Monday 3 December 2012

Discover Kota Kinabalu in 4 Days - Mampu Ke?

Salam semua.

Kembali bersiaran selepas seminggu mendiamkan diri. Memang biasalah kalau tiba-tiba seminggu blog ini sunyi sepi tanpa updates kan? Tapi kali ini diam bukan bererti kosong. Tapi 'diam yang berisi'. Heee...


We were in Sabah last week. Bercuti. Bawa anak-anak bercuti as a reward hujung tahun for their good work at school. Tapi tiket dah book sejak awal tahun lagi... sungguh bersifat over confident and too ambitious mama dia ni kan.  Reward lah konon, padahal nak grab tiket murah AA tu je. Kalau takde tiket murah AA bayang Sabah pun tak nampak. Saya tahu ramai yang dah pernah sampai Sabah, and out there you could find probably thousands of review pasal Sabah. But hey, this is my journal so peduli lah saya tetap akan tulis from my point of view ;-).


Unlike my other travels by flight, I have to say penerbangan kali ini adalah antara yang terbaik untuk saya. Bukan kerana cara pengendalian juruterbang atau the plane, it was all the same - naik penerbangan tambang murah dengan seating yang sempit dan melemaskan itu. Tapi kali ini my nerves were calmer, tiada butterflies in my stomach. I didn't get any migraines, not even a hint of headache, no wet palm and feet dan takde rasa nak vomit serta peluh kecil di dahi ke apa terutama masa plane nak touchdown. Ya, saya sebenarnya phobia naik kapal terbang. Anda dibenarkan gelak tapi jangan over ok. Hehehehe... Saya pun pelik kenapa tiba-tiba kali ni saya sangat tenang dan enjoy pula sepanjang 2jam 35min di dalam ruang kapal terbang yang selalunya melemaskan saya. In fact the 2hours plus tak terasa pun. Tau-tau saja sudah touchdown. Pernah travel with MAS, naik boeing tapi sama saja phobia nya, tiba-tiba kali ini lain pulak. Perhaps itu tanda my phobia is over? How I wish it go away forever!


Ok, going up and about KK town tak lah susah. Just grab the maps yang available kat airport tu. In shaa Allah cukup untuk guide anda bergerak sekitar KK town.


I find these 3 maps dah cukup untuk kami tempohari. The KK Street Map is purely street maps dan Sabah Travel Guide pula comes with street map di dalamnya besides iklan by ground operators dan tempat makan yang famous. Though for Muslim travellers part tempat makan ni you have to skip lah sebab banyak yang tak halal. Brosur In & Around Kota Kinablu pula lebih banyak disenaraikan tourist attractions termasuk entrance fee ke tempat-tempat menarik disertakan. Bagus kan? Senang nak buat bajet ;-)


Though we have the In & Around KK brochure in hand, kami tak pergi ke kebanyakan tempat yang disenaraikan. If you want to go to all listed rasanya 1 bulan lah kena stay kat KK. We only have 4days and 3 nights to discover KK. And I have to say, that 4days 3nights adalah sangat tidak mencukupi. Wish we could stay longer. But that means more moneyyyyyy! We have our own itinerary, so we stick to our plan jelah. Though sesetengah perkara tidak berlaku as we planned. Sigh.



Clockwise: (left) Food court level 4 di Suria Sabah, jeti Jesselton Point (bumbung merah) view from Suria Sabah, our hotel room at The Gaya Centre hotel and Suria Sabah view from our room.


Touchdown di KKIA kami terus collect our rented car and head towards our hotel. But it was still early, baru 11am. On the way to the hotel sambil membelek-belek map we decided untuk cari tempat makan instead. Nak get familiar with the map and street kat KK ni perlu masa juga sebentar sebab kita combine apa yang tertulis with the actual road kan. Tak susah pun sebenarnya sebab jalan kat KK ni tak serumit mana, masih berkonsepkan jalan di bandar-bandar kecil. Jalannya kecil aja tapi padat dengan kenderaan. Untuk saya tak ubah macam jalan di my hometown in Seremban. Sambil cari tempat makan tu tiba-tiba ternampak hotel kami dan just before Gaya Centre tu adalah shopping mall yang baru dibuka, Suria Sabah. Hmm... apalagi kami pun terus masuk Suria jelah tak payah pening nak cari warung sebab tak jumpa pun warung Melayu.


Food court at level 4 ni is divided into 2 sections - Halal & Non-halal Section. Cuma ada 1 je Muslim operator lauk pauk, yang lain-lain dekat halal section operator nya milik non-muslim. Buat pilihan sebaik mungkin. Yang terbaik adalah dari air tangan orang Islam juga. Kat tepi-tepi ada small stalls yang jual kuih-muih, fruits & chocolate fondue milik orang Islam. Ada bakery yang baru dibuka juga. Cooked food adalah mahal di KK. Tidak hairanlah ada yang datang bercuti prefer sewa homestay (apartment) dengan kemudahan memasak kerana seafood mentah sangat murah. I was told ikan kembung dijual pada harga RM5/kg. If you visit KK with entourage yang besar, eloklah masak sendiri aja. Memandangkan saya travel with 2 young children dan nama pun bercuti nak kejar pergi sightseeing lagi adalah sangat malas untuk memasak, jadi kami makan di kedai saja. Di Jesselton Point ada banyak gerai-gerai Melayu, berulang ke sana saja rembat nasi lemak bungkus yang dijual pada harga RM2 hingga RM2.50 sebungkus.


Hotel kami sangat selesa despite its 3-star rating sangat exceeds my expectation. Bilik tak luas mana, besar sedikit dari ward kelas 1 masa saya bersalin di SJMC dulu. Bilik bersih, cadar pun bersih, perabut dan kemasan bilik still look new, ada fridge tapi tiada jug kettle, clean bathroom but no tub (tak kisahlah), hair-dryer, iron dan tv set with limited astro channel. Parkings were scarce. Kena sediakan duit untuk parkir berbayar di belakang hotel. Oh ya, kat KK tiada metered parking semua kena ambil tiket dan bayar di DBKK counters. The hotel attendants were very helpful, mereka boleh sediakan parkir yang di reserve kan untuk hotel kepada kami. The best thing is, we were upgraded to higher floor with panoramic view - view of the sea dengan Pulau Gaya right before our eyes! Wow. Tiap hari boleh tengok sunrise and sunset.



Clockwise: (left) Yaya di tepi laut berhampiran jeti bot nelayan, Hubby & Fahmi strolling along tepian laut di dataran depan Hyatt hotel, (bawah) gerai-gerai makan specialised in seafood bersebelahan dengan Central Market adjacent to the fishing boats jetty.


Hari pertama itinerary kami adalah free and easy. Petang selepas hujan teduh kami keluar strolling di tepian laut yang ditambak. Berhampiran jeti nelayan sebuah dataran tempat pelancong duduk-duduk melepas pandang ke laut lepas sambil bergambar. Kami berjalan sehingga tiba ke pasar berdinding papan yang menjual barangan kraftangan, kuih-kuih kering dan ikan kering. Tak rasa tertarik pun nak cuci mata sebab saya tak tahan bau ikan kering yang sangat kuat sampai cik Yaya tak berhenti-henti bersin. Kebetulan azan maghrib pun berkumandang. Kami terus tuju mencari arah azan yang membawa kami ke sebuah masjid lama di belakang pusat jualan kraftangan. Little did we know, kami sebenarnya berada di sebuah pasar yang menjual cenderamata terkenal iaitu Pasar Filipina. He he he. Memang takde signboard tulis pasar filipina dan dalam map juga tak tulis apa melainkan ditulis handicraft centre saja atas map.


Lepas solat jamak we then headed back ke gerai-gerai makan seafood berbumbungkan kanopi berhampiran jeti. Walaupun cooked food adalah mahal but you have to indulge on seafood sekurang-kurangnya 1 kali in the whole duration of your stay. Saya kata indulge, bukan splurge ye. Agak kalau bajet lebih bolehlah splurge dan order lobster sekali ye. Kami makan di gerai Anjung Samudera Bonda. Tukang masaknya pakai uniform chef lagi. Banyak pilihan gerai di sini, sila cari yang bersih sedikit. Sedap memang sedap. Lebih sedap dimakan sewaktu perut memang berkeroncong lapar hehehe.



Clockwise: (left) Bot-bot nelayan berlabuh, dalam banyak-banyak bot this sunset orange & blue boat caught my eyes the most, the orange & blue boats really stood out dalam gelap malam, cik Yaya berangan jadi mermaid menunggang ikan atas darat!




Lepas makan berjalan balik ke hotel yang jauhnya dalam 7-10minutes walk sahaja tapi jadi half an hour walk sebab berhenti ambil gambar lagi. Ada banyak bot-bot nelayan berlabuh di jeti but one caught my eyes the most. This sunset orange & blue boats bukan saja cantik kerana kombinasi warnanya tetapi adalah satu-satunya yang sarat dengan kru! I think ada lebih 20 orang kru atas bot. Dan sesekali mereka naik ke darat dengan menaiki sebuah perahu bulat tanpa pendayung. Kru cuma berpaut pada tali dan menggerakkan perahu dengan tali yang diikat dari bot ke darat. Saya rasa kagum mereka boleh duduk atas bot yang gelap tanpa cahaya dan bersesak-sesak. 




Clockwise: (left) replika ikan todak di roundabout berhampiran dataran dan hotel Hyatt yang berwarna hijau tua, waktu malam ikan todak disimbah cahaya, sunset dari bilik hotel (di depan adalah pulau Gaya), sunset captured by hubby.


Balik ke bilik lepak-lepak sambil tonton tv dan buat perancangan untuk esok pula. My feets are aching sebab banyak berjalan. Esok we are going for island hopping and snorkeling at Pulau Sapi and Manukan. Yihaaaaa!!!



Nota:

If you are staying at KK town dan kalau itinerary anda cuma jalan-jalan sekitar bandar KK sahaja, tak perlu lah sewa kereta bagai. Better travel on foot sahaja sebab lokasi tempat makan, sightseeing, shopping semua adalah within walking distance sahaja. You can actually walk from one place to another and discover KK town on foor je. Tapi kalau jalan sampai Tanjung Aru tu jauh lah hehe. Kos untuk sewa kereta within the range of RM140 for Myvi/Saga, RM120 for Viva/Kelisa jenis auto transmission. Please don't ask for the car rental operator's number because I won't give you. It was a disaster berurusan dengan beliau. Sebaik-baiknya sewa lah kereta daripada operators yang berdaftar dan sudah establish (car rental company ada banyak di airport). Mereka lebih reliable dan jaga kondisi kereta. Bukan semua individu yang buat sewa kereta ni teruk, tapi ada yang teruk. Saya harap anda tidak terkena.



Saya suka buat macam foreign tourist, mereka steady je jalan kaki. Kita je manja sikit. Haruslah ditch your high heels or platform shoes for sneakers or flats or flip-flops ye. Tapi kalau bawa young children toksah buatlah na, jangan salahkan cheq pulak kalau kena pikul anak tawaf satu KK town. Cheq tak
bertangungjawab! hehe.