Wednesday, 13 November 2013

Crisp Skin Pan-fry Salmon with Cajun Sauce


Siapa tak suka makan ikan salmon? Beri saya pilihan antara salmon dan daging atau ayam saya akan pilih salmon. Kalau kepingan ikan salmon saya akan masak cara paling mudah dan ringkas. Iaitu digoreng tanpa minyak atau dengan sedikit minyak zaitun sehingga kulitnya agak garing tapi isi ikan masih moist. Selain dari goreng begini isi ikan salmon boleh juga buat pai. Tapi kali ini memang nak makan secara pan-fry aja.





Ikan salmon tu saya tabur sedikit garam dan serbuk lada sulah sebelum digoreng. Sementara sos cajunnya saya ikut resipi Chef Ammar yang diambil dari fb beliau. Tetapi tiada sukatan bahan diberi malah tiada cara-cara menyediakan tertulis di situ. Dan memandangkan saya ni tak pernah sempat nak tengok rancangan beliau, saya main agak-agak saja cara membuatnya. Banyak senarai bahan ditulis tapi tak diasingkan yang mana untuk cous cous, yang mana untuk ikan dan yang mana untuk sos cajun. Saya terasa bagaikan diberi bunjut campuran beras dan rempah Musang Berjanggut pula! Pandai-pandailah asingkan dan masak!





Makan dengan cous cous sebagai ganti nasi. Bila dah siap saya tengok plate terlalu plain, sudahlah tiada ragam warna, semuanya putih kecuali salmon berwarna pink. Cepat-cepat geledah peti sejuk, jumpa baby kailan (kali ini yang betul-betul spesis kailan!), celur sekejap toskan dan letak je dalam pinggan. Ok lengkap ada protein, bijirin dan sayur hijau. Yummmsss! ;-)

Monday, 11 November 2013

Hijrah...





Pooh dan Ms Turtle pun dah pakai tudung sekarang.
Cik Bear bila lagi???

Tumpang senang hati ramai dah artis yang bertudung sekarang.
Dok ingat-ingat kan diri. Hijrah luaran kena seiring dengan hijrah dalaman.
Hijrah luaran lebih mudah.
Hijrah dalaman nak bersihkan hati, tundukkan nafsu, istiqamah dan lain-lain yang lebih mencabar.
Teringat Prof Muhaya pernah cakap, kalau rasa susah nak berubah jadi baik check balik sekeliling kita.
Kalau dikelilingi orang-orang yang tidak baik, tinggalkan.


Friday, 8 November 2013

Celebrate



The day after Deepavali, we removed all furnitures (except fixtures) and curtains from the kids room and start painting the room in Yaya's favourite colour ~ pink. Typical girls favourite colour kan?

Bukan itu saja, I clean up the dust daripada alang tingkap dan grill yang dah tebal tu, obviously from years and years lack of attention. The kids got really excited tengok Mama dia cleaning up so they want to join. I let them use the vacuum instead. Mr Hubs kata saya 'sayang' sangat kat maid, sepatutnya suruh maid yang buat benda-benda ni semua sejak dulu. Ermm... aku juga yang kena smash. Nak buat macam mana, dah naik lemak, penat mulut berleter. Pandai-pandailah fikir berkat tidak rezeki kalau kerja ala kadar.



The day before, I took the kids with me ke rumah my mum. But we rushed back the same day sebab nak mulakan operasi mengecat ni the next day kan. My mum kata, "Orang dah Deepavali baru nak cat ke?"

Kalau my hubs pulak kata, "Kita (mengecat) celebrate maid nak balik (for good)"
Kuang... kuang... kuang...


Now the room sudah ready for occupation. Katil baru pun dah sampai. 
Tapi bau cat masih terlalu kuat.
Now, Fahmi dah tak sabar nak sambung operasi mengecat bilik dia pulak.
Tapi sabar dulu ye, tunggu 'penyewa' kosongkan bilik tu hujung minggu depan.

Monday, 4 November 2013

Prank






Kecik-kecik dah pandai buat prank.
Baru 8 tahun!
Inilah kerja budak-budak perempuan zaman millenium.
Tulis love-letter.
Tapi bukan dikirim kepada lelaki.
Pi selit dalam letterbox rumah kawan perempuan juga.
Motif???
Balas balik sebab kena prank cara yang sama sebelum ini.

