Tuesday, 2 April 2013

Happy Birthday Yaya

Worried that her Mama and Daddy would simply forget her birthday terutamanya dalam kesibukan yang tidak putus-putus berulang ke hospital dan bergilir menjaga mil, Yaya voiced out her concern and request on Sunday.

"Hari ni 31 Mac, esok sekolah 1 April.... haaahhhh! Lepas tu 2 April birthday adikkkk!!!"

"Birthday adik nanti Mama buatlah surprise.... Mama beli kek kecik je, bla bla bla.... letak lilin macam dulu tu lepas tu bla bla bla..."


Ok, kesian. Kesian sangat she had to tell us what and how she wants her birthday celebrated.

Alahai sayang. As if a MOTHER would forget her childrens birthday. Tak pernah hokey... tak pernah. Kalau the other party tu tak taulah kan... hehe.

Her birth day didn't started off really well. Mama berangin sikit pagi-pagi sebab semua orang bersiap lambat ke sekolah. So masing-masing dapat tazkirah (bebelan) ringkas sikit sorang. Masuk dalam kereta baru dapat ucapan happy birthday dari Mama and Abang. Itupun muka birthday girl terkejut sebab masih monyok kena marah dah lupa pasal birthday kot. Kesian.

Balik dari hantar the kids to school teman Mr Hubby breakfast. Dia tanya macam mana birthday Yaya. To which i answered, biar saya uruskan.

So I went shopping. Beli a few thing yang diperlukan for a special dinner tonite. Dan sebelum the kids balik dari sekolah agama saya sudah bersilat di dapur. Menyiapkan 'sesuatu' yang istimewa kesukaan birthday girl. Tapi bila dah siap time nak snap photo tu terkantoi plak sebab the kids pun dah terpacul depan pintu. Adehhhh potong betul. Hihihihi surprise no.1 tak menjadi. Tapi surprise no.2 betul-betul menjadi.

During dinner, I whisper to Mr Hubby suruh dia turn off the lights while I go in to the kitchen untuk keluarkan 'suprise' itu. Haha over dinner baru reveal my secret plan to Mr Hubby ... itupun tak secara terang dan jelas. Memang dasar penyimpan mohor besar tegar. Takut benar kantoi.

Saya pi dapur baru je nyalakan lilin tiba-tiba rumah kami gelap gelita. Terkejut mak... nasib ada cahaya lilin daripada sepotong kek yang saya bawa keluar dari dapur. Birthday girl dan abangnya dah terjerit kecil terkejut. Depa ingat blackout. Rupa-rupanya Daddy bantai turn off punat main switch. Cissssssss..... mati-mati ingat dia pi turn off lights kat dining area je, rupa-rupanya dia bantai blackout kan satu rumah!!!


So.... Happy birthday to youuu...
happy birthday to youuuu....
happy birthday to Sorayaaaa...
happy birthday to youuuu....


We make her sit di kepala meja. It was her wish to have her Mama sitting on her right. Ok i feel honoured baby. She was wearing her favourite MU jersey complete dengan seluar kontot yang kami beli di Vietnam.


So she did say she want just a small cake with a candle on it, but she didn't expect us to bring it to her in such a style. She was surprised. And she was pleased. Some more her Mama managed to get her favourite cake pulak tu, blackforest cake from her favourite outlet Secret Recipe. With a candle yang menyala macam bunga api.



Gone now her curls. Just like mine. She lost hers masa saya potong rambutnya at 4 years old. I lost mine when my mum cut my hair at 7.



Wan Soraya Zahirah - she was named Soraya sebab Mama dia sangat terpikat dengan kehalusan tingkah laku roommate nya masa di U dulu. That Suraya juga punya sepasang mata kucing dengan bulumata lentik yang bila dia melirik tampak manja dan memikat. Soraya/Suraya/Thuraiyya means - bintang tujuh. Patutlah si Suraya sahabat saya itu matanya cantik. Itu yang saya harapkan semasa mengandungkan Yaya - sepasang mata yang cantik that sparkle like star. Masa dia kecil, di sebalik wajahnya yang kecil molek, matanya yang sangat bulat dan galak itulah yang sering menangkap pandangan. Saya beri dia nama Zahirah (nama Sultanah Terengganu yang ketika itu Permaisuri Agong) supaya dia tahu asal usul Mama dia. Zahirah yang bermaksud - yang cantik berseri to complement maksud Soraya itu sendiri menjadi - bintang tujuh yang cantik berseri. Moga dia menjadi sinar dalam hidup kami. Moga dia membesar menjadi anak yang solehah yang berbakti kepada agamanya. Amin.


Monday, 1 April 2013

Allah Sebaik-baik Perancang...

Lamanya tak berblogging kan? Sampai sudah berganti bulan. Pejam celik pejam celik sudahpun masuk bulan April. I intented to write more frequent in March. March being the anniversary month of my blog. Tapi sayangnya keadaan tidak mengizinkan.

Dalam kesibukan baking saya dapat sedikit masa senggang yang saya fikir boleh diisi dengan updating my blog dan blog baking saya. Tapi kesihatan pula merudum. Seminggu terbuang begitu saja kerana melayan sakit akibat jangkitan pada telinga kiri yang menyebabkan kelenjar pada tengkuk saya membengkak termasuk sakit kepala yang tak mau hilang sepanjang masa itu. Macam-macam rancangan nak dibuat sementara dapat break from baking tapi satu pun tak kesampaian. Frust.

Kita hanya merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang...

Entry terakhir bulan Mac bertarikh 20/3/2013 pun saya buat dalam kelam kabut. Kerana dalam minggu itu saya terpaksa pulun bekerja 16jam sehari menyiapkan bahan-bahan untuk pameran di Dessert Fair, Campus Festival 2013 di MMU, Cyberjaya pada 26-27 Mac 2013. Terpaksa buat preparation in advance kerana saya berpergian dan hanya pulang sehari sebelum festival tersebut. Berpergian ke mana? Terengganu. Ingat tak kenduri kahwin sepupu saya yang pernah saya sebut dulu? Saya janji dengan dia saya akan hadiahkan sebiji kek hantaran.

Saya sepatutnya bertolak ke Terengganu pada awal pagi Jumaat 22 Mac. Tapi tertunda ke tengahari kerana ada kecemasan. Mil dimasukkan ke wad di HUKM kerana kedua-dua belah kakinya tak boleh bergerak. Fikirkan statusnya as a cancer patient yang belum declare cleared from cancer adik beradik mr hubby sepakat rujuk ke HUKM saja. Tambahan servis dan rawatan yang dibuat oleh hospital segamat sangat-sangat mengecewakan.

Kita boleh merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang...


Booth di Dessert Fair, Campus Festival 2013, MMU Cyberjaya


Trip balik ke Terengganu pun singkat saja. Tiba Jumaat malam. Kenduri Sabtu. Ahad pagi sudah merempit balik ke Shah Alam semula. Semuanya kerana komitmen untuk festival itu. Dan buat sementara waktu saya tidak dapat menjenguk mil di hospital. Rancangan nak ambil giliran menjaga mil pada malam hari Khamis minggu lepas juga tidak kesampaian kerana kakak ipar nak take over. Saya redha sebab sebaik selesai 2 hari menjaga booth di MMU saya terus tak boleh bangun. Keras kejung urat-urat badan, tak pernah rasa sakit sebegini. Letih lesu biasa. Inilah bahana bekerja 16jam sehari selama beberapa hari berturut-turut sampai hilang 3kg! Dalam keadaan saya sendiri sakit bagaimana mampu saya menjaga orang sakit?

Kita hanya merancang...

Buat masa ini mil masih warded di HUKM. Test after test done. Belum dapat dipastikan penyakitnya. Belum dapat disembuhkan. Hanya pada Allah kami berserah, moga dipermudahkan urusan. Moga dipermudahkan dugaan buat mil. Moga cepat sembuh. Amin.






Wednesday, 20 March 2013

Awak Ada Separuh Yang Saya Tak Ada...

You have half of what I don't possess, I have half of what you possessed.
Awak ada separuh dari apa yang saya tak ada, Saya ada separuh daripada apa yang awak ada.




