kesian budak berdua tu hari ni tak dapat nasi for lunch. semuanya gara2 kawasan perumahan kami ni putus bekalan air. inilah kejadian yang paling teruk pernah aku alami sepanjang 7 tahun tinggal kat sini. belum pernah lagi kami terputus bekalan air sampai kering tangki setitik pun takde. jammed kepala hotak aku.
bayangkan pagi tadi masa aku tengah syok menyabun badan, bila nak bilas aku buka paip tengok air yang keluar halus sesangat! tak sempat nak bilas badan... gatal kepala aku kejap fikir mana nak cari air. sib dalam bilik air ada berbaki 1 botol lagi air spare. aku tuangkan secukupnya je sekadar untuk bilas badan. aduhh potong stim betul!
memang kami tau malam tadi lagi air dah start berhenti. cuma selalunya dalam tangki tu cukup untuk 1 whole day. tak sangka kali ni habis terus seawal pagi tadi. ni pun gara2 fahmi juga kot coz dia terkucil 2 kali tengah malam tadi, sesuatu yang tak pernah berlaku sejak dia berhenti pakai diapers malam lebih setahun lepas. agaknya habis simpanan air dalam tangki gara2 2 kali bangun bersihkan baju & selimut dia yang terkena urine. harap2 fahmi tak mad at mama coz mention pasal ni dalam blog. he told kakak jangan bagitau orang coz dia malu. nak kata sejuk sangat malam tadi tak juga, panas adalah. sejak seminggu ni kan cuaca kering jer pasang aircon pun masih terasa humid. it will get worse come april nanti.
ow back to the kids' lunch. tengahari tadi dek kerana takde air setitik pun, tak dapatlah kakak nak masak nasi & lauk. fahmi insist nak mandi pagi tadi walhal aku pesan lap2 badan je, simpan air dalam botol tu untuk emergency. satu pagi aku dilanda risau memikirkan anak2 kat rumah. masa lunch break tadi aku minta pantry boy isikan air dalam 3 biji tong kecil & angkut bawa balik rumah. sib baik rumah dengan ofis dekat. on the way tu sempat singgah beli nasi 3 bungkus & lauk pauk sikit. dapat juga anak2 aku makan for dinner petang nanti. untuk lunch memang dah tak sempat, kakak gorengkan burger aja untuk budak berdua tu which according to her, fahmi hentam 1 biji setengah!
harap2 lain kali puspel kalau nak betulkan paip pecah ke bagilah notis awal2. kalau malas nak bagi notis pandai2lah sediakan lori bawa bekalan air ye. main mengejut cenggini selalu letih!
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago