Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Monday, 6 July 2015

19 Ramadhan 1436H - Selamat Datang 10 Malam Terakhir Ramadhan


Selamat datang ke 10 Malam Akhir Ramadhan.

Malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Perkiraan malam bermula dari waktu Maghrib hingga terbit fajar (Subuh) keesokan harinya. Namun ia tidak membataskan pecutan ibadah kita hanya dalam lingkungan waktu tersebut sahaja. Di siang hari jaga amal ibadah kita.

Jaga lidah. Kurangkan bercakap perkara yang sia-sia.
Jaga mata. Sudah-sudahlah menonton tv, melalaikan.
Solat tepat waktu.
Banyakkan berzikir di siang hari.
Dan lipatgandakan sedekah.

Apa yang kita buat sepanjang masa also counts.

Diriwayatkan apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Masa untuk 'hambat' kaum suami dan anak-anak lelaki mu pergi beriktikaf di rumah-rumah Allah. Dan kalau diberi keizinan dan bersesuaian tempatnya kaum wanita juga boleh turut serta, jaga batas.


Nak minta doa apa kalau dapat jumpa malam Lailatulqadar? Nabi saw dah sebut, mintalah keampunan. Sesungguhnya itulah sebaik-baik doa. Kita bukan maksum, dosa macam buih di lautan.

Kemudian minta lah kebaikan dunia dan akhirat.


Untuk sisters yang 'cuti', jangan sedih... boleh saja bangun berzikir bermunajat dan berdoa. Cuti solat dan puasa bukan bererti cuti daripada ingat Tuhan. Paling mudah bangun waktu biasa kita sahur, capai al-Mathurat tu, baca.


Tarbiah madrasah Ramadhan sebenarnya bermula dari bulan Rejab, lanjut ke Syaaban dan puncaknya Ramadhan. Bilamana kita digalakkan menghidupkan amalan solat sunat. Supaya lebih mudah dan telah menjadi terbiasa pula. Kalau 355 malam tidur lena tak pernah bangkit qiam, susah juga serta merta nak kejar 10 malam akhir.


Moga kita menjadi antara mereka yang beroleh rahmat dan keampunan. Amin








Saturday, 4 July 2015

17 Ramadhan 1436H - Nuzul al Quran atau Badar al-Kubra?





Salam Nuzul Quran

Hari penurunan al-Quran dari loh Mahfuz ke langit dunia dan kemudiannya turun secara beransur-ansur kepada Rasulullah saw dalam tempoh 23 tahun.

Tahukan? Surah al-Baqarah merupakan surah paling panjang di dalam al-Quran; sebanyak 286 ayat. Dan merupakan surah yang mengambil masa paling panjang untuk lengkap iaitu 23 tahun. Dengan ayat 281 surah al-Baqarah menjadi ayat al-Quran paling akhir turun iaitu 9 hari sebelum kewafatan Rasulullah saw.

Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan.

Allahumma solli 'alaa Muhammadin wa'alaa aa li Muhammad

Pengorbanan mu membolehkan kami hari ini mengenal Islam.


Ada satu lagi peristiwa penting pada tarikh 17 Ramadhan ini. Ianya tarikh berlakunya peperangan Badar di mana 313 tentera Islam diperangi oleh 1000 orang tentera Musyrikin. Dengan keyakinan terhadap janji Allah, tentera Islam pimpinan Rasulullah saw menang. Dalam peristiwa ini juga mencatatkan syahidnya sahabat-sahabat Rasulullah seperti Saiyidina Hamzah yang juga bapa saudara Nabi. Saya masih lagi belum khatam membaca buku 113 orang wira terbilang tetapi buku tersebut banyak membuka mata tentang peristiwa-[eristiwa dan tokoh-tokoh penting dalam sejarah Islam. Sangat mengharukan dan sangat menyentuh hati. InsyaAllah akan saya kongsikan dalam entry di masa akan datang.


Selamat beramal dengan al-Quran. Di akhirat nanti ibadah puasa dan amalan membaca al-Quran merupakan dua benda yang dapat memberi syafaat kepada kita.

Saturday, 26 July 2014

28 Ramadan 1435H - Minnal Aidil Wal Faizin



Taqabbalalllahu minna wa minkum, Wa ja'alana min'al aidil wal faizin

"Semoga Allah menerima puasa kita, dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapatkan kemenangan"


Take care. Have fun. Enjoy your holiday. Jangan lupa saudara-saudara kita di Syria, Rohingya, Gaza dan seluruh pelusuk dunia yang sedang ditindas dan dizalimi. Smeoga Allah tingkatkan kesabaran dan keimanan mereka.







Tuesday, 22 July 2014

24 Ramadan 1435H - Ayam Goreng Berempah


Memenuhi permintaan anak-anak saya pun buatlah ayam goreng berempah dimakan dengan nasi lemak untuk berbuka semalam. Terus terang saya jarang hidangkan ayam goreng. Kalau ada ayam selalunya dibuat kari atau ayam masak merah. Ataupun dimasak stroganoff saja. Saya sebenarnya kurang gemar makan ayam goreng. Pasal tu lambat sikit mood nak mari menggoreng ayam.


Dan saya juga tak biasa buat Ayam Goreng Berempah. Kurang pandai. Padahal orang kata senang je kot. Kalau saya pulak jawab, yang senang saya tak mau buat. Chehhh!!! Selepas digodek-godek beberapa bahan maka jadilah ayam goreng berempah permintaan Yaya. Ini kali kedua buat selepas mendapat thumbs up dari dia.






Bahan tak susah. Untuk setengah ekor ayam cuma perlukan:

4 biji bawang merah (yang kecil tu)
3 ulas bawang putih
seinci halia
3 tangkai serai 
1/4 sudu teh jintan manis
1/4 sudu teh ketumbar
1 sudu besar cili boh*
2 sudu besar rempah kari ikan*
1 sudu besar serbuk kunyit*
garam secukup rasa*

2 sudu besar tepung jagung+
1/2 biji telur dipukul+
1 tangkai daun kari

Cara-cara:

Blend aja semua bahan kecuali yang bertanda (*). Kemudian gaulkan dengan semua bahan bertanda (*). Lumurkan pada ayam. Perap untuk 1 jam pada suhu bilik. Kemudia sambung perap dalam peti ais untuk sekurang-kurangnya lagi 1 jam. Kalau nak bagi sampai isi ayam lembut, perap lebih lama lagi dalam 3 jam ke. Waktu nak goreng panaskan minyak untuk goreng separa tenggelam. Tak kuasa nak pakai minyak banyak membazir hehe. Tuang sedikit telur yang dah dipukul, sikit je dalam 1/2 biji. Gaulkan pada ayam. Kemudian  taburkan tepung jagung dan gaul. Bolehlah digoreng. Bila separuh masak masukkan daun kari untuk aroma ghauuu ghauuu bau dia ;-).





Ayam goreng berempah paling sedap makan dengan nasi lemak. Saya pun jarang buat nasi lemak sekarang jadi afdal sungguh lah dibuat kali ni. Selalu buat pakai santan kotak. Kali ni pakai santan asli. Masya Allah berlemak sungguh hingga menjilat jari. Kesannya buat mata cepat mengantuk dan susah bangun pagi!!!!
Dan lebih teruk lagi kesan dia masih bersisa hingga ke waktu berbuka keesokan hari. Lepas solat Maghrib berjemaah, terus mr hubby dan anak-anak tergolek tidur atas sejadah secara berjemaah!!!!!





Nasi lemak memang banyak bahan-bahan gandingannya. Tapi agak mudah bagi saya sebab sambalnya masih ada berbaki yang saya buat last month. saya buat banyak dan frozen kan. Jadi kurang kerja bila terasa nak makan. Jadi WAHM pun kena smart juga. Bukanlah semua boleh buat on the spot. Tambahan bulan Ramadan ni kita bukan nak bermandi peluh di dapur sepanjang masa. Kita nak beribadat juga kan. So be smart ;-).





Monday, 21 July 2014

23 Ramadan 1435H - Selesai Sudah...





Alhamdulillah segala puji-pujian dan syukur pada Allah. Malam semalam, malam ke 23 Ramadan selesailah sudah 30juzuk. Syukur kerana sempat mengkhatamkan bacaan masih dalam bulan mulia ini. Memang sudah tanam azam sejak dari tahun saya mula-mula berhenti kerja lagi, setiap Ramadan mesti mau tadarus dan khatam. Waktu masih berkerjaya tetap sesungguhnya saya leka dan alpa. Mengaji ye tetap mengaji tapi tak pernah ada desakan untuk khatamkan segera. Bila berhenti kerja saya fikir-fikir dengan masa yang terluang dan peluang yang terbentang luas tidak wajar saya sia-sia kan. After all, di akhir hayat kita nanti, di hari kebangkitan nanti kita akan ditanya apa yang kita buat dengan usia dan masa kita?


Jauh sekali untuk mendabik dada. Sekadar catatan saya yang lemah dari segala segi, bagai orang yang baru kembali nak mendekatkan diri dengan Tuhan. Kadang saya terasa apa bezanya saya dengan seorang mualaf? Banyakkkkk... Mualaf itu asalnya dia mencari-cari Tuhan, bila bertemu dia bersungguh-sungguh belajar mengenal Tuhan. Dan saya? Sudah berpuluh tahun bersyahadah dengan kalimah tauhid. Tapi adakah saya benar-benar mengenal Tuhan? Adakah saya bersungguh-sungguh? Baca al-Quran dari kecil tapi tak pernah faham maksud. Bila dah masuk 30an ni barulah nak faham sikit-sikit.

Bertadarus di bulan Ramadan bukanlah mudah bagi saya. Saya belum pernah berjaya khatam sebelum ini. Tahun 2012 selepas berhenti kerja saya pasakkan niat dalam hati, saya mesti mulakan dan tamatkan kali ini. Terus terang cakap, untuk seorang saya yang belum pernah berjaya bertadarus tidak mudah. Tahun mula-mula semasa di awal Ramadan saya cuma mampu habiskan 5-6 muka surat saja sebelum ngantuk menggamit. Kemudian waktu zohor sambung lagi mengaji baru dapat 3 muka surat dah penat mulut. Saya fikir kalau macam ni sampai bila tak habis. 


Ramadan ada 30 hari, kalau 1 juzuk 1 hari ngam-ngam habis Ramadan baru dapat khatam. Tapi kita ni orang perempuan, ada waktu 'rehat'. Kalau dah tolak hari 'rehat' bila nak khatam? Maka kena keraskan hati, lawan rasa mengantuk (pandai pula ngantuk time mengaji mata ni kan). Tahun pertama bertadarus tu banyak ujian. Selepas 1 minggu tekak mula perit. Kering. Almaklum mengaji di siang hari tak dapat basahkan tekak. Malu saya nak cakap, tekak saya bengkak. Tu dia dugaan. Kalau menceceh yang tak tentu hala boleh je kan? Ni ujian nama dia. Tabahkan hati. Saya tak ingat hari ke berapa tapi rasanya sudah dekat sangat nak habis Ramadan baru saya khatam. Alhamdulillah, jadi satu semangat baru untuk saya. 


Dan terkesan dengan pesanan ustaz-ustaz dari tazkirah-tazkirah yang saya hadiri, "...jangan jadi hamba Ramadan" yang bermaksud jangan time bulan puasa je ko nak beribadat lebih... teruskan hingga diluar Ramadan. Juga kerana malu bila ustaz-ustaz tegur, "...Kita ni time bulan Ramadan je baca al-Quran, bulan Ramadan je bawa turun al-Quran (dari tempat tinggi), habis Ramadan berhabuk lah balik al-Quran". Dalam doa setiap solat saya tadah tangan minta pada Allah tetapkan lah saya beristiqomah dalam beribadat. Sungguh bila habis Ramadan tu kan cabarannya lebih besar.


Ramadan tahun kedua selepas berhenti kerja, tahun 2013. Saya teruskan apa yang sudah saya amalkan tahun sebelumnya. Ajaibnya, bila terus menerus sambung mengaji ni lidah kita makin lancar dan fasih. Semuanya lebih mudah dan terasa sangat familiar. Kali ini juga ada peningkatan, lebih mudah habiskan 1 1/2 juzuk sehari. Adakalanya dapat 2 juzuk. Saya kerapkan bacaan. Kadang sambil membakar kek lapis pun sempat saya mengaji. Hah merasa lah ko makan kek lapis yang dibacakan 2 juzuk al-Quran! 
Alhamdulillah, seingat saya 26 Ramadan saya selamat selesaikan bacaan.


Tahun ini saya diuji. Alhamdulillah ujian yang agak berat tetapi buat saya banyak berfikir dan lebih bersungguh-sungguh. Mengenangkan jadual saya di bulan Ramadan ini akan ada gangguan luar maka saya bertekad untuk memulakan tadarus 5 hari sebelum Ramadan. Ikutkan hati nak lebih awal lagi. tapi saya hanya mampu merancang. Allah sebaik-baik perancang. Syukur tahun ini takde sakit tekak, bengkak kerongkong, mengantuk ke apa. Semuanya smooth sailing kata orang Jerman (*_^). Sehari dapat 2 hingga 2 1/2 juzuk. Tak kira masa, bila-bila je ada waktu terluang, sambil menunggu orang pun boleh pulun. Kalau tak melopong saja apa faedahnya. Alhamdulillah 23 Ramadan lengkaplah tadarus saya. Cuma 2 hari sebelum khatam itu tiba-tiba saya rasa mulut kering dan kesat sangat hingga saya tak mampu nak habiskan 1 juzuk pun. Syukur dan lega hajat tercapai.


Allah tahu apa yang saya cita-cita kan untuk anak-anak saya. Tapi saya fikir kalau saya hanya menganyam cita-cita tapi saya sendiri tidak mengubah diri mahupun memberi dorongan atau cetusan kepada anak-anak, mampukah saya capai cita-cita itu? Sesungguhnya saya ini manusia yang banyak khilaf. Kita nak yang terbaik untuk anak tapi kita sendiri tak mau jadi cemerlang. Mendidik bukan hanya dengan cara mengajar tetapi juga dengan cara menunjukkan contoh. Saya harap saya telah memberi sedikit inspirasi buat mereka.


Friday, 18 July 2014

20 Ramadan 1435H - Ironi Kuih Lopes dan RescueSyria ... Peduli Ummah




Bila buat kuih lopes ni terus tukang masak naik taraf kepada Mama yang baik hati. Ada ke patut cik Yaya cakap, “Mama ni kenapa hari ni Mama baik sangat?” … Err apa selama ni tak berapa nak baik lah ye? “Bukan tak baik…” cehhh start lah tu nak cover kekantoian. “… tapi Mama siap buat kuih semua. Mama ni baik hati lah” Emmm kerana kau kuih lopes aku dapat pujian.



Ye betullah tu. Mood nak buat sepah dan berkemas ada up sikit. Malas sekarang ni nak buat sepah, bukan ada orang tolong kemas. Dulu-dulu suka hati kau lah nak berkubang kat dapur tu. Siap berkubang siapkan juadah iftar terus naik atas mandi. Siap mandi turun bawah tengok dapur dah bersih. Magik. Hahah magik berbayar. Dulu kan ada maid.