Punca falsampah gila-gila ini bermula dengan ini.




Saya pandai buat rekabentuk (design), dia pandai buat rekaletak.
Dia kata saya pandai guna ayat bodek nak suruh dia buat itu ini.
Saya kata untung juga saya tak guna ayat perintah!
Tapi guna my persuasive way... (*_^).
Kalau dah perempuan, buatlah cara perempuan kan kan kan?



We are both imperfect, but when two imperfect people comes together, they become PERFECT as a couple.

Cantik bukan aturan Tuhan.


P/s: dalam mode super duper busy tapi paksa diri curi masa reka logo untuk part time business kek saya. Dan juga mahu buat rebranding. Jadi akan bertukar nama. Pembaca blog saya bertuah kerana mendapat 1st glimpse ;-).

Tuesday, 12 March 2013

Tobat Tak Mau Pi Pasar Malam Dah!


Hari Ahad tempohari memang siang-siang sudah declare 'hari dapur tak berasap'. Kalau ikutkan logik bila masanya nak perasapkan dapur tu kalau awal pagi sudah keluar deliver tempahan kek. Kemudian memecut balik rumah bersiap angkut anak-anak ke Tanjung Karang pula. Memang sudah sah confirm lunch kami Ahad itu fully catered! Hehe... Malamnya pulak kami sepakat nak tunaikan janji bawa anak-anak memburu di pasar malam di pekan Meru. Nah, pilihlah ikut selera masing-masing.


Sebenarnya kami bukanlah jenis yang suka memburu di pasar malam. Dah bertahun-tahun kot tak jejak pasar malam. Memang tak gemar. Tapi masa raya cina tempohari stok makanan basah memang zero terus sebab saya sibuk baking tak perasan stok makanan dah kering, kedai acheh pun angkat tangan surrender. Jadi untuk pertama kalinya kami beli makanan di pasar malam ajalah. Cik Yaya terigau-igau kan sate, jadi apa salahnya repeat berburu di sana.


Tak lama pun kami pusing. Masing-masing dah dapat apa dihajati terus balik. Itupun mr hubby dah bisik kat saya lain kali tak mau pergi pasar malam lagi. Saya faham, dia tak selesa. Apatah lagi saya. Orang terlalu ramai. Tempohari masa raya cina lengang. Kali ini ramai orang, yang pakai short sleeve masing-masing jalan tak jaga bergesel-gesel. Saya kecilkan badan dan silang tangan depan tubuh sebab tak semua orang 'reverse' tengok cermin belakang, dia masuk gear terus gostan. Itu belum yang tiba-tiba tarik 'handbrake' tengah jalan... naya je langgar bumper to bumper.


Tapi rupa-rupanya kami silap. Kami takkan ke pasar malam lagi bukan sebab di atas. Tapi sebab tidur malam kami terganggu. Jam 3 pagi saya dikejutkan dengan rengekan Yaya mengadu perutnya memulas. Saya pujuk suruh dia memerut, flush out bakteria-bakteria jahat tu. Ehhh dalam pada menemankan dia tiba-tiba perut saya pun memulas juga. Dah macam nak cramp you! Sudahnya mother and daughter marathon memerut berjam-jam hingga ke pagi!!!


Mr hubby thought he has been spared. Rupa-rupanya dia bangun bersiap nak pergi kerja memulas juga sikit. Kemudian saya sangka Fahmi paling beruntung antara kami berempat kerana dia tak mengadu sakit pun. Tengahari semalam jenuh saya tunggu dia balik sekolah. Dah dekat jam 2 petang tak nampak batang hidung. Alih-alih dia balik jalan kaki dari belakang rumah. Alkisahnya dia sakit perut dan diturunkan van sekolah kat sekolah untuk memerut di situ. Alang-alang dah ada kat surau terus lepas memerut dia solat zuhur sekali. Padanlah lambat balik. Yang terharunya, 3 orang kawan dia sanggup turun sekali temankan dia memerut dan sama-sama solat di surau. Alahaiiii... macam itu namanya kawan.


