Thursday, 13 February 2014

Aloo Keema - Taste of India


I like to serve variety of food to my family. Bukan masakan Melayu saja. Sometimes it's Italian, sometimes it's Arabic. At times it's Russian. Most of the time my own campak-campak menu *lol*.


Terlalu banyak variety yang sudah saya hidangkan, sampai anak-anak pun dah pandai, kalau tengok takde rupa Melyu atau Jawa mereka akan bertanya, "Ini masakan negara mana, Mama?" 


Kali ini, saya masak hidangan India. Aloo Keema. Aloo merujuk kepada ubi kentang/potato. Keema merujuk kepada daging cincang/mince meat. Keema is actually a spicy mince meat dish. Quite similar to a curry dish except this one is a dry curry. Often paired with potatoes, Keema can also be paired with green peas. Or both. 




Resipinya mudah. Saya ikut resipi yang tertera di blog foodblogger Soma a pretty Indian lady with great passion for food and photography. Here's the link to her blog and her Aloo Keema recipe. Penatlah nak menaip sebab panjang berjela. But I halved the recipe sebab my mince meat cuma 400gm sahaja. InshaaAllah saya akan cuba ringkaskan resipinya kemudian.





Keema can be eaten with white rice. But for my palate, it is best served with naan. This time around I made garlic naan. I made my Keema with gravy because I like to dip my naan into the gravy. Makan panas-panas untuk berbuka puasa, wallahhhh memang layan. Mr Hubby love this. Fahmi couldn't stop rave about this dish. I kept some leftover in the fridge and the next day I reheated them. Fahmi pushed aside other dish and make another dive for Keema.



Thursday, 6 February 2014

Dessert Table: Rum-free Chocolate 'Icecream' Cake Ball

Hello February!
The shortest month of the year but the most celebrated month by many. Sebab ada hari kekasih kot.
Pada saya bulan February sangat istimewa. Kerana pada tarikh akhir bulan February adalah ulang tahun kelahiran Ma saya. So, we look forward to that day ;-).


Okay, I know haven't been posting enough baking and cooking pics. Tapi itu bukan bermakna I don't bake or cook at all. Editing took times. Dan saya tak suka buat kerja in a rush. So here is, I present you my Rum-free Chocolate 'Icecream' Cake Ball. Note the inverted comma dekat perkataan icecream tu ye ;-).


Wahhh... nama panjang gitu. Macam tamak je. Saya guna formula yang diperturunkan oleh my ex-boss dalam ilmu persuratan masa bekerja dulu. Nama atau subject title harus menggambarkan isi secara jelas. Jangan buat orang pening. Biar baca tajuk je dah tau apa kebenda isi cerita. Ha ha... tapi hat ni mesti mau cerita panjang juga bagi perjelas habis.


Musim panas begini memang sedap tekak makan aiskrim kan? Tapi tunggu dulu. This is not a real icecream. It's a fake icecream, made to look like an icecream. But it's edible. You can eat them ;-).


The main actor of this 'icecream' assemble is the rum-free chocolate ball. I made the chocolate ball my style - the halal version of  germany's popular truffle-like confection rum ball.





A rum ball is actually made of cakes or cookies yang dihancurkan kemudian digaul dengan finely chopped raisins dan melted chocolate untuk mudahkan ia dikepal/dibentuk. Ia dipanggil rum ball kerana the original version memang letak rum sebagai penaik perisa. But yang saya buat ini 100% halal free from alcohol.


Untuk mendapatkan rasa yang tidak lari daripada rum ball asal, saya rendam kismis hitam bersama freshly squeezed lemon juice atau boleh juga ganti dengan jus oren tapi mesti jus dari buah sebenar bukan dari kotak ye puan-puan. Rendam untuk 1 jam. Air perapan jangan dibuang. Sebaliknya saya tambahkan sedikit ke dalam adunan chocolate ball tadi. Jus perapan kismis tadi membangkitkan rasa yang enak pada chocolate ball.





I refrigerated the chocolate ball for about 15mins while I prepare the white chocolate compound sebagai saduran. I tinted them with yellow colouring. White is so boring kan? Wait for the chocolate compound temperature gone to 45C before I dipped those chocolate balls into them. Shake of excess, jangan terlalu tebal just a thin coating cukup untuk mendapat effect bunyi "kruppp..." bila digigit. Celup mini icecream cone ke dalam coklat dan lekatkan chocolate ball ke atasnya. Then pipped some melted milk chocolate and topped with glazed cherry. Let it sit or return to fridge untuk disimpan.
Mudahkan? Turning something yang asalnya biasa-biasa saja kepada sesuatu yang luar biasa ;-).





