbaran has stunning picturesque as well as a perfect place for seafood BBQ!


I went to Bali once but we didn't go to jimbaran
the kids went along with us so the timing wasn't quite perfect - staying out until late
but we had our fair share of superb seafood back at our hotel
I have to say that rempah ratus for seafood BBQ di sana sangat sedap!





I got the recipe from this blog
It was so sedap, you got to give it a try
(*_^)

25 Ramadan 1433H - Little Mystery

Yaya was a little bit angry with me this morning when I told her daddy will be sending her to school, not me
Fahmi also had a long face when I told him the same
Ok don't get it wrong my children bukannya tak suka pergi sekolah dengan daddy
It's just that I feel that there is something mysterious about children's bonding with mothers that you can't quite explain
Because to be honest saya seorang ibu yang garang who likes to nag nag nag and nag non-stop
Saya baru saja membebel dekat Yaya sebab dia liat bangun pagi tadi and yet she still favours me over daddy to send her to school


I took this picture last week masa hantar my children to school
perhaps this explains the little mystery?



Yaya's ritual every morning at school - holding my hands tight and wouldn't let go until she feels OK to let me go
she would say "Ok dah..."
Saya selalu tertanya sendiri apa yang dah tu?
The holding hands part is not the only ritual she had
normally before she says "ok... dah" she will bury her face on my abdomen
in front of everybody di assembly court tanpa rasa malu
sometimes I teased her "dah? tak nak dukung?"

Fahmi pulak akan salam tangan saya berkali-kali sebelum saya balik
and will keep on turning his head sambil melambai kat saya sehingga kereta saya sudah tidak kelihatan di perkarangan sekolah

Which brings me back to this question?
Despite me nagging them everyday every morning every hour why the still favours me over Daddy ( Mr Hubby please jangan terasa hati :-))
Sebab saya selalu hang around the school? and daddy don't?
Because it's very comforting to have me there?
Because my presence calm their nerves?
I don't know.


I'm better off now. Take a nap untuk hilangkan mengantuk
I'm suppose to go into the kitchen now siapkan kuih tart nenas
but I'm so sleepy sebab malam tadi tidur 2 jam saja
takdelah bukannya tak tidur sebab buat kuih, takde maknanya
saya tak akan sekali-kali burn the midnight oil semata-mata nak buat kuih
it is not important to me to have berjenis-jenis kuih line up my table on Hari Raya
tapi kesian to my loved ones kalau takde buah tangan raya nanti
so sleep first, kuih later ;-)