Saya dan Yaya paling teruk cirit-birit. Pun begitu masa jumpa doktor boleh gelak-gelak lagi ketawakan sesama sendiri. Puasa sunat terpaksa tuang sebab nak makan ubat. And who's the culprit (punca cirit birit)? 
Tak tau lah... antara sate dan keropok lekor sebab itu dua benda yang kami berempat makan sama-sama. Keropok lekor? Pelik kan... tapi saya bukan keropok lekor tetapi SOS keropok lekor.

Jadi confirm lah ni tak mau pi pasar malam kat situ lagi dah? Betul tobat ni? Hahaha kang jilat ludah sendiri bau tau...


Ahad itu memang kami terover indulge in food. Tak puas makan cendol yang dihidangkan tuan rumah kami pekena seround lagi. Di Tanjung Karang ini bersepah warung cendol macam tapak pesta juga. Tapi sayang cendol di warung yang kami cuba ni kurang kick. Air gula merah tak terasa. 


Saya pesan cendol pulut. 


Pulutnya lembut tapi kenapa rasa macam minyak tanah? Tengik barangkali. Tak terbangkit nostalgia cendol Telekom, Seremban. Yang itu memang LEGEND!


Pun begitu, lain padang lain belalang... lain orang lain ragam... selera kita tak sama kan. Kalau nak cuba apa salahnya. 





Dari Shah Alam Ke Tanjung Karang ... Ojo Kesandung


Dari Shah Alam Ke Tanjung Karang
Laluan LATAR Shah Alam-Kuala Selangor kami selusuri
Menyahut undangan di Kampung Sungai Gulang-gulang
Persandingan puteri tunggal Masrun Tamsi



Kad jemputan dilayang, selamat diterima tak sampai 1 minggu selepas bapa pengantin menghubungi saya menerusi sms "... mohon lapangkan dadamu menerima undangan ini dan sms kan alamatnya..."

Sejak dulu berulang kali beliau mengajak bertandang, Raya atau apa-apa jua keraian belum pernah sekalipun sepanjang perkenalan undangannya saya penuhi
Lalu kali ini, selepas saya sudah tidak punya apa-apa, nama dan pangkat jauh sekali
sms bertanya khabar beliau tidak pernah jua surut, mengapa saya perlu masih menyombong diri
walaupun pada tarikh yang sama ada jemputan lain bertembung tarikh, rasanya sekali ini tidak salah
kalau saya memilih untuk menghadirkan diri ke halaman Tino
after all, memang patut saya merendahkan diri menghormati hajat orang yang lebih tua
Entahkan barangkali peluang itu tidak akan berulang lagi

Saat kami tiba disambut tuan rumah yang berpakaian serba pink jambu, kata-katanya buat saya termalu sendiri "... sampai jugak akhirnya..."
nampak sangat saya ini selalu mengecewakan kawan



Dan sungguh saya terpegun, bila tiba di perkarangan Halaman Tino
melihat padang rumput saujana mata memandang berubah umpama tapak pesta
dengan kepulauan khemah-khemah terpacak bagaikan cendawan selepas hujan (memang kebetulan malam sebelumnya hujan!)
dan lautan manusia yang seakan tidak mahu surut
berpusu-pusu menunggu giliran untuk menikmati hidangan
kerana hari itu halaman Tino dibanjiri 5,000 jemputan yang saya kira hampir seluruh Tanjung Karang berkumpul
meraikan hari bahagia Masrun Tamsi @ Herman Tino menerima ahli keluarga baru



Tetamu diraikan tidak kurang dengan nasi minyak, dijamu lagi dengan soto, pecal, cendol dan goreng-gorengan
identiti ke'jawa'an sangat pekat di adun dalam majlis
bayangkan dari kad jemputan lagi sudah tertera sebaris ayat dalam bahasa jawa, sehinggakan hidangan malah flower girls dan kanak-kanak lelaki pengiring pengantin juga berpakaian ala jawa
betapa tuan rumah sangat mendukung jati dirinya




Geng motorsikal SYM turut serta.... cuma yang ini bukan mototrsikal jenis SYM ye... ini honda jenis apa saya tak tahu