The kids love them. Siapa yang tak terpesona kalau sudah dibentuk cantik macam mini aiskrim kan?
It works as a perfect dessert table idea. Dan juga as kids's party pack idea. Or perhaps as a perfect surprise for your loved ones.
But be prepared to pay for it. It can be costly ;-).

Friday, 31 January 2014

Bukit Tinggi, Bentong - Part IV Colmar Tropicale "Le Food & Night Life"


Le Food at Colmar Tropicale? Brace yourself for overpriced meals and bad, bad service. The reviews that I have read before we took this trip, are almost 100% true. We had a late check-in because our room are not ready. The front-desk officer promised to give us a call when our room is ready but never did made that call.


 While waiting for that call, we went for our late lunch. It's already 3.00 something in the afternoon and kids were very hungry. Ada beberapa restoran di tingkat bawah setiap bangunan penginapan. We picked Le Poulet Roti yang menghidangkan ayam panggang berserta salad. Masa mula-mula tengok harga pada buku menu rasa nak terjojol biji mata. Nak makan kat luar memang tiada tempat makan berdekatan. So kita hentam saja. The quarter chicken meal sangat mengecewakan. We were expecting something like Kenny Rogers punya quarter meal tapi yang dapat adalah ayam panggang yang sangat kering dan saiz hidangan juga kecil. Dari segi rasa pun jauh lebih sedap ayam panggang saya buat kat rumah. Le Poulet Roti memang overpriced dan tak setanding harga.


Selepas 1 jam baru dapat check in. Itupun Mr Hubby yang pergi sendiri check dekat kaunter. The Girl cakap dia cuba call tapi tak dapat. Owh tak payah lah menipu, signal was very good... no missed call pun. Our room terletak di bangunan at the far end of Colmar Tropicale village. Memang jauh juga berjalan. Room was nicely decorated sama seperti yang dilihat dalam website mereka. We got the village street view tapi disebabkan bangunan kami paling belakang jadi terlindung daripada hustle bustle. Sunyi at the far end. Cuma dapat intai menara pandang di sebelah bangunan kami saja. But that's ok.


Kami berehat je dalam bilik while waiting for dinner time.
Siang tadi dah ikut selera anak-anak makan ayam panggang. Kali ini ikut selera saya pula. Mahu makan pasta. Ada sebuah restoran Itali di sini yang menghidangkan pizza dan pasta. It's called La Flamme.
Sampai kat restoran sungguhpun sudah agak lewat jam 9.00 malam tapi restoran masih penuh. I guess that's because semua orang pun makan kat sini. Ada beberapa restoran lain - La Cigogne, La Blason dan La Vin tapi saya rasa ramai yang takut nak masuk La Cigogne dan La Blason kerana harga makanan yang lebih mahal ala fine dining. 


Fahmi nak makan pizza. Tapi malam itu mesin pembancuh doh pizza mereka rosak. Jadi huru-hara crew restoran semua. Hinggakan crew yang bertugas ambil order pun sibuk masuk dapur sekali. So many customers were left unattended. Mr Hubby pergi panggil seorang crew tapi dengan kasar crew tadi suruh kami tunggu je hingga mereka datang. Bila Mr Hubby kata dah lama tunggu, dengan kurang ajarnya dia menjawab "... orang lain pun lama jugak tunggu". Saya tak sangka crew berbangsa Melayu ini yang bekerja di sebuah resort milik konglomerat terkenal dan menjadi tumpuan ramai pelancong asing boleh bersikap sangat tidak profesional. Pada saya adalah sangat tidak profesional untuk membiarkan pelanggan yang masuk ke restoran anda menunggu hampir 15-20minit unattended. Dan juga sangat tidak profesionalnya untuk hilang fokus dan kawalan dalam apa jua keadaan. I guess he was just trying to be a hero malam itu tinggalkan ruang kerja dan masuk dapur.


Ok, despite the heated argument the food was delicious. Err... mungkin saya agak baik malam itu kerana perut terlalu lapar maka saya willing ketepikan rasa sos seafood carbonara yang terlebih garam sedikit.