Nak buat kuih lopes ni banyak hari dah. Tapi bila buka pantry tengok beras pulut dah buruk. Alahaiii zaman dinosaur punya ke apa saya pun dah tak ingat bila last guna pulut dalam hidangan huhu. Jadi tertangguhlah. Hubby balik kerja bawa balik beras pulut. Malam sebelum tidur saya basuh beras dan rendam dengan air serta pewarna hijau. Tertuang pulak 1 penutup penuh. 1 cawan beras pulut dengan 1 penutup penuh pewarna hijau... ambik ko... sikit lagi nak serupa Shrek hijau dia.


Waktu iftar bukan main lah cik Yaya dan Fahmi mengerjakan kuih lopes. Excitednya depa macam tak pernah makan. Padahal almost everyday dia pesan kat daddy suruh beli kuih lopes. Tapi kali ni sebab "Mama yang baik hati" buat maka kerterujaan tu lebih sikit lah. Sambil makan sambil mengomen. Siap tanya mana Mama tau nak buat kuah dia? Aiii sentap mak kejap. Ada patut dia meragui kemampuan mak dia pulak. Tak tau ke mak dia ni google bergerak. Lagipun buat kuah lopes tu bukan susah pun. Gula nesan banyak lagi kau racik jelah pastu letak gula putih sikit dan air. Cairkan. Nak bagi dia likat sikit bancuh tepung gandum dengan air dan curahkan. Jangan letak tepung jagung pulak kan jadi kanji. Terus jatuh balik taraf kepada mak yang tak reti masak, haru huhuhu.


SEDANG KITA MERASA NIKMAT BERBUKA DAN BERSAHUR


Tapi saya cakap kat anak-anak. Bersyukurlah merasa makan macam-macam ikut kehendak hati. Tak mampu buat mampu beli. Kalau ingat-ingat balik tayang video kesengsaraan di Syria oleh MAPIM di surau malam tadi memang rasa tak lalu nak makan. Serius cakap. Video-video yang ditunjukkan memang tak pernah dan tak mungkin dapat dilihat melalui media-media lain. Punya azab, punya pedih terasa sengsaranya mereka tak sama rasa menatap gambar-gambar dan video yang di share di fb. Kami difahamkan memang keadaan di Syria lebih ‘tertutup’ berbanding di Negara-negara lain yang mana umat Islam ditindas. Tiada coverage media dibenarkan di Syria. Footage yang kami tonton pun adalah ekslusif hasil daripada lawatan wakil NGO MAPIM, Tuan Haji Abdul Aziz ke sana. Belum pernah disiarkan di mana-mana hatta di fb MAPIM sendiri tiada. Ada beberapa jemaah lelaki yang kelihatan membuat rakaman di smartphone mereka. Untunglah ada handphone canggih kalau handphone cikai macam saya ni apa je yang nampak? Kalaupun saya ada handphone canggih sedikit tak mungkin saya tergamak nak rakam semula. Menonton pun rasa mual.


KEBULURAN HINGGA KANAK-KANAK MENYUSU DENGAN ANJING!


Saya tau mereka berperang. Tapi saya sama sekali tidak menyangka rejim Basyar tergamak mengepung rakyatnya sendiri selama lebih 230hari sehingga mereka terputus bekalan makanan, air dan sebagainya sehingga penduduk di sebuah daerah bernama Hama kering tinggal tulang. Anak-anak kecil terbaring tak berdaya bangun. Umpama rangka bergerak! Dan paling menyayat hati melihat kanak-kanak yang kehausan dan kehilangan punca air beralih menyusu dengan anjing!!! Allahurabbi... ampunkan lah dosa ku. Saya hanya mampu tertunduk menangis!!! Melihat gambar-gambar kesengsaraan mereka pun saya tidak sanggup. Apatah lagi mendengar audio desahan nafas akhir seorang bayi yang terkena bom kimia. Saya cepat tekup tangan ke telinga cik Yaya. Tak sanggup bimbang dia trauma. Tapi rupanya dia lebih kuat dari saya. Saya pula yang trauma tak dapat lelap mata.



TALI-TALI BERJUNTAIAN DI SILING MASJID


Justeru, sambil-sambil bercakap pasal makanan ni yang kebetulan berwarna hijau sama pulak dengan logo MAPIM warna hijau juga, saya ingin menyeru anda semua atas dasar kemanusiaan untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat Syria yang teruk terjejas dan tertindas dek kekejaman pimpinan rejim Basyar. Saya melihat satu gambar di mana tali-tali berjuntaian dari siling masjid. Itulah tali-tali yang digunakan untuk mengikat wanita-wanita Syria dan di rogol dengan kejam sehingga mati. Fikirkan, bagaimana mampu saya nak lelap mata selepas melihat semua itu?


Terus terang saya katakan, kerakusan rejim Basyar melakukan pembunuhan setiap hari, menjatuhkan bom barrel bertubi-tubi di penempatan awam, menembak curi (sniper) rakyatnya sendiri, merogol wanita-wanita di dalam masjid, mengepung rakyatnya berterusan tanpa bekalan makanan adalah satu bentuk kezaliman yang maha dahsyat dan lebih teruk daripada Zionis Israel. Saya simpulkan kekejaman rejim Basyar menghancurkan negaranya sendiri mengingatkan saya kepada genocide (penghapusan etnik) yang pernah berlaku ke atas penduduk Bosnia pada tahun 1992 dulu. Sungguh mengerikan. Sangat menyayat hati. Saya mohon hulurkanlah bantuan. Silalah ke web MAPIM ada info no akaun bank untuk bantuan kecemasan Syria. Jemputlah jangan malu-malu.

HArta kita yang sebenar-benar milik kita adalah harta yang kita infakkan. Inilah saham akhirat kita semua.


Wednesday, 16 July 2014

18 Ramadan 1435H - Alhamdulillah



Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah Tuhan seluruh alam. Ketika saya kebimbangan tentang keadaan anak-anak berpuasa dalam cuaca yang panas dan kering akibat fenomena El Nino, siapa sangka rupa-rupanya El Nino yang melanda ketika ini tidak lah seteruk mana. Panas memang panas tetapi bukan jenis terik mengigit kulit. Saya kira Malaysia pernah mengalami panas mengigit yang lebih teruk sepanjang bulan Mac tempohari.


Syukur Alhamdulillah, anak-anak menjalani ibadah puasa setakat ini dengan mudah. Memang mereka penat dan keletihan tetapi jauh lebih baik daripada tahun lepas.Cuma tahun ini mereka tak keluar bermain waktu petang. Saya pun tak galakkan sebab tak mau mereka dehydrated.


Saya pula kurang berpeluang berjemaan di surau. Saya rindukan tazkirah. Majlis ilmu yang buat hati kita kekal basah. Tapi saya terima kekangan ini. Bukannya tak boleh bersolat terawih sendirian di rumah. Alhamdulillah alternatif sentiasa ada. Ada masa-masa tertentu saya bergilir dengan mr hubby. Dia jaga anak saya pula ambil giliran ke surau. Boleh gitu? Khamis malam Jumaat nanti ada tazkirah khas daripada MAPIM. Saya bertekad nak turut serta mendengar. Anak-anak pun excited nak ikut. Sebab tahun lepas MAPIM dengan misi Rebuild GAZA pernah datang. InsyaAllah moga dipermudahkan.

Monday, 14 July 2014

16 Ramadan 1435H - Gozleme @ Turkish Murtabak


Untung lah anak-anak. Nak makan apa semua dapat dari dapur sendiri. Itu hari cik Yaya nak makan puding 'kaca'. Intu gelaran dia bagi untuk creme brulee sebab bahagian atasnya berkaca kan? Saya cakap kat dia, "Untung tau awak nak makan kaca, Mama terus bagi. Cuba tanya mak-mak lain, mana ada mak yang nak bagi anak makan kaca???"  Gelak cik Yaya.


