Wednesday, 29 October 2008

Spaghetti Bolognaise


balik dari bergathering kat bandar mahkota cheras tempohari seisi rumah tergolek... penat sebab 3 days in a row dok berjalan raya, mata dah tak boleh bukak semua tidur... seista lah konon.

bangun je tidur petang tu aku dah garu kepala tak tau nak masak apa... nak masak malas sebenarnya, sambung tidur pun best juga hehehe. akhirnya masuk dapur, belek2 stok bahan mentah dalam fridge tengok ada mince meat so buatlah creamy bolognaise sauce ni. creamy bologanise sauce ni aku letak whipped cream, tak banyak sikit je... jadik lemak2 manis gitu rasa sauce pasta ni. dah pernah buat dulu tapi tak sempat snap pic.

topped with grated mozzarella cheese, letak masa sos masih panas so that dia melt... ummph bertambah you! gemuklah aku macam ni!

Chocolate Cupcake

Hasil daripada ‘memburu’ icing nozzle kat bagus, shah alam few weeks ago, dapat jugalah 2 jenis nozzle yang bentuk star. Tu yang buat aku makin bersemangat nak mendecorate cupcakes. Tidur malam asyik terbayang nak decorate pattern begitu begini… kemaruk sangat aku ni ada ke orang yang obsessed or possessed *lol* macam aku ni? Apa2 jelah… selagi tak dapat buat rasa nak meleleh air liur ni… teruk betul.

Jadi, aku pun buatlah chocolate cupcake yang sangat decadent tu sebagai buah tangan kat kawan2 masa gathering kat bandar mahkota, isnin lepas. Beginilah hasil ‘keras’ tangan ku… not bad eh untuk orang yang tak pernah pergi formal class… cehhh riak pulak tu.


percubaan design pertama

chocolate cupcake frosted with buttercream icing & decorated with chocolate ganache. piping daun masih kurang sempurna... kena practice lagi

individually packed
Letih juga nak hasilkan ganache yang cantik & berkilat, lenguh tangan dok kacau tak henti2 sampai ganache likat. Hasil yang aku dapat kali ni masih belum memuaskan hati... next time cuba lagi.

Hujung minggu ni nak decorate cuppies pakai fondant pulak… bukan rolled fondant tapi pour fondant – sebab aku rasa (aku rasa lah) yang ni mudah sikit untuk orang yang baru bertatih macam aku ni.
By the way, I had my first order for mini fruit tartlet hari sabtu lepas. Pija requested for blueberries only! Dah siap2 packing nak deliver ke nilai malam sabtu lepas, lupa pulak nak snap pic… anyway, thank you pija for your support. Saja je buat suka2 untuk penuhi permintaan kawan ;-)