Thursday 19 November 2009

Fahmi Lost His First Baby Teeth

fahmi had his first successful debut concert last weekend. yesterday he lost his first baby teeth - one of the first two baby teeth he had.

i came back from work on tuesday evening tak sempat bagi salam only to be greeted by hubby who brought the news that fahmi's front teeth dah mula bergoyang. dan bukan itu saja, ada sebatang gigi dah mula erupt at the back of his baby teeth yang bergoyang tu. masa tu all the knowledge yang aku pernah baca pasal pertumbuhan kanak2 semua hilang dari kepala. jadi bodoh sekejap merangkak2 dok fikir dan tertanya sendiri macam mana ada gigi boleh tumbuh kat lapis belakang gigi susu dia. isyyy sia2lah semua ilmu yang aku belajar/baca dulu dan macamlah tak pernah jadi budak . bukan ke by the time kanak2 reach 7 years or earlier gigi susu akan mula gugur diganti dengan permanent teeth. gigi susu fahmi bergoyang sebab permanent teeth dah erupt dan menolak gigi susu tadi sebab memang dah sampai masa untuk berganti gigi.

but he's only 5... well he's going to be 6 in 1 1/2 month, he's probably early. since kami tak pernah lagi bawa anak2 pergi dapatkan rawatan gigi, i thought it is about time we started. mungkin sebab before this fahmi dan yaya takde masalah gigi so aku sendiri pun leka. typical pemikiran orang melayu kurang ambil berat hal penjagaan gigi. though i already had in mind nak membesarkan both my children ni lari daripada 'typical' gaya hidup dan pemikiran mak ayah tok nenek moyang kita. hmmph leka juga aku ni!

yesterday we brought both fahmi and yaya for their first visit to see the dentist. mula2 ingat nak ke dentist depan rumah je tapi doktor pula masuk lambat. kami mencari lagi kat subang permai, sayangnya klinik buka sebelah petang aja. hubby dah mengeluh2 kehairanan macam mana kawasan berpenduduk padat di tempat kami ni sangat kurang jumlah klinik gigi, kalau adapun macam hidup segan mati tak mahu. sama ada semua orang tak pernah sakit gigi sebab gigi elok semuanya atau macam aku cakap tadi pemikiran typical bangsa kita yang kurang ambil berat hal pergigian. owhhh aku tak mengata orang, termasuklah diri ku sendiri! pasal tu i am so adamant to do it differently with my children. tapi aku juga terleka.

finally a phone call to my ex-secretary brought us to klinik gigi rohaya di kota damansara, opposite McD. betul seperti kata dia, klinik tu memang bagus tapi ramai pulak senarai menunggu. hmm they are doing well maknanya. but the long waiting worth it. doktornya sangat friendly terutama dengan kids, itu yang penting sebab budak2 selalu takut jumpa doktor gigi. lebih2 lagi anak2ku sendiri, diaorang suka tengok mr bean kat astro ada satu siri ni mr bean jumpa doktor gigi, so diaorang takut sikit tengok peralatan dalam klinik gigi tu. tulah mengada2 tengok mr bean yang ntah apa2 tu, sapa suruh!

doctor rohaya sprayed analgesic to his gum before she extracted his lower front milk teeth. sempat fahmi kata "aghh...aghh.." dua kali gigi dah pun selamat dicabut. masa terbaring tu nampak dia dok kepit2 kaki ketakutan sama macam aku masa kecil dulu. hehe

lepas cabut gigi fahmi dapat reward... bukan main puas dia dapat makan aiskrim semalam. sampai kan bila aku balik kerja malam tadi tak semena2 aku disambut peluk cium dia. wow! jarang sekali dia buat macam tu unlike yaya yang memang suka peluk cium. rupa2nya dia nak pujuk aku bagi aiskrim lagi. ughhhh frust mama, thought the kisses and hugs were genuine. ada udang sebalik mee rupanya.ni rupa dia with all his teeth intact (susah nak cari pic dia berposing senonoh)

after... ada sikit melopong but his permanent teeth dah erupt separuh sebenarnya tapi terkebelakang sikit

ah... yaya had her teeth inspected too. doktor rohaya seems pleased to see that her teeth are generally ok, cantik & bersih (sudah tentulah sebab mama yang garang ni larang keras anak2 makan sweets and jajan) except for dua lubang pada upper front teeth dia yang perlu ditampal untuk elakkan merebak coz she still had another 3 years until her permanent teeth erupt. we plan to get her teeth di tampal on our next visit. the best thing about this clinic ialah it opens on saturday too from morning till 9pm. so mama tak payah ambil cuti or time off kalau nak bawa the kids ke sini lagi. so convenient! ;-)

owh by the way, the clinic called me pagi tadi to check on fahmi. bagus betul ada follow up call. we'll definitely return.