The kid's beef lasagne - delicious. Lepas rasa sikit lasagne anak-anak, saya buat kesimpulan memang hidangan di La Flamme sedikit terlebih garam. Tapi still edible lagi.


Breakfast spread di La Blason was very very delicious. Banyak pilihan. Most of the dishes catered for local  and international palate with the usual nasi goreng, bihun goreng, porridge, soup and bread, fruits, ada banyak salad and cold cuts and egg counter. Roti jala dan kari ayam pun ada! Mula-mula saya cuba rasa kuah karinya tetapi terasa tawar sangat memang takde garam. Hati dah terasa kecewa. Tapi bila saya makan sedikit roti jala terasa masin. Dan saya gabungkan kedua-dua nya... wallah! Bijak juga cara mereka hidangkan roti jala. Menarik.




Saya asyik mengulang ambil pineapple crumble ini. Sangat sedap dimakan walaupun di waktu pagi!!! I'm a dessert first person (*_^).


Night life at Colmar Tropicale? There's no disco here tapi ada satu bar di sebelah bangunan penginapan kami.

After dinner bolehlah take a stroll menikmati keindahan cahaya malam.
Saya tak pasti dengan malam-malam lain tapi kebetulan kami pergi tu 2 hari sebelum krismas. So ada kumpulan menyanyikan christmas carol.



The entertainers are Philipinos. Sejak siang hari mereka ke sana ke mari menyanyi diiringi petikan gitar. Lagu Inggeris, lagu Melayu, lagu Arab pun mereka boleh! 



Ada giant christmas tree di tengah-tengah village square. Bidak berdua ni lepas bebas je ke mana-mana mereka suka sementara saya dan Mr Hubby duduk di restoran. Takde masalah dari segi keselamatan sebab restoran semua di luar jadi kami boleh pantau dengan mudah. Saya pantau dari lensa nikon D7000 kami je (*_^).




Di bawah bangunan penginapan berhadapan bilik kami inilah terletaknya restoran La Vin. La Vin  menyajikan hidangan oriental more suited our palate seperti Laksa Sarawak, Vietnamese Pho Bo dan beberapa jenis hidangan berasaskan mee berkuah yang lain. Tapi sayangnya kedudukan restoran ini terlalu jauh di belakang tak ramai yang tahu. Semangkuk Pho Bo dan lain-lain hidangan berharga di bawah RM20. Sayangnya saya sendiri tak berkesempatan mencuba.




Ikut arah anak panah merah tu. Yang tingkapnya bertutup kemas itu lah bilik kami. Comel!
Kat tingkat bawah bangunan kami di sebelah kanan yang terang benderang tu ada bilik bermain pool atau snooker atau billiard. Sebelah kiri yang lampunya malap sikit tu adalah bar. So itulah night life bagi yang berkenaan. 




Paling suka gambar ini. Me and my boy berjalan sambil Fahmi memeluk pinggang saya dan saya memeluk dia. Spontan saja dia paut pinggang saya. Rasa macam berjalan dengan boyfriend kecil saya (*_^).


So, that's it. It was a short trip. Just one night. Tapi duit keluar macam air paip. Because of the food price.
Dan kalau anda bawa anak-anak sebaya anak-anak saya, be prepared untuk keluarkan lebih banyak duit lagi. Sebab ada games arcade. Kat sini 1 token = RM2, sekali ganda lebih mahal. Setiap games pulak requires 2 token. So memang cepat kehabisan token.


Colmar Tropicale is a nice place for relaxation. But the rest are overrated.
Most important, we enjoyed our time there with the children. 






Thursday, 30 January 2014

Bukit Tinggi, Bentong - Part III Colmar Tropicale "Architectural"

Apa yang menarik tentang Colmar Tropicale sebenarnya?
Pada saya, jika anda pencinta senibina dan suka nak menikmati persekitaran yang sedikit asing dari kebiasaan tetapi tak punya ongkos yang banyak untuk menikmati versi yang original, ye barangkali Colmar Tropicale adalah untuk anda.
Kerana selain itu, tidak ada apa yang menarik sangat untuk anda tergesa-gesa ke sini.





The bridge yang membawa anda ke Alsace inspired village.




Dari pintu gerbang pemandangan terus ke village quarters. Sedikit lengang kerana masih pagi.
Kalau masuk tengahari hingga petang memang penuh dengan manusia. Itupun hanya berlaku di musim cuti sekolah sahaja ;-).




Swan pond di bawah jambatan ini terbahagi kepada 2. Kolam swan putih di sebelah kiri yang penuh dengan pengunjung berpusu-pusu nak bermesra dengan swan putih. While black swan pond terletak di sebelah kanan yang hanya dipisahkan dengan pagar jaring sahaja.
Kesian swan hitam ini tidak begitu menarik minat pengunjung. Hitam itu elegan dan menawan bukan?




They are black. And they are beautiful. They are also camera-shy. Bila kita nak snap je dia cepat-cepat tunduk or pandang ke arah lain.





View dari sini kelihatannya bangunan-bangunan penginapan seakan bertindih antara satu sama lain. Realitinya tidak. Kesemua bangunan itu tidak bercantum sama sekali.




Clock Tower di pintu gerbang.




Kami duduk menikmati sarapan pagi yang enak di restoran La Blason yang terletak di tingkat bawah bangunan ini. Jari saya tidak henti-henti snap gambar-gambar bangunan yang memberi saya 'feel' berada di negara orang.



Loteng kecil bertingkap putih itu adalah bilik penginapan. Tiada ruang yang terbiar atau dibina untuk tujuan kecantikan senibina semata-mata. Semuanya berfungsi.




Sama juga seperti loteng-loteng kecil di atas bangunan ini. Semuanya adalah bilik.




This battery-operated buble gun is a hit di sini. Tak ada orang yang tak beli atau main bubble gun. Siang atau malam. Belasah je.




Friday, 24 January 2014

Bukit Tinggi, Bentong - Part II "Japanese Garden"


From the Botanical Garden, we moved to the Japanese Garden. It situated next to the Botanical Garden tapi kena jalan patah balik the simpang utama yang berpecah kepada Botanical Garden sebelah kanan dan Japanese Garden sebelah kiri. Mula-mula tu fikir "owh... another garden?" tapi tengok landscape taman rimbanya berlainan sekali kami decided untuk masuk juga. Apatah lagi bila mr hubby cakap "Jom..."



You wouldn't find this famous lamp that becomes Japanese landmark until you walk further into the garden. This "Japanese Garden" is full of surprise. I would rather call it a "mini Japanese villlage" because of the size of this place.



Rumput seakan-akan lumut yang menutup permukaan tanah di laluan masuk ke taman jepun ini buat saya tambah tertarik nak tengok apa ada di sebalik pokok-pokok hutan. The setting was quite nice. Dari laluan utama tak nampak pun lagi rupa garden nya. Macam tersembunyi gitu. Laluannya cukup lega untuk seorang berjalan dikelilingi pokok-pokok hutan yang tumbuh jarang-jarang. Rasa macam di hutan Wonderland lah pulak ;-). Best.


After a good few minutes walks barulah jumpa pintu gerbang ala-ala japanese house tu. Dan benda pertama yang kami dengar pastinya kocakan halus air di kolam.



A Japanese garden is not a Japanese garden without a Koi pond. And it is a big pond tempat laluan sungai kecil bertemu.





This feature wall just caught my attention. See, the pond is just so big, ini cuma half of it. Rasa macam nak berenang kat dalam tu. Tapi sejukkkk.



Finally, we found a small Japanese hut. Up the hill sets amidst bongkah-bongkah batu besar dan batu-batu kerikil dalam sungai kecil yang mengalir tenang. Rasa macam best je kalau duduk kat persekitaran macam ni. Sejuk. Damai. Tenang.


Kami berjalan di laluan mendaki sepanjang bibir sungai. Bila sampai di atas barulah kami sedar, the Japanese hut tadi tu sebenarnya adalah Japanese Tea House. Ada orang kat dalam tu. Mereka memakai kimono. Mula-mula saya rasa pelik kenapa tak ada orang masuk ke rumah ini. Rupa-rupanya rumah ini khas untuk mereka yang mahu bergambar sambil berpakaian tradisional Jepun atau merasa pengalaman sesi membuat teh jepun. Dan hanya mereka yang mahu mencuba pakaian tradisi Jepun sahaja dibenarkan masuk. With a fee!!! Patutlah takde orang berani masuk, padan jenguk-jenguk saja dari luar. Mati-mati lah ingat macam rumah-rumah tradisi kat mini Malaysia tu. 