"sampai jantungku jatuh ke tanah dan kukutip semula"
ughhh... perumpamaan apa ni?


Saturday, 2 November 2013

Baby Kailan Ikan Masin tu sebenarnya Pucuk Kobis ye?

Last week mr hubs join kayuhan MTB (mountain bike) di Cameron Highland. It was the same week kejadian tanah runtuh di Ringlet. Laluan MTB tidak membabitkan Ringlet, jadi MTB diteruskan.
Saya dan anak-anak tak ikut serta. Bukan tak diajak tapi kami bosan. 
Masa diperuntukkan sangat singkat, bukannya dapat jalan-jalan pun. Mr hubs cadangkan saya bawa je anak-anak ronda CH sementara dia habiskan kayuhan. Ugh... tak syok lah ronda-ronda bertiga je.


Balik dari CH mr hubs bawa balik sayur-sayuran segar dan sekuntum bunga ros. Erk! Sekuntum jer??? Itupun kata dia auntie yang jual sayur/bunga tu beri percuma suruh bagi kat 'your wife' kata dia. Sabar jelah dapat ros percuma, bukan mr hubs bagi tapi auntie yang bagi!!!
 Takpelah janji selain ros, mr hubs ada bawa balik strawberry kering my favourite tu.
Sayur pulak mr hubs takdelah beli banyak/ Kata dia RM10 untuk 3 jenis sayur. Lalu dia beli 1 peket pucuk kobis (cabbage shoot), 1 peket tomato kecil dan 1 ikat asparagus.
Satu benda kegemaran kami yang dia lupa beli.
Salad Romaine!!!! Salad yang selalu beli kat supermarket tu kan memang datang dari CH, cemana lah dia boleh lupa. Tapi nak buat cemana, wifey dia pun tak reti pesan memesan ni.
Apa je yang di bawa balik saya terima ;-).




Cabbage shoot/baby kailan dari CH ni memang segar dan cantik. Jauh lebih segar dari mana-mana yang dijual di supermarket tu. Maklumlah terbaik dari ladang kans?


Baby Kailan Ikan Masin

1 peket pucuk kobis/cabbage shoot
beberapa batang baby corn dibelah dua
setengah batang lobak merah dihiris
1 batang cili merah dihiris serong
1 biji tomato belah enam
3 ulas bawang putih diketuk
1 keping ikan tenggiri masin jeruk
2 sudu besar sos tiram

Cara-cara:
1. Pucuk kobis dibelah dua dan rendam dalam air garam selama setengah jam. Kemudian bersihkan dibawah air paip dengan menyelak setiap helaian. Pastikan tiada pasir dicelah-celah daun.
2. Didihkan air dengan sedikit minyak (untuk kekalkan warna hijau). Celurkan pucuk kobis/baby kailan tadi selama 2 minit. Toskan. Celurkan baby corn dan lobak merah pula. Toskan.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis ikan masin sebentar kemudian masukkan bawang putih, cili merah dan tomato.
4. Bila tomato hampir layu masukkan sos tiram dan sedikit air. 
5. Jika perlu boleh tambah garam. Bila sos agak pekat baru masukkan sayur-sayuran. Kacau rata dan padamkan api. Hidang.

Nota: Kalau menumis sayur berdaun terutama kailan saya lebih suka mencelur terlebih dahulu untuk kekalkan kerangupan sayur. Bila dimakan masih terasa krup krupp dia. Tujuan saya letak tomato diawal menumis supaya jus tomato tadi menjadi sebahagian perisa kepada sos/kuah ikan masin dan juga untuk seimbangkan rasa masin ikan jeruk.



Kalau pergi kebanyakan restoran masakan Cina atau Thai, kita minta sayur baby kailan ikan masin pasti sayur inilah yang dihidangkan kepada kita. 
Tapi sekali tengok memang dah nampak rupa kobis. Cuma untuk orang yang tak pandai makan sayur, saya takdelah banyak soal. Janji sedap. Tapi saya tau sangat, baby kailan yang sebenarnya tidaklah rupa gini. Sebab saya selalu beli dan harganya mahal berbanding cabbage shoot mentah. Baby kailan sebenar rupa dia sebiji rupa kailan cuma dia bahagian pucuk yang lebih lembut. Jadi, saya kira di kalangan operator restoran atau tukang masak terma baby kailan adalah diterima pakai sebagai gantian nama kepada pucuk kobis ini. Barangkali bertujuan untuk menjimatkan kos kerana harga baby kailan sebenar sedikit mahal berbanding cabbage shoot???