Pengacara majlis entah siapa... tetapi sangat menyenangkan tutur kata mereka
cekap mengawal majlis walau dari atas pentas, sering berpesan-pesan supaya tetamu yang sudah selesai menikmati juadah memberi laluan kepada yang baru hadir

Bila tetamu yang duduk semeja dengan saya bertanya "... sedara jugak ke?" bagaimana harus saya menjawabnya ye?
kerana antara kami bukan peminat-artis pujaan 
bertemu dan berkawan atas kawan
mengambil barang sedikit pengalaman dari orang yang lebih dulu makan garam kehidupan






Anak dara cilik saya terkejut, teruja dan seakan tidak percaya waktu sampai ke majlis " Eeeee... atuk Hafiz... ehhh bapak Hafiz!" kata dia
langsung saya tawarkan peluang kepadanya untuk bergambar kenang-kenangan dengan 'bapak Hafiz (AF)' dalam lagu awan nano
warna baju dah cantik sedondon... warna kulit pun lebih kurang sama je dah macam atuk dengan cucu pula
Sudah seringkali saya hadiri undangan kenduri kahwin dan seringkali juga warna baju kami sekeluarga sedondon pula dengan tuan rumah!
termasuk sewaktu melunaskan job menghantar wedding cakes hingga disangka kaum kerabat!
kali ini tidak terkecuali... terrrr sama jua warna tema - pink jambu!

selama ini Yaya tak percaya retis 'berkawan' dengan saya (ehhh poyo!) bila dia belek-belek handphone saya selalu jumpa nama-nama retis yang dia kenal, tak percaya tak apa sebab mama dia pun tak pernah kuasa nak bercerita kalau tak ditanya
lagipun kita manusia sama saja, dunia ini fana... akhirat yang kekal abadi



Ojo Kesandung Batu Neng Dalan Awan-awan
Moga mahligai Herta Masrun & Mohd Rezza dilimpahi keberkatan


Wednesday, 6 March 2013

Toll Gate Girl

Tak pernah terfikir jadi toll gate girl
walau saya boleh terperuk berjam-jam dalam bilik seorang diri tapi saya tidak mampu duduk dalam ruang sempit
saya respect pekerja toll yang hari-hari mengadap benda yang sama, duduk je boleh kematu punggung

Jadi, masa majlis persandingan anak saudara mr hubby di Muar hari Sabtu lepas saat kompang sudah bergema sayup-sayup
bila mana kakak ipar tarik tangan saya suruh pergi pagar tangga rumah saya jadi blur... "...tol... tol..." kata dia dalam kelam kabut

TOL?

saya pergi dekat biras saya yang sedang susun doorgift untuk tetamu saya bisikkan pada dia, "... kak nah suruh buat pagar... tol..." sambil berkerut dahi saya
bila bersinar mata biras saya dan dengan terujanya dia tarik tangan dan ajak kakak ipar yang seorang lagi buat pagar barulah saya tersedar... owhhhh kutip tol! dari pengantin rupanya...
alahaiiiiiiiii... buta adat sungguh awak ni
manalah saya biasa adat kutip tol ni.... sebab sebelah saya di pantai timur tak ada adat ini
apatah lagi sebelah mr hubby di Johor juga tak pernah saya lihat
tapi saya teringat juga masa kecil dulu di berek polis ada adat kutip tol
yang setahu saya amalan orang Melaka kalau tak silap?
eh... abis tu Muar pun ada tol juga ye?
entahlah labuuu... hentam sajalah... saya ikut-ikut aja buat seronok mengusik pengantin
bukan duit tu yang kami hendak sangat...
tapi sekeping sampul duit raya jatuh juga ke tangan cik Yaya

*pic*
toll gate girls... walau tiada kutipan tetap senyum senang



Tengok kocek baju Melayu si pengapit penuh dengan sampul duit... si Pengantin maintain mood jovial, sporting sangat


Pengantin perempuan (anak saudara mr hubby) adalah anak tunggal. Jadi majlis memang meriah walau khemah cuma 5 buah saja sebab perkarangan rumah pun terhad. Almaklum, kawasan kampung rumah lot rapat-rapat pulak tu. Saya enjoy the food walau tak sempat merasa hidangan laksa johor dan lontong. Guna katering je pun tapi RM10 sekepala untuk nasi minyak beras basmathi pakistan yang gemuk-gemuk butirnya, beriani daging dan kambing, acar tumis, dalca, ayam masak merah, acar buah berserta 3 jenis kuih muih tradisi. Air kordial anggur dan sirap serta buah 2 jenis saya kira sangat mewah dan murah! Dah jadi kebiasaan orang Johor, tetamu balik mesti dibekalkan nasi. Nasi pun disiapkan katerer berbungkus cantik dalam bekas plastik. Aduhhh... murahnya.

Petang kami berangkat pulang. Toll gate girl mendapat saguhati mee bandung Muar di stesen bas Muar. Sedap tapi terlebih pedas!





Tuesday, 5 March 2013

Bumi Serasa Berputar


Ya, bangun pagi ini lepas solat Subuh tiba-tiba dunia sekeliling saya seakan berputar
bola mata liar, tak dapat fokus pada satu-satu objek
jadi saya lebih senang memejamkan mata
tapi tak boleh jadi, sebab harus mandi dan bersiap hantar anak ke sekolah
saya cuba bangun, rasa nak rebah semula
cuba berjalan, boleh tapi sesekali badan terhuyung hayang ke tepi bagai ditiup angin
kepala ringan, tidak sakit tapi pening
takut nak buka mata sebab rasa seperti dihipnotis!

Saya gagahkan juga hantar anak ke sekolah
kesian kalau terpaksa cuti semata-mata sebab dunia Mamanya seorang je yang berputar
mr hubby kata, "kurang gula lah tu..."
eh semalam baru lepas melantak dodol... hmmm
balik rumah terus masuk bilik, rebahkan kepala atas bantal
pejamkan mata kejap (rapat)... pun begitu rasa berputar itu masih ada
it's inside me... inside my head

rasa loya jangan cakaplah, mual dan muntah
dan perut sesekali memulas ringan
aduhhhh... simptom apa ni?
ehhh... jangan buat spekulasi, baru je suci dari bendera merah ni, takkanlah...

lepas 1 jam saya terjaga... perlahan-lahan buka mata
oh tidakkkk... masih berpusing duniaku!
pejam semula walau badan rasa tak berdaya sangat tapi untuk sambung tidur lagilah buatku lesu
takde pilihan tidur jelah sebab panadol kutelan tak berkesan...
akhirnya setelah beberapa kali pejam celik pejam celik, jam 11 pagi saya rasa cukuplah
Alhamdulillah dan hilang rasa berpusing tu, bola mata pun dah tak liar lagi
lantai kujejak sudah tidak berputar, badan pun dah tak terhuyung hayang... cuma lesu

beginilah yang saya rasa barang 4 bulan lepas
masa cik maid bercuti, yang menyebabkan 2 hari saya tak dapat bangun
sambil siapkan tempahan kek sambil tahan kepala berputar sambil sekejap-sekejap baring
yang sampaikan cik Yaya keluar statement jangan bagi cik maid cuti lagi

rupa-rupanya simptom yang saya rasa inilah yang dinamakan Vertigo
atau gangguan keseimbangan
baru saya teringat, zaman belajar di UKM dulu pernah dipapah dan dihantar pulang dari Bangi ke Seremban
sebab dunia berputar inilah!!!
dah lama sangat kejadian tu, jadi tak sangka sungguh kena lagi
cuma tak taulah nak kata apa penyebabnya sebab vertigo ni banyak punca
kalau dulu saya diberitahu terlalu banyak udara masuk disebelah telinga hingga ganggu keseimbangan badan
maklum dulu di bilik hostel dilengkapi kipas dinding, jadi memanglah udara lebih banyak kena sebelah aja
tapi sekarang takkanlah kot... pakai kipas siling ni... he he he
takpelah saya pun belum bertemu doktor lagi
boleh rujuk sini kalau mau tahu lebih pasal vertigo