My two ninja warrior without the ninja's costume. Act saja lebih... mana ada ninja bertaekwondo sayang oiii...

Haisyy... alang-alang mai sini sekali je seumur hidup kot, kita bayar jelah RM20 seorang untuk pakai kimono. Dah pakai kimono bolehlah bermaharajalela kat dalam rumah ni, kat luar rumah hingga ke pondok seberang sungai sana pun boleh. Silalah buat macam rumah tok nenek moyang sendiri. Lesen besar lah kiranya tu!




He complained that its not the ninja costume as he expected. Dia malu nak pakai men's kimono sebenarnya. Kalau costume ninja tu nampaklah jantan sikit kot? Dalam pada tak suka sempat juga Daddy persuade dia untuk a few snaps. Lepas pada tu dia buat muka toya. Model mogok.




Hat ni saja model mesra alam. Buat gaya pesen apa pun dia layan. Terlebih layan dah macam orang-orang pun ada. Saya sangat jeles dengan kimono merah berbunga-bunga dia ni. Sangat cantik. 
Memang tak rupa anak jepun pun. Memang sah-sah anak Jawa+Melayu Arab Perancis. Ouch...


Landskap kat sini memang menarik. Tapi selain itu memang takde apa lah. Nak duduk-duduk lepak berkelah pun takde tempat. Tapi agak kalau nak buat fotografi perkahwinan memang cun sangatlah. 


Pada saya, kalau anda ke Bukit Tinggi sekadar sight seeing day trip macam tak berbaloi. Only for those who appreciate the landscape and view. Food item (ada japanese restaurant kat botanical garden), light refreshment adalah expensive. Saya dapat tahu mereka yang pergi ke sini untuk day trip dikenakan entrance fee dalam berbelas ringgit juga seorang. While people like us yang booked hotel Colmar memang tak dikenakan apa-apa bayaran tetapi dimestikan tunjuk booking confirmation. 

Next we shall move on to the French village itself.

... to be continue




Thursday, 23 January 2014

Bukit Tinggi, Bentong - Part 1 "The Botanical Garden"


Cerita dah basi baru nak buat entry. 
It was our 2013 year end short-vacation that never made it to my blog because it was so close towards the end of the year and I was too busy with the kids school preparation. I got lazy :-P.


It was just a short vacation. A 1 day 1 night vacation. Nothing much to boast about. We booked ourselves at Colmar Tropicale Resort, Bukit Tinggi. A very last minute decision. We didn't know what to expect. Just hoping the kids had a lot of fun because this vacation was for them. At the beginning of year 2013 we were very much aiming to bring them to Singapore for a day fill with fun at the USS (Universal Studio). It was supposed to be their reward for doing good at school. Yeah, I know, that was a pretty ambitious planning knowing that mereka baru je pun mulakan sesi persekolahan 2013 masa tu ha... ha... To motivate them. But something came up and in the end, our USS plan fell through. *Sigh*


Then, mr hubby got busy with his work and canopy projects and I got busy trying to adjust with being the real full time SAHM (after our maid gone back). Time flies and before I know it, there's only a couple of weeks left before the new school semester begins. I gasped with horror. Oh no! We haven't made up to the kids for the failed USS vacation. They've live up to our expectation and we just forget about it? I don't want to be labelled as "carrot dangler". That would be so teruk.....


Fikir punya fikir tetiba tercetuslah ilham... chewahhh ilham! Time is running short, mr hubby's busy with work, most of our spending went to the kids school preps jadi kami punya limited budget. We would love to travel jauh ke pantai timur but the car need servicing badly and pantai timur just badly hit by flood so we want to stay away from those places. So let's go to the mountains!


So, to the mountains we went! Ha ha... It took us only about 50mins drive from Shah Alam. We left home at almost 11.00 in the morning. Dropped by at mr hubby's HQ in Bangsar and then we headed straight to Karak highway. We reached Bukit Tinggi at almost 1.00pm. Still early to check in our hotel because the check in time is at 3.00pm. Check in time paling kedekut! Jadi kami pun pusing-pusing lah Bukit Tinggi ikut all the directions given. Dan sampai ke puncak bukit di mana ada sedikit tarikan. Ada extreme park for those with adventurous streak... flying fox, rock climbing etc.  


And then, we found this Botanical Garden yang jauh nun mendaki bukit. We had to leave the car at the designated car parks. But mind you car parks were very limited. Harus punya kesabaran yang tinggi. And mind you again, you may not like rock climbing but you've got to have the passion for "stairs climbing" to get to this Botanical Garden. 




No, I'm not joking. Agak tinggi juga tangga yang perlu kami daki untuk naik ke atas. Ada 3 sets of anak tangga, sorry I was to busy men'cover' my gasping for air tak sempat nak kira bilangan anak tangga. Itu kalau dapat parked kereta kat bawah sana lah. Ada satu layer lagi parking area yang connected with another set of anak tangga. Terasa macam daki tangga Batu Caves pulak.



Dah habis daki tangga kena daki jalan bukit bersimen ni pulak. Kesian ada couple yang struggle nak bawa naik stroller anak. Clearly this place is not designed for those with small kids. As for elders, watch your joints! But for young and healthy boy above... it was a peace (piece) of cake! All smiles and cheers!


It was quite a nice place for sight seeing. Puncak bukit, 3500ft above sea level, sejuk ditambah pula dengan waktu kami pergi tu bulan December, lagilah bertambah chilly. Cuaca redup walaupun mata tak berapa boleh nak buka kalau tak berkedip sentiasa sebab direct sunlight. Cuma tak panas sebab cahaya matahari ditabiri pokok-pokok hutan yang. Ada banyak pokok pine sepanjang perjalanan kami naik bukit tadi. Brought me memories of when we were in Kundasang, particularly Taman Negara Kinabalu.





Kalau tadi penat daki bukit, nak explore Botanical Garden ni kena turun lembah bukit pula. Despite its name, Botanical Garden ni takdelah banyak pokok-pokok yang menarik untuk dilihat pun. It has a very nice landscape - ada kolam kecil, banyak pit stop with benches untuk berhenti lepas lelah tapi kurang pokok-pokok menarik. It solely relies on pokok-pokok hutan semulajadi. Saya rasa lot nursery kecil kat Sungai Buloh tu lagi banyak pokok menarik daripada kat sini. 



Tapi daripada takde apa nak buat sementara tunggu check in time so we took our time, let the kids run along while we basked in the lush greenery and fresh air. Oksigen free kan? (*_^)


Ada satu kedai jual refreshment kat sini. Tapi harga memang melangit macam naik bukit tadi jugaklah. So. sila bawa bekalan air secukupnya kalau tak nak rasa duit dalam poket tu macam being sucked by vampire. Nak buat macam mana kan? Tempat dia...




This girl walk so fast ahead of us and completed the whole leg of the garden while the rest of us baru je separuh jalan. Laju je menonong maklumlah tenaga banyak. But that's okay for her, balik tu dia ada sewa 'sherpa'.





Bolehlah naik kendong bila penat berjalan.




Tapi 'sherpa' kat sini tak sama dengan 'sherpa' kat Kinabalu Park tau. Kalau tak cukup battery dia main 'unload' je terus. Kih kih kih...


                  
...to be continued

Tuesday, 14 January 2014

Anekdot : Bantuan Sekolah RM100


Yaya came back from school on Monday and told me that next week parents semua dah boleh datang sekolah collect duit bantuan sekolah RM100. Fahmi yang baru sudah makan tengahari quickly do his maths dan menyampuk.


Fahmi : Kalau seorang RM100, dua orang RM200. Wow! Banyak tu...

Saya diam je. Kemalasan nak komen. Tapi my boy ni sangat teruja tak berhenti lagi mengira. Tak puas hati agaknya I didn't share his excitement.

Fahmi :  Mama, bayangkan kalau Mama ada 20 orang anak... RM100 kali dengan 20... Woww!!! Kaya lah Mama!


Mama : Nak kaya macam mana? Untuk sekolah seorang anak Mama belanja pun dah RM500 seorang, tu belum masuk yuran sekolah agama. Cuba Abang kira RM100 tu tolak dengan belanja seorang... negatif ok?

Owh... dia tetap nampak RM yang masuk tu juga. Kaya katanya. Ha'ah. Ye, kaya sangat kalau kira apa yang masuk (dapat) saja. Belum kira apa yang kena keluar (belanja) dulu sebelum 'mendapat' kansss? 

Lawak betul matematik Fahmi ni. Kalau ikut formula dia memang boleh bisnes buat anak.