Saturday 20 August 2011

20 Ramadhan 1432H - Bakethon

Saat menghampiri penghujung Ramadhan ni orang semua sibuk shoppingthon tapi saya pulak bakethon. Walaupun badan masih terasa penat sebab malam tadi balik lewat sangat-sangat (that explains the silence, no entry semalam kan? ;-)) tapi saya gagahkan juga diri bangun awal untuk mulakan project baking kek raya. Amboi awalnya buat kek. Well, takdelah awal sangat pun sebenarnya sebab kek-kek yang saya buat adalah untuk dikirimkan kepada my auntie kat Terengganu. Semalam was the first time saya berbuka puasa di ofis tanpa anak-anak dan suami. Rasa ralat sangat-sangat.

Kalau ikutkan mood sebenarnya saya tak nak buat kuih raya langsung. Tapi kenangkan anak-anak dan suami ada kuih raya kegemaran maka saya usahakan juga. Tak kuasa nak buat kuih raya banyak-banyak sebab prinsip saya, saya cuma buat cookies yang my loved ones makan sahaja. I don't bake untuk dihidang kepada orang. I bake to be appreciated sahaja. Sebab itu saya cuma buat kuih tart nenas kegemaran seisi keluarga, dan almond london. My dad pun suka tart nenas so 1 bekas each untuk dibawa ke rumah my mum. Kalau nak penuhi kegemaran setiap adik beradik kenalah saya buat biskut cornflakes kesukaan my middle bro dan biskut makmur favourite my sister juga. Ughh tapi biarlah wife dia yang buat dan pandai-pandailah my sister beli kalau dia tak larat nak mengukis. Saya angkat bendera putih this year. Tahun ini bukan tahun memuaskan hati semua orang hehe.

Kalau bukan tahun memuaskan hati semua orang what's with the cakes? Owh saya memang dah lama nak hadiahkan my auntie kat Terengganu tu with kek lapis cadbury dan kek buah. Family sebelah my mum memang appreciates cakes, lebih-lebih lagi my auntie Cik Yah ni memang suka bakes. She's been drooling over kek-kek yang saya buat tapi belum pernah berkesempatan beri dia rasa. Jadi, awal-awal pagi tadi saya dah duduk memerap di dapur, baking kek after another.
Cik Yaya tersangat tekun membantu saya peel of pembalut coklat cadbury, while her abang kat belakang tu sedang menggeledah laci cari benang nak buat pancing. Saya takde masa nak melayan anak-anak sebab sibuk bakethon maka saya biarkan jelah mereka memunggah dan buat sepah. Kesian juga sebab they have to entertain themselves. Mengejutkan juga bila Fahmi decided to do craft project that is buat pancing with ikan yang cut out from paper. He followed the steps by steps guidance dalam komik upinipin yang saya beli masa pesta buku tempoh hari!

Cik minah ni sekejap je tolong saya, tak lama lepas tu dia pun join abang dia buat kraftangan. Itupun selepas saya tak layan permintaan dia nak tolong saya melapis kek. Tak kuasa saya nak layan, nanti jadi rupa kuda belang.

I started with kek lapis cadbury. Kemudian sambil melapis dan membakar kek cadbury saya bancuh adunan kek buah pula. Kek buah ni bancuhnya sekejap je, terus masuk kukusan dan bolehlah buat kerja lain. Bila sudah hampir siap melapis, saya bancuh pula adunan almond london. Bila siap je almond london pada jam 3.30 petang, saya sambung buat 120biji krim puff untuk di bawa ke surau sempena majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Siap letak inti krim puff jam 6.30 petang, terus hubby dan anak-anak bawa ke surau. Tinggallah saya seorang diri di rumah, keletihan bekerja non-stop dari jam 9 pagi sampai 6.30petang, all my energy drained out dan berbuka lah saya seorang diri di rumah sebab kakak pun ikut ke surau. Masa azan berkumandang tu rasa sedih lah pulak berbuka seorang diri, nak menitik air mata. Beginilah agaknya my mum rasa berbuka seorang diri di rumah semenjak my dad pergi kerja kat KL. Huwaaa sedih...