Hari tu, dia tanya yang puding kaca tu makanan mana? Faham maksud dia, saya jawab itu dessert orang Perancis. Panjang oOoOooo dia. Kemudian untuk iftar petang tadi pula saya hidangkan Gozleme. Maka dia tanya, ini makanan mana? Turki, nak. Panjangggg lagi ooOooo dia





Ye. Ini Gozleme. 
Hidangan roti berinti daging biri-biri cincang bersama bayam dan keju. Boleh juga berintikan sayur-sayuran semata-mata. Saya gelarkan gozleme ini sebagai murtabak orang Turki kerana persamaan dari segi inti nya dengan murtabak kita di Malaysia. Sementara inti murtabak Malaysia biasanya daging/ayam bersalut telur serta digoreng dengan minyak, inti gozleme agak dry tanpa telur to bind it together dan digoreng dalam kuali leper tanpa minyak atau dengan sedikit minyak zaitun yang disapu di atas roti.


Nak buat gozleme tak susah. Kulitnya cuma tepung, minyak zaitun dan air semata-mata yang diuli hingga lembut dan elastik. Selepas diperap kulitnya sangat lembut dan mudah dicanai nipis. Ini resipi yang saya ubahsuai ikut sukatan yang saya perlukan. Resipi asal daripada taste.com.au


Kulit Gozleme

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak zaitun extra virgin
1 sudu kecil garam
200ml air panas (penting untuk hasilkan kulit yang lembut)


Dalam mangkuk besar gaulkan tepung dan garam serta buat lubang ditengah. Tuang minyak zaitun dan air sedikit demi sedikit (jangan habiskan air jika doh dah lembut). Gaulkan hingga boleh dibentuk menjadi doh. Kemudia uli selama 10minit di atas permukaan rata. Saya uli dalam mangkuk besar tu je. Tapi kena uli betul-betul sampai tak melekat di tangan. Rehatkan selamat sekurang-kurangnya 3 jam atau semalama lebih baik.


Inti Gozleme

250gm daging biri-biri cincang (saya beli daging bahagian leg boneless dan cincang sendiri)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh moroccan spice Masterfoods (boleh ganti dengan serbuk ketumbar atau serbuk kari untuk rasa Malaysia)
2 cawan bayam
keju samada feta atau ricotta (saya guna mascarpone dan keju biasa)

Panaskan minyak 2 sudu besar. Tumis daging hingga hampir kering air. Masukkan rempah dan garam. Bila empuk matikan api dan sejukkan.


Untuk sayur Bayam cuma perlu dilayukan dalam kuali tak berminyak.


Cara menyiapkan Gozleme:

1. Panaskan kuali leper tanpa minyak.

2. Doh gozleme dibahagikan kepada 3 bahagian. Ambil 1 bahagian dan canaikan atas permukaan ditabur tepung supaya dan melekat. Canai bentuk bulat senipis yang boleh hingga boleh lihat tangan kita disebaliknya. Janganlah nipis sampai koyak!

3. Ambil 3 sudu besar inti gozleme letakkan ditengah doh, aturkan bayam layu dan tabur keju. Lipat kulit gozleme jadi segiempat. Seal setiap lipatan dengan menyapu sedikit air. Guna berus je senang.

4. Gunakan berus juga, sapu nipis minyak zaitun dipermukaan setiap gozleme dan goreng atas kuali dengan api sederhana panas. Terbalikkan dan biar masak sekata. Dah masak boleh potong dua atau empat dan hidangkan dengan potongan lemon atau tatziki.






Cara tradisi makan gozleme ialah dengan perahkan sedikit jus lemon ke bahagian isinya. Saya dapati cara ini menyerlahkan lagi keenakan inti lamb tersebut. Gozleme boleh juga dihidangkan dengan tatziki. Sejenis sos pencicah diperbuat daripada greek yogurt, timun tanpa pulur dipotong dadu dan diperisakan dengan perahan lemon, garam serta serbuk lada hitam. Tatziki menyamai raita masyarakat India. Sebab itu saya gelarkannya 'greek's raita' ;-).

Friday, 11 July 2014

13 Ramadan 1435H - Kuih Ketayap @ Coconut Crepe


Ini antara kuih favourite Yaya. Tapi saya tak pernah buat. Sebab nak cari kelapa parut muda untuk dibuat inti bukannya mudah. Yang selalu ada kat kedai ialah kelapa tua je. Pakai kelapa tua memang tak jadilah... jadi pengat kelapa terus. Tapi baru-baru ni saya ternampak kelapa agak muda sikit kat kedai Aceh tu. Saya minta dia parut bahagian putih saja. Gula nesan kerek masih banyak kan? Jadi kita buatlah inti kelapa.




Yaya kata inti nya sedap. Memang lah sedap. Kau tengok tu warnanya pun gelap berkilat. Cukup manis. Tapi kulit / crepe nya sedikit dry. Maaf lah nak, Mama tak mahir lagi nak sukat. Saya terrrr nipis kan dia. Patut lenggang tebal sikit dalam pan. Itupun buat 1 cawan tepung dapat ngam-ngam 10 biji ketayap. Inti masih berbaki sikit lagi. Lain kali kalau mood rajin mari kita buat pulut inti pulak ye.

Thursday, 10 July 2014

12 Ramadan 1435H - Soto Bihun... instant je


Saya dah lama tak masak sup. Sejak maid balik tak pernah lagi masak sup. Sampai cik Yaya pun kata, "Mama masaklah sup. Dah lama tak makan sup". Sebenarnya bukan tak nak buat sup lagi dah. Tapi ada dua sebab yang memberatkan tangan ni. Pertama, dalam rumah ni semua orang makan sup kecuali Fahmi. Dia memang tak gemar sup. Kalau bagi dia kari or benda-benda berempah laju je. Leceh pula bila semua makan sup kemduian untuk Fahmi seorang kena siapkan lauk lain. Dan sebab kedua, errr... berat nak buat sup ni... sebab...sebab... err saya dah lupa macam mana nak buat sup ayam!!! 
Boleh lupa gitu? Adoiii lah nampak sangat bab buat sup ni saya dah serah 100% kat tangan maid dulu sampai dia dah pro buat sup yang ikut selera kami. Saya pulak yang lupa cara nak dapatkan rasa sup seperti saya ajar dia dulu.




Kerana nak juga makan sup maka saya buatlah Soto Bihun. Malas nak pening adjust rasa, kita pakai rempah segera dari peket je. Jenama kegemaran saya ADAMI. Rasa sup soto nya memang menepati citarasa. Bahan-bahan sampingan lain haruslah buat sendiri. 


Saya bikin pegedil kentang banyak-banyak sebab cik Yaya peminat pegedil. Kalau dia meratah mau tak ingat orang lain. Kentang saya goreng supaya pegedil mudah dibentuk dan tak lembik. Kalau kita rebus dia lembik. Gaulkan dengan bawang goreng, racik daun sup dan letak garam serta lada sudah. Cukup membangkitkan rasa pegedil. While kami 3 beranak makan soto bihun, Fahmi makanlah nasi dengan kari ikan. Hmmphh... nalla sangat!

Tuesday, 8 July 2014

10 Ramadan 1435H - Saffron Infused Jalebi


I should begin this entry with Salam 1Malaysia greetings! 
Considering the delicacy I chose for iftar today, Jalebi, was a traditional Indian sweets. While many will recognise it as Indian sweets most famous served during Diwali festival or weddings, history shows that Jalebi shares similar characteristics with Zalabia found in Middle Eastern countries such as Jordan, Syria, Egypt, Tunisia, Algeria and even as far as East African countries i.e Zanzibar. In Middle Eastern countries Jalebi/Zalabia is more famous made during the holy month of Ramadan.


So, while it maybe odd to see Jalebi/Zalabia served as sweets for iftar, it is not in other continents. And knowing me, I don't always stick to tradition. I adopt other (food) tradition as well. It is the beauty of being Malaysian. And I have Arabic blood too. So, it is not odd at all (*_^)






It is not the first time I made Jalebi. It was my 3rd time. My first attempt was captured in this blog i think 2 years back? It was unsuccessful one but that never stops me from finding the perfect recipe. My 2nd attempt was 2 weeks ago. This time around I took time watching several videos on youtube to see how it was made (shaped). I want to get that nice spiral shape but during my 1st attempt it was impossible because the batter was a bit too runny.


The 2nd time, after watching several videos I decided to make a new batter differ from my 1st attempt. The 1st time around I used intant yeast to make instant batter. This time around I opt for the no-yeast batter. Ingredients wise, hardly any investment involved. Just 1 cup of plain flour, 1 cup curd or yogurt and a couple of tablespoon of water. Mix together and leave overnight. The 2nd time I unintentionally left it for more than 2 days. :-P. But it turns out marvelous! It was crispy and light after frying. And remain crispy with slight chewy texture after soaking in sugar syrup. Purrrr fect!





This time around, I'm not too happy with the outcome. It was not as crispy as before. Probably because I leave it for an overnight ... I should have leave it for 2-3 nights! I also use a different kind of yogurt. Last time it was greek yogurt. I couldn't find greek yogurt while shopping yesterday. So I use normal plain yogurt. Now I know better.





For the colouring, I soaked a pinch of saffron strands into warm water. And mix into the batter. The colour turns deep saffron yellow the longer you leave the batter the better it gets (*_^). With 1 cup flour I get 9-10 small tea-cup sized spirals. Which I gooble up all by myself.
Heaven!

Monday, 7 July 2014

9 Ramadan 1435H - Kupu-kupu

Sudah pun 9 Ramadan. 
Satu pertiga ramadan sudahpun hampir meninggalkan kita. Terasa cepat sangat masa berlalu. Tak sedar sudah satu pertiga... tinggal baki 2/3 saja lagi untuk masuk gear speed perbanyakkan amal ibadah.


Nothing much to share. Sekadar berkongsi kehadiran makhluk Allah yang istimewa ini.





Cuma kupu-kupu biasa. Tidaklah berwarna-warni seperti spesis yang lain. Tapi istimewanya kerana sejak kedatangan Ramadan, rumah saya sring menerima kehadiran kupu-kupu ini. Tempohari ada seekor di laman belakang rumah sewaktu saya unload kain dari mesin basuh. Kemudian sewaktu menyidai kain di laman hadapan rumah, saya ternampak seekor lagi. Tak mungkin kupu-kupu yang sama. Bererti ada 2 ekor kupu-kupu di rumah saya dalam masa yang sama. Beberapa hari kemudian seekor kupu-kupu kecil di dalam dapur saya. Diangkat dan dialih oleh Fahmi takut terpijak dek orang. Malangnya sayapnya yang nipis itu terkoyak. Kemudian pagi ini sewaktu nak siram pokok-pokok bunga, saya perasan seekor kupu-kupu hinggap di atas lantai luar pagar rumah. Sayap kirinya sedikit terkoyak, harap bukan kerana terkena simbahan air paip saya kerana sudah tentunya dia berganjak lari.


Istimewanya, sewaktu balik berpuasa di rumah my parents hujung minggu semalam, ada seekor kupu-kupu spesis yang sama di laman rumah Ma saya. Hebatnya kebetulan ini. Enggan fikir yang bukan-bukan, sebab kita biasa dengar kupu-kupu tanda tetamu nak datang tapi saya tak terima tetamu pun lagi hehe... jadi saya lebih suka menganggap kehadiran kupu-kupu secara berturutan ini barangkali disebabkan perubahan cuaca. 

Friday, 4 July 2014

6 Ramadan 1435H - Hari Jumaat, Ikan Keli & Walyatalattaf

Apa kaitan antara ketiga-tiga di atas? Hurmmm... ada chain reaction. Satu perkara membawa kepada yang lain. Begini ceritanya.

Kelmarin saya menggoreng ikan keli untuk iftar. Ikan keli frozen siap bersih insyaAllah terjamin kesuciannya saya beli dari jiran dekat rumah saya. Bapa dia yang bela. Dah siap bergaram kunyit. Senang kan? Ikutkan tak pernah ikan keli masuk rumah. Saya geli. Tapi sebab anak-anak suka, maka saya berkorban saja. Maka siap ber perisai kan tudung periuk lah saya menggoreng. Biasalah takut meletup2.
Tiba waktu nak terbalikkan, kecil kan api. Agak kurang sikit letup nya mulalah hulur sudip.

Pop! pop!! popoppp!!!

Terlompat jap. Sayalah yang melompat, bukan ikan. Automatik je keluar dari mulut  وَليَتَلَطَّف   (walyatalattaf).

Lepas sebut je terus senyum sendiri. Teringat masa kecik2 kalau lalu depan rumah yang ada anjing 

menyalak, mesti genggam tangan dan baca وَليَتَلَطَّف   (walyatalattaf). Sampai lah anjing tu senyap dan duduk diam. Jangan tanya saya betulkah khasiat ayat ini untuk menundukkan haiwan yang garang sebab saya tiada jawapan. Saya bukan nak sebarkan ilmu penunduk. Just saying as it is. Entah siapa yang mengajarnya, adalah tu kawan-kawan masa kecil tu, jadi ikut-ikutan. Dah takut, kita taram je dulu.


Kemudian, saya gelak seorang diri bila fikir haiwan bernyawa boleh lah dijinakkan. Yang dah jadi lauk dalam kuali tu apa je dia boleh buat kat kita kan? Hurmmm... terlatah. Tersebut padahal dah berpuluh tahun tak guna petua tu (sebab dah tak kena salak dengan anjing).


Yang saya nak cakap ialah, ayat وَليَتَلَطَّف (walyatalattaf) tu hanya cebisan daripada ayat 19 surah al-Kahfi. 
Yang saya nak cakap ialah hari ini hari JUMAAT. 
Toksah amal yang saya duk sebut tu. Itu cuma imbasan kenangan silam cetusan dari menggoreng ikan keli.
Yang saya nak panjangkan ialah beramal dengan membaca surah al Kahfi setiap hari Jumaat insyaAllah terhindar dari fitnah dajjal.


Dari Ali r.a berkata "Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya" (Tafsir Ibnu Kathir)






Tuesday, 1 July 2014

3 Ramadan 1435H - Buoh Kekoh Pu'ek


Antara kuih wajib setiap Ramadan. Tak kira beli atau buat.
Tapi buat sendiri lebih baik sebab beli kat kedai intinya ciput. Jadi apakah bendanya Buoh Kekoh Pu'ek itu?
Awat le buruk bebenor namanya? Orang Melayu ni suka bagi nama kuih pelik-pelik kan?


Sebenarnya tak pelik pun. Ini je pun bendanya.



Nama biasa Onde-onde atau buah melaka. Tapi dapat ke Ma saya dipanggilnya buoh kekoh pu'ek. Sila baca dalam loghat Terengganu supaya tak tergeliat lidah.


Alkisahnya dinamakan sebegitu sebab bila digigit (kekoh adalah gigit dengan kasar/ganas dalam loghat Terengganu) akan memancut-mancut lah air gula melaka di dalamnya umpama paip bomba pecah. Pu'ek itu pula adalah gambar bunyi bila air gula menyembur. Gitu hiperbola nya!