Thursday, 31 October 2013

Kadang-kadang...


Kadang-kadang bila terlintas sesuatu persoalan dalam kepala saya ni
tiba-tiba sat lagi terus dapat pencerahan

tapi kelmarin bila saya rasa kesal sebab bila dah lama tak naik tangan kat anak 
tiba-tiba tewas juga ...
bukannya dapat pencerahan
tapi terus kena smack down dengan ustaz
kuliah topik wudhu'
"Nabi saw sangat sukakan kanak-kanak..." merujuk kepada amalan bawa anak ke masjid/surau/majlis ilmu
yang mana beliau menegur kelemahan sesetengah kita yang kadang tak suka sebab terganggu dengan kerenah kanak-kanak
"... tapi kita kena sabaq lah," sambung beliau
"sebab tu hangpa mai mengaji pasal wudhu' malam ni... wudhu' yang sempurna tu... gugur dosa dok tampaq anak"
Ok. 
Cheq memang rasa tertampaq
Terima kasih.

Wednesday, 30 October 2013

Mengidam Yang Terpendam



Bukan mengidam makan. Kalau makanan boleh dicari atau dibuat.
Tapi buku ini. Terbaru dalam koleksi (*_^)




Bukan nak riak atau apa. Takde apanya nak riak, bukan saya beli banglo bertingkek-tingkek ke kan.
Tapi saya nak berkongsi cerita.
Alkisahnya begini. 
Di surau tempat saya sebulan sekali (hari-hari lain dipenuhi oleh penceramah lain pula) ada kuliah Bulughul Maram yang disampaikan oleh seorang ustaz hadis yang terkenal di sekitar Lembah Klang. Ustaz Abdullah Iraqi nama beliau. Gaya penyampaian beliau santai, mudah difahami, bersahaja, mesra dan sesekali diselitkan lawak jenaka membuatkan setiap kali kuliah beliau berlangsung pasti dipenuhi jemaah. Saya anggap ini satu kelebihan yang tidak semua pendakwah miliki. Secara tidak langsung menjadi tarikan untuk mendalami sunnah Rasulullah saw.


  Setiap kali sampaikan kuliah kupasan hadis dan sunnah Nabi saw beliau mesti rujuk kitab. Rupanya ramai jemaah lain yang sudah memiliki kitab tersebut. Saya fikir kalau nak belajar tanpa kitab (rujukan) pun tak boleh juga. Belajar dari buku tanpa guru juga boleh sesat jalan. Saya dah lama berkeinginan untuk memiliknya. Pergi cari kat kedai-kedai buku. Tapi susahnya nak jumpa. 
Last-last jumpa hak kaler merah tu, beli jelah. Tapi hati kurang puas sebab tiada penjelasan hadis.





Semalam, ajak Yaya pergi kuliah ini lagi. Dalam hati sudah berkira-kira, tak boleh jadi ni... kena minta tolong dengan ustaz juga kat mana nak dapat kitab yang sama dengan beliau walaupun rasa segan ya Rabbi. Dalam beg telekung pun dah siap-siap standby duit RM60.


Habis saja kuliah, tau tak apa ustaz cakap?
"Sesiapa yang nak beli buku ini (sambil angkat kita Bulughul Maram kaler hijau pink tu) boleh dapatkan dari ustaz. Harga asal RM45, beli dengan ustaz bayar RM35 saja. Tapi kalau ustaz dah keluar dari surau ni harga balik asal RM45", saja dia melawak.
Subhanallah Maha Suci Allah... rasa macam terjawab hajat hati saya. Bukan macam... memang betul-betul terjadi! Sungguh-sungguh lah tak tau nak cakap macam mana.
Jadi malam tadi balik tersenyum-senyum lah orang itu.
Hak kaler hijau-pink itu lebih mudah difahami, ada penjelasan hadis dan diterangkan juga method pemilihan hadis. Untuk orang yang zero tentang ilmu ini, saya rasa sesuai sangat.
Ikut kuliah ni bukan sebab nak tunjuk pandai selepas itu, tapi lebih kepada keperluan diri sendiri untuk lebih memahami, memperbaiki amal ibadat. Sebab terasa sangat diri ni Islam turun temurun, dok ikut saja hak setakat mana kita belajar kat sekolah dulu. Fahamnya belum tentu.