Masa mr hubby pergi outstation ke Terengganu 4 hari sebelum Ramadan saya dah siap pesan belikan nesan kerek - nesan keping atau gula melaka leper berbentuk piring kat Pasar Payang. saya dok makan buat ubat sakit tekak dan batuk yang teruk tempohari. Alih-alih cik yaya dan Fahmi pun sama pesan nak juga. Depa bantai buat hisap macam gula-gula! Sudahnya mr hubby bawa balik 3 peket. Cukup bahagi 3!!!


Saya lebih suka buat buah kekoh puek pakai nesan. Sebab mudah nak potong kecil-kecil. Kalau gula melaka yang besar tu payah skit tambahan pula keras. Nesan ni kita pilih yang guna nira kelapa 100% lebih lembut. Tapi semalam masa iftar si fahmi komplen kata dia rasa pelik sebab intinya kurang cair masih ada berbiji.

Fahmi : Pelik lah rasa kuih ni...
Saya : Pelik apasal pulak?
Fahmi : Entah pelik... gula dia tak hancur

Saya pula tak suka inti cair sangat. Asalkan intinya besar. Eh dalam pada dok komplen tu boleh pulak dia hadap sebekas kuih tu sorang-sorang.


Saya : Dik (yaya)... tadi ada orang tu kata kuih Mama pelik. Tapi Mama tengok macam tak boleh nak berhenti je. Dekat nak habis dah setengah bekas tu...

Fahmi : ... sapa?... Sapa?...

Punya lah ralit menghadap buoh kekoh pu'ek sampai tak sedar orang perli dia. Bila dia perasan semua dok jeling kat dia barulah dia tersengih.


Fahmi : Sedaplah kuih ni...
Mama : Tulah tadi kata pelik.
Yaya: Esok Mama buat lagi tau.
Saya : Dah... tak payah. Takkan hari-hari nak menggentel kuih ni je. Esok Mama hidang gula nesan kerek tu sorang sekeping. Itulah kuih korang, boleh?



Dan nak jadi cerita, sahur awal pagi tadi sudah ada yang menjadi mangsa buoh kekoh puek ini.
Si adik yang menggigit kuih, si abang yang duduk berhadapan terkejip-kejip mata terkena pancutan air buah kekoh puek. Habislah muka dan bajunya. Mujurlah masing-masing tengah mood baik. Abang senyum je sampai sepet mata. Dia pun sama rasa lucu. Masa tu lah saya teringatkan nama gelaran yang Ma saya beri. Memang tepat dan sedang elok sangat bunyi nya.




Ini dia gula nesan kerek. Lebih kurang sebesar piring cawan kopi tu. Ada tiga peket kat dalam fridge. Setiap sepeket ada dalam 5-6 kerek. Makanlah sampai lebam.

Sunday, 29 June 2014

Ramadan Datang Lagi...




Alhamdulillah syukur ... dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadan Kareem sekali lagi. Ramadan tidak akan pernah hilang melainkan kita saja yang tidak berkesempatan menemuinya bila ajal memanggil terlebih dahulu.
Harapan dah tentulah mahu beribadat dengan lebih baik daripada tahun sebelumnya. 


Cabaran lebih besar berpuasa tahun ini buat anak-anak. Dalam keadaan cuaca yang lebih luar biasa bukan sahaja panas tetapi kering. Kalau yang dewasa pun terasa lesu inikan pula anak-anak. Maka panjatkan lah doa:

"Ya Allah tingkatkanlah kesabaran dan keimanan hamba Mu ini dan anak-anak kami dalam menjalani ibadah Ramadan dalam keadaan yang penuh ujian. Ya Allah tingkatkan lah kesabaran kami meladeni kerenah anak-anak di bulan Ramadan. Dan kurniakanlah nikmat kesihatan tubuh badan untuk melaksanakan amal ibadah dengan lebih baik dan sempurna, dan sesudah diberikan nikmat sihat itu Ya Allah jadikan lah kami dikalangan orang-orang yang beristiqomah dalam beribadah"


Saya belajar mengaplikasikan tips berdoa dengan lebih berkesan dalam menghadapi ujian daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang saya ikuti rancangan beliau di radio IKIM.fm. Sesungguhnya saya sedang berhadapan dengan ujian yang berat dan teguran beliua tentang kesilapan kebanyakan kita bila berhadapan dugaan dan ujian sangat bermanfaat buat saya. Beliau menegur kebanyakan kita sering meminta kepada Allah "permudakanlah ujian ini". Kata beliau, daripada meminta dipermudahkan sebaik-sebaiknya meminta "tingkatkan lah kesabaran dan keimanan". Supaya kita bukannya menjadi semakin lemah atau statik dengan permintaan "permudahkan ujian" tetapi menjadi lebih kuat dengan meminta "tingkatkan kesabaran dan keimanan". 


Akhir kata (untuk hari ini je...) Selamat Menjalani Ibadah Ramadan. Moga amal dan ibadah kita diterima Allah. Amin.




Wednesday, 7 August 2013

29 Ramadhan 1434H - Hadirnya DiNanti, Perginya Dirindui...


pic courtesy google

Assalamualaikum readers,

This will be my last post for this Ramadhan. Seperti kebanyakan orang, I will be taking a break to celebrate Eid-ul-Fitr with my loved ones. Sungguhpun anak-anak cuti sekolah almost 2 weeks tapi saya won't be away for that long. Nak kena balik ke base secepat mungkin untuk persiapan wedding cake pula.


Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana kami sekeluarga diberi kesihatan yang sangat baik sepanjang menjalani ibadah puasa kali ini. Sungguhpun berpuasa dalam keadaan cuaca yang panas, kering dan sedikit berjerebu tapi anak-anak saya yang sedia maklum sangat sensitif dengan cuaca yang panas kekal sihat walafiat, tak demam hingga ke penghujung. Itu dah cukup buat saya rasa bersyukur sebab saya dah bersedia kalau-kalau mereka demam kerana bengkak tonsil. But that didn't happen. MasyaAllah tabarakallah. Rasanya inilah Ramadhan yang paling mudah dari segi fizikal buat kami. Insaf kalau dibandingkan dengan saudara-saudara kita yang berpuasa di musim summer yang panas dan panjang tempoh siangnya. Apatah lagi yang menyambut Ramadhan dalam kancah peperangan seperti di Syria, saudara-saudara Islam etnik Rohingya yang ditindas di Myanmar, saudara kita di Palestin yang kita ketahui penuh debaran menunggu masa Israel melancarkan perang mengambil kesempatan huru-hara di Mesir dan tertutupnya pintu masuk bantuan akibat dari kejatuhan kerajaan Morsi. Jangan lupa pada mereka.


Sementara itu, saya ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri... hari kemenangan kita menahan godaan hawa nafsu. I sincerely hope setiap kita telah mendapat kejayaan mensucikan hati dan jiwa, mendapat keampunan Allah swt... Teringatkan doa malaikat Jibril as "Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni", buat saya sedih. Dan pesan seorang ustaz, nak tahu dimana ketaqwaan kita lihat semula diri kita selepas Ramadhan. Wallahu a'lam.


Kelip-kelip kusangka api
Terang bercahaya hiasi laman
Ramadhan berlalu tetap dirindui
Tibanya Syawal tanda kemenangan

Pasang pelita di tujuh likur
Anak muda bermain mercun
Sepuluh jari rapat dihulur
Segala kekhilafan harap diampun

Selamat menyambut Eid-ul-fitri. Moga Ramadhan yang kita lalui telah mendidik jiwa dan meningkatkan ketaqwaan serta mendapat keampunan Allah swt. 

Ingatan untuk diri sendiri, teruskan istiqamah dalam beribadat, jadi hamba Allah bukan hamba Ramadhan. Wallahu a'lam.

Hati-hati dijalanraya. Be safe.

Taqabbalallahu minna wa minkum

Tuesday, 6 August 2013

28 Ramadhan 1434H - Hat Ni Mak Tak Suka...




Pasal tak pernah bagi anak-anak main bunga api kan, jadi awak pun tak pernah lah standby stok lilin. Pelita/panjut jauh sekali. Kot ada pun simpan stok lilin scented buat perhiasan. Ataupun lilin sebesar pemeluk bersumbu tiga yang saya beli dekat Ikea bajet untuk pakai time blackout tu adalah. 

Jadi pasal tu lilin scented yang paling saya sayang dan paling lama dalam koleksi saya jadi mangsa!
Tengok ni...



Dia balun dengan kaki lilin Ikea mak sekali nok. Macam mana lah mak tak terpekik malam-malam. Rasanya inilah lilin main bunga api paling stylo pernah dibuat dek orang.




Hazab rupa lilin saya. Dah macam kawah gunung berapi tangkuban perahu!
Sengih-sengih je culprit nya. Dah bising-bising macam tu pun malam kedua 'dia' ambil lagi! Siapa lagi kalau bukan mr Hubby!!!
Sabarlah midah...


Monday, 5 August 2013

27 Ramadhan 1434H - Bunga Api, Mercun & Memori


Kebiasaan kita nak menyambut raya mesti ada bunga api. Dari dulu lagi bila nak hujung bulan puasa je mula lah orang main bunga api. Budak kecil main bunga api, budak besar main mercun. Kalau yang Bapak budak main meriam buluh. Tak gitu? ;-). Saya masa kecil dulu main bunga api dan beberapa jenis mercun seperti mercun katak je yang saya ingat. Zaman dulu bunga api paling murah ialah bunga api besi cap kucing tu. Dan bunga api 'bomba' ... tak tau apa nama standard dia tapi saya panggil bunga api bomba sebab warna merah dari pangkal sampai ke hujung lepas tu bunga api dia macam pancuran pili bomba gitu. Dua-dua bunga api ni saya ada memori pedih. Pedih lah kalau dah terpegang besi bunga api kucing yang panas tu. Lepas tu pedih lah tapak kaki melecur terpijak bunga api bomba yang dipatahkan pendek-pendek tu. Bunga api bomba tu kalau kita patahkan pendek-pendek lepas tu kita cucuh api dan baling ke pantai dia akan bergerak liar kejar orang. Suka benor bebudak buat macam gitu dulu.


Tapi, bila giliran kita ada anak, pandai pulak tak bagi anak sendiri main bunga api. Hatta mercun pop-pop yang tak pakai api tu pun tak bagi. Yang ni paling kuat larang ialah mr hubby lah. Dari dulu lagi dia tak bagi main dan beli. Bakar duit katanya. Yelah betul lah tu. Tapi kekadang saya nak juga bagi anak-anak seronok sebab diaorang tengok je budak lain main. Tapi sebab Daddy diaorang tak bagi, saya jadi tak berani nak beli. Punyalah takut kena marah dan tazkirah dengan mr hubby pernah saya bawa anak pergi kedai runcit mamak kat depan tu, depa ternampak mercun pop-pop atas kaunter bayaran terus depa minta. Saya tergerak nak beli tapi takut lah kena marah nanti bernanah telinga den. Sampaikan saya terus berhenti bawa anak pergi kedai runcit time bulan puasa nak elak dari depa minta mercun pop-pop.


Dah begitu, alih-alih tahun ni Daddy dia bawa balik stok bunga api dan mercun 1 beg tak kau terkejut dik non? Buang tabiat ke apa?

Tapi dah rezeki budak-budak kan? Memula rasa nak je tanya, "Err bukan bakar duit ke?" tapi saya telan je soalan tu. Tok sah cari pasal. Rezeki jangan ditolak, tak gitu?



Memang raya sakanlah depa tahun ni. Tiap-tiap malam lepas balik dari surau masing-masing salin baju dan cepat-cepat keluar semula. Saing diaorang main bunga api bertukar-tukar tiap malam. Tiga malam lepas main dengan Diana. Dua malam lepas dengan Adeena dan adik-adiknya. Semalam dengan Firdaus. Malam ini saya dengar Yaya dah pakat dengan Maidini dan Adeena jam 10.30 berkumpul depan rumah kami. Aduhhh nampak gayanya kenalah saya jadi tukang pantau. Selama ni Daddy dia dok pantau sebab saya memang tak kuasa. Tak tahan bau asap, tekak masih sakit hidung pun pedih lagi ni. Macam manalah depa ni boleh tahan ye?


Oh... yang main meriam pun ada saya kira. Sebab tiap malam time terawih tu lah selalu berdentum dentam betul-betul kat tepi surau. Entah sapa punya kerja. Masa saya kecil dulu takde orang main meriam buluh. Sebab takde pokok buluh. Kot ada pun pokok buluh kat kawasan lapang bekas tapak pejabat polis lama betul-betul belakang rumah saya yang juga merupakan tapak tinggalan bekas perang komunis dulu. Banyak hantu kat situ sapa berani masuk? Kot ada pun anak-anak polis main mercun buatan sendiri. Bubuh belerang dalam tin. Tapi itu kerja budak lelaki lah. Ada satu jenis lagi mercun budak baik. Letak air dalam tin milo kosong dan letak ais batu (frost) yang penjaja aiskrim guna dalam bekas aiskrim depa tu. Nanti meletup dan tercampak lah penutup tin milo. Itu mercun habis baik lah tu. Tak melibatkan api dan selamat. Jangan pulak ko pergi tadah muka dekat penutup tin milo, itu memang cari azab namanya. Kalau tak pesek hidung tu tak taulah nak cakap. Apek jual aiskrim cukup suka lalu kuarters time raya. Bukan pasal bebudak beli aiskrim tapi yang lebih laku ialah frost dia. Tapi mak-mak cukup tak suka. Padah apek aiskrim tu kena hambat!





27 Ramadhan 1434H - Pulut Kuning Penghujung Ramadhan ... Syurga Sudah Tidak Merindui Kita




Pulut kuning.
Masa saya budak-budak dulu sangat sinonim dengan acara khatam al-Quran. Tapi dulu-dulu masa kecil saya tak merasa pun diraikan dengan pulut kuning bila khatam al-Quran. Maklum je, khatam pun mengaji sendiri dengan my mum. Masa mengaji dengan tok guru saya tak sempat habis. Orang lain sebaya saya habis serentak, terus tok guru buat majlis berarak dengan bunga manggar dan pulut kuning. Orang mengaji bulan Ramadhan, saya mengelat datang tak datang. Sudahnya bila geng sebaya khatam saya jadi malu, terus berhenti.


Sebelum bulan puasa saya habaq kat Fahmi, saya dah khatam al-Quran untuk kali pertama tahun ini, dia bila lagi? Cakap kat dia bukan sebab apa, nak bagi dia semangat supaya lebihkan rajin mengaji dan mesti letak target bila nak khatam. Bukannya dia teruja nak tambah rajin mengaji, alih-alih dia pula cakap kat kita, "Hah, mama buat lah kenduri, masak pulut".  Adoiiiiiiii... dah tua bangka macam ni kenduri apa benda nya sayang oii. Buat malu kaum je. Saya bagitau dia, orang Melayu kita buat kenduri khatam al-Quran untuk kali pertama je. Kalau dah berkali-kali takde maknanya kenduri bagai. Hamboi lumayan lah belanja tiap kali khatam je kenduri. Khatam je kenduri. Agak macam gitu tiap-tiap hari lah kita dapat jemputan kenduri khatam al-Quran ye? Terus hampa muka dia bila saya kata takde kenduri or pulut kuning.


 Tapi dalam hati saya pendamkan niat, nak tunaikan juga hajat dia nak makan pulut kuning. Dalam hati saya kata inshaaAllah kalau panjang umur saya khatam lagi bulan Ramadhan ni nanti saya masakkan pulut kuning. Alhamdulillah tepat jam 12.32 semalam lengkaplah tilawah saya. Tercapai hasrat nak sudahkan tadarus, dan tercapai dah target untuk tahun ini. Jadi saya hadiahkan pulut kuning untuk Fahmi, terbalik pulak kan? Takpelah kita buat orang gembira apa salahnya. Cuma saya minta orang dalam rumah ni vote nak makan dengan kari ayam atau rendang. Cik Yaya memang saya sedia maklum nak rendang. Tapi nampaknya vote untuk kari ayam mendahului. Mr Hubby kata buat yang mudah saja sebab dia pun tau saya penat sangat semalam, ada aura selsema ditambah dengan bahu dan lengan bisa bonar!




Peha ayam besar lengan Fahmi! Ayam ke ayam belanda ni?  Hehe... kes stok ayam saiz kecil habis sebab lambat pergi pasar. Yang tinggal ayam besar gedabak je, seekor lebih dari 2kg!


Hari ini sudah masuk 27 Ramadhan. Sebaik menginjak ke 15 Ramadhan tempohari terasa cepat je hari berlalu kan? Saya rasa belum puas bertemu Ramadhan. Rasa nak berhentikan masa. Kalau boleh 11 bulan Ramadhan, aci tak? Surprisingly, jemaah solat terawih di surau saya makin ramai. Nampak anak-anak remaja bertambah, barangkali sebab cuti sekolah sudah bermula. Tazkirah Ramadhan di tempat saya yang terakhir malam tadi :-(. Dalam masa 2 hari je lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Syurga sudah tidak merindui kita lagi. Teringat kuliah Ustaz Hidayatullah. Katanya syurga merindukan 4 golongan manusia:

Orang yang ahli derma
Orang yang berpuasa
Orang yang membaca al-Quran
Orang yang menjaga lisan


Keempat-empat golongan ini agaknya mudah nak jumpa dalam bulan Ramadhan kot. Kerana bila berpuasa kita dianjurkan perbanyakkan sedekah (derma). Kita juga bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi juga menjaga tingkah laku serta tutur kata. Dan seterusnya kita dianjurkan membaca al-Quran di mana pahala orang yang mengaji sebagaimana sabda Nabi saw:

"Barangsiapa membaca satu huruf dari al-Quran, maka ia mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan sebanding sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim adalah satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf"


MasyaAllah hebatnya ganjaran amal ibadat kita di bulan puasa ni kan. Dah begitu, macam mana tak rasa sayang nak lepaskan Ramadhan? Moga amalan kita di bulan ini diteruskan... terus istiqamah.




Sunday, 4 August 2013

26 Ramadhan 1434H - Mee Rebus Ekor Lembu



Dah 3-4 hari terfikir nak buat mee rebus tapi belum ter buat-buat lagi sebab sibuk hal lain. Tak buat rasa ralat pula. Mee kuning Mariam berbaki sepeket lagi dalam fridge. Nak digoreng rasa bosan. Nak dibiarkan dah hujung Ramadhan sangat ni, sayang terbuang begitu saja sebab entah esok lusa dah nak kena kosongkan fridge sebab tuan rumah pun nak bercuti Raya. Tapi nak dibuat mee rebusnya rasa sepeket mee macam tak cukup, nak balas juadah yang jiran-jiran bagi tempohari.

Cakap pasal berbalas juadah berbuka ni, saya kira memang kebiasaan orang Melayu kita. Masa kecil dulu saya duduk kat kuarters polis memang meriah bab berbalas juadah ni. Hampir tiap hari ada je juadah yang jiran beri. Kita orang Melayu tinggi budi bahasa, orang memberi kita merasa, dah merasa mesti ada balasannya tanda terima kasih. Tapi seingat saya sejak duduk sini belum pernah lagi saya merasa berbalas juadah. Mungkin sebab kedudukan rumah saya yang jauh sikit dengan jiran-jiran Muslim yang lain. Jiran depan rumah (Wong) bukan Muslim. Jiran sebelah dan dua buah rumah seterusnya juga bukan Muslim. Harap jiran Muslim yang paling dekat dengan kami iaitu Diana yang rumahnya sebelah dengan rumah Wong. Sebelah Diana pulak budak-budak bujang yang belajar kat UiTM tu. Pasal tu kami lebih akrab dengan keluarga Diana sebab merekalah paling dekat. Hujung baris rumah saya agaknya lebih meriah berbalas juadah sebab majoritinya orang kita.

Tapi Ramadhan kali ini lain pula senarionya. Sudah dua kali saya terima juadah dari keluarga Diana. Dan baru-baru ini Yaya bawa balik rendang ayam hasil air tangan nenek Adeena, classmate Yaya yang duduk sama baris dengan rumah kami tapi rumahnya agak towards the end of the row. Saya rasa seronok pula sebab terasa pemebrian juadah itu umpama huluran salam penyambung silaturrahim. 

Jadi malam tadi saya sudah congak-congak barang nak dibeli. Kalau selalu buat mee rebus guna air rebusan tulang tapi kali ini tak perlu sebab rebusan ekor lembu dan tulang masih ada berbaki dalam peti beku. Cuma saya agak pening sikit fikir mana nak cari mee Muslim. Saya punya cuma berbaki 1 peket saja. Tak cukup. Alang-alang buat teringin juga nak bagi dekat Daniel dan Wong. Tempohari isteri Daniel bagi secekak serai pun tak berbalas lagi. Bertuahnya aku! Akhirnya saya lelapkan mata dengan rasa sebal dalam hati sebab terpaksalah guna mee kuning biasa je huhu.

Nak jadi cerita sebelum ambil anak-anak balik dari sekolah ganti (sebab cuti jerubu tempohari) saya singgah beli barang kat kedai Acheh. Beli tauhu, taugeh, udang kering dan taucu semua... last sekali pergi rak mee. Hati sebal sebab rasa takde pilihan. Sampai je kat rak tau apa saya nampak?


Nah, tu dia... apa yang saya sebut dalam hati Allah beri.



Tak pernah-pernah lah kan depa nak jual mee keluaran Muslim. Dulu kedai runcit mamak tu jual sekejap tapi bila ada orang komplen kata kuat sangat rasa asid borik nya terus stop. Tiba-tiba selepas 5 hari saya tak jejak kedai Acheh ni hari ni mai ada pulak jual mee Muslim. Saya pun rembatlah 2 peket terus. Lepas tu singgah kedai runcit mamak tu sebab cari keledek tak jumpa lagi. Eh... tup tup saya tengok dalam bakul kat kedai mamak tu ada pulak jual mee kuning khas untuk vegetarian! Kalau ikut pemahaman saya produk vegetarian ni takde lah letak bahan-bahan dari sumber haiwan kan. Contoh telur depa tak bubuh lah pastu minyak haiwan tak bubuh kan? Pemahaman saya lah. Hambik nak sangat mee yang halal terus banyak pulak option.


Saya kata apa? Tak terkata apa. Speechless sangat. Bulan posa ni kan pintu langit terbuka. Nasib niat tu baik Dia permudahkan. Ehhh perasan baik ye? ;-) . Syukur Alhamdulillah je yang mampu diucapkan. Nikmat Tuhan yang mana lagi yang mahu kamu nafikan? Saya tepuk dada saya